Friday, September 13, 2013

FAKTA DALAM RENCANA UTUSAN ADALAH TIDAK TEPAT : KENAPA KAMI SOKONG TINDAKAN TUANKU SULTAN JOHOR .


SUMBER ARTIKEL YANG MEMPERTAHANKAN TITAH TUANKU SULTAN JOHOR.

Artikel yang disiarkan oleh Utusan Online bertajuk "Perairan Johor Kini Hanya Boleh Dinikmati Penyelam Kaya Sahaja" tidak menjelaskan tujuan sebenar Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk bertitah menetapkan kadar sebanyak RM200 yuran menyelam [diving] di Taman Laut Sultan Iskandar [TLSI].




Malah tajuk seperti diatas dengan menyiarkan sesalinan surat pekeliling seolah olah menggambarkan Tuanku Sultan hanya mahu membeza-bezakan kasta dan tidak berlaku adil....

Sebenarnya ramai yang tidak menyedari bahawa kebanyakan pulau-pulau  seperti Pulau Aur telah dicemari oleh pengunjung penggemar aktiviti menyelam begitulah juga 'divers', dimana tingkah laku mereka tidak bertanggungjawab....

Kebanyakan 'divers' yang berkunjung ke Taman Laut Sultan Iskandar [TLSI] tidak displin dan ada sikap mahu menjaga kebersihan. Sebagai contoh, hampir 500 orang 'divers' yang menjadi tetamu TLSI setiap hujung minggu. Mereka datang semestinya untuk kegiatan menyelam dan berhibur. Kehadiran mereka disana turut sama membawa segala macam jenis makanan dan keperluan mereka.

Cuba kita kaji, kalau seorang 'diver' membawa seberat 2 kg bahan makanan didarab dengan 500 orang, jadi jumlahnya adalah sekitar 1,000 kg bahan makanan yang dibawa ke TLSI. Seandainya 10% daripadanya adalah sampah, maka akan terdapat lebih 100kg bahan buangan, kemana agaknya sampah-sampah ini dibuang oleh pengelola Resort...?

Kebanyakan bot bot yang membawa 'divers' ini langsung tidak menghiraukan tataetika dilaut. Contohnya, mereka sesuka hati melabuhkan sauh dan selalunya akan merosakan batu karang (coral) dimana kita sedia maklum Coral ini bukan boleh terjadi dalam tempoh satu hari.... Ianya mengambil masa puluhan atau ratusan tahun untuk dijadikan. Kita seharusnya menghargai khazanah laut.

Bot bot yang digunakan untuk berlayar di perairan pulau adalah tidak mengikuti specs yang sepatutnya. Contohnya dari segi saiz, kekuatan enjin, kebersihan, penumpahan minyak dan sebagainya. Ini amat berbeza sekali dengan beberapa taman laut di Sabah dimana syarat syarat disana jauh lebuh tegas.

Pemandu bot-bot di sekitar TSLI juga tidak lansung menghiraukan kebersihan laut dimana mereka didapati membuang sisa makanan atau minuman mereka kedalam laut dan mereka juga membuang puntung rokok kedalam laut.

Mengikut rekod caj sebelum ini untuk aktiviti menyelam [diving] di TLSI adalah daripada RM4 - RM7 sahaja. Iya, ianya sangat murah tetapi telah dikenal pasti ujudnya masalah kegagalan menjaga kebersihan TSLI yang sangat serius oleh "divers" !

13 comments:

Ghazali said...

Kedatangan pelancong ke satu-satu kawasan pelancongan memberikan kedua-dua kesan (positif dan negatif) kepada kawasan itu sendiri termasuk penduduknya. There a two side of a coin. Peraturan adalah untuk mempastikan kawasan pelancongan berkaitan dapat dikekalkan dan dinikmati semua generasi terutama generasi akan datang. Usahlah mempertikaikan sesuatu jika kita tidak tahu untuk menilainya.

Ghazali said...

Kedatangan pelancong ke satu-satu kawasan pelancongan memberikan kedua-dua kesan (positif dan negatif) kepada kawasan itu sendiri termasuk penduduknya. There a two side of a coin. Peraturan adalah untuk mempastikan kawasan pelancongan berkaitan dapat dikekalkan dan dinikmati semua generasi terutama generasi akan datang. Usahlah mempertikaikan sesuatu jika kita tidak tahu untuk menilainya.

Anonymous said...

Pentadbiran Pulau ini boleh belajar dari cara pentadbiran Pulau Sipadan di Sabah. Contoh..Hadkan bilangan pengunjung pada sesuatu masa...bilangan boat operators...sampah bawa balik ke mainland...dan banyak lagi

Anonymous said...

Masyarakat kita tak tahu hargai anugerah alam...

Anonymous said...

kalau dah miskin nak pi menyelam kat kawasan reakreasi laut buat apa?

bukankah lebih baik masa itu diperuntukkan bagi aktiviti menangkap ikan secara komersil?

Anonymous said...

setuju sangat dgn anonymous 9.21 . !org. kita nih suka menyibuk kerja org. lain.

Anonymous said...

Singapork buat sampah, orang Malaysia kena kutip.

Anonymous said...

RM 200 sikit je. Kenapa tak naik ke RM2000.00?

Anonymous said...

kalau naikan kepada RM2K nanti mata terbeliak pula. biarlah sederhana.RM200 tu aku ingat fair.

Anonymous said...

Patutnya dinaikkan lagi yuran konservasi utk warga asing - dlm. duit Barat terlalu murah. Dan yuran menyelam, patutnya yg. tinggi dikenakan pada warga asing, terutamanya pelancong Barat, dan yg. murah utk rakyat kita. Dahlah ramai warga asing, terutamanya dari Barat, makin kurang ajaq, tak menghormati lansung budaya Islam/Melayu, maka jgn. bagi pelauang mereka terus exploitasi kita dgn. yuran-yuran yg. terlalu murah!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Anonymous said...

PEMBETULAN:

Patutnya dinaikkan lagi yuran konservasi utk warga asing - dlm. duit Barat dan Singapura, terlalu murah. Dan yuran menyelam, patutnya yg. tinggi dikenakan pada warga asing, terutamanya pelancong Barat dan yg. murah utk rakyat kita. Dahlah ramai warga asing, terutamanya dari Singapura dan Barat-Zionis, yg. makin kurang ajaq, tak menghormati lansung budaya Islam/Melayu, maka jgn. bagi peluang mereka terus eksploitasi kita dgn. yuran-yuran yg. terlalu murah!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

nak komen pun malas dah..bila institusi raja ni dah join bidang sukan...menyelam kr bola ke hoki kr...yg untung tetap cina jugak.....sendiri paham jr la...pi mai tang tu gak........

Anonymous said...

xkesah pon cina ke sapa pon yg kaya..
dunia skrg memang dah xrelevan...
perkauman xley dibawa mati la...