Sunday, May 19, 2013

PERUBAHAN DRASTIK UMNO SELANGOR : NAJIB,ZIN ,NOH OMAR, SHUKOR DAN JK UMNO SELANGOR PERLU BERUNDUR.


4 nama di atas dan termasuk ketua puteri dan ketua pemuda wajar mengundurkan diri untuk memberikan laluan sepenuhnya kepada muka  baru untuk memimpin umno selangor.

najib pada dasarnya telah gagal menjadi pengerusi umno selangor.
dari 22 kerusi dun pada tahun 2008, kini ianya tinggal 11.

jika diikutkan pada merit, ternyata najib gagal di selangor.

kita bercakap bab transformasi. alasan terbaik untuk najib diminta berundur dari menjadi ketua perhubungan umno selangor adalah bersandarkan kepada beberapa faktor.

faktor gagal menambah kerusi.
faktor najib SELAKU PERDANA MENTERI yang pastinya sibuk di seluruh negara.

team lantikan najib juga telah gagal. war room umno selangor lebih beretorik pada khayalan angka dan sokongan...

dalam akhbar utusan juga telah disebutkan mengenai sedikit pelik war room umno selangor.

walaupun najib menjadi presiden lantas pengerusi umno selangor, ianya tidak mampu untuk menghalang anasir group dan kumpulan yang membiak.

umno selangor hampir terbahagi kepada beberapa kumpulan. kumpulan zin, kumpulan noh, kumpulan rahman palil ,kumpulan fateh dan kumpulan yang tidak menyertai mana-mana kumpulan.

kesatuan dan satu hati tidak wujud di selangor. jika perkara asas satu hati ini pun sukar dihalang, bagaimana kesemua team mampu untuk bekerjasama ?

AKU MASIH OPTIMISTIK KITA MAMPU MENANG SEKALI LAGI DI SELANGOR PADA PRU 14.

dengan syarat team yang disebutkan dalam tajuk artikel, dibubarkan.

campurtangan jamaludin jarjis sedikit sebanyak memberikan signal tidak baik kepada umno di selangor. apakah dan dimanakah kewajarannya untuk  orang luar meyibuk dalam umno selangor ? jika jamaludin jarjis mendakwa dia mewakili MT dan kerajaan, jadi apa tugas noh omar selaku timbalan pengerusi selangor yang pada asasnya mewakili kerajaan ?

asas mahu menang adalah team perlu sepakat dan kuat.
najib orang luar, dia bukan anak selangor.

sewajarnyalah najib belajar daripada kisah umno di trengganu selepas tewas pada 1999.

idris jusoh diberikan kuasa sepenunhya untuk bergerak.
idris jusoh membantu seluruh bahagian dalam umno trengganu tanpa kira siapa.

gelombang biru yang diwujudkan punca pemangkin umno menang semula pada pru 2004.

umno selangor perlu diberikan sepenuhnya pentadbiran kepada kumpulan yang tak menyertai mana-mana team di atas..

mohon selepas perubahan umno di selangor, TIADA LAGI PERTINDIHAN KUASA DAN TUGAS sepertimana yang telah berlaku dikala najib jadi pengerusi..

zin dilihat overshadow noh..
manakala noh pulak buat dek selamba aje..

LAGI SATU, KAEDAH PDM INI TAK PRAKTIKAL DAN TIDAK MAKRO MENYELURUH KENA KEPADA SEMUA JENTERA..

HAPUSKAN PDM YANG HANYA MEMBERIKAN UNTUNG KEPADA SEBAHAGIAN PIHAK SAHAJA..

setelah team di selangor ini kuat dan sepakat barulah kita boleh bergerak untuk merampas semula selangor pada pru 14 nanti, insyaallah...

mohon najib tidak aplikasi kaedah jurulatih harimau malaya yang suka ber eksperemintasi tanpa memikirkan ranking maruah negara serta bantahan penyokong.

selepas perkara di atas berjaya diubah, kami akan memberikan ide kepada pengurusan baru...( tidak boleh didedahkan dalam blog )

KEMBALIKAN UMNO SELANGOR KEPADA ORANG SELANGOR. 

LANTIKLAH MEREKA YANG TIDAK BERADA DALAM MANA-MANA TEAM YANG DISEBUTKAN..

29 comments:

Anonymous said...

Ini satu lagi article yg askar cina dap laknat amat suka. (Tak tau la mungkin dapat elaun dari mereka kut) okla kalu nak tuntut ajk bertanggungjawab tapi bila cakap anak selangor ini yg boleh pecah belah. Walaupun aku 08 tapi lebih separuh umor hidup di selangor. Tak pwrlula anak mana1 janji melayu Islam yg sayangkan agama , bangsa dan negara. Nak tulis article pikir2 la. Cina dap tunggu bola tanggung yeop....

Anonymous said...

Jangan lupa ketua pembangkang selangor dato satim diman yg bacul...

malayoo mudah lupa said...

Baginaku faktor kekalahan sgor bkn di sebabkan BN sebenarnya pengundi atas pagar, majority di sgor ada lah golongan middle clss dn rata2 yg aku dgr dari jiran dan kawan2 mereka ni di kata kan pembayar cukai yg tinggi tapi tidak mendapat manfaat dari kerajaan sebalik nya kerajaan BN asik menukan golongan rendah,penjawat awam (yg kebanyakan menderhaka) dan org felda maka dgn itu lah mereka undi protes, sebenar nya mereka bukan suka pakatan pun lagi satu yg aku nk highlight semua tol di kawasan cina di hapuskan tapi tol bt3 dan sg rasau yg ramai di gunakan org Malayoo maseh jugak di situ walaupun sudah berpuluh tahun mengaut untung klu PRU. 14 maseh tkda perubahan buat middle class aku rasa BN akan lebeh teruk lagi....korang setuju tk dgn pendapat yg kurang bijak aku ni?

Anonymous said...

Kempen melampau, hari2 hantar SMS, lagu Sayangi Selangor x henti2, pengundi naik meluat, benci, bosan.

Karipap said...

setuju bro

orang johor said...

Walaupun statement agak kasar sikit..tp ada benarnya apa yg berlaku di selangor, harap dapat buat yg terbaik di selangor tawan balik hati rakyat dengan sifat mesra rakyat dan bertanggungjawab...

Anonymous said...

Sokong sesangat.... sistem PDM banyak membuat ahli-ahli UMNO yang bersedia memberi khidmat terpinggir dok kerana ketua PDM berkuasa. Kebanyakan jentera PDM lebih kepada ahli cawangan ketua PDM itu sendiri. Hapus kan PDM dan cawangan2 atas angin. Ketua Bahagian jangan kerana nak jaga kuasa takut kena langgar dok biar cawangan hantu wujud semakin bertambah. Kalu berani buat la transformasi bukan kepentingan nak jaga kocek sendiri dan kroni. Kalau tiada perubahan dalam tempoh setahun ini maka cita2 mempertahankan kerajaan akan tinggal kenangan. Undi BN yang diberi atas faktor BN itu sendiri, bukan atas pemimpin diperingkat bahagian dan cawangan. Menang sorak kampung tergadai. Ini berlaku di KELANA JAYA.

Anonymous said...

Kenapa lah kau bodoh sangat UMNO,,, buat strategi x pakai otak ,,,,,,,,,,,,

Anonymous said...

aku rasa ko yg paling layak jd pengerusi gap ganti ds najib,dh tentu kita akan tawan selangor,sb ko byk idea yg boleh di curahkn utk dptkn balik selagor,aku sokong 100%

Anonymous said...

betul,ketua2 bahagian juga patut ditukar,transformasi harus berlaku diperingkat cawangan juga..bagi yg betul2 boleh buat kerja menerajui cawangan kerana mereka ini adalah akar pada umno.jangan ahli cawangan sedara mara je masyarakat jadi tukang tengok.libatkan masyarakat dalam umno cawangan.

Anonymous said...

MALAYSIA


Nama Malaysia adalah cantuman dari nama 3 suku kaum yang terbesar iaitu;

MALAY dari suku Malay atau Melayu

S dari suku kaum Chinese atau China, dan

IA dari kaum India.

Dari 8 aksara yang mewujudkan nama MALAYSIA;

5/8 @ 62.5% adalah dari Melayu,
1/8 @ 12.5% adalah dari Chinese dan
2/8 @ 25% adalah dari kaum India


Ternyata Malay mendominasi didalam nama Malaysia itu sendiri.
Manakala Chinese Cuma menyumbang separuh sahaja daripada apa yang disumbangkan oleh India.

Justeru, Malay adalah Tuan kepada PERSEKUTUAN TANAH MELAYU ini.

Orang Gombak said...

Bro GAP,

Aku dh mula nampak masalah ni sejak Najib takeover as Pengerusi UMNO Selangor. Betul cakap ko, Najib kena ambil ikhtibar bagaimana Idris Jusoh diberi kuasa sepenuhnya untuk menawan semula Terengganu yg jatuh ke tangan PAS pada tahun 1999 dulu.

UMNO Terengganu berjaya menawan semula Terengganu sebab ada seorang pemimpin yg dianggap dominan atau alfa. Inilah salah satu faktor terbesar Selangor gagal ditawan oleh UMNO iaitu ketiadaan seorang pemimpin alfa. Aku pon selalu gak terfikir siapa sebenarnya yg mengetuai jentera UMNO di Selangor ni. Zin Badak ke atau Noh Omar? Tapi sebab optimis nak menang PRU-13, aku sokong apa sahaja yg Najib buat.

Aku fikir inilah salah satu penyakit UMNO iaitu semua orang berlagak nak tunjuk hero. Satu perkataan je la yg aku nak cakap kat pemimpin UMNO perangai macam ni iaitu BABI!!! Menawan semula Selangor dari pakatan adalah jauh lebih besar daripada kepentingan politik peribadi korang wahai pemimpin UMNO Selangor.

Empat nama yg ko sebut tu memang wajib turun dan gantikan dengan baris pimpinan yg baru, muda, hensem, mesra rakyat, bijak, taktikal dan pelbagai kualiti lain untuk menang. Yg lain-lain duduk diam-diam dan ikut planning yg dibuat oleh pimpinan baru ni.

Semua pihak harus menunjukkan kerjasama berpasukan. Biar team baru ni yg forward ke depan. Yg lama boleh follow and support tapi low profile.

Aku setuju pimpinan UMNO Selangor sekarang harus ditukar bukan sebagai satu penghinaan tetapi lebih kepada usaha untuk merancang misi baru menawan semula Selangor.

Aku sebagai anak Selangor sedih dan kecewa melihat negeri tercintaku ini masih diperintah oleh boneka Anwar Si Peliwat. Aku takkan lupa betapa haramjadahnya Khir Toyo yg memerintah Selangor dulu.

Orang Gombak

Anonymous said...

Semua nak harta dan jawatan. Duit beb. Siapa yang tak hendak?

Budaya ni susah nak buang. Dah terlalu lama tersemak pada semua ahli. Bubar dan buat UMNO Baru macam Mamakutty buat dahulu.

Kan nyata didepan mata. Dah nak lemas masih ingat ada peluang menang. Pak Jenin la tu.

Anonymous said...

Jangan kurang ajar, GAP

Anonymous said...

Boilot Air Asia

Anonymous said...

Pemilihan dalam UMNO tahun ini guling semua kepimpinan UMNO bahagian dalam semua Bahgian di Selangor. Naikkan kepimpinan baru yang lebih digeruni oleh pembangkang.

Dalam PRU13, kenapa kaki lawan pembangkang tidak dicalunkan?.

Anonymous said...

Setuju benar dgn cadangan ini.UMNO Selangor mesti di pimpin oleh anak Selangor.Akar umbi hingga atasan mesti satu hati.Semua perkara walau sekecil mana pun harus diperhalusi.Terlalu optimis salah satu punca bertambah kurangnya kerusi.Bangkitlah seawal subuh tak usah terus diulit mimpi.

Anonymous said...

kalau kita perhatikan rakyat selangor yang berugama islam mahukan satu perubahan yang bolih memberikan kebaikan pada mereka.kalau berpandukan parti yang mereka sokong dimana parti pas memenangi 15 kerusi dun berbanding pkr cuma memenangi 14 kerusi dun.dap pun memenangi 15 kerusi dun sama dengan pas.tetapi dap hanya disokong olih kaum cina[secara majority].ini menunjukkan kaum melayu islam selangor mengharap sangat hukum islam DIPERKASAKAN diselangor atas sebab2 tertentu.tetapi yang berlaku sebaliknya.disini kita lihat parti dap mengambil kesempatan menghasut kaum cina selangor supaya menyokongnya dengan berbagai2 cara kerana dia[dap]mendapati kaum melayu sudah berpecah tiga iaitu bn,pas dan pkr.disebabkan kaum melayu selangor kurang memahami politik maka mereka segera membuat keputusan secara mendadak dengan berpandukan apa yang berlaku diselangor selepas PRU12 yang lepas.

Jeepers Creepers said...

kalau nak ikut cara ko, semua orang kena berundur..makna ko jelah yang pegang kuasa..semua rakyat selangorpun kena keluar selangor.sampai sultanpun kena turun takhta..abih cerita kekekeke..

Tukang Komen said...

Saya sokong satu ribu peratus. Zin ialah makhlok perosak nombor 1. Dia bukan anak Selangor. Dia menyusun calon2 dgn niat untuk kekayaan melalui 'projek iskandar di Selangor sekiranya BN menang. Untuk itu calon2 kebanyakkan jenis pak turut yg juga gilakan kekayaan. Noh seperti kayu mati. Zin berkesan menghabiskan duit yg diberi oleh pusat.

Pengagihan peruntukan tdk baik. Wanita,pemuda dan puteri diberi peruntukan yg banyak sedangkan sampai ke bawah terlalu sedikit. Sistem PDM baik tapi perlaksanaan tidak kemas. Banyak perlu di perbaiki. Umno Selangor sudah berkecai. Perpaduan sukar diwujudkan sekiranya Zin dan Noh masih mahu bertahan sebagai pemegang kuasa. Makanya wajar Najib tidak mengekalkan Noh sebagai menteri yg hanya mementingkan keluarga dan kawan.

Tukang Komen said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Mana2 calon yg dah tewas jangan pegang jawatan diperingkat bahagian dan perhubungan. Mereka dianggap sebagai 'has been'.

Ampang boyz said...

YB RAZ

Suh PM engko jaga bini dia dulu lah, tu pasal banyak kalah..

Anonymous said...

2-3 tahun sekali pilih pemimpin (orang ramai yang pilih). berlaku sesuatu semua buang habis siapa yang tinggal,yang banyak bercakap semuanya tak pandai buat kerja dan pengaruh pun tak ada cuma tinggal 21+30 orang je.kalau tak hormat pemilihan majority setempat bila pilih pemimpin buat lah berarak. mulakan pada kampung lepas tu bawa ke peringkat kebangsaan. lantik diri jadi ketua teragung. cara ni rasanya semua berpuas hati atau aku (anwar) dan puak-puak aku je yang setuju.

Anonymous said...

mmg betul GAP...jaga negeri masing2 lah. selangor ni bagi pada orang selangor..yang betul2 reti buat kerja.

Anonymous said...

yb raz...kalau kau xde idea, kau duduk diam2 je lah..tak payah banyak bunyi!!

Anonymous said...

Salam GAP, saya nie anak rantau yg dah menetap di bandar Melayu Selangor ni berbelas2 tahun lamanya, tapi saya mengundi tetap di tpt kelahiran. PRU baru2 nie saya teruja betul utk ikut sama mengikuti kempen2 di Selangor. Ingin jugak kenal calon2 BN selangor dan yg penting hadir menyokong apa-apa shj program BN. Tapi saya agak terkejut kerana takde pun banner di tpt tinggal sy psl Tun M atau pun ceramah2 calon2 DUN dan Parlimen. Bila pergi bilik gerakan bertanya, katanya nnti kita akan htr flyers. Sampai ke sudah flyers tu tak sampai2 pun ke rumah. Jd sy merasakan mcm ada yg tak kena dgn jentera BN. Lain pula di tpt kelahiran sy, BN berkempen habis2an (walau pun kalah dgn PKR disbbkn tpt sy tu lebih 50% cina) - maklumat ttg program2 diedarkan awal2. Kalau brochure penerangan tu toksah ceritalah - bertambun. Yg melakukan lawatan dr rumah ke rumah tak putus2 -Wanita, Puteri, Belia 4B, termasuk calon sendiri. Jd sambutan penyokong memang fabulouslah. Jadi di Selangor, jenteranya kena licin lg. Strategi kena tukar! Atur semula strategi - bersatu kembali. Pada saya tahun ini juga calon2 utk ADUN & Parlimen sudah diketahui dan di'jual' kpd umum. By the time PRU-14 org dah kenal calon2 dan bukannya pada masa PRU tu ajer. Tak cukup masa. Utk pengetahuan kawan2 semua, di Sarawak gerakan mencari calon2 utk PRU-14 sudah bermula. BN kena mendahului ni. Salam, anak rantau yg sygkan selangor.

Anonymous said...

lantik orang2 baru yang ada keberanian spt hamizun,, ezam jaga BN selangor mereka ada karisma.. umno BN kena akur beri laluan insyalllah BN selangor akan lebih gemilang...

Anonymous said...

Ahli ahli dlm PDM, Bahagian dan Cawangan masih terdiri dari golongan tua berkelulusan SPM. Mereka ingin pegang jawatan selagi ada bulan dan bintang. Beri peluang pada yang berpendidikan tinggi untuk melakukan perubahan. Ada yang jadi Ketua Cawangan dengan keahlian terdiri dari isteri, anak, anak buah dan saudara mara . Sekadar nak banyakkan Cawangan tapi takda kualiti. Lepas tu tunggu peruntukan dan projek. Inilah gejala yang merosakkan UMNO!!!