Thursday, April 18, 2013

KISAH DAN HAKIKAT..



jika pengumuman calon Barisan Nasional (BN) di seluruh negara semalam mahu ditonjolkan sebagai satu pasukan tranformasi yang cukup luar biasa, saya fikir saya harus berbeza pendapat dengan Pengerusi BN, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak. Calon yang ditonjolkan tidak sehebat dan semegah yang cuba digambarkan.

Kita harus memasarkan realiti kerana hakikatnya di beberapa negeri terutamanya Selangor, terdapat calon-calon yang dipilih secara tidak berhati-hati dan tampak tidak melalui proses pemilihan yang serius.

Jika tidak pastinya suara-suara tidak berpuas hati dan komentar sinis tidak bercambah di kalangan ahli dan penyokong BN sendiri.

Hari ini saya pasti Mohd Najib telah pun sedar siapa yang bertanggungjawab mewujudkan keadaan seperti ini dan mengenali yang mana intan dan yang mana kaca.

Oleh kerana pasukan Najib memilih untuk membombastik atau membesar-besarkan senarai calon BN kali ini, maka sedikit cacat cela pun akan diperhati da dibesarkan oleh rakyat. Inilah hakikat apabila kita melancarkan propaganda melampau hingga meloyakan.

Hakikatnya, jika barisan calon BN ini dilihat dan dianalisis atas neraca yang berpaksi realiti, ia merupakan satu barisan calon yang cukup baik untuk lima tahun akan datang.

Setelah lima tahun bergelut dengan tuduhan, fitnah, serangan peribadi, barisan calon yang menggabungkan tenaga muda dan senior, calon muka baru dan lama, serta comeback yang dibuat oleh beberapa calon ,telah memberikan satu nafas segar kepada politik BN.

Memang ada calon BN yang dikemukakan mempunyai imej tercemar dan ada cacat-cela. Ini bukan luar biasa kerana manusia politik biar apa pun agama anutan, ideologi politik atau wacana poilitik yang beliau sertai tidak mungkin sempurna sifatnya.

Namun di sebalik cacat cela yang ada, calon-calon yang dikemukakan ini jauh lebih baik daripada calon-calon Pakatan yang telah diumumkan mahu pun bakal bertanding.

Apabila diumumkan calon BN hari ini, antara terawal yang diserang ialah calon BN bagi kawasan Parlimen Ampang, Dr. Rozaidah Taib dan calon BN bagi kawasan Gombak, Dr Rahman.

Kedua-dua mereka merupakan ahli Parlimen bagi kawasan yang sama dalam pilihan raya umum 2004.

Kedua-dua nama ketika itu bersama Dr. Amran Kasimin (Dun Bangi) dibawa oleh bekas Menteri Besar Dr. Mohamad Khir Toyo sebagai tokoh-tokoh profesional muda Melayu bagi memberi kesegaran kepada UMNO dan BN Selangor. Mereka ini menang dengan baik di kawasan masing-masing.

Namun bagi Rozaidah dan Rahman, kerjaya politik mereka yang bermula dengan pantas turut berakhir dengan pantas. Mungkin kerana usia yang agak muda bagi wakil rakyat, Rozaidah dan Rahman berhadapan beberapa isu dan tuduhan membabitkan hubungan terlarang dan konflik keluarga. Bumi mana tidak ditimpa hujan, demikianlah nasib kedua-dua ahli politik muda ini.

Dalam politik Malaysia, konflik keluarga, isu peribadi dan moral yang kontroversi lebih diberi perhatian berbanding rekod perkhidmatan mereka yang cemerlang. Tidak penting sama ada tuduhan dan dakwaan ini benar atau direka-reka dalam konflik rumah tangga masing-masing.....

Berhadapan dengan dilema ini, BN mengugurkan mereka dalam pilihan raya 2008. Kedua-dua mereka berhadapan fasa pemulihan dan pembekuan dalam politik.

Kali ini mereka dicalonkan semula kerana BN merasakan kedua-dua ini wajar diberi peluang kedua. Mereka telah menjalani hukuman politik dan masyarakat dan kini mereka diberi semula peluang ini.

Jika Pakatan mahu memburuk dan menghina kedua-dua calon BN ini, mereka perlu mencerminkan muka sendiri. Apakah kedua-dua calon BN ini lebih buruk daripada Anwar Ibrahim dan Mustafa Ali?

Anwar Ibrahim berhadapan dengan pelbagai tuduhan skandal seks yang sehingga kini beliau gagal memberi jawapan yang tuntas. Anwar bukan sahaja dituduh secara rambang oleh orang yang bermusuh dengannya seperti mana berlaku kepada Rahman dan Rozaidah.

Sebaliknya, Anwar berhadapan dengan tuduhan melanggan pelacur Cina (China Doll). Tuduhan ini bukan dibuat oleh UMNO atau BN tetapi oleh rakan baik beliau sendiri suatu ketika dahulu, Datuk Eskay Shazryl Abdullah. Datuk Eskay mengakui lelaki dalam video tersebut adalah Anwar Ibrahim.

 Bacalah pendedahan Papagomo dan bandingkan dengan isu Rozaidah yang kononnya ditangkap khalwat.

Saya katakan “kononnya” ditangkap khalwat kerana tangkapan yang dimaksudkan bukanlah tangkapan oleh majlis agama Islam seperti yang difahami. Sebaliknya, ia adalah hasil laporan polis oleh suaminya yang mendakwa beliau berada dalam sebuah bilik hotel bersama seorang lelaki.

Baca laporan polis dibawah kita akan dapati apa yang didakwa sebagai tangkapan khalwat hanyalah syak wasangka suaminya yang sememangnya sudah mempunyai konflik antara mereka.

Dalam laporan polis tersebut jelas suaminya hanya membut laporan “kemungkinan” ada lelaki lain berdasarkan andaian tiada anaknya yang menyahut semasa beliau memanggil nama anak tersebut.

Kesimpulan gila apakah membolehkan kita mengatakan Rozaidah berkhalwat sedangkan tiada langsung tanda-tanda terdapat orang lain dalam bilik tersebut.

Adalah hak Rozaidah untuk tidak membenarkan suaminya yang bersikap konfrontasi dengannya untuk masuk ke dalam bilik tersebut.

Apa yang terjadi dengan Rozaidah hanyalah andaian dan kemungkinan yang dibuat oleh suaminya dalam laporan Polis. Bacalah laporan Polis di atas. Apakah niat laporan tersebut?

Ia hanya bertujuan untuk memburukkan Dr. Rozaidah yang ketika itu Ahli Parlimen Ampang. Apa perlunya dicerita soal seksual dalam bilik suami isteri dalam satu laporan Polis mengenai kemungkinan isterinya berkhawat...?

Saya melihat ini hanyalah bertujuan membina kes yang kukuh untuk menentang isterinya dalam perbicaraan cerai nanti.

Jika benar beliau percaya isterinya berkhalwat sudah tentulah beliau akan menghubungi Jabatan Agama Islam dan pasukan pencegah maksiat. Sebaliknya beliau hanya membawa anggota Polis dan pengurus hotel yang tidak mempunyai kuasa tangkapan khalwat. Mengapa....? Kerana tujuannya hanyalah untuk membuat laporan Polis memburukkan isterinya.

Sekarang semua itu adalah sejarah apabila beliau dan suaminya telah bercerai. Apakah kita hendak percaya satu laporan polis yang dibuat oleh seorang suami yang sedang membina kes untuk bercerai. 

Katakanlah tuduhan ini benar, yang saya ragui ia benar. Apakah kesalahan ini sama dengan kesalahan Anwar yang bukan sahaja dituduh mempunyai hubungan seksual dengan China Doll, malah mempunyai citarasa seks songsang.

Anwar sungguhpun dibebaskan atas sebab teknikal atas tuduhan meliwat Azizan dan kemudiannya Saiful Bukhari, sehingga hari ini masih belum bersumpah sebagai orang Islam menafikan tuduhan-tuduhan yang serius dan berat ini.

Dalam kes hubungan seks dengan gadis China, Datuk Eskay bukan sahaja mengemukakan video sebagai bukti nafsu serakah Anwar, malah turut bersumpah laknat bahawa Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam vide0 tersebut. 

Mangsa yang mendakwa dirinya diliwat Anwar, Mohd Saiful Bukhari, telah mengadakan sumpah laknat mengakui beliau telah diliwat oleh Anwar.

Anwar sebagai seorang pemimpin Islam, pernah menjadi imam dan khatib jumaat tidak sekalipun pernah bersumpah menafikan semua tuduhan tersebut dalam bentuk dan konteks yang dikehendaki oleh syariat Islam. Mengapa sebagai pemimpin Islam tidak berani bersumpah...? Adakah kerana semua tuduhan itu benar....?

 Rahman 
Tidak kurang kontroversi ialah calon BN Parlimen Gombak, Dr Rahma Ismail dituduh mempunyai hubungan sulit dengan Senator Yati Tan Sri Onn. Tuduhan ini dibuat oleh suami Yati, Mohd Suffian Abdul Aziz, yang ketika itu mempunyai konflik rumah tangga.

Sekali lagi tuduhan dan dakwaan ini dibuat oleh seorang suami yang berhadapan dengan tuntutan fasakh. Suaminya sebagai tindakan balas mengemukakan permohonan cerai nusyuz.

Maka pelbagai dakwaan dibuat oleh kedua-dua pihak. Namun hanya ada satu gambar yang mungkin membenarkan dakwaan tersebut.

Gambar ini mungkin agak keterlaluan bagi dalam pandangan sisi Islam dan jug budaya ketimuran.

Namun ia sekali lagi tidak membuktikan apa-apa yang setaraf dengan perbuatan tidak bermoral, huduh dan loqlaq pemimpin numero uno Pakatan – Anwar bin Ibrahim.

Malahan tuduhan-tuduhan dan dakwaan yang dibuat ke atas Rahman tidak langsung dibuktikan seperti mana munculnya video seks yang mengandungi wajah seorang lelaki menyerupai Mustafa Ali.

Saya tidak berniat meletakkan gambar dan video yang meloyakan itu dalam artikel ini. Sesiapa yang mahu bukti bolehlah melawati video tersebut di sini.

Sehingga hari ini Mustafa Ali langsung tidak bersumpah menafikan bahawa bukan lelaki dalam video seks tersebut bukan beliau.

Jika hanya satu laporan polis yang mengesyaki perbuatan khalwat dan satu gambar yang langsung tidak lucah, penyokong Pakatan telah mencemuh dan menghina calon BN, apakah yang mereka telah buat kepada pemimpin-pemimpin utama mereka ini...?

Kedua-dua calon ini tidak menjadi pemimpin utama negara. Mereka telah “dihukum” selama sepenggal biarpun tiada bukti atas tuduhan-tuduhan tersebut.

Malahan kesalahan mereka ini jika benar langsung tidak setaraf dengan gambar-gambar yang membabitkan seorang individu menyerupai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengadakan oral seks.

Azmin sehingga kini tidak tampil bersumpah cara Islam membersihkan dirinya, mahupun membuat laporan Polis.

Sehingga hari ini, penyokong Pas masih melantik Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia. Manusia yang ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Kelantan bersama isteri orang.

Mohamad Sabu ditangkap khalwat bersama isteri orang oleh pegawai Jabatan Agama Islam Kelantan. Ini soal serius dan nyata, bukannya sekadar tuduhan dalam satu laporan polis tanpa bukti, saksi dan penguatkuasa. Mohamad Sabu hanya terlepas kerana pendakwa tersalah tulis nombor bilik.

Kesemua mereka ini memegang jawatan yang tinggi dan bakal menjadi pemimpin utama negara jika mereka menang....

Bukti yang ada ke atas mereka juga sangat kukuh dan konkrit. Namun mereka masih diberi kepercayaan penyokong pakatan untuk memimpin.

Jadi kita tertanya-tanya apakah tidak malu penyokong dan bloggers pakatan mempersoalkan moral kedua-dua calon BN sedangkan pemimpin-pemimpin utama mereka terpalit dengan skandal seks dan moral yang jauh lebih teruk dan meloyakan...?

Justeru adakah para penyokong Pas, PKR dan DAP mempunyai sebarang kredebiliti dan asas moral untuk mempersoalkan moral calon BN...?

Sekurang-kurangnya kedua-dua pemimpin ini bersedia berundur dan menyelesaikan masalah peribadi mereka terlebih dahulu.

Malangnya di dalam Pas, PKR dan DAP mereka tidak mempunyai sebarang rasa malu lagi. Inikah parti yang kita akan beri kepercayaan...?

JALIL BACKER MYKMU

19 comments:

Anonymous said...

Soal calun..tutup. Hadapi lah Pakatan
dengan bersungguh-sungguh..kerana jenteranya dibawah ini sedang melakukan prokasi fitnah yg sangat dasyat..silap-silap hancur BN..kalu dok bangkit yg dah selesai nii..

usin said...

gap, post yg ini aku kurang faham. ianya dimulakan dgn mukadimah ada perbezaan pendapat dgn pengerusi BN, najib. bla..bla..bla mengatakan bahawa calon2 BN kali ini maksudnya masih tidak telus dari segi penapisan imej. dalam membicarakan soal 'terlepas pandang' tersebut, admin bersungguh2 membela pulak calon2 BN yg dikatakan terlepas saringan tersebut dgn mengilas kpd nilai moral pemimpin2 haprak pakatan. so, apa untungnya post ini kpd AKTIVITI KEMPEN yg sepatutnya? nk bunuh calon BN ke, nk main2 dgn calon BN ke atau tak tau apa yg dibuat? admin, kalau dalam peperangan yg semakin genting ini, jangan sesekali dedahkan kelemahan sendiri, yang penting serangan kepada pihak lawan dilipatgandakan. baru betul!!!!!

jijan mali said...

Tolak semua calun-calun PR - Pakatan Rasis!!!!!
Tolak semua calun-calun parti "Manifesto BUKAN Janji"!!!
Tolak semua calun-calun parti sokong kaum sesat LGBT!!!
Tolak semua calun-calun parti yang sangup nak gadaikan kalimah Allah SWT!!!

SELAMATKAN MALAYSIA!!!!!

Anonymous said...

Inilah kenyataannya.. Malaysia amat malang mempunyai pembangkang yg rendah kualitinya.. tak ada integriti dan sering memperlecehkan demokrasi!
Dosa2 sendiri cuba ditutup dgn dalil2 dan hujah2 agama yg diselewengkan utk keuntungan puak sendiri!
Paling meloyakan bila video sex pemimpin kanan Pas yg terang-terangan menggambarkan aksi zina diabaikan oleh rakan sejawatnya dgn alasan itu hanya fitnah dan menambah selagi video itu dapat ditonton maka si penzina akan mendapat limpahan pahala..! Subhanallah! dunia kian menghampiri akhir zaman! Bertaubatlah puak2 Pakatan sebelum terlewat!!

Anonymous said...

PAS DEPAN RAKYAT CAKAP BUNYI ARAB....ANA ANTE ANA ANTE KONON! NYA ISLAMIK BEBENO....DALAM HOTEL DGN BETINA i you i you....amboi3 ! terselah sifat munafik mereka !

Anonymous said...

PAS DEPAN RAKYAT CAKAP BUNYI ARAB....ANA ANTE ANA ANTE KONON! NYA ISLAMIK BEBENO....DALAM HOTEL DGN BETINA i you i you....amboi3 ! terselah sifat munafik mereka !

Pejuang_Bangsa said...

Bagus bro GAP..setuju sangat ngan kupasan saudara. Ramai mereka ini (penyokong pembangkang) tidak terbuka mata dan pintu hati kerana pada dasarnya mereka membenci kerajaan. Jadi bila timbul perasaan benci itu, susah untuk mereka kembali menyokong kerajaan. Walau berapa banyak pun pendedahan demi pendedahan di buat, mereka tetap enggan menyokong kerajaan.

Tidak dapat dipastikan mengapa mereka sangat membenci kerajaan..sedangkan kerajaan kita ini adalah kerajaan Islam dan diterajui oleh orang Islam berbangsa Melayu. Sedangkan Anwar terang2 mahu menghapuskan hak2 istimewa melayu dan tunduk akur kepada DAP parti Cina racist.

Sama2 kita doakan kejayaan kerajaan didalam pilihan raya ke 13 ini.

celana biru said...

Jangan kiralah siapa yang bertanding kerana mereka adalah yang boleh dipercayai dan diharap oleh pucuk pimpinan.
Pastikan kita pangkah BN dahulu.

Anonymous said...

BERITA PANAS SELANGOR!!!
APA SUDAH JADI NI UMNO PANDAN.....
SAYA BARU LEPAS SURF BLOG "MILO SUAM"
ADA SURAT LAYANG YG SY BACA BERKENAAN HAL CALON BN DUN CHEMPAKA.. SANGAT MEMALUKAN SEKIRANYA IA BENAR.. IA AKAN MEMBERI KEMENANGAN MUDAH KPD CALON PAS IAITU YB ISKANDAR DAN MUNGKIN AKAN BERJANGKIT KE KERUSI PARLIMEN PANDAN.. SAYA TIDAK MAHU KOMEN PANJANG... SY HARAP BROTHER GAPS BLEH SURF BLOG MILO PANAS TERSEBUT... BUAT SESUATU SEKIRANYA PERKARA ITU BENAR SEBELUM IA JADI ISU KEMPEN FUCKATAN RAKYAT.. ALLAH BERSAMA BN..... AMIN

Anonymous said...

hmm..anwar memang gay la

Tukang Komen said...

Moral tetap moral. Kita sering mempertikaikan pemimpin pembangkang yg diragui nilai moral mereka. Atas dasar ini kita mesti berpegang pada prinsip. BN tidak sepatutnya mencalonkan mereka yg punya 'cerita tak bermoral'. Kita jangan sesekali membuat perbandingan bahawa calon2 pakatan lebih tidak bermoral dibandingkan dgn calon BN. Ketiga tida calon tersebut wajar digugurkan kerana merosakkan imej parti.

Anonymous said...

KALAU ENGKAU ORANG NAK TAHU, DALAM PEMERHATIAN AKU, DALAM PAS NI BANYAK SANGAT ORANG YANG MUNAFIK DAN FASIK, DEPAN PUBLIC SEMBAYANG TONGGANG TONGGEK...PADA HAKIKATNYA KAKI URUT, KAKI SUT, TAKDA TANGGUNG JAWAB SEBAGAI SUAMI, YANG POMPUAN PULAK MULUT PUAKA KIRA SEBIJIK LA MACAM ORG JAHILIYAH MCM DULU2...

Anonymous said...

GAP...SLOWKAN SIKIT DENGAN ISU2 AKTIVITI SYAITAN2 KEPARAT NI...AKU INGAT KITA SAMA2 CARI APPROACH LAIN/REVERSE PSIKOLOGI KER...EMM PENDEKATAN YANG AGAK ILMIAH KER...ISLAMIC APPROACH KER..SUPAYA PENDEKATAN KITA LEBIH BERHIKMAH TAK MACAM GENG DEPA NI ...DALAM BLOG PUN BOLEH PULAK NAK PROMOSI "UBAT KUAT" GUA DAH JIJIK TENGOK TINGKAH LAKU DIORANG NI...

RH said...

Calon BN tolong potong rambut kemas2 boleh tak? Biar sedap mata kami memandang. Tidak berserabai. Hati pun sejuuuk.
Sori yea.

Tukang Komen said...

CALON TIDAK BERMORAL WAJIB TOLAK TAK KIRA BN ATAU PAKATAN.

Anonymous said...

Sekiranya benar mengenai calon BN di DUN CHEMPAKA tu aku rasa elok di tukar dgn calon lain yg lebih berwibawa dan mempunyai moral yg baik. Masih ada masa lg utk DS NAJIB menukar calon di DUN CHEMPAKA sekiranya benar isu moral tersebut.. malam ni pun bleh ditarik semula watikah tersebut... BRO GAPS tlg panjangkan isu ini ke UMNO SELANGOR.. jgn memperjudikan nasib penduduk di DUN CHEMPAKA...

Anonymous said...

Masih ada masa lg hingga tengah mlm ni utk mengambil tindakan keatas calon di DUN CHEMPAKA dgn menarik semula watikah sekiranya betul tentang isu moral tersebut...

Anonymous said...

saya kuarang jelas dengan kualiti gambar yang dipaparkan.Dengan kecanggihan kamera yang terdapat masa kini, mengapa gambar yang dipaparkan berkualiti rendah? LAGI PULA GAMBAR DALAM WARNA HITAM PUTIH. Warna hitam putih banyak mengundang kesangsian. Lihat saje gambar Chua Si Lek, gambar warna jelas dan terang. Tetapi gambar Anwar dan Mustafa Ali amat mengecewakan, tiada kejelasan mutu gambar untuk memutuskan pelaku adalah oarang yang dimaksudkan. Saya takut yang sedikit tidak mampu membawa saya ke syurga, untuk islam jauhi perkara mungkar dan syubahah, barulah dikatakan islam dan beriman. wallahhualam.

Melayu Perak said...

bro...apasal ketinggalan bas ke...????

dah ramai yang bagi explanation tentang gambar infra red bila tak cukup cahaya....

gambar hd warna boleh berubah jadi hitam putih.....