semalam sebenarnya harus dicatatkan dalam sejarah.
peristiwa semalam juga harus disebarkan secara agresif kepada seluruh umat.
peristiwa semalam adalah bukan sembrono leceh isunya, sebaliknya ianya menyentuh mengenai KEHEBATAN MELAYU DAN UMNO dalam memperjuangan maruah umat islam.
tribunal jenayah perang kuala lumpur yang mengkhususkan kepada perbicaraan khusus mengenai pembunuhan umat islam dalam peristiwa shabra dan shatila adalah satu kemuncak percikan betapa seriusnya pemimpin melayu dan parti umno dalam menegaskan kepada umat dunia akan kejamnya regim zionis.
kualiti tribunal ini pada hakikatnya kuat kerana ia dipimpin oleh tun dr mahathir, pemimpin melayu yang tak pernah gentar untuk melanyak secara terbuka zionis.
pembuktian, dakwaan, saksi dan bahan bukti tribunal semalam telah menegaskan akan terdapatnya pembunuhan secara sistematik regim zionis terhadap umat islam di beirut khususnya dalam kem shabra dan shatila.
MELAYU DALAM TRIBUNAL INI SAHKAN TERDAPAT GENOSID.
melayu dalam tribunal ini juga bakal membawa konklusi ini ke mahkamah jenayah antarabangsa di the hague belanda dan PBB untuk tindakan selanjutnya.
sekadar membandingkan kualiti isu yang dibawa oleh pemimpin melayu dalam umno dan parti melayu yang lagi satu.
parti melayu lagi satu itu juga pernah mengecam shabra dan shatila namun ianya sekadar cakap-cakap-cakap-..... zionis kemudiannya zionis... akhir sekali untuk mempolitikkan isu maka disalahkannya umno.
yang lagi sorang tu.... takkan mampu nak sebut pun kekejaman zionis kerana dia juga menjadi petugas zionis terbaik dalam ASEAN.
orang melayu wajib sedar kualiti yang berbeda antara keduanya.
tahniah tun dr mahathir, melayu, umno dan seluruhnya.
BANGGA MENJADI MELAYU ISLAM YANG HEBAT !
14 comments:
Boleh dapat berapa juta kalau I join umno? Boleh pinjam wang bela lembu tapi tak payah bayar balik tak? Boleh dapat kontrak ape?
Kalao tidak, tak nak la aku join umno. Baik aku tidur rumah lagi best.
Semoga rakyat Malaysia akan sedar siapa sebenarnya yang membela Islam. Jangan hanya terpengaruh dengan fitnah jahat Pakatan Haram.
Hebat memang hebat tapi bagaimano dongan oran Islam di Myanmar dan Kashmir India? Siapo nak melaungkan perit mereko? GAP ko? Eden dah poie sano dan lihat sondiri penderitaan oran Islam di Kashmir tapi apo yg tolah OIC atau Muslim di serato dunia dah buet? Sampai bilo oran Islam diKashmir India dan Myanmar dibunuh dan di anak tirikan? sampai bilo? Kito kesano sini membuet rayan untuk oran Palestin tapi oran Islam diKashmir India dan Myanmar bagaimano? Kito lolap mato jo ko? MANO ngo Islam yg suko bersuaro tu?
Tribunal jenayah perang ini tidak membawa apa apa makna kepada Israel . Israel akan terus tindas rakyat Palestin . Apa yang boleh kita buat kerana umat Islam tidak mempunyai kekuatan .
Melayu & Bumiputra Kena Sedar
Kalau melayu & bumiputra semua pakat masuk Umno lagi lah bagus. Kalau tak semua masuk Umno pun tak apa. Yang seronok nak masuk syurga cara mudah, duduk lah dalam Pas. Yang seronok dengan liberalisme agama dan seks, duduk lah dalam PKR. Yang rasa DAP tu demokratik teramat dengan orang melayu & bumiputra, duduk lah dan mati lah dalam DAP.
YANG MAHA PENTING ADALAH BILA SAMPAI MASA NAK MEMANGKAH UNTUK PRU 14 NANTI ... SEMUA MELAYU & BUMIPUTRA TAK KIRA PARTI APA, TAK KIRA AGAMA APA ... WAJIB PANGKAH HANYA CALON UMNO & CALON PARTI BUMIPUTRA BN.
YANG PENTING UNTUK KITA MELAYU DAN BUMIPUTRA AKUI & MERASA GERUN ADALAH ... KAUM CINA TELAH CUBA UNTUK MENGUASAI POLITIK NEGARA MALAYSIA PADA PRU 13 MELALUI DAP DENGAN BANTUAN PAS DAN PKR ... TETAPI MUJUR MEREKA GAGAL.
Ana Muslimah
bersyukur aku dijadikan melayu islam kenal benar haq...
hmdlh.
Tak Guna punya tribunal , tak ada kesan langsung kecuali syok sendiri.
salam tuan, saya telah pautkan blog tuan di blog saya, harap tuan dapat bantu saya untuk pautkan semula nama blog saya di blog hebat tuan www.puake.net
adanya manusia spt anon 7:25, 10:07, 10:16, 8:18 yg membuatkan usaha2 membela umat Islam seluruh dunia terbantut dan lambat berkesan.....asyik merungut, memerli dan mengkondem usaha org aje. Kalau tak dpt membantu dgn buah fikiran, tenaga atau wang ringgit....berilah doa agar usaha tersebut berjaya....tak rugi apapun...
Hoi anon 7.25 .....kau kalau nak pinjam juta juta masuklah PAS PKR ...boleh pinjam dgn KHALID YB Selangor gaji dah naik 100% ha ha boleh pinjam dgn KHALID lahhh
kepada praha . untuk orang islam di Myanmmar Kashmir ...suruh lah orang PAS PKR tu pergi tolong,,, atau suruh DAP Komunis tu pergi tolong atau kau sendiri je pergi tolong..Mung ni buto mata , hok org lain buat semua tak betul .. PAS TAK BUAT APA APA pun dok bercakap je ...LAHAT DATU pun tak pergi ...pandai bercakap je ....PAS PKR DAN DAP tu dah nak mampos tu
Memang benar tribunal ini tdk dpt mmbri ksan kpd israel ttpi sdkit sbyk dpt mndedahkn kkjaman Israel kpd dunia. Buatlh skdr yg mmpu utk mnnjukkn rsa bnci kpd msuh islam dn itulh yg dtnjkkn oleh tun. Wlaupun nmpk kecil ttpi x mustahil iany satu prkara yg besar pd pndgn barat.
Itu lah ko bodoh.
Tribunal ni sekurang kurang nya sbg tanda kebencian pd zionis...
Tapi anon2 di atas tu yg dok melalak tak tentu pasal...cuba tanya apa tindakan/bantuan anda utk umat islam ...
Setakat melalak kat blog je boleh blah..
Mnzahirkn kkejaman Israel dianggap bdoh? Yahudi musuh islam yg nyata malah ia dinyatakn dlm al-quran. X prlu bgt ayat yg mne 1 krna org pas lbih mgetahui( Sbb dia je mgaku yg dia tu islam). Moga Allah mlaknat org yg mgatakn idea mmdedahkn kkejaman israel 1 prkara yg bodoh n x brguna. Amin
Post a Comment