dikabarkan perdana menteri thailand, yingluck akan membubarkan parlimen setelah desakan dan demonstrasi besar-besaran kumpulan pendemo berjaya melumpuhkan selama 2 minggu perbandaran utama di thailand.
asas pertembungan dua kumpulan rakyat pro merah dan kuning ini mudah dikenalpasti.
merah adalah pro kepada thaksin, majoritinya datang dari kumpulan luar bandar sebut kampung yang selama pemerintahan thaksin, kumpulan ini mendapat manafaat besar hasil daripada dasar dan polisinya mengenai pembelajaran dan kesihatan.
manakala kumpulan kuning pula yang opos yakni menentang merah. mereka mendakwa kumpulan merah adalah anti kepada monarki dan terlalu liberal dalam ekonomi.
ASAS 2 KUMPULAN INI BERTEMBUNG antara katalis utamanya adalah kerana thaksin telah menjual pemilikan saham telekomunikasi negara kepada temasek holding, syarikat pelaboran utama negara singapura.
hakikatnya, semangat kekitaan dalam separuh daripada rakyat thailand yang mahukan segala milik negara dikekalkan merupakan langkah terpuji.
di atas kita mengenalpasti pola sikap majoriti rakyat thailand yang terpecah dua. jika pemimpin merah memerintah, kuning akan bertindakbalas.
begitulah nasib thailand sejak hampir 13 tahun yang lepas.
di amerika dan sebahagian negara di eropah, kriteria memilih parti yang membentuk kerajaan lebih terarah kepada pendasaran cukai, kesihatan, pekerjaan atau lebih mudah disebut sebagai dasar ekonomi yang menguntungkan RAKYAT dan bukannya konglomerat.
demokrasi dan pilihanraya di barat sudah tidak perlu ke arah bloodshed atau pertumpahan darah, sebaliknya janjian pilihanraya itu adakah ianya bakal menguntungkan RAKYAT.
berkemungkinan jika panjang umur, tahun 2018 kita rakyat malaysia akan menghadapi pru ke 14.
hakikat pru di malaysia, nak tak nak harus diakui ianya semakin menjurus kepada penelitian pengundi terhadap dasar poket dan status quo.
pru 1990 lebih melibatkan kepada pertembungan sokongan kelompok kepada 2 entiti utama, dr mahathir dan tengku razaleigh.
pru 1995 lebih memberatkan kepada bagaimana parti politik hendak membentuk sokongan rakyat terhadap mereka. ia lebih terarah kepada bagaimana pas,dap dan s46 mahu mengajak pengundi untuk beralih arah dan menyokong mereka.
detail mengenai poket , sara hidup, pendidik dan kepelbagaian dasar tidak dibicarakan pada tahap pru ini.
pru 1999, ia semakin mengecil bilamana pertembungan pru ini sekadar melibatkan permaslahan seorang yang ada masalah moral diterajang keluar dari parti.
pas yang selama ini mati mendapat nyawa politik bila mereka mengoptimakan kes anwar sehabis mungkin untuk mendapatkan sokongan melayu.
waktu itu, pas tiada keupayaan untuk membentuk dasar politik kuat apatahlagi ampuh. pru 1999 membuktikan pas hidup semula setelah lama mati.
pru 14 pada pandangan jujur aku, ianya akan lebih nampak profesional dan terarah mengenai halatuju dasar melibatkan rakyat yang lebih meluas.
orang kampung yang aku temui sudah berani membicarakan mengenai ekonomi, dalam ertikata mengenai bagaimana ringgit dibelanjakan kerajaan, bagaimana nilaian ringgit itu berkadar dengan kos barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan.
kebanyakan golongan pertengahan melayu akan melihat pru 14 ini sebagai cubaan pembantaian dan pengajaran maksima kepada kerajaan jika kerajaan enggan faham masalah kos kehidupan.
pru 13 melayu masih memberi kepada umno atas dasar agama dan survival politik melayu.
namun jika pemberian undi ini enggan dihargai, tiada mustahil banyak perkara mustahil akan berlaku.
melayu tak faham apa signifikannya sukuk dengan undi.
melayu kampung tak faham mengenai kerugian suku tahun pertama.
melayu tak nak dengar lagi mengenai sloganista nkra,nkea ,pemandu,dipandu dan kena pandu.
melayu pada hakikatnya dah faham dasar pas yang menghancurkan.
melayu pada hakikatnya dah paham serius umno mengenai status quo islam dan melayu.
yang melayu mahukan adalah satu dasar yang betul-betul ampuh hingga ianya KENA PADA POKET lantas membuatkan mereka boleh sedikit lega tersenyum kerana dasar baru kerajaan ini benar-benar kena pada tulang belulang dan belikat darah poket mereka.
kalau tak faham betapa strugglenya hidup melayu pertengahan di lembah klang..
mungkin pak menteri boleh merasai denyut nadi rakyat melayu pertengahan ini dengan melakukan percubaan menaiki honda ex5, keluar kerja pagi balik malam.
kalau tayar pancit tolak motor sendiri.
tak payah bawak bodyguard dan pemandu.duduk kat flat. diberikan gaji rm2000 dan membawa masuk isteri dan anak untuk tinggal 6 bulan di kawasan flat kos rendah.
bayar sendiri bil api dan air. bayar sendiri duit sekolah anak. kalau tak cukup gaji yang RAKYAT BERIKAN, buat kerja part time. jual kuih atau tudung secara online dalam face book.
6 bulan kalau pak menteri boleh buat benda ni, percayalah kesedaran akan datang lantas banyak dasar yang menguntungkan rakyat akan diperincikan.
akhirannya, pru 14 BN akan terus kekal memerintah.
KLIK SINI
24 comments:
SETUJU SANGAT. BIASANYA KALAU ORANG2 MELAYU DATANG MINTA BANTUAN YB2 UMNO MEREKA AKAN PANDANG SEPI AJE, KALAU BANTU TAK SUNGGUH2, ASYIK NAK MENGELAK. SAYA DAH KENA.
Kalau bil elektrik tinggi , tak perlu laa melanggan Astro . Tak de Astro boleh mati ke ?
.
Assalam...
yg tak terkesan pak pak menteri n the gang...pastu perabih duit berbillion tuk pencapaian yg tak dapat di kesan...lepaih tu ugut rakyat kata kerajaan tanggung beban subsidi tinggi n buat gst..keweta luar m'sia sonang sonang masuk tanpa bayaran n beli minyak pown rega m'sia..pak menteri buat bodoh...minyak kna seludup la ni pown tak dgr citer...buat keja mcm tukul ngan pahat...ketuk2 ketuk2 jln terhegeh....kne ketuk berbillion kali baru kerja tp tak mantap...sekali kena kencing tak kan nak tadah muker lagik....dulu pembelian jet pm la ni duit berbillion yg ilanhntanpa jejak...anwar mmg penipu..tapi yg nuding kat anwar sama besar pembelitnya....puiiii...adakah tun rahah ada menasihati najib...haku berbaik sangka..najib yg buta mata hati fikiran perasaan akal fikira pewot..biar buta mata jgn buta pewot...maaf..stresssss.....minta/suh rakyat mcm2...sendiri cakap tak serupa bikin...saba saba haku saba....
Tak dapat gap.Setakat posing2 dukung anak orang,senduk2kan lauk semangkuk dua agihkan pada rakyat untuk tujuan publisiti bolehlah...
Kerajaan BN wajib bermuhasabah diri. Jangan hanya mengikut keterangan pegawai GLC yang memang dah mewah. Kemarahan rakyat jangan sekali-kali dicari.
Memang betul apa yang diutarakan oleh GAP...Setuju sangat-sangat. Semua menteri hidup senang-senang dan tak merasai kehidupan melayu kelas pertengahan. Bayangkan sekarang ni hidup kat KL gaji RM2000 pon memang tak cukup. kalau jamm lk semuanya tak merasa coz ada polis yang akan mintak bagi laluan. Kami yang hadapi semua ni. Dengan pendatang asing terlalu ramai. Tolong ar pahami dan selami sikit kehidupan orang kelas pertengahan....Jangan bercakap melalui poket menteri yang sentiasa kembung...
aku dah tak tau nak cakap apa dah.. menteri umno sekarang ni semua kurang bijak..
PR boleh main isu naik harga ni kaw-kaw sampai PRU14 nanti.. Ramai orang tak sabar nak memangkah ni.. Aku yg pangkah BN hari tu pun dah rasa menyesal kaw-kaw.
Kalau ye pun nak rasionalkan subsidi, takkan nak buat serentak.. mampus la orang miskin, bini tak kerja, anak ramai macam aku ni..
Aku brani bayar gaji menteri yg brani CHALENGE pndpt ni..bg kete dia ke aku bior aku pkai n moto aku bg k mnteri pakai pegi keje kt putrajaya....
Cukup cukup lah Pak menteri nak tipu rakyat samada dia bodoh a tau najib yg bodoh sebab lantik menteri bodoh atau penipu. Mana ada benda free skrg ni kalau kos naik maka peniaga atau koporat tak kan nak rugi maka rakyat marhein akan menanggungnya dalam bahana ekonomi indirect cost kalau tak caya tanya nazir atau tony Fernandez. Betul tak, bro!
Cukup cukup lah Pak menteri nak tipu rakyat samada dia bodoh a tau najib yg bodoh sebab lantik menteri bodoh atau penipu. Mana ada benda free skrg ni kalau kos naik maka peniaga atau koporat tak kan nak rugi maka rakyat marhein akan menanggungnya dalam bahana ekonomi indirect cost kalau tak caya tanya nazir atau tony Fernandez. Betul tak, bro!
Aku golongan sederhana...letrik naik ke tidak sama aje..dunia berubah berterusan..tepuk dada tanya selera..atas pada kita dan naiwaitu kita untuk hidup...gaji pak guard boleh tanggung anak 8 orang (cukup sederhana sebab berkat) gaji 8 ribu anak sorang (tak cukup sebab biar papa asal bergaya..) Tarif letrik, air , cukai pintu, tol dan lelain pasti akan naik cepat atau lambat aje..jadilah manusia yang bersyukur..
agak setuju dgn GAP..dlm mencapai negara maju brpendapatan tinggi yg dirisaukan ada golongan yg terus ketinggalan dan ketinggalan..sudah pastilah golongan itu golongan kelas rendah n pertengahan..yg kaya raya biasanya x per, x terkesan..gaji2 exco selangor boleh naik berkali2 ratus ganda(200-300%)..gaji ahli2 MP khabarnya dlm cdgn naik 100%..tp bagaimana rakyat marhein?..bolehkah pndptn mereka meningkat berganda2 mcm ni?..
teruskan jihad ekonomi..ABC..BCL..
Cuba tanya pak menteri dan pakar-pakar yang mengatakan kenaikan tarif elektrik tidak membebankan.....harga ikan kembong sekilogram di KL berapa harga.....Pak Menteri dan pakar-pakar yang membuat ulasan tersebut, tak tahu pun harga sekilogram ikan kembomg, harga syuran, harga beras...tidak pernaha bayar tol...tidak pernah bayar bil elektrik...tidak pernah gayar tambang bas sekolah...tidak pernah bayar cukai jalan dan insuran kenderaan....sebab semua percuma...orang yang mendapat habuan percuma sememangnya senang bercakap.....lidah tak bertulang..
Cuba tanya pak menteri dan pakar-pakar yang mengatakan kenaikan tarif elektrik tidak membebankan.....harga ikan kembong sekilogram di KL berapa harga.....Pak Menteri dan pakar-pakar yang membuat ulasan tersebut, tak tahu pun harga sekilogram ikan kembomg, harga syuran, harga beras...tidak pernaha bayar tol...tidak pernah bayar bil elektrik...tidak pernah gayar tambang bas sekolah...tidak pernah bayar cukai jalan dan insuran kenderaan....sebab semua percuma...orang yang mendapat habuan percuma sememangnya senang bercakap.....lidah tak bertulang..
gua cilok bro, tq
Apa yg kerajaan lakukan sekarang adalah seperti yg dirancangkan. Bak kata The Joker, “It’s all part of the plan”. Economic Transformation Program, National Reconciliation Agenda, Subsidies Rationalization, dan lain2, ini semua adalah untuk menjamin kestabilan ekonomi. Adakah kita mahu jadi macam krisis ekonomi di Europe? Negara2 krisis di sana, bajet tahunannya ditentukan oleh IMF, creditors, dan bukan oleh pemimpin sendiri. Gaji2 kakitangan awam diturunkan. Perbelanjaan mengurus dan pembangunan dipotong secara drastik. Cukai2 dinaikkan. Percayalah, jika agenda ekonomi kerajaan berjaya terutama jika tanpa deficit(mungkin dalam masa 5 tahun), apa saja kesan negative ekonomi di seluruh dunia termasuk Amerika,pasti ia tidak akan memberi kesan kepada Malaysia langsung. Cuma, sementara untuk mencapai target tersebut, kerajaan terpaksa menggunakan prinsip ‘Every man for himself’ kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, maknanya ‘pandai-pandailah korang nak hidup’. Terimalah hakikat ini.
Apa yg kerajaan lakukan sekarang adalah seperti yg dirancangkan. Bak kata The Joker, “It’s all part of the plan”. Economic Transformation Program, National Reconciliation Agenda, Subsidies Rationalization, dan lain2, ini semua adalah untuk menjamin kestabilan ekonomi. Adakah kita mahu jadi macam krisis ekonomi di Europe? Negara2 krisis di sana, bajet tahunannya ditentukan oleh IMF, creditors, dan bukan oleh pemimpin sendiri. Gaji2 kakitangan awam diturunkan. Perbelanjaan mengurus dan pembangunan dipotong secara drastik. Cukai2 dinaikkan. Percayalah, jika agenda ekonomi kerajaan berjaya terutama jika tanpa deficit(mungkin dalam masa 5 tahun), apa saja kesan negative ekonomi di seluruh dunia termasuk Amerika,pasti ia tidak akan memberi kesan kepada Malaysia langsung. Cuma, sementara untuk mencapai target tersebut, kerajaan terpaksa menggunakan prinsip ‘Every man for himself’ kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana, maknanya ‘pandai-pandailah korang nak hidup’. Terimalah hakikat ini.
Cadangan ini amat disokong. Golongan yang dimaksudkan dalam saranan ini adalah golongan yang saya juga merasakan paling terhimpit dari keputusan ekonomi dan dasar-dasar lain kerajaan. BR1M tak dapat kerana tak cukup kriteria...tapi jumlah gaji hanya cukup2 untuk hidup
Assalamualaikum GAP
hmm dalam banyak banyak yang you tulis sepanjang 2013 ni, yang ini antara yang i rasa sangat bagus. Simple saja tapi mudah difahami.
hmm kalau boleh tag najib post yang ini i tag dah. malangnya tak boleh. Persoalannya adakah pak pak menteri or yb yb ni baca blog you? kalau mereka baca pun? adakah mereka ambil serious? hmmmm sometime terfikir juga apa la yang susah sangat mereka ni nak turun ke bawah dan selami apa yang rakyat hadapi hari ini?
p/s: you bertanding la next election.
Kan najib dh bgtau hari tu kerajaan terpaksa buat beberapa tindakan tk popular tahun ni dan tahun depan.. Potong subsidi, naik cukai dan lain2.. Terpaksa buat utk baiki ekonomi negara secara makro dulu..
Bila ekonomi makro dh kukuh baru kerajaan bereskan masalah ekonomi rakyat bawahan.. Rasanya start tahun 2015 ada banyak langkah bantu rakyat akan diperkenalkan..
eden pesaro swasta tado pensen. kalo dok naik jo cam no nak bayor+ TNB tiap tahun untung tapi nak naikkan tarif mengapo? tu lah ado oran politik jadi pengerusi ni lah balonyo. Tak tau nak niago. Najib lihat apo dah jadi diTahiland. Nak ko Malaysia jadi cam tu? atau padao PRU14 BN hapus?
TNB Belanja RM6 Bilion Untuk Infrastruktur Baharu, Pelenggaraan, Capex Tahunan
Tenaga Nasional Bhd (TNB) membelanjakan sekurang-kurangnya RM6 bilion untuk infrastruktur baharu, penyelenggaraan dan perbelanjaan modal (capex) setiap tahun bagi memastikan bekalan tenaga elektrik yang berkekalan.
Kewajaran patut dibuat memandangkan jumlah tersebut jelas lebih tinggi berbanding keuntungan syarikat utiliti itu sebanyak RM4.6 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2013.
Daripada RM6 bilion, TNB melabur kira-kira RM3.5 bilion hingga RM4 bilion setiap tahun untuk bekalan baahru dan peningkatan sistem bagi rangkaian pengedaran dan pelbagai saluran penyambungannya.
TNB juga melabur antara RM2 bilion dan RM2.5 bilion setiap tahun untuk meningkatkan rangkaian penghantaran dan pembangunan.
Sebagai syarikat yang memiliki aset RM99 bilion, keuntungan itu boleh dianggap minimum memandangkan TNB hanya membuat keuntungan sebanyak RM4.6 bilion, berbanding konglomerat lain, yang untung sekurang-kurangnya separuh daripada nilai aset mereka
Kajian semula tarif elektrik penting kepada TNB untuk memenuhi peningkatan kos bekalan, pelaburan semula dalam peralatan bekalan yang lama serta membuat penambahbaikan dalam menyediakan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dan berkualiti.
Berkuat kuasa 1 Jan, 2014 tarif purata elektrik di Semenanjung Malaysia akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj, atau 14.89 peratus, daripada 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWh.
Pelarasan itu adalah berdasarkan empat komponen, termasuk semakan semula tarif asas TNB sebanyak 2.69 peratus atau 0.90 sen/kWj, daripada purata tarif semasa tarif.
Tarif 0.90 sen/kWj itu hanya menyumbang kira-kira 18 peratus daripada jumlah peningkatan tarif dan ia bagi memenuhi kos operasi TNB selain untuk pelaburan infrastruktur yang diperlukan untuk bekalan elektrik.
Tiga komponen lain yang menyumbang baki 82 peratus, disebabkan kos bahan api yang meningkat yang membabitkan gas berpaip, gas asli cecair (LNG) selain harga arang batu TNB akan membayar RM15.20 mmBTU (Juta Metrik unit Termal British) untuk gas berpaip berbanding RM13.70 mmBTU pada masa ini.
Pada Mac 2009, kerajaan memutuskan bahawa harga gas akan dikaji semula setiap enam bulan, namun pelaksanaannya ditangguhkan berikutan krisis kewangan global.
Semakan harga gas sebelum ini ialah pada Jun 2011, daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU yang sekali gus menyelaraskan tarif elektrik.
Selain itu, bagi LNG, TNB akan membayar harga pasaran sebanyak RM41.68/mmBTU manakala harga arang batu yang dilindung nilai pada US$87.50/tan metrik, lebih tinggi berbanding US$85/tan metrik sebelum ini.
Dalam melaksanakan struktur baharu tarif elektrik, kerajaan memastikan golongan berpendapatan rendah, tidak terjejas.
Semakan itu tidak akan menjejaskan kira-kira 70.7 peratus atau 4.6 juta pelanggan domestik, iaitu pelanggan dengan bil bulanan sebanyak RM77 dan ke bawah, tidak mengalami sebarang kenaikan tarif.
Rebat daripada kerajaan untuk pelanggan domestik menggunakan elektrik sehingga RM20 sebulan masih dikekalkan, yang melibatkan kira-kira satu juta pelanggan domestik dalam kategori ini.
TNB sentiasa prihatin terhadap nasib kumpulan berpendapatan rendah dan akan memastikan mereka tidak dibebankan hasil semakan tarif itu.
Bagaimanapun, kadar TNB masih berdaya saing di rantau ini.
Pada 38.53 sen/kWj, ia jauh lebih rendah berbanding Singapura (63.63 sen/kWj) dan Filipina (57.24 sen/kWj) namun tinggi berbanding Indonesia (24.40 sen/kWj) dan Thailand (36.88 sen/kWj).
Ikut anwar dan NGO pembangkang memanglah tak cukup... Tapi hairan mereka ni kaya raya.. Depa bising kononnya dasar kerajaan buat naya kat rakyat... Sebenarnya mereka ajak rakyat cinta dunia... Orang miskin mesti ada kereta, ada astro, ada computer, ada tv besar, ada Samsung galaksi, ada aircond dan sebagainya... Mana nak cukup...... Kalau orang miskin nak ada semua.... memanglah tak cukup... Pembangkang memang nak buat isu dan tutup scenario ekonomi dunia.Itu memang strategi meruntuhkan kerajaan yang dah terkenalll.. Memanglah kita tak setuju barang naik .. kita proteslah tapi tujuan pembangkang nak merosakkan Negara dengan melemahkan ekonomi sehingga dikatakan kerajaan tak pandai urus Negara... HAHA HA.. kerajaan tak pandai urus Negara???? Dah berpuluh tahun Negara maju... Beribu Cina jadi kaya, beratus Melayu Berjaya tak pandai urus???? Apa yang kita tahu satu cara melemahkan Melayu ialah musnahkan syarikat Negara sepaya tak mampu bersaing diperingkat Global. Burukkan nama syarikat ini dimata dunia sebab Ianya menggugat syarikat yahudi....Biar tender Negara luar tak dapat kat syarikat Malaysia ini... Oh ya, Pas perintah Kedah sampai nak lingkup Kuin...PKR kat selangorrrr habis .... Kalu munafik, munafiklah jugaa... KITA JANGAN IKUT.
Post a Comment