Friday, September 13, 2013

URGENT : SEBARKAN SURAT INI PADA AHLI PAS YANG NYOKONG KALIMAH ALLAH KAFIR PAKAI !


Semalam keputusan tentang Kalimah Allah telah ditangguhkan hingga bulan depan, kedua-dua pihak sudah berhujah dan ramai umat Islam dari pelbagai pertubuhan dan individu telah datang dan memberikan sokongan supaya Kalimah Allah dipertahankan dari digunapakai oleh agama lain.


Aku tabik umat Islam yang sayangkan agama Islam ni semua. Makanya aku nak kongsi satu artikel dari IMCA mengenai isu ini, bacalah kalau korang sudi. Kita semua umat Islam kena bersatu mempertahankan Kalimah Allah ini.



(Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Maksud asal artikel ini telah dipelihara sebaik mungkin oleh penterjemah. Namun begitu beberapa istilah yang spesifik mungkin tidak dapat dialihkan secara tepat.) 



Persatuan Pengguna Islam Sedunia (IMCA) adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang didaftarkan di Malaysia dan mempunyai majlis NGO Islam dari seluruh dunia.



Kami merujuk kepada laporan yang disiarkan dalam akhbar The Star Jumaat 23 Ogos 2013, yang mengandungi kenyataan Cik Ratna Osman yang mewakili SIS Forum Berhad . 



Dalam ulasannya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan pihak gereja, beliau berhujah bahawa Malaysia satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama selain daripada Islam. Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan beliau sama sekali tidak benar. Antara lainnya, Brunei dan Arab Saudi juga mempunyai larangan sebegini. Sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang bertanggungjawab, IMCA berasa bimbang akan desakan badan-badan gereja Malaysia untuk menggunakan nama tertinggi Islam untuk Tuhan Maha Kuasa, Allah. 



Kami ingin bertanya apakah motivasi Majlis Gereja Malaysia (CCM), Persekutuan Krisitan Malaysia dan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) berbuat demikian? Adakah ianya untuk menyatakan fakta kebenaran yang mereka percaya, seperti yang biasanya dilakukan oleh orang-orang yang suka dan patuh kepada kebenaran, atau ada tujuan lain di sebalik langkah ini? 



Kita mendapati antara lainnya, Gereja Yunani Ortodoks (Greek Orthodox Church) tidak bersetuju dengan penggunaan nama Allah sebegitu berdasarkan petikan berikut; 



"Malangnya, kita terlalu kerap cuba untuk contextualize penyebaran Gospel kita sehinggakan menghakis nilai warisan kerohanian gereja. Penghakisan nilai warisan kerohanian gereja dalam penyebaran ajaran Kristus (Christ) mengurangkan potensi sebenar pengalaman rohani keseluruhannya" 



(Gabriel Habib, Pengarah Yunani Ortodoks Majlis Kristian Timur Tengah dalam suratnya kepada para pemimpin Kristian;1987) 



Umum diketahui penganut Kristian telah lama berusaha memurtadkan kaum Melayu sejak zaman Vasco de Gamma, Albuquerque dan St Francis Xavier namun tidak menemui kejayaan. Prof Mohamad Ajmal Al Aidrus memetik kenyataan G.E.Morrison(1957) dalam jurnal Muslim World(Jurnal Pengajian Islam volum XLVII 298) 



"Tanpa unsur Melayu, gereja di tanah ini akan sentiasa berketerampilan asing dan berunsur pendatang ; tanpa Melayu gereja tidak dapat menonjolkan unsur universal kepada semua; tanpa Melayu kita tidak lengkap dalam mengenengahkan kesempurnaan (ideal) perpaduan semua manusia di bawah Kristian. 



Bukanlah pihak Gereja tidak berjaya langsung seperti yang kita lihat dalam kes Azlina Jailani (Lina Joy) dan Aishah Bokhari (Felicia). Prof Mohamed Ajmal Al Aidrus menanyakan "Adakah kelulusan penggunaan perkataan Allah itu salah satu peluang yang dinanti-nantikan oleh puak evangelis Krisitan? Adakah desakan ini untuk menarik dan mengundang segelintir orang Melayu Islam yang lemah keimanannya seperti yang dibuktikan dalam kes Azlina dan Aishah? 



Pada ketika ini, adalah penting untuk kita menjelaskan penggunaan nama Allah dalam konteks Islam. Penjelasan yang paling tepat adalah dalam sebutan kalimah syahadah iaitu 'La ilaha illlallah', bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah. Perkataan Arab untuk tuhan ialah ilah dan nama Yang Maha Esa adalah Allah. Ia adalah suatu nama yang mana penggunaannya hanya merujuk kepada Yang Maha Esa yang wujud tanpa diwujudkan, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. Allah bukan hanya sekadar perkataan, tetapi suatu nama yang diwahyukan bahawa Dia, Tuhan Semesta yang memberi nama Allah. Justeru, Ya Allah Ya Tuhanku membawa erti bahawa Allah merupakan kata nama khas yang tidak boleh diterjemahkan sama sekali. 



Penggunaan nama Allah yang tidak memenuhi syarat lebih-lebih lagi apabila perkataan itu membawa maksud yang lain akan mencemari nama Allah dan tidak menghormati Yang Maha Esa, Tuhan segala makhluk kerana ianya adalah nama Nya. Ia juga tidak menghormati kepercayaan penganut yang menyanjungi kesucian nama itu. Pada pendapat kami, bagaimana kita memanggil Tuhan yang kita akui haruslah berdasarkan apa yang ditetapkan oleh Tuhan, bukannya mengikut pilihan sesuka hati. 



Kami percaya bahawa setiap kepercayaan mempunyai konsep dan nama-nama yang berkait dengan konsep-konsep ketuhanan yang semestinya membawa pengertian yang selari dan bukannya bercanggah mahupun menimbulkan persoalan dalam mana-mana bahasa yang digunakan. Dalam apa jua agama, nama Tuhan adalah suci. Justeru itu, kepatuhan kepada nama-nama ini dalam bentuk asalnya harus menjadi amalan dalam penyebaran dakwah yang yang ikhlas dan benar. 



Tidakkah keadaan haru-biru jika penganut Hindu memanggil Vishnu sebagai Jehovah, ataupun Kristian memanggil Bapa, Anak dan roh kudus sebagai Vishnu, Vishnu dan Vishnu (yang mana satu Vishnu atau ketiga-tiganya sekali Vishnu?) dan penganut Islam memanggil Tuhannya sebagai Dewa Buddha? Bagaimana pula jika orang Cina memanggil "Jesus" apabila menyembah Dewi Kuan Yin? Jika dipersoalkan hanya dari segi hak asasi manusia, setiap kumpulan mempunyai hak menggunakan apa jua nama yang mereka suka dan hak ini harus dihormati semata-mata atas dasar hak asasi. Hujah bahawa ia adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan boleh juga digunapakai oleh semua golongan masyarakat. (Rev. Hermen Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia bertegas "akan meneruskan amalan (menggunakan nama Allah) kerana ia adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11) dan kita memanggil semua pihak menghormati hak itu. 



Jika diikutkan sudut pandangan 'hak' semata-mata, sudah tentu keadaan menjadi porak-peranda. 





J.Dudley Woodberry dalam "Contextualization Di Kalangan Muslim Menggunakan Rukun Biasa" ( Diterbitkan dalam International Journal of Frontier Missions, Volume 13:4 , Oct-Dec 1996) berkata; 



Contohnya, "Allah" asalnya dari Syriac Kristian dan telah sekian lama digunakan sebelum zaman Nabi Muhammad. 'Wahy' (wahyu) sekurang-kurangnya berkait dari segi etimologi dengan perkataan-perkataan Yahudi-Aramia dan Kristian Ethiopic dan digunakan oleh para penyair pra-Islam. Dalam mukasurat 174 beliau berkata; "Bahagian pertama sebutan syahadah "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah" adalah berdasarkan ayat-ayat seperti surah 37:35/34 ("Tidak ada tuhan selain Allah") dan 112:1-2("Katakanlah, 'Dia(adalah)Allah,Satu(Ahad).Perkataan tersebut, seperti yang ditunjukkan oleh Hartwig Herschfeld adalah berdasarkan shema dalam Deuteronomy 6:04 (Dengarlah, hai orang bani Israel, Tuhan Allah kita adalah satu (Ahad) Tuhan") 



Hujahan bahawa nama "Allah" berasal dari Syriac Kristian lantas menjustifikasi penggunaannya oleh Kristian zaman sekarang merupakan hujah yang kurang bernas. 



Sepatutnya, penganut Kristian zaman moden boleh menggunakan nama Allah jika mereka mematuhi lunas "Deuteronomy 6:4; bahawa Tuhan Allah kita adalah Satu Tuhan". Kami yakin jika penganut Kristian kembali kepada konsep asas bahawa Allah adalah Satu, Dia bukan Ayah, Dia tidak beranak, dan pengakuan ini dijunjung secara konsisten, penganut Islam tidak akan membantah kerana ianya adalah kenyataan benar. Jika Kristian mahu menggunakan nama Allah dalam semua bahan bercetak mereka dan mereka mengaku dan mematuhi dengan sepenuhnya bahawa Tuhan itu Satu (sepertimana Deuteronomy) (bukan bertiga), maka tidak akan ada bantahan. 



Profesor Al Aidrus mengulas bahawa terdapat hujahan yang mengatakan bahawa nama Allah telah digunakan dalam kitab Bible Melayu 272 tahun yang lalu. Hujahan ini mengiktiraf tindakan kuasa penjajah yang menindas yang tidak merujuk mahupun menghormati umat Islam tempatan. Sebagai penjajah, mereka telah berbuat sesuka hati mereka termasuklah menggondol harta dan kekayaan negara. Dalam mengutarakan hujah sebegini, pihak gereja menyokong keganasan dan ketidakadilan itu yang jelas sekali bercanggah dengan doktrin Kristian 'cinta sesamamu' (love thy neighbour). 



Kami juga berasa amat curiga akan hasrat gereja Kristian yang hanya menuntut untuk menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Bahasa Melayu. Mereka tidak berhasrat menggunakan nama Allah dalam semua bahan mereka yang dicetak dalam semua bahasa. 



Prof Al Aidrus menyatakan bahawa "Perlu ditegaskan di sini bahawa terjemahan Gospel di negara China dan India yang masing-masing mempunyai jutaan umat Islam, tidak menggunakan nama Allah. Sebaliknya, mereka menggunakan perkataan seperti "Sheng Fu, Sheng Zu dan Sheng Ling dan di dalam Gospel bahasa Tamil, perkataan Suthan, JesaPa dan Parisutha Avi untuk Bapa Suci, Anak Suci dan Roh Kudus". 



Jika begitu, apa pula motif tuntutan menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Kristian bahasa Melayu? 



Di peringkat antarabangsa, kita melihat bahawa penganut Kristian telah mencipta dan merekabentuk Gospel bahasa Arab, pada mulanya bukan dalam bahasa Arab Al Quran tetapi telah lama kelamaan telah mengambil bahasa Arab Al Quran. Sekarang, kitab Gospel ini dipenuhi ayat-ayat yang bermula dengan ungkapan Islam "basmallah" and diakhiri dengan "sadaqallahul a'zim (ungkapan yang dilafaz oleh umat Islam). Apabila mendengar Kitab Gospel ini dibaca, mereka yang tidak prihatin akan menganggap Quranlah yang didengarinya. 



Kita menyedari akan wujudnya gereja-gereja di Indonesia yang dikenali sebagai "Rumah Jemaah Allah" dan kewujudan sebuah kolej yang mengajar Bahasa Arab dan kitab Gospel bahasa Arab kepada para paderi Kristian. 



Di Timur Tengah, terdapat sebuah stesen radio yang membaca Kitab Gospel bahasa Arab setiap hari. 



Mengapakah gereja Kristian mengambil pendekatan sebegini dalam menyebarkan kepercayaan mereka? Adakah pendekatan ini semata-mata untuk penganut Kristian sahaja ataupun 'contextualization' sebegini bertujuan menggerakkan hati penganut bukan-Kristian terhadap ajaran Kristian? 



Setelah mengkaji agama dan amalam Kristian, kita melihat bahawa konsep contextualization ini, iaitu untuk memperkenalkan kepercayaan agama dengan kaedah yang boleh diterima oleh masyarakat, dengan menggunakan bahasa, simbol dan konsep yang khusus kepada masyarakat yang yang ditujukan, adalah amalan biasa dalam kepercayaan dan tatacara Kristian.



Kajian kami menunjukkan bahawa konsep "Trinity" berkemungkinan besar lahir di Majlis Nicea pada tahun 325 Masihi semasa pemerintahahan Maharaja Rom, iaitu Constantine. Masyarakat Eropah antara lainnya, mempunyai sejarah ' agama tiga dalam satu yang terpahat dalam kepercayaan 'pagan' purba Eropah. (sila rujuk http:/www.deepertruth.com/trinity untuk melihat koleksi Cassaro mengenai konsep agama Eropah pra-sejarah 'tiga ikon' yang didakwanya menyuluhi kepercayaan "agama tiga dalam satu"). 
Ada kemungkinan kemasukan konsep Trinity adalah bertujuan menjadikan agama Kristian lebih mudah diterima oleh masyarakat Eropah awal. 



Dalam kertas kerjanya "The Trinity and Contextualization", Rev Ralph Allan Smith menyangkal idea di atas. 



Rev Ralph Allan Smith menulis: Masih banyak lagi yang perlu dikatakan. Perkembangan konsep Trinity Kristian ortodoks telah melibatkan penyingkiran (rejection) " konsep tradisional, yang berkurun lama - diguna pakai, yang boleh katakan hampir menyerupai Katolik, mengenai Kristus sedia wujud sebagai perantaraan dengan seorang Bapa yang tidak tercemar (impassible Father) dengan dunia sementara, yang mempertengahkannya sebagai alat kefalsafahan yang mudah diguna pakai. Doktrin Logos - doktrin yang digemari oleh ramai ahli teologi ortodoks terdahulu, telah dtinggalkan. Ahli-ahli teologi pro- Nicene, dalam erti kata lain, mengubah doktrin Gereja dan mengubah secara radikal . 



Dalam proses itu, mereka dengan teliti menolak unsur-unsur bukan Gospel (non -Biblical) yang telah terterap ke dalam tradisi Gereja dan mula meletakkan asas-asas bagi ekspresi pandangan dunia Gospel yang lebih meluas . Aktiviti begini melampaui anggapan contextualization linguistik. Kita boleh perhati melaui ilmuan Gereja penelitian diri dan penghakiman diri yang dirujuk oleh Conn sebagai de- contextualization. Mereka membuang unsur anti Kristian daripada pemikiran dan merekacipta suatu bahasa teologi yang baharu menggunakan perkataan-perkataan yang dipinjam .” 



Rev Ralph Allan Smith menulis: Dari sudut pandangan ini, contextualization hanyalah satu usaha untuk menyalurkan secara berkesan kepada mereka yang bertutur bahasa berlainan dan mempunyai persepsi keduniaan yang berlainan daripada mereka yang berkebudayaan Eropah. Ini termasuklah menampilkan semula ajaran asas Gospel dalam bahasa yang mungkin asing kepada penutur bahasa Eropah, tetapi ini bukanlah bererti, dan bukan pula kelulusan untuk sesiapapun menukar ajaran Gospel Kristian itu sendiri. 



Mari kita kaji satu contoh yang ringkas proses contextualization. 
Kita melihat penyerapan kepercayaan "pagan" Eropah dalam bentuk perayaan Krismas dan Santa Claus. Pada hari ini, kita mengakui bahawa ianya satu pembohongan untuk mengaitkan kelahiran Nabi Isa (a.s) dengan perayaan Krismas (tiada bukti dalam Gospel bahasa Aramaic atau bukti sejarah yang menyokong tuntutan bahawa Krismas adalah sambutan kelahiran Isa (a.s), seperti yang diberitahu dan dinyanyikan oleh penganut Kristian sekian lama. Kita mengenali St Nicholas dari Myra dan perkaitan dongeng perayaan Krismas dengannya dan masyarakat Eropah meraikan perayaan St Nicholas pada 6hb Disember setiap tahun. 



Walaubagaimanapun, ada segelintir sarjana sejarah yang berpendapat bahawa lagenda St Nicholas sebagai pemberi hadiah mempunyai unsur kepercayaan 'pagan' yang berasal daripada sumber-sumber pra-Kristian. Dewa mitos Teutonic Odin mempunyai janggut yang panjang. Ada sarjana yang berpendapat 'janggut panjang' merujuk kepada Thor, seorang tuhan Jerman. Thor mempunyai janggut putih yang panjang dan melayari awan dengan menaiki kenderaan yang ditarik oleh dua ekor kambing putih. 



Apa yang pasti adalah Santa Claus bukanlah tokoh Gospel serta perayaan Krismas itu tidak mempunyai kaitan dengan rujukan Gospel. 



Dr.Richard P. Bucher berhujah bahawa Santa Claus zaman moden merupakan hasil pencantuman beberapa sumber menjadikan ia suatu watak lagenda yang telah berevolusi berzaman-zaman lamanya. Sepanjang proses itu, unsur-unsur legenda pra-Kristian, cerita St. Nicholas, penghijrah Belanda ke Amerika, Washington Irving, Clement Moore, Thomas Nast serta syarikat Coca-Cola semuanya menyumbang terhadap proses itu. 



Apakah yang ditakrifkan sebagai "Contextualization"? Memetik daripada Rev Ralph Allan Smith



"Hesselgrave dan Rommen memilih tiga cadangan awal; 



1. Kami memahami istilah ini bermaksud membentuk konsep yang selari dengan sesuatu keadaan tertentu.(Byang H Kato) 



2. Terjemahan unsur Gospel ke dalam bentuk lisan yang bermakna kepada orang-orang berlainan budaya dalam persekitaran mereka tersendiri.(Bruce J Nicholls) 



3. Contextualization digunakan dengan betul bermakna membongkar implikasi sah Gospel di dalam satu satu keadaan. Ia lebih mendalam daripada aplikasi. Aplikasi, saya boleh lakukan atau tidak lakukan tanpa menjejaskan teks Gospel. Implikasi, dituntut oleh penelitian yang tepat terhadap teks ( George W. Peters ). 



 Menurut Conn , kita mesti menimbang "rangka presuppositional " itu sendiri dengan " penghakiman kata-kata Tuhan. Untuk contexualize mesej Gospel ke dalam bahasa budaya yang lain, kita perlu keluarkan unsure-unsur yang wujud disebabkan oleh “cutural bias” kita sendiri. Kita juga adalah sebahagian daripada matriks budaya yang merangkumi unsur-unsur anti-Kristian yang menghalang penyebaran Gospel kepada orang lain.” 



Kita dapat melihat agama Kristian telah lama menggunakan kaedah contextualization. Ia bukannya bertujuan untuk menyatakan kebenaran, atau menghormati kesucian Rukun agama lain, dalam hal ini merujuk kepada nama Yang Maha Esa ALLAH, tetapi sebagai kaedah mentrampilkan agama Kristian sebagai sesuatu yang boleh diterima oleh penganut agama lain yang mempunyai rukun kepercayaannya sendiri. 



Untuk menjadikan lebih mudah diterima, istilah dan konsep yang biasa digunapakai oleh masyarakat yang menjadi sasaran pendakwah itu diambil and digunakan, supaya kepercayaan Kristian diterima dengan senang. 



Justeru, penghasilan buku Gospel dalam Bahasa Arab Al-Quran. Jelas kelihatan desakan menggunakan nama Allah merupakan satu strategi Kristianisasi . 



Maka tidak jauh tersasarlah jika kita membuat kesimpulan mengenai persoalan apakah motivasi gereja Kristian Malaysia membuat tuntutan untuk menggunakan nama ALLAH dalam bahan bercetak mereka di kalangan masyarakat Melayu/Islam. 



Begitu juga apakah motivasi mewujudkan kitab Gospel dalam bahasa Arab Al-Quran, atau mengadakan upacara keagamaan (service) pada hari Jumaat (seperti yang berlaku di Indonesia) dan bukannya pada hari Ahad. 



IMCA berpandangan bahawa permintaan gereja Kristian Malaysia untuk menggunakan nama Allah adalah sebahagian daripada strategi contextualization yang telah lama digunakan, suatu strategi untuk mempengaruhi orang Melayu Islam untuk murtad daripada Islam. IMCA ingin menegaskan bahawa bukanlah niat kami untuk memperkecilkan kepercayaan Kristian. 



IMCA dengan rendah diri meminta penganut Kristian Malaysia yang mencintai Tuhan untuk menimbang semula pendirian mereka dan menjunjungi jalan Kebenaran Kristian. Kami yakin bahawa orang Kristian yakin akan keteguhan agama mereka dan kebenaran iman mereka. Mereka patut menzahirkan kepercayaan mereka dalam keadaan asal, tanpa mengubahsuaikannya dengan istilah-istilah dan konsep yang lebih sedap didengar oleh orang bukan Kristian. 



Kami memohon kepada penganut Kristian yang mendakwa diri mereka sebagai orang yang beriman, yang juga melafazkan Kebenaran supaya ikhlas dengan Kebenaran itu. “Jika penganut Kristian berhasrat, mereka patut memperkenalkan kata nama Aramaic bagi Tuhan yang dikatakan digunakan sendiri oleh Jesus seperti Eloi, Eli, Eloah, Elohim, Yahweh atau Jehovah ke dalam perbendaharaan kata Melayu” (Prof Al Aidrus). 



Keikhlasan menuntut supaya mereka mencari penyelesaian kepada masalah ini berdasarkan Kebenaran dan fikiran yang waras. Kami meminta mereka menarik balik tindakan dan tuntutan mereka, di atas nama KEBENARAN. Kami meminta mereka teguh dan konsisten dalam menggunakan nama Tuhan seperti yang dinyatakan dalam Gospel Aramaik, bukan apa sahaja yang mereka gemari, kerana Gospel Aramaik adalah asas kepercayaan mereka. 



Manusia hari ini terlalu banyak masalah. Kita berdepan dengan begitu banyak penderitaan, kebuluran, pembunuhan dan ketidakadilan. 



Adalah lebih bermanfaat jika semua makhluk yang mengasihi Tuhan untuk menumpukan usaha untuk kebaikan manusia sejagat. 



Menghormati setiap budaya dan kepercayaan sesama sendiri akan mengurangkan konflik dalam dunia yang sudahpun dipenuhi penderitaan. Kami meminta KEAMANAN. 



Marilah kita bersama berusaha ke arah KEAMANAN dengan nama Tuhan. 



Sheikh Kareem 
Secretary General 
International Muslim Consumer Association 



 Kuala Lumpur 5 Sept 2013

21 comments:

Anonymous said...

Hujah yang hebat dan padat... hanya orang munafiq dan kafir sahaja yang sanggup menafikannya.... kita boleh saksikan berapa ramai golongan munafik yang menafikan dalam blog ini nanti .. TUNGGUUUUU..

Anonymous said...

KLUK KLEK KLUK KLEK KLUK KLEK

Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ularmak

Mesyuarat Majlis Syura Ularmak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1) Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.


2) Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.


3) Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.


Kenyataan media ini adalah memperjelaskan maksud kenyataan Al Mursyidul Am, Presiden dan seluruh kepimpinan PISS.

Mesyuarat Majlis Syura Ularmak PISS ini juga telah membincangkan isu sedutan ucapan Tuan Guru Presiden yang diangkat martabatnya menjadi amanat dan memutuskan untuk mendesak kerajaan supaya membenarkan Tuan Guru Presiden memperjelaskan isu tersebut sekurang-kurangnya satu jam secara langsung menerusi TV1 dan TV3.



Tuan Guru Datuk Bentara Setia
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am, Parti Selam Se-Malaysia (PISS)


Tuan Guru Datuk Dr Haron Din
Timbalan Al-Mursyidul Am, Parti Selam Se-Malaysia (PISS)

Anonymous said...

KLUK KLEK KLUK KLEK KLUK KLEK

Kalimah Allah: Islam benarkan tapi jangan salah guna

Abdul Hadi Awang,
08 Jan 2013
1. Parti Selam Se-Malaysia (PISS) adalah mempunyai pendirian yang konsisten dalam isu ini, seperti dalam kenyataan media saya pada 4 Januari 2010 dan saya juga telah mengemukakan kertas kajian dalam seminar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada tahun 2010 yang telah diterbitkan sebagai buku kecil yang bertajuk: "Allah: Kalimah yang Benar, Tujuan yang Salah" pada bulan Januari 2010 yang lalu.

2. Kalimah "Allah" adalah satu perkataan yang mengikut maksud asal bahasa al-Quran (Dia Sahaja Tuhan Yang Maha Esa), adalah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.

3. Kalimah "Allah" tidak wajar disalahgunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Oleh itu penganut Islam berbagai bangsa tetap menyebut perkataan Allah (tanpa terjemahan) apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa masing-masing dan ketika beribadat.

4. Walau bagaimanapun Islam tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah "Allah" dalam amalan mereka, walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran.

5. Al-Quran menyebut penggunaan kalimah Allah oleh kalangan bukan Islam (ahli kitab) dengan penjelasannya:

"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai ahli kitab, marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain (para paderi, sami dan pemimpin) untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam." (Ali-imran: 64)

6. PISS merasa sangat kesal terhadap Umno yang mewakili pihak Melayu Islam dan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara kerana menjadikan kalimah Allah sebagai satu isu yang dipolemikkan sebebasnya oleh pihak media arus perdana dalam kempen politik pilihan raya, tanpa peduli terhadap salah faham dan ketegangan penduduk berbagai-bagai agama dalam masyarakat majmuk.

Abdul Hadi Awang
Presiden PISS
8 Januari 2013

Anonymous said...

YB Khalid seorg berkelusan tinggi dlm bidang fiqh tapi tak layak nak dicalonkan masuk Majlis Syura Ularmak PAShit pun... lawak tahap cipan betul la fauzi mat zain

(nak tunggu ulasan dari tok sami fauzi mat zain... ada berani ke?)

Anonymous said...

Mengucap panjang aku ada org islam penampilan brserban,berjubah,mengaku diri ulama tapi brkata 'nah,kalimah Allah,pakai lah,sekutukn lh dgn sesuatu mcm makhluk lain,ada anak n sbg nye'...
Astaghfirullah...

Anonymous said...

Hahahaha

Anonymous said...

aku sokong kau GAP...

sial punya PAS kerana jadi pelacur yg gunakankan islam...

tun.b

Anonymous said...

apa lagi kristian mahu??? mahu puasa, zakat, haji???

Anonymous said...

apa lagi kristian mahu??? mahu puasa, zakat, haji???

Othaman Ahmad said...

Baru Karpal Singh berdehem (belum lagi menjerit "over my dead body", serban-serban Nik Aziz, Hadi Awang & majlis syurah PAS semua terburai-tergolek junam ke tanah.

PAS, PKR & puak LIBERAL yg meliberalisasikan ugama untuk kepentingan politik. Mana mungkin nama Allah hendak diliberalkan.

Muslim said...

Rabb dan Ilah kedua duanya diterjemah sbg Tuhan, tp makna sebenar yg berbeza.
Rabb Yg mencipta, Yg menjadikan, Yg mentadbir, Yg mengatur, Yg Maha Kuasa, Yg menghidup dan mematikan, Yg memberi balasan. Rabb bg semua makhluk adalah sama, samaada mrk akui atau tidak, iaitulah Allah swt. Manusia Rabbnya Allah swt, malaikat Rabbnya Allah swt, jin Rabbnya Allah swt, syaitan Rabbnya Allah swt, Iblis Rabbnya Allah swt, Muslim Rabbnya Allah swt, yg kafir pun Rabbnya Allah swt. Samaada Dia diakui atau tidak, Dia tetap Rabb bg semua. Samaada Dia disembah atau tidak Dia tetap juga Rabb bg yg tidak menyembahNya.
Ilah adalah Yg kita sembah, Yg kita agongkan, Yg kita muliakan tertinggi, Yg kita ibadati, Yg kita bertawakkal kpdNya, Yg kita berserah diri kpdNya, Yg kita minta pdNya, menyangkut hubungan makhluk dgn Rabbnya. Semua Muslim mengikrarkan dgn Kalimah Syahadah ber Ilah kan Allah swt. Dipersaksikan dgn segala sifat sifat kemuliaanNya dan tidak sama sekali dipersamakan dgn makhluk.
Bg yg tidak beriman , yg kufur ilah nya bermacam macam, batu, kayu, angin, laut, sungai, matahari, bintang, bulan, kuburan, jin, syaitan, busut, pohon besar dan entah apa lagi.
Allah (swt) adalah nama yg Dia (Rabb) berikan dan namakan utk DiriNya Sendiri. Dialah Ilah, Dialah Rabb bg Muslim.
Amatlah sesat dan kufurnya bila disamakan Ilah bg Muslim iaitu Allah swt Yg Esa dgn ilah ilah golongan kufur yg bermacam macam itu.

Anonymous said...

ramai sgt melayu bodoh zaman sekarang ni. sedarlah korang yg melayu ni dah terbahagi kepada beberape jenis melayu. dimanakah melayu anda? tk baca Al-quran tp nk bercakap

Muslim said...

Bgmn kafir tak salah guna, mrk tidak pun mengenal Allah swt, sedang yg mengaku Muslim pun masih ramai yg tidak mengenalNya, mempersenda Kalimah Suci, Nama bg Yg Maha Agong Maha Mulia Maha Berkuasa Yg disembah diagongkan, dimuliakan, kpdNya meminta, kpdNya berserah sekelian Malaikat sekelian jin dan manusia yg Muslim dan sekelian makhluk yg taat, tanpa ada rasa gerun dan takut.

Othaman Ahmad said...

Baru Karpal berdehem-ehem (belum lagi dia menjerit "Over my dead body"), terburai golek terjunam serban-serban Nik Aziz, Hadi Awang & Pak-Pak Lebai PAS.

PAS, Anwar & Melayu Liberal bersekongkol dalam meliberalisasikan Nama Allah demi kepentingan politik.

Anonymous said...

Puak SATANIS Kristian Zionis DAPSYAITAN/PKR, ingin menjatuhkan akidah umat Islam/Melayu, dgn. MENGKRISTIANkan, Kalimah Allah SWT. Bayangkanlah suruh orang Barat panggil tuhan mereka, (dlm jelmaan manusia, yg. boleh dilihat) Jesus "the son of god" sbg. Allah, pasti MENGAMUK mereka dan akan menuduh umat Islam mahu "MENGISLAMkan" tuhan mereka! Jesus sudah menjadi nama khas tuhan mereka yg. universal (bukan hanya di Barat), yg. amat dipertahan dgn. kuat oleh puak Kristian Barat. Bahkan, walau berlainan bahasa di Eropah cthnya, kaum Kristian Peranchis, Jerman, Sepanyol dsbnya, masih menggunakan nama Jesus, utk. melambangkan sebahagian tuhan triniti mereka, "god, the father", yg. juga hanya dlm. bahasa Inggeris atau Latin. Mustahil orang Barat akan benarkan nama Allah utk.panggilan ini juga. Jadi si Duta Vatican yg. sibuk nak masu campur hal ini di bumi Islam kita ini, bayangkanlah kalau dicadangkan Vatican tukar nama Jesus dan "god, the father"
mereka dlm. bahasa Arab cthnya, sebagai bahasa universal utk. umat Kristian!

Maka, tujuan si puak Kristian Zionis DAPSYAITAN/PKR nak MENGHINA/MENGGERTAK umat Islam/Melayu, terutamanya di Tanah Melayu ini, ialah disyaki, sbg. ejen Barat- Israel, utk. MENJATUHkan Islam sebagai agama Persekutuan dan Tanah Melayu ini sbg. negara Islam, termasuk melalui kejatuhan akidah umat Islam/Melayu sendiri, lansung memudahkan PENJAJAHAN DAJAL DAPSYAITAN/PKR dan sekutu Barat-Israelnya, ke atas Dunia Islam di Kepulauan Tanah Melayu, yg. dilimpahi minyak-gas bertimbun oleh Allah SWT, yg. merangkumi, Malaysia, Indonesia, Brunei, Minadanao dan selatan Thailand. Lihatlah gerakan SATANISME Barat-Israel, melalui puak Kristian Zionisnya, yg. terus mara dgn. amat BUAS utk. MENJAJAH Dunia Islam, yg. telah lama dirancang sebelum Perang Dunia Kedua lagi, di
http://www.savethemales.ca/091202.html, Zionists Betrayed Non-Z Jews to Holocaust
March 22, 2013, By Henry Makow Ph.D:

……In 1897, the first Zionist Congress took place in Basel. In 1904, the founder of Zionism Theodore Herzl died at age 44 under suspicious circumstances. The movement was taken over by the Round Table. The purpose was to use it and Communism to advance their plan for world hegemony. During the same week in November 1917, the Bolshevik Revolution took place and the Balfour Declaration promised Palestine to the Jews.

The Round Table group planned three world wars to degrade, demoralize and destroy mankind, rendering it defenseless. The Third World War, now beginning, pitted the Zionists against the Muslims.

The purpose of Zionism is to help colonize the Middle East, subvert Islam, and control the oilfields. For this reason Israel continues to receive blank checks. (One analyst estimates the US taxpayer has spent $1.7 trillion on Israel.) This is why the founding of Israel took precedence over the welfare of the Jewish people.
Israel has little to do with the Jewish people. Zionism, Communism, Feminism, Nazism, are all creations of the same satanic cabal. These 'isms are all means to the final goal, a neo feudal global dictatorship.

As unwitting overseers, Israelis will continue as victims of "compulsory suicide." Americans too are being fitted for this role. Sept. 11 was an example……

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

otaistillkick said...

nak kata bodoh nanti marah .... dah ketatapan ALLAH begitu kata UFB ..

http://relaxkedaikopi.blogspot.com/2013/02/kronologi-dan-isu.html

Anonymous said...

tu la, yang bodoh tak boleh terima ketetapan Allah adalah manusia macam Khalid Gereja...

Anonymous said...

Susah jugak kan...yang meminta berhujah begitu begini...yang mempertahankan juga begitu...satu saja aku nak ingatkan...jangan dibangkitkan hati yang sudah lama bersabar...jangan disimbah minyak kedalam api...jika mahu ketenteraman dan keamanan di negara tercinta ini kekal...usahlah dicadangkan perkara perkara yang luar batasan...ada satu perkataan berbunyi amuk...tapi inilah juga yang ditunggu oleh UN supaya terjadi kekacauan supaya mereka dapat terus masuk ke dalam hal ehwal pentadbiran negara...kepada orang kristian...tujuan kamu amat mudah kami fahami...untuk mengembangkan ajaran kamu tidak aku kisah...cuma aku harap kalian lakukan secara berhemah dan bukan dengan menaikkan semangat membenci kalian meluap luap...atau kamu terpaksa bayar dengan harga yang cukup tinggi...tauhid dan akidah bukan perkara mudah untuk kalian permainkan....takkan terjejas jiwa yang ikhlas dengan gerakan kristian ini...namum jangan menuding memarahi jika yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...dengan nama Allah aku bersumpah...terjejas jiwa sang muslim maka padah akibatnya buat sang engkar...kamu yang engkar akan menyesal dengan tindakan kamu...hanya masa menentukan...bila tiba saat tersebut jangan kau kesali perbuatan kamu...usah dikejutkan harimau yang tidur...bahana adalah jawapannya.

Unknown said...

Usaha org kristian guna kalimah Allah sejak dulu lagi. Aku ingat masa sekitar awal tahun 2000, terdapat beberapa risalah sengaja ditinggalkan dipondok telefon. Risalah tu mengandungi beberapa perkataan Allah dan menggambarkn seolah2 risalah tentang agama islam. Tapi bila kita baca kandungannya, tidak sukar utk membezakan yang itu adalah risalah agama kristian. Tapi bagi org2 islam yg pada nama shj, tetapi tidak langsung ambil tahu pasal agama islam, kemungkinan boleh terpengaruh. Itulah sasaran utama pendakwah kristian. Dulu secara sorok2, tetapi sekarang secara terang2 kerana mendapat sokongan yang kuat dari sebhg parti pembangkang. Aku tidak hendak bersekongkol.
Pernah dalam khutbah jumaat dimasjid kota damansara tidak lama dulu, khatib (aku tahu penyokong PAS) mengatakan bahawa tidak perlu kecoh2 psl penggunaan kalimah Allah, tetapi kita perlu memperkasakn akidah umat islam. Aku setuju separuh dari kenyataan itu. Mmg betul, yg paling utama adalah kita memperkasakn akidah umat islam, melalui pendidikan. Tetapi dalam masa yang sama, kita juga perlu mempertahankan penggunaan kalimah Allah itu, sebab org kristian mempunyai agenda yg kita sendiri pun boleh agak. Pendekatan yg sepatutnya adalah memperkasakn akidah umat islam dan dalam masa yg sama mempertahankn kalimah Allah dari digunakn sewenang2nya oleh puak kristian utk selewangkn umat islam yg punyai latar belakang akidah yg longgar.
Tolong fikir baik2, kenapa ustaz Haron Din sanggup pertahankn kalimah Allah hingga akhir hayat. Fikir baik2.

Anonymous said...

aku tak peduli, sesiapa sahaja yang redha apatah lagi setuju dengan usaha puak2 kafir itu memang patut segera bertaubat..

Anonymous said...

Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam", padahal Al Masih (sendiri) berkata: "Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu". Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.
(QS: Al-Maidah Ayat: 72)