Friday, October 4, 2013

GAP SOKONG KENYATAAN SYED ALI.. BERTANDING ATAS KEKUATAN SENDIRI .


"Calon yang bertanding pada pemilihan UMNO Oktober ini, termasuk bagi jawatan Naib Presiden, jangan menumpang populariti presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak," itu peringatan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau tidak mahu tempoh berkempen menjelang pemilihan parti dicemari oleh perbuatan tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak.

Beliau turut memberi amaran kepada agen calon supaya tidak membuat dakwaan tidak berasas kononnya calon tertentu itu mendapat restu daripada Perdana Menteri.

"Jangan buat cerita bohong kononnya calon itu mendapat restu PM manakala calon ini pula tidak disukai oleh Najib, itu semua cerita karut," tegasnya.

Katanya, Najib termasuk timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diyakini tidak pernah memihak kepada mana-mana calon ternmasuk bagi jawatan Naib Presiden. 

Sebaliknya tegas beliau, calon yang menawarkan diri perlu bertanding atas keupayaan sendiri dengan mematuhi segala pantang larang semasa berkempen.
Beliau  berkata, UMNO merupakan sebuah keluarga besar dan sebarang pertandingan hendaklah berlaku secara sihat dengan penuh semangat kekeluargaan.

"Sebagai sebuah keluarga yang besar, tidak sepatutnya berlaku perbuatan yang boleh merosakkan nama baik parti," tegasnya sambil berkata tugas berat ahli-ahli UMNO ialah untuk berdepan dengan pihak pembangkang.

Sehubungan itu jelas beliau, pemilihan parti Oktober ini hendaklah dilihat sebagai satu persaingan positif dalam memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa.

"Calon yang sanggup menawarkan diri itu sudah tentu mempunyai keupayaan tersendiri, jadi bertandinglah secara sihat dan jangan nak tumpang nama orang lain untuk dapat sokongan perwakilan," ujarnya.

Menurut beliau, calon yang memiliki rekod perkhidmatan bersih, mesra rakyat, tidak sombong dan berkualiti tidak perlu gusar menjelang hari pemilihan.

Ini kata beliau, perwakilan sudah matang untuk membuat penilaian terbaik dalam memilih  calon mana yang perlu di undi atau sebaliknya.

"Kita alu-alukan penyertaan ramai calon, tetapi jangan jual atau peralatkan nama Najib untuk raih undi perwakilan," tegasnya lagi.

Tambah Syed Ali, amalan demokrasi sentiasa subur dalam UMNO dan sesiapa sahaja layak menawarkan diri untuk memegang jawatan tertentu dalam parti jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan.

"Oleh sebab itu pada pemilihan UMNO, tidak ada had berapa ramai yang nak bertanding bagi sesuatu jawatan, ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti," ujarnya.

Beliau sekali lagi mengingatkan calon dan perwakilan supaya tidak terjebak dengan amalan politik wang.

Katanya, budaya politik wang tidak menjamin kekuatanUMNO sebaliknya akan membawa kehancuran dan parti akan disisihkan  oleh rakyat terutama orang Melayu.

21 comments:

Anonymous said...

Tapi nape tv3 kempen utk hisham? mlm tadi kali kedua berturut2 wawancara hisham. agak pelik krn nilai beritanya kosong. semata2 konon nak jelaskan persepsi negatif terhadap hisham. konon banyak tindakan beliau semasa di kdn mesti dirahsiakan. dia kebudak2an betol la...memang la urusan keselamatan dan pertahanan negara banyak yg sulit dan tak dihebahkan. tetapi kenapa zahid ambikalih sekejap aje ramai terasa perbezaannya dgn hisham? kenapa zahid persepsinya sangat positif, termasuk ketegansannya berdepan dgn pembangkang & penjenayah? hisham ni sumbangannya ciput tapi mcm paling hebat. najib pun dulu di kementah banyak tindakan secara sulit, termasuk masa umat islam bosnia di bunuh beramai dan kita membantu. tapi najib tak pulak guna sebagai alasan masa dia bertanding naib presiden?

Anonymous said...

Sokong kenyataan syed ali. meh kita dedahkan siapa yg menjual nama sepupunya najib. jangan la naikkan org yg rendah daya kepimpinannya.

Anonymous said...

Tuan GAP, kawan salut tuna GAP krn konsisten dan istiqamah dlm perjuangan. Ketulusan dan keberanian tuan memberi harapan pd kami bahawa esok masih ade utk umno. klu tidak dah lama kami tinggalkan umno. nak harap pemimpin mcm hisham? no wayyyy

Anonymous said...

GAP adalah wadah sampingan perjuangan saya dlm umno. GAP dapat memberi imbangan kpd retorik yg selalu dihamburkan oleh watak2 yg berlakon sebagai pemimpin umno. GAP membawa obor idealisme perjuangan umno!

Anonymous said...

ASALKAN BUKAN HISHAM AMARAN

ASALKAN BUKAN HISHAM AMARAN

ASALKAN BUKAN HISHAM AMARAN

Anonymous said...

hisyam tu, selain menumpang nama sepupu dia, dia juga naik atas sebab anak bekas pm, tumpang popularity bapa sama, walhal kepandaian, kebolehan dan ketokohan tidak ada pun ...

Anonymous said...

Aku semalam tenguk berita tv3...bila keluar saja cerita hisham amaran aku terus tutup tv...x langgar etika kempen ke dia ni....

Anonymous said...

saya setuju dgn kata2 syed ali. Jom kita pilh yang terbaik saja. Kepada perwakillan jangan dengar apa yang di kata olih Ketua masing2tapi guna akal fikiran untuk buat pilihan.

Anonymous said...

mukriz kalau gagal dipilih naib presiden UMNO...kira habis la UMNO next election..kira boleh ditalkinkan la..pengundi atas pagar dok tengok skrg ni samada UMNO mau berubah atau retain pak2 bengap yg dok ada..sedar lah..barisan atasan umno skrg termasuk presiden sangat di meluat rakyat marhein...harapan mereka hanya pada mukriz...

Anonymous said...

Anonymouse 5/10/13 at 4:56 am.

"Mukhriz tu, walau pun tak ada sepupu, dia juga naik atas sebab anak bekas pm, tumpang popularity bapa samalah juga, walhal kepandaian, kebolehan dan ketokohan tidak ada pun ..."

Anonymous said...

kerismumudim boleh cari kerja lain

Anonymous said...

Kalau bukan hisham sape lagi? Takkan mukhris kot? Baru je main politik..aku rasa takde jasa lagi untuk org malaysia. bagi aku baik..zahid ..hisham..isa samad...hahahaa sebab aku org felda

Anonymous said...

Mudin.zahid...piee...gandingan mantap...gua peduli ape janji bukan mukhris

Anonymous said...

Gua sokong lu...zahid ..mudin..isa ..hanya satu felda

Anonymous said...

Haha anjing2 mudin dah menyalak kat sini..

Ahli UMNO said...

Bersetuju sangat teman dengan saranan tuan Syed Ali itu.

Di Utusan Malaysia hari ada cadangan supaya diadakan debat diantara 6 orang calon Naib Presiden UMNO dan disiarkan secara langsung di TV1.Mukhriz yang pertama menyahut cadangan tersebut.

Bagus juga idea itu supaya semua perwakilan dapat mendengar sendiiri wawasan Pemimpin yang hendak dipilih.

Calon lain takkan tak berani pula!

Anonymous said...

Aku bersetuju dengan Anon 3.53 PM.

Orang muda khasnya sedang melihat apakah calon yang mengutara slogan berani berubah akan dipilih nanti.

Anonymous said...

Habis hang anjing mukhris ka ?. Bahasa mau jaga bro...lu ingat lu sapa...lu promote sapa pon tak kisah tapi jgn guna bahasa pukimak hang...mudin ...zahid...piee

Anonymous said...

4.33 ....6 october..kempen bahasa mau elok sket...hang la anjing dlm umno..hang ingat hang sapa. Dah lama ke berangan nak jadi anjing

Anonymous said...

Hang nak jadi anjing ka?makcik senah terajang muka mak hang baru hang tau...woi barua mukhris lepas baca hang maki la blk..ingat bahasa elok elok...

Anonymous said...

Lu mau kena santau ka ? Ckp baik baik sikit..... Lu langsi lu korek mak lu punya puki..
Kepada semua aku minta maaf sbb budak ni dah cuba provoke org...kempen mau rilek..mengata org sbb tak suka ok..tapi jbn guna bahasa anjing...khas buat 4.33pm.. Santau lu mau ka