Sunday, April 28, 2013

JAGA KELANTAN PUN GAGAL, ADA HATI NAK JAGA PUTRAJAYA !


INTIPATI PETIKAN CERAMAH TUN M OLEH UTUSAN.

 Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir mengesa pengundi di Putrajaya agar memastikan calon Pas, Datuk Husam Musa kalah teruk pada Pilihan Raya Umum ke-13.



"Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam dikalahkan dengan teruk sekali. Apakah sumbangan Husam, Nik Aziz, Pas kepada Putrajaya? Orang buat elok-elok baru bak balaih.


Kita tak boleh percaya orang macam ini," kata Dr. Mahathir dalam ceramahnya di Presint 9 hari ini.

"Balik betulkan Kelantan. Kalau dah berjaya di Kelantan, minta izin dengan kita supaya boleh bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan yang terbaik untuk jadi PM. Bagi kuali, minyak kelapa dah pandai barulah jadi PM."

"Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan, itu tempat kamu. Betulkan dulu tempat kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-pejabat dan rumah yang baik di Kelantan, selepas itu baru boleh minta kerja di Putrajaya. Sikit demi sikit boleh naik pangkat," tegas beliau.

Dr. Mahathir yakin penduduk Putarajaya akan mengekalkan pentadbiran Putrajaya di bawah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.


Saya diberitahu Husam datang ke sini untuk bertanding. Semalam Nik Aziz datang ke sini. Saya sedih mereka yang dianggap ulama kerap berbohong. 


Husam ini dihantar ke sini kerana percaya saya akan bertanding di Putrajaya. Semua orang tahu saya sudah bersara. Saya tidak mahu bertanding. Seluruh dunia tahu saya tidak berniat untuk bertanding.

Ini alasan untuk Husam bertanding di sini. Ini satu lagi penipuan yang datang daripada mulut orang bergelar ulama, mulut berbohong. Kononnya Pas itu Islam, Islam itu Pas. Maka tempat tak ada Pas tidak adalah Islam. Apakah 1.6 bilion orang Islam sudah tidak Islam? Sudah jadi kafir?

Niat Nik Aziz kafirkan semua orang Islam supaya dia seorang Islam. Ini sikap bongkak. Apa hak dia nak kafirkan orang UMNO? Tanpa usul periksa dia dengan mudah menuduh orang UMNO kafir. 

Saya dilahir sebagai Islam membesar sebagai Islam. Saya sembahyang, puasa, zakat, menunaikan haji dan umrah. 


Kalau dia nak tanya saya sembah selain Allah, kalau saya kata ya. maka saya kafirlah. Dia tak tanya pun. 

Ini satu kezaliman. Islam melarang kira melakukan zalim. Al-Quran menyuruh kita menghakimi dengan adil. Adilkan kaki pembohong ini, kononya senbahyang orang UMNO tak dapat pahala? Dia pergi sembahyang pun di masjid dibuat UMNO.

Putrajaya kononnya meniru orang asing sebab ada perkataan presint. Dia ada manifesto. Manifesto tu cakap Melayu ke? Dia tak tiru orang asing. Sebab tu jalan-jalan di Kelantan tidak ada tar. Kita yang bubuh tar. Dia tak pernah tengok kot orang bubub tar atas jalan.

Kita dirikan Putrajaya kerana Kuala Lumpur begitu sesak untuk pegawai kerajaan menjalankan pentadbiran negara. 

Kita awal-awal sedar. Nik aziz tak kata apa. Pas tak kata apa. Kita sedar kesesakan akan datang. Itu persedian memindahkan pegawai-pegawai di kawasan yang baik.

Kalau tak ada Putarjaya KL tak boleh bergerak. 

Kerata banyak sebab orang banyak duit. Pegawai kerajaan gaji dinaikan berkali-kali. Masa saya dulu tak naik gaji. Itulah nikmat diterima.

Kita bangga orang mengunakan kereta dan banyak. Walaupun kononnya harga kereta mahal.

Pembangkang nak turun kereta sehingga RM20 ribu. Ada kereta di Malaysia harga begitu. dah ada. Kereta edar ada. Pi la beli. Nak kereta besar harga RM25,000. Bila harga murah banyak kereta atas jalan sehingga kereta tidak bergerak. Inilah orang yang tak buat kira-kira.

Pada tahun 1981 lagi kita tahu bahawa kesesakan akan berlaku di KL. Justeru kita bina Putrajaya.

Mereka kata membazir duit kerajaan. Nik aziz kata nak lelong Putrajayam Saya dah beli loceng supaya dia duduk depan masjid agar dia lelong masjid. Sekarang tak mahu lelong. Sekarang nak mai nak dirikan kerajaan. 
Putrajaya bukan untuk Nik Aziz, Hadi dan sudah tentu bukan untuk Anwar. 

Anwar sudah tidak ada modal.

Baru ni buat ucapan minta saya mati. Inilah kempen PKR. Itu bukan kuasa dia, kuasa tuhan. Niat buruk. Dia bolen niat, yang tentukan bukan Anwar . Dia boleh pergi ke mahkamah minta saya mati cepat.

Putrajaya bukan pembaziran ia kemudahan untuk negara yang kian maju. Kenapa Malaysia kian maju? 

Kerana Pas? Tengok Kelantan serambi Mekah. Malu kita, air dia tak boleh minun. Inikah Serambi Mekah. 
Janganlah menjatuhkan maruah Mekah. Banyak orang Arab Islam datang ke Malaysia sebab dengar Malaysia sudah maju. Negara contoh bagi negara Islam di dunia. Apakah mereka pergi ke Kelantan? Mereka datang ke KL, Putrajaya. Kagum bagaimana negara yang diperintah orang Islam dapat membangunkan.

Orang Kelantan nak dapat pekerjaan sampai mati kebuluran. Sebab itu mereka berhijrah ke negeri lain yang diperintah BN. 

Kenapa tidak di Kelantan? Tak ada peluang kerja sebab kerajaan Pas tidak tahu mewujudkan pelung kerja.
Pemerintahaan di Kelantan yang mundur salah kumpulan yang kononnya tuan guru, tetapi banyak berbohong, fatwa bohing. Saya ingat dia dah nyanyuk. 

Saya ni umur 87. Dia 82 nak berdiri tak boleh, tapi nak bertanding sampai bila-bila. Suruh kita tukar, tukarlah diri kau dulu.

Saya dengar kononnya calon Pas,Husam nak berdebat dengan saya. Siapa dia Husam? Umur saya dengan dia, dia masih lagi budak-budak berdebatlab dengan kawan-kawan kau yang sama umur. Jangan cabar-cabar, nak jawab saya pun tak boleh.

Kita telah bangunkan Putrajaya bagi pemerintahan negara. Ramai yang mahu meniru, membina bandar-bandar pentadbiran. Bukan kita tiru orang. Orang tiru kita. Dulu Singapura takda F1 dia tiru kita. Semua kita buat orang tiru. 

Kelantan nak tiru kita tapi ta mampu. Besar niat nak jadi kerajaan Federal. Perintah Kelantan baik-baik barulah ada angan-angan nak perintah. Bagi 5 tahun di Kedah tak ada apa-apa di Kedah. Cakap sahaja tapi tak buat apa-apa. Berkelahi sesama mereka.

Yang mula buat Pakatan ialah Anwar dia mahu jadi PM. Penipu besar. Hadi pun nak jadi PM. Anwar kaki tipu. Dia tipu saya. Saya nampak dia warak boleh jadi imam. Khutbah dalam mesjid. Kita ingat betullah dia baik. 

Masuk UMNO boleh bawa unsur Islam. Saya pun bodoh sikit. Saya nampak permukaan sahaja. Nampak jangut sikit. Kaki penipu besar. Dia sepatutnya masuk Pas. Cakap macam Pas. Kawan dengan Fadhil. 1982 saya dapat makluma Anwar nak masuk UMNO, saya teruja jugak, bagus. Saya terima, 10 tahun kemudian baru saya sedar kalau dia masuk Pas tak boleh jadi PM. Yang biasa jadi PM ialah UMNO. Kalau masuk Pas tak adalah peluang. 

Masa Anwar jadi TPM, dia tunggu bila saya nak letak jawatan dia tunggu. Saya sakit bedah jantung dan sihat. Dia dok tunggu bila saya nak pi. Dia cucuk orang-orang dia kata saya ada kroni. Selain nak jadi PM, dia ada niat lain yang kita tak boleh benarkan. Orang macam ni tak boleh jadi PM. Bilik PM tu besar. Ada pegawai-pegawai masuk. Pegawai muda, saya takut apa akan jadi pada pegawai dia. Driver dia pun tak selamat. Ada pegawai-pegawai yang comel. Bukan sahaja wanita, lelaki pun ada. Kalau dia jadi PM habis rosak. Sebab tu saya tanya kawan dalam UMNO dan mereka kata buang sahaja Anwar. 

Inilah Anwar yang mahu saya mati. Cari la jalan lain. Ada cara lain. Ini niat tak baik. Inilah orang yang bercita-cita nak jadi PM.

Nak jadi PM tak perlu berhempas pulas pun boleh jadi PM. Tunku pun tak tahu. Tiba-tiba jadi Preisden UMNO dan jadi PM.

Saya pun tak ada harapan nak jadi PM. Fikirkanlah, saya dulu jual goreng pisang. Tak mungkin jadi PM tapi akhirnya jadi. Ini dia hentam semua orang, sebab nak jadi PM. Orang seperti ini tidak layak jadi PM.

Masa dia jadi TPM rosak semua. Ini satu-satunya orang yang gila-gila nak jadi PM. 

Saya datang sebab saya tak mahu Putrajaya jatuh kepada orang yang tak sepatutnya, tentukan Husam 
dikalahkan dengan teruk sekali. Apakah sumbangan Husam, Nik Aziz, Pas kepada Putrajaya? Orang buat elok-elok baru bak balaih.
Kita tak boleh percaya orang macam ini. Balik betulkan Kelantan. Kalau dah berjaya di Kelantan, minta izin dengan kita supaya boleh bekerja di Putrajaya. Kalau dia nak jual goreng pisang pun saya benar. Itu latihan yang terbaik untuk jadi PM. Bagi kual ninyak kelapa dah pandai barulah jadi PM. 

Sebelum daripada itu duduk diam-diamlah di Kelantan itu tempat kamu. Betulkan dulu tempat kamu. Tiru presint-presint di Putrajaya ini. Buat pejabat-pejabat dan rumah yang baik di Kelanta, selepas itu baru boleh minya kerja di Putrajaya. Sikit demi sikit boleh naik pangkat.

Saya tahu rata-rata penduduk Putarajaya mahu kekalkan tempat ini ditadbir oleh kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.

19 comments:

Anonymous said...

Tun M dan mengamuk dah...Umno putrajaya buat kerja lebih sikit jangan kecewa kan Tun M...Kempen habis-habisan daalm seminggu ni...jangan bagi pas jer buat kempen

berasiam said...

Kalau Tun Dr. Mahathir bertanding dan besar kemungkinannya menang, DS Najib nak jadi apa? Mana ada logiknya Tun Dr. Mahathir mahu bertanding sebarang jawatan lagi, baik dalam UMNO ataupun dalam kerajaan. Teramatlah berbohongnya orang PAS bila mengandaikan Tun Dr. Mahathir mahu bertanding dalam pilihanraya. Sebenarnya mereka membuat andaian sedemikian kerana mahu merasionalkan tindakan pemimpin mereka Datuk Nik Abdul Aziz yang terus bertanding walaupun usianya 82 tahun dan begitu ketara keuzurannya.

Lim Kit Siang, Karpal Singh, Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, semuanya mempunyai usia yang lebih tua daripada DS Najib Tun Razak. Bagu manusia yang benar-benar rasional, yang mahukan pemimpin yang muda, maka pilihan yang ada tidak lain san tidak bukan ialah BN. Orang yang sokong PR ialah orang yang suka pemimpin2 tua yang tak sedar diri.

Pemimpin UMNO lebih sedar diri dan tahu masa untuk berundur seperti yang ditunjukkan oleh Almarhum YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Almarhum Tun Hussein Onn, YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad dan YABhg Tun Abdullah Ahmad.

Mereka seru orang berubah tetapi mereka sendiri tidak mahu berubah. Kasihan pengikut mereka, nampak sangat kurang berfikir dan menilai.

Anonymous said...

Parti Islam SeMalaysia aka PAS .
Kenapa PAS bukan PIS ????
Kalau ikut acronym yang sebenar , Parti Islam SeMalaysia sepatutnya PIS. Kenapa PAS ?
Siapa sebenarnya yang menggerakkan hati pemimpin pemimpin parti itu supaya gunakan PAS.

PAS yang lari dari ajaran Islam , kesongsangan Aqidah dan tidak berpegang sepenuh ajaran Quran dan Hadith , tak layak gunakan PIS. Hati pemimpin2 mereka digerakkan menggunakan PAS. Sebab PAS adalah satu penghinaan.

Selepas fatwa dan ajaran Songsang Hadi dan N.Ajis ,
PAS = Parti Ajaran Sesat
PAS = Parti Ajaran Setan
PAS = Parti Aqidah Songsang

Setelah Anwarinas seperti Khalid Samad dan Hishamudin Rais masuk PAS
PAS = Pengikut Anwar Setan

Bila PAS bersekongkol dengan penyokong Murtad Pariah Ambiga
PAS = Parti Ambiga Sial

Bila PAS bekerja sama dengan DAP dan seperti lembu dicucuk hidung
PAS = Parti Anjing Suruhan
PAS = Pasti Aku Setuju

Bila N.Ajis upah pengikutnya buat Rusuhan pada bersih 3
PAS = Parti Anak Samseng

Bila pelajar2 PAS protest sana sini
PAS = Pelajar Akal Sempit

Bila Mustapha Ali pakai Spender
PAS = Parti Ahli Sex
PAS = Pakaikan Aku Spender


Maka itu jangan undi Penipu Rakyat

Vote for BN
For Better Nation

Anonymous said...

Syabas Dr Mahathir.Diharap orang Putrajaya boleh berfikir dengan waras dan tidak dengan kepala lutut.Walaupun banyak kerajaan pusat curahkan duit pada Kelantan, masih juga kurang pembangunan di Kelantan dah berapa penggal PAS memerintah.Sama-samalah kita berdoa agar Allah memberi pemerintah Islam yang sebaik-baiknya pada Malaysia.

Anonymous said...

Salam bro..TUN at his BEST!!

tobeng said...

Husam tak ada track record yg baik di kelantan.Bela kambing pun fail macamana nak tadbir sebuah pusat pentadbiran negara.Apa idea dia yg berjaya direalisasikan di kelantan?

Tapi husam memang pandai ambil kesempatan,kalau dia menang dia boleh cuci kaki,segala2nya sudah siap sedia di putrajaya.Kalau dia tak buat kerja pun putrajaya tetap perlu dibangunkan oleh kerajaan pusat.

Aku cadangkan kita kalahkan semua jeneral2 pakatan di permatang pauh,marang,gelang patah dan beberapa lagi tempat.Andaikata husam menang sekalipun pasti semua orang berpuas hati sebab pakatan benar2 berjaya menawan putrajaya walaupun kalah teruk dalam pru13.Win-win hehe..

Anonymous said...

TERBAAEKKK TUN...LOVE YOU!

Anonymous said...

Kalo aku orang Pas, malu aku orang cakap macam ni kat aku..
kalao aku orang kelantan, malu aku nak bandingkan kelantan dgn putrajaya.
tun m..tabik kat tun

jack said...

Peeergh......!!!! Pedas tapi Sedaaaap!!!! Orang dh buat cantik2 nak amek......mmg dasar pembangkang....negara dh maju, nak kat dia.....time kita susah nak bangunkan negara, dia fitnah macam2....nak bengkerapla, rasuahla, tak pandai tadbirla, kronila, tak Islamikla.....macam2....sekarang, berebut nak....!!!! Pooodah.....puuuuuiii...!!!

jack said...

Peeergh......!!!! Pedas tapi Sedaaaap!!!! Orang dh buat cantik2 nak amek......mmg dasar pembangkang....negara dh maju, nak kat dia.....time kita susah nak bangunkan negara, dia fitnah macam2....nak bengkerapla, rasuahla, tak pandai tadbirla, kronila, tak Islamikla.....macam2....sekarang, berebut nak....!!!! Pooodah.....puuuuuiii...!!!

Unknown said...

Terbaek la ucapan Tun mahathir..

Unknown said...

Terbaekla ucapan tun mahathir

Zek said...

Ucapan Tun tepat dan padat. Bestlah.

Satu undi untuk BN bererti satu undi untuk masa depan yang cemerlang.

Satu undi untuk PR satu undi untuk undur kebelakang.

Zek said...

Ucapan Tun tepat dan padat. Bestlah.

Satu undi untuk BN bererti satu undi untuk masa depan yang cemerlang.

Satu undi untuk PR satu undi untuk undur kebelakang.

izz said...

Allahuakbar! well said sangat Tun. memang di negeri yang diperintah BN bersepah org kelantan.. tapi kebanyakannya masih taat pd tok guru mereka yang tak pasti apa sumbangan nya pada kelantan dan malaysia... malah melagakan2 umat islam dan juga mendakwa mereka lebih suci.. moga Allah bantu kita yang teraniaya oleh pas... kita pon islam dan mahu masuk syurga...

Anonymous said...

TUN MAHATIIR TERBAIK CUCI OTAK PAS.

Anonymous said...

TAHNIAH TUN...KAMI PENDUDUK PUTRAJAYA TETAP SETIA DENGAN UMNO DAN BN....KAMI CUMA SENYAP SAMBIL MELIHAT GELAGAT DAN KEGHAIRAHAN PEMBANGKANG TERPEKIK TERLOLONG....KAMI MELIHAT KEGHAIRAHAN HUSAM KAMBING BERMIMPI SIANG......BIARLAH MEREKA BUAT CERAMAH TIAP-TIAP MALAM PUN HAKIKATNYA KAMI TIDAK AKAN BERUBAH...APATAH LAGI GERUN DENGAN GEROMBOLAN MANUSIA PENDEK AKAL INI......BIARKAN MEREKA KEPENATAN....ITULAH STRATEGI KITA YANG CERDIK....LIHAT LAH ITU BARU TUN TURUN SEKALI...HUSAM MUSA DAH KECUT TELUR..

Anonymous said...

Bilik PM tu besar. Ada pegawai-pegawai masuk. Pegawai muda, saya takut apa akan jadi pada pegawai dia. Driver dia pun tak selamat. Ada pegawai-pegawai yang comel. Bukan sahaja wanita, lelaki pun ada. Kalau dia jadi PM habis rosak.

Anonymous said...

Gini jer lah kepada org2 yg rasanya berakal...aku nak nasihat sikit...nak jaga putrajaya tu kena betul2. Jaga. Itu pusat pemerintahan negara.

Apa yg aku nak sampaikan disini...kalau projek kambing dah gagal....projek kambing yer tuan2 sekalian...kambing...mbekkkk...kambing tuan/puan sekalian gagallllll....gagalllll tuan/puan sekalian. Macamana nak jaga putrajaya?. Melainkanlah TUan/Puan sekalian mmg dah bersedia utk dikambingkan.

Jgn nanti kawasan lain mng, putrajaya kalah..maka gembala tuan2 sekalian adalah husam..tuan2 sekalian adalah kambingnya....