Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar) menyuarakan kebimbangan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus mengambil pendekatan dasar “betul tapi tak popular” terutamanya dalam isu menangani masalah kenaikan kos sara hidup.
Menurut menteri besar Kedah itu, BN bakal berhadapan laluan sukar dalam pilihan raya akan datang sekiranya kerajaan terus meminggirkan suara dan kepentingan rakyat di mana akibatnya akan menyebabkan pengundi berasa kesal dengan tanggapan "pihak yang disokong seolah-olah tidak prihatin, tidak peduli suara akar umbi".
Katanya berdasarkan pencapaian dalam pilihan raya umum ke-13, BN hanya menang tipis dan gagal mendapatkan majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan sebenarnya parti itu masih belum mendapat keyakinan sepenuhnya daripada rakyat.
"Saya bimbang kalau hanya fikirkan dasar yang baik dan betul saja dengan ketepikan terus soal populariti, maka akhirnya dalam PRU (pilihan raya umum) akan datang, walaupun kita buat perkara yang betul tetapi disebabkan persepsi rakyat sudah begitu, kita akan kecundang.
"Ketika itu, tiada apa yang boleh dilakukan kerana nasi dah jadi bubur," katanya dalam wawancaranya yang disiarkan dalam akhbar Berita Harian versi Ahad Berita Minggu hari ini.
Biarpun Najib sebelum ini mempertahankan tindakannya menaikkan harga barang dan perkhidmatan sebagai tindakan yang tidak populis demi memastikan pembangunan negara, anak kepada bekas perdana menteri paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad, berpandangan sebaliknya.
Mukhriz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, menyifatkan populariti sangat penting dalam pilihan raya dan tanpa unsur itu maka tidak mungkin calon atau parti boleh meraih undi.
"Tiada jaminan orang yang memberi nasihat itu bersikap ikhlas untuk membantu, kerana itu, BN perlu kreatif untuk menyelesaikan masalah rakyat, secara popular dan betul," katanya.
"Satu lagi ialah isu siapa mengatakan bahawa yang baik itu tidak popular. Kita kena cari satu penyelesaian sendiri, bukannya berdasarkan nasihat luar atau pihak yang ada kepentingan meragukan kerana kita lebih faham masalah sendiri.
"Betul dan popular itu bukannya suatu yang eksklusif, ia sebenarnya tidak menidakkan satu sama lain. Tetapi kena kaji mendalam, apakah penyelesaian itu," katanya. – 19 Januari, 2014.
35 comments:
Setuju dengan mukhriz. Najib perlu kembalikan senyuman pengundi bn. Khususnya melayu.
MUKHRIZ TERBAIK
BAKA TUN YG TERBAIK
PATUTNYE MUKHRIZ YG JADI PM
SEORANG YG BIJAK LAGI BERANI
BUKA CAM NAJIB YG DILIHAT BODOH LAGI PONDAN DIMATA MELAYU
HIDUP TUN
HIDUP MUKHRIZ
PLS PLS PLS SELAMATKAN MELAYU
Di Ucapkan Tahniah kepada DS Mukhriz Tun Mahathir atas Pengurnian Dato'Seri Kedah. MB DS Mukhriz adalah Pemimpin UMNO yang ada Kelas dan BERANI menyuarakan KELUHAN serta RINTIHAN RAKYAT Jelata. Berani menegur apa yang patut diperbetulkan dan yang salah. Rakyat adalah Pengundi dan Penentu kepada berdirinya Kerajaan BN. Ibarat Pepatah dalam Markleting "Customer is Always Right" atau "Pelanggan adalah Raja". Kenapa PM tidak menjadikan semua MB / KM sebagai PENASIHAT Ekonomi JPM...? Semua MB/KM tahu masalah Rakyat dan dapat merumus yang terbaik supaya SOKONGAN Rakyat berterusan dalam PRU14.Penasihat JPM sekarang adalah PUNASIHAT sebab bukan orang Politik dan tidak ada sintimen Pengundi, Jawatan YB Senator dapat Percuma serta bertaraf Menteri. Contoh terbaik adalah bekas SETPOL PM yang kalah diParlimen Pokok Sena...? Ini menunjukan Orang yang keluar dari JPM pun Rakyat tidak sokong tambah pula orang yang keluar daripada BANK dan MAS...? Apa yang Al Wahid tahu pasal Pengundi...? sekadar pergi PASAR beli Sayur Kangkung tiap pagi dan Bandingkan harga dari pasar kePasar...? Kalau Idris Jala amat bijak dalam Ekonomi kenapa tinggalkan MAS yang masih RUGI setiap tahun...? Bermakna Idris Jalan tidak ada IDEA dan TOLOL dalam pengurusan Penerbangan... Airasia setiap tahun UNTUNG berlipat ganda siap bagi tambang percuma, Malindo Air baru mula pun dapat UNTUNG dan beli kapal Baru lagi..? Saya sebagai rakyat biasa dan Pengundi BN amat MENYOKONG PANDANGAN DAN PENDIRIAN MB Kedah DS Mukhriz. Kalau PM terus dengan Nasihat 2 ekor Senator diJPM itu maka BN / UMNO akan LINGKUP pada PRU14 akan datang. Nukilan Oleh Ahli UMNO.
Very true, we need balance of both, if not both at the same time. How ? That should be the wisdom of the leader and that the different between the leader and normal people.
saya setuju dgn apa yang dikatakan olih Mukriz.Right on the spot. Some of UMNO leaders are fuck up and are silent when confronting the PM. Say your piece and be done with it. PM bukan Tuhan.
Itu yg sya fikir juga sblm ni. Sya setuju dgn pandangan itu. Kerajaan Najib syok sendiri ke. Cara tindakan skrg ni mcm tindakan "bunuh diri". Maksud sya tindakan tu boleh sbbkn BN kalah. Sya sendiri pn bengang dgn tindakan2 Najib akhir2 ni. Najib...jgn igt penyokong sendiri pn x boleh lari dgn tindakan2 anda yg kurang bijak. Jgn terikut2 sgt dgn PEMANDU. Tpi ambil hasil PEMANDU sbg cadangan bkn keputusan akhir.
SATU KOMEN YG BERANI DAN RASA TANGGUNGJAWAB.
HANYA PANDANGAN....
Dari semua sudut, nampaknya pentadbiran Najib agak lemah Dan tak bermaya.
Banyak masaalah dan isu isu, terutamanya yang sensitif tidak ditangani dengan cepat.
BANYAK yang berlarutan tanpa penyeselaian.
Orang Cina semakin kuat dgn sentiment Cina nya, Dan SEMAKIN HARI semakin berani lantang pertikai kedudukan Dan HAK Melayu Dan KESULTANAN Melayu.
PEMUDA SEBAGAI SAYAP pun tak MEMBANTU.
Dulu EPU main PERANAN penting, SEKARANG PENASIHAT tidak se HANDAL EPU.
SAY WHAT THEY LIKE, SUDAH TIBA MASANYA UNTUK NAJIB MINTA PANDANGAN TUN MAHATHIR......DEMI KEUTUHAN NEGARA.
Salam.
Saya, sebagai rakyat cukup setuju dengan pandangan Datuk Seri Mukhriz Menteri Besar Negeri Kedah.
Macam mana Kerajaan kita nak menang kalau tidak popular.
Kerajaan patut bertindak betul untuk jadi popular.
Betul dan popular harus seiringan.
Barulah "cakap serupa bikin"
BETUL APA YANG DATO SERI MUKHRIS KATAKAN. KEPUTUSAN TIDAK POPULAR KERAJAAN AKAN MEMBUAT KERAJAAN TIDAK POPULAR DIMATA RAKYAT.
DIMANA RAKYAT DIDAHULUKAN? KALAU NAK UMUMKAN KENAIKAN SESUATU PERKHIDMATAN BUATLAH SATU PERSATU DAN CERMAT. BUKAN SECARA SERENTAK. BILA INI TERJADI KAUM YANG SUKA MENGAMBIL KESEMPATAN AKAN MENAIKAN HARGA. LAGI PUN ADAKAH AGENSI2 SEPERTI TNB PENGENDALI TOL MENGALAMI KERUGIAN YANG TERUK. SETIAP TAHUN NAMPAKNYA MEREKA BERLUMBA MENCATAT KEUNTUNGAN. DIMANA RASIONALNYA MEREKA MENAIKAN CHARGE PERKHIDMATAN? ADAKAH DENGAN MENAIKAN CHARGE PERKHIDMATAN INI BAIK KEPADA PENGGUNA?
PENGGUNA NI KEBANYAKANYA RAKYAT. DENGARLAH RINTIHAN RAKYAT BUKAN MENDENGAR KELUHAN SEGELINTIR BOS DAN PEKERJA AGENSI2 INI. BILA PENDAPATAN SYARIKAT MENINGKAT..BONUS PUN BANYAK. TAPI CUMA BAGI SEGELINTIR SAJA YANG DAPAT.
RAKYAT DAPAT APA? ITULAH...KESANYA RAKYAT JUGA YANG MENANGGUNG BEBAN INI SEMUA. LAINLAH DISAMPING KENAIKAN2 INI SEMUA GAJI DAN PENDAPATAN RAKYAT MENINGKAT. BARULAH SETARA.
SEBAGAI MENTERI SEPATUTNYA MEREKA PUNYA IDEA YANG TERKAHADAPAN. BUKANYA IDEA ORANG KAMPUNG PUN BOLIH BUAT. AYAM NAIK HARGA JANGAN MAKAN AYAM. TOL NAIK JANGAN GUNA LEBOHRAYA. APA INI SEMUA? TUNJUKANLAH KEBIJAKSANAAN ITU SIKIT. JANGANLAH SAMPAI CAP AYAM MENEMPIK KAT DAHI.
SEGALA KONSULTAN TU BUANGLAH DAN BUBARKANLAH. LANGSUNG TIDAK MEMBANTU PUN. KALAU BN TUMBANG MEREKA TIDAK MERASA APA2 PUN. APA PEMANDU BUAT UNTUK MENAMBAH BAIK BN? MEREKA SEPATUTNYA MENOLONG NAJIB DISAMPING MENAIKAN PENDAPATAN NEGARA. BUKANYA MEMANDU BN MASUK LONGKANG. KITA PUN TAK TAU KEIKHLASAN SEGALA MACAM PEMANDU DAN KONSULTAN INI.
PEMANDU DAN KONSULTAN TERBAIK ADALAH RAKYAT. TURUN...DENGAR KELUHAN DAN PENDAPAT RAKYAT. JANGAN TERHEGEH2 BILA DEKAT PILIHANRAYA NANTI. TAKUT TERLAMBAT...
RAKYAT MARHAEN
Apa yang dibimbangi olih YB Mukhriz itu ada kebenarannya. Disana sini rakyaat mempertikaikan tindakan PM Najib terhadap beberapa dasar negara, walaupun bukan dia yang bertanggungjawab sepenuhnya. Disebabkan beliau PM dan mempunyai kuasa mutlak bagi menghalang dasar2 yang merugikan rakyaat dan yang akan menghancurkan UMNO. Olih itu segala tindakan beliau seharusnya dibuat berdasarkan rintihan rakyaat dan kemahuan pengundi2 yang menyokong BN, bukan nasihat2 dari golongan yang akan menghancurkan karier politiknya.AWAS PM NANIB.
Apabila Pak Lah gagal mendapatkan 2/3 didesak letak jawatan. Sudah tiba masanya PM NAjib didesak letak jawatan. Penyokong UMNO akar umbi sudah jelak dengan segala tindakan bodoh PM Najib!
Itulah sebabnya telah lama dinyatakan dan disebut dalam media dan akhbar. Saya juga telah menyebutnya dalam FB YAB PM serta dalam laman 1Malaysia beliau, supaya betul-betul memikirkan pandangan dan pendapat penasihat2 YAB PM (think-thank beliau). Dalam isu ini bukan betul atau tak betul.... tetapi kesesuaian tindakan dengan realiti masa kini. Persepi sangat penting kerana sesuatu yang betul itu tidak mesti betul jika persepsi ramai mengenainya ialah tidak betul.
Itulah sebabnya telah lama dinyatakan dan disebut dalam media dan akhbar. Saya juga telah menyebutnya dalam FB YAB PM serta dalam laman 1Malaysia beliau, supaya betul-betul memikirkan pandangan dan pendapat penasihat2 YAB PM (think-thank beliau). Dalam isu ini bukan betul atau tak betul.... tetapi kesesuaian tindakan dengan realiti masa kini. Persepi sangat penting kerana sesuatu yang betul itu tidak mesti betul jika persepsi ramai mengenainya ialah tidak betul.
MEMANG MM NI OTAK DIA BERGELIGA CAM AYAHANDA DIA .SAYA SOKONG SERATUS PERATUS .KALAU MM JADI PM RAMAI YANG AKAN SENYUM LEBAR TERMASUK SEBAHGIAN AHLI PAS
MEMANG MM NI OTAK DIA BERGELIGA CAM AYAHANDA DIA .SAYA SOKONG SERATUS PERATUS .KALAU MM JADI PM RAMAI YANG AKAN SENYUM LEBAR TERMASUK SEBAHGIAN AHLI PAS
INILAH TOKOH PEMIMPIN SEBENAR YANG DICARI. BERPANDANGAN JAUH SEPERTI BEKAS PM TUN DR. MAHATHIR.
Setuju sangat. Sebab yang bagi nasihat pada PM tu kebanyakannya bukan ahli politik. Bagi depa populariti memang la tak penting. Tapi politik nak tak nak kena fikir pasal tarik undi. Kalau PM nak ambik pendekatan tak populis 100%, baik PM berhenti, apply jadi pegawai kerajaan full-time KSU ka, Takpun penasihat kanan kerajaan macam Lee Kuan Yew. kerja bawah TS Muhydin.
berita perik dari Malaysian Insider ke?
"Biarpun Najib sebelum ini mempertahankan tindakannya menaikkan harga barang dan perkhidmatan sebagai tindakan yang tidak populis"
walaupun aku setuju dengan MM, tapi bila pulak najib menaikkan harga barang? najib tokey kedai ka?
Kalau Puak PLUS nak untung Berbilion2 lagi saya cadngkan buat pelaburan Luar Negara banyak-banyak, PROPOSAL bina Lebuh raya kat negara yang belum ada HIGHWAY dan kenakan TOL konsesi 100 Tahun. Kepada TNB juga dicadangkan buat pelbagai Pelaburan Luar Negara Bina Janakuasa Letrik dan bina kilang membuat Peralatan Letrik untuk diekspot keluar negara. Tidak payah menyusahkan Rakyat Malaysia ibarat MENINDAS bangsa sendiri bila nak UNTUNG Lebih.AKAI macam ini pun YB SENATOR DALAM PEMANDU JPM tidak dapat FIKIRKAN KE....? KONSULTAN....? Semua tukang sedut wang Rakyat sahaja.... Contoh : PETRONAS sibuk melobi kawasan minyak kat luar negara...Itu pun kena jolok macam-macam..Sokong PANDANGAN DS Mukhriz MB Kedah, Pemimpin UMNO yang BERANI baru lah ada TELOR 2 Biji...Bukan macam yang Lain-lain telor tinggal sebiji... Saya Ahli UMNO dulu,kini dan selamanya TAPI kalau berterusan cara PM mentadbir Negara macam ni tidak mustahil saya pun tidak akan UNDI BN...
oittt jangan kutuk en. Najib tau!! amaran ni: JANGAN KUTUK NAJIB nanti kena lokap!
Menteri MM ni perlulah bersiap siaga, nanti Najib dinasihatkan oleh para "penjolok"nya supaya di"nyah"kan MM ni secara halus dari kerusi MB.
Berhati-hatilah..dan saya harap MM tidak hanya hangat2 taik ayam ketika melontarkan pandangan. Jangan jadi "Menteri Tin Kurang isi"
KALAU TAK DAPAT PERMUDAHKAN KEHIDUPAN RAKYAT , BAIK JGN JADI PM.
JGN SALAHKAN PENASIHAT KALAU TAK DAPAT BUAT KEPUTUSAN.
Mutakhir ini aku memang dah naik meluat dgn keputusan Kerajaan....lebih tepat lagi meluat dengan Najib yang terlalu lemah dan 'play safe' memanjang....BOSAN!!! 1000x.....
Rakyat kebanyakan....majoriti yang cintakan keamanan, ketelusan & perpaduan merasa begitu tercabar dan 'mendidih' dengan keputusan 'dungu' Kerajaan yang mengikut telunjuk 'Pemandu' yang akan memandu Kerajaan masuk gaung....
Negara menjadi semakin tidak aman dan porak peranda dengan 'kebaculan' pemimpin2 yang lemah....
Aku dan keluarga penyokong BN/Umno sejak dari dulu lagi dan selalu menerapkan budaya berterima kasih dan bersykur pada Kerajaan.....
Tapi sejak kebelakangan aku sendiri merasa tertipu dan marah dengan keputusan2 Kerajaan yang teramat lemah.....
Aku yakin BN/Umno akan tinggal batu nesan pada PRU akan datang jika keluhan dan rintihan pengundi BN seperti aku ini tidak didengari.....
Kebanyakan penyokong bukan mintak Kerajaan menaburkan duit BRIM sana sini. Yang kami mahukan ialah Kerajaan yang berani menegakkan keadilan untuk semua....yang benar dibenarkan dan salah dikenakan tindakan tanpa mengira kaum, darjat dan parti.
Aku amat menyokong Dato Seri Mukhriz 1000%....dan yang paling aku rindukan kini ialah era TUN M......akan adakah pengganti TUN M selepas ini???
Saya setju dengan apa disuarakan olih Datuk Mukhriz. Kebimbangan patut dirasai olih semua pemimpin atasan UMNO. (Yg betul hendak jadi teraju UMNO).
Mushkil dan agak pelik, pandangan dan idea penasihat2 PM yg kebanyakkan tidak diterima olih majoriti kita.Tidakkah PM mengetahui nasihat2 yg tidak tepat yg didatangkan penasihat2 beliau.
Tidak adakah pemimpin2 kanan UMNO yg berani menasihati PM. Adakah mereka2 ini "YES BOSS" semuanya. Atau masing2 mahu menjaga kerusi empuk mereka.
Ambillah kesempatan untuk menegur sebelum terlambat.
Waallahhualam
Pak Lah tak boleh...skrang Najib tak boleh...abis tu nak Mahyuddin...lg la hancus...
tu la masa ada peluang nak pilih pemimpin semua kata tak boleh lawan...skrang jgn la komplen...
Anon 12:34
mmg la Najib bukan tokeh kedai..tp kau ingat tokeh2 kedai tu saja2 ke nk naikkan harga..harga naik disebabkan tekanan dari pasaran...dan tekanan pasaran ini berlaku dari tindakan ekonomi yg kurang bijak atau yg tidak ada tindakan langsung dari Najib & geng...
itu masalah nye...dan dia cuba cover dgn mengguna istilah kangkung...mana org tak marah...
salam....
najib wajib menjawab segala yg dikata tohmahan dgn lebih bijaksana dr perbanddingan rege kangkung turun.....bravo mm...diharap mm tetap mm walo dimana anda berada...
THE BLIND AND DEAF (MUKHRIS) LEADING THE STUPID (MACAI UMNO, PEMBODEK AND PENJILAT MAMAKKUTTY)
Teliti apa yang dikatakan bukan tengok siapa yang berkata.
Pendapat bernas yang ikhlas untuk rakyat dan negara.
Setuju dgn pandangan Datuk Seri, kalau beginilah caranya, BN bakal tumbang. Melayu akan hilang kuasa. PM jgn terlalu berlembut sangat. Keputusan pilihanraya yg lepas, kita dah dapat jawapannya. Penyokong mana yg meletakkan melayu berkuasa. Cuba-cuba renongan sikit PM.
Anon 12:34
abis tu kalau dulu aku jual ikan RM6, sekilo tetiba aku nak jual RM12 sekilo, alasan aku cuma "sbb kos naik, aku bukan saja2 nak naik kan" aci ka?
ujung ujung.. aku kaup untung 500%, poket kembang
Seronok laa aku, untung dapat, yg kena kutuk kerajaan, aku cuci tangan. Waaaaooowww!
Rakyat Kedah memerlukan Pemimpin yang BERANI bukan DAYUS atau kaki jilat pungok macam Dato'Raof...
Saya setuju pandangan beliau...tidak apa yang kita dapat selain kecewa dan kegelisahan. Jangan lah kita syok sendiri.
orang tua 1957
ni lah masalah nya pemimpin melayu menganiya dan mengkhianati bangsa sendiri.gula naik kurang kan makan gula,minyak naik guna kan transport awam,ikan naik jangan makan ikan ,makan kangkung sebab kangkung murah.jadi pemimpin buat apa klu ni je yang dia bagi tau.menteri2 semua macam sial.dia orang semua tak pa gaji banyak,elaun banyak.harga barang naik berapa tinggi pun tak pa. klu macam ni cara nya pru 14 confirm bn tumbang.aku dah meluat tengok perangai pm dan semua menteri.melayu yang dah layu,hanya sayang kan jawatan tak pernah ambil tahu masalh rakyat.pemimpin melayu hanya syok sendiri.berhenti jadi menteri lagi baik.
syabas MM..seorang pemimpin perlu berani dan mempunyai keyakinan diri untuk menjadi popular di hati rakyat. malangnya PM kita hanya dipopularkan oleh punahsihat disekeliling dia saja.
cakap orang umno dan melayu yg menyokong langsung tak laku seduitpun. asyik syok sendiri dilambung punahsihat.
PM kita makeup macam mana pun auranya dah tiada di hati orang melayu. nak buang punahsihat PM yang tak berguna terpaksa buang tuan nya dulu demi kelangsungan kerajaan pemerintahan melayu di negara ini..
Post a Comment