Saturday, May 17, 2014

TAN SRI HALIM SAAD JANGAN KACAU PLUS : DICADANGKAN BELI KONSESI LEBUHRAYA LAIN..INI TANDA BALAS JASA BN !


Beberapa minggu lalu kami mendedahkan cadangan tujuh muka surat Idaman Saga Sdn Bhd, syarikat pelaburan yang dikaitkan dengan Tan Sri Halim Saad, untuk mengambil alih Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) dengan menjanjikan tiada kenaikan tol selamanya.

Kami dimaklumkan sungguhpun kerajaan tidak begitu berminat mendengar cadangan tersebut Idaman Saga masih terus melobi untuk dipertimbangkan. Kerajaan dikatakan kurang berminat kerana Tan Sri Halim Saad pada 2009 pernah mengemukan cadangan yang lebih kurang serupa namun akhirnya tidak meneruskannya apabila diminta meletak deposit sebanyak RM 50 juta sebagai bukti kesungguhan rancangan pengambil alihan itu.

Kesungguhan Tan Sri Halim Saad ingin mengambil alih PLUS sangat mencurigakan. Halim mendakwa mahu membantu kerajaan mengurangkan beban kewangan dan politik akibat kenaikan tol. Namun, pengambil alihan PLUS sebagai lebuh raya terpanjang dan aset terbesar jalan raya negara lebih banyak isu dan komplikasi termasuk harga yang jauh lebih mahal berbanding lebuh raya lain.

Masalah tol sebenarnya banyak berlaku di dalam bandar. Justeru jika Halim benar-benar mahu membantu kerajaan di samping membuat untung, mengambil alih lebuh raya di dalam bandar seperti Litrak atau LDP lebih menguntungkan, lebih mudah diuruskan dan tentunya lebih murah dari PLUS jika berdasarkan harga pasaran.

Jumlah trafik yang lebih tinggi, dan ketiadaan tempat hentian yang banyak membolehkan Idaman Saga membuat keuntungan lebih besar jika mereka benar-benar mempunyai formula luar biasa dalam mengelakkan kenaikan tol tanpa menjejaskan keuntungan dan pembayaran balik pinjaman syarikat konsesi.

Kami difahamkan sejak kebelakangan ini Idaman Saga secara berterusan mewujudkan strategi perhubungan awam bagi mewujudkan persepsi mereka boleh menguruskan PLUS lebih baik dari Syarikat Berkaitan Kerajaan (Government Linked Company -GLC) dan menjamin kadar tol yang tetap dan murah. Ini bagi memberi tekanan kepada kerajaan untuk menjual PLUS kepada mereka.
Seorang pemerhati ekonomi yang dihubungi menyatakan adalah sukar untuk Idaman Saga menjanjikan kadar tol yang murah tanpa mengorbankan kualiti jalan, kebersihan dan pengurusan tempat rehat yang baik seperti yang dilakukan oleh PLUS Berhad sekarang.

Selain itu, penulis melihat kemungkinan paling besar mengapa Idaman Saga ingin mengambil alih PLUS dan bukannya syarikat konsesi tol yang lain ialah kedudukan strategik tanah-tanah dalam PLUS Berhad sepanjang lebuh raya tersebut.

Kawasan sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan termasuk hentian R&R sedia ada jika dibangunkan secara komersial tanpa mengambil kira faktor alam sekitar dan keindahan setempat boleh memberi pulangan hartanah yang lumayan kepada PLUS BERHAD.

Sudah tentu pengkomersialan yang intensif akan membolehkan Idaman Saga membuat keuntungan berlipat kali ganda dan melupuskan (offset) kerugian dari penentuan harga tol yang murah dan tetap.
Namun dalam jangka masa panjang, jika ini berlaku ia bukan sahaja merugikan negara malah mengancam aset alam sekitar negara yang sangat bernilai.

Apakah kita mahu melihat sepanjang lebuh raya Utara-Selatan akan dipenuhi bangunan-banguan komersial dan papan-papan iklan gergasi diletakkan secara besar-besaran?

Sudah tentu juga kaedah pengurusan hari ini yang menggambarkan Lebuh Raya Utara Selatan sebagai jalan raya mesra alam sekitar yang menyamankan akan hilang sekelip mata bila ia diuruskan untuk meraih keuntungan maksima.


Hakikatnya, jika Idaman Saga benar-benar mahu membantu kerajaan dan rakyat di samping membuat untuk ambil alihlah tol-tol dalam bandar yang kian menekan kehidupan rakyat.

MYKMU

10 comments:

Anonymous said...

Kenapa ada pihak yang takut sangat bila halim saad bercadang nak beli PLUS?

Anonymous said...

Udah la lem....hang tu budak kolej....sama anwsr.dulu pun anwar yg angkat hang....hang enjoy sakan...cukup cukup sudahlah...aku boleh baca hang lem....hang janji bulan dan bintang kat gomen...kena plak gomen bwh najib ni bodoh piang...nak ngap je kerje depa....boleh kat hang nnt...dok sat hang jual plak....duit tu hang bagi kat amwsr utk pru 14....najib gila kalu bg halim saad pukimak ni beli.....esde

maae said...

Setakat ini tiada pergolakan dalam PLUS dan keuntungan di umum setiap tahun kewangan. Cuma kita tidak tahu KPI PLUS, kakitangan bahagian tertinggi dan pertengahan.

Kewajaran nya, nampak untung, itu yang hendak di rentap! Halim Saad satu nama terserlah dahulu yang telah memperolihi rentasan peluang dan laba yang amat besar di zaman kemuncak nya.

Kenapa nama ini hilang di persada niaga pemerkasaan bumiputera - bersama-sama nama-nama gah lain, di sokong penuh kerajaan, contohTajjudin Ramli ( celcom ) dalam dunia koporat.

Sumbangan mereka kepada bumiputera tidak berwarisan dan duduk kekal dalam mempelbagaikan aktiviti. Jika mereka wujud seperti wujud nya tokoh barisan bilionaire kaum cina, bayangkan sumbangan nya kepada program kerajaan sekarang untuk MEB dan seumpama nya.

Kita masih terkial-kial. Kumpulan Bukhary masih tidak di kenali oleh kebanyakkan melayu berbanding ' Raja Gula, Yeoh Tiong Lay dll '

Kenapa robek merobek masih berlaku ? Tiada langsung sistem dalam fungsi koporat melayu, selain mengumpul harta kekayaan untuk diri sendiri dan kroni. Secara nyata apa yang kerajaan sasarkan hanya berlegar di atas kayangan melayu berpengaruh.

FORENSIC PATHOLOGY said...

PADA PENDAPAT SAYA, BERI TAN SRI HALIM SAAD MENGENDALIKAN LEBUHRAYA PLUS SEBAB KATA BELIAU KADAR TOL TAK KAN NAIK SELAMANYA (INI JANJI BUKAN MANIFESTO! MUST BE SEALED IN CONTRACT) DAN INILAH MASANYA KERAJAAN BN NAK MEMBALAS JASA TAN SRI HALIM SAAD ATAS PENGORBANAN BELIAU MENYIAPKAN LEBUHRAYA PLUS UNTUK KEMAJUAN NEGARA SEKETIKA MASA DAHULU. ANYWAY BELIAU MEMANG PAKAR DALAM MEMASTIKAN PLUS SENTIASA BERJAYA SEBAB PROJECT INI IALAH "BABY DIA". TAK NAK DENGAR DAH 'KERAJAAN' YANG DIBERI MANDAT SENTIASA MENYUKARKAN RAKYAT, SAMPAI AIR PUN KENA ANGKAT DENGAN BALDI SENDIRI-SENDIRI SELAIN AIR UNTUK DIMINUM PUN TAK BOLEH GUARANTEE SELAMAT (NST 17.5.2014 PAGE 11).

Anonymous said...

Artikel yg. BERNAS dr. MYMKU! Apahal sy. swasta (disyaki kepunyaan si Islam/Melayu LIBERAL - yg. hanya pentingkan KEUNTUNGAN semata) boleh senang-senang nak ambil-alih PLUS iaitu aset kritikal negara, mcm. ni - patutlah ditentang PERKASA!

Bukan shj sy. swasta mungkin akan merosakkan alam sekitar, tetapi bayangkanlah sekiranya tanah-tanah sepanjang lebuhraya diJUAL kpd. si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS serta ejen mereka dr. DAPBANGKAI/PKRSODOM?! Hancoq agam, bangsa dan NEGARA ISLAM ni!

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN ISLAM/umatnya, Kesultanan Melayu, Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

Anonymous said...

Nampak benor plus boleh hidup tanpa kenaikan tol sampe halem ni nak beli

Biarkan plus sebagai glc jgn di usik sampai rugi macam mas benda yg tak rosak jgn di usik

Kalau projection trafic volume melebihi kiraaan awal tanpa memerlukan kenaikan tol bahkan memunkinkan pengurangan tol ini berita yg sangat mengembirakan.

Jebon Jenglot said...

Tol plus x akn naik tetapi lps ini msuk jamban kena bayar 50 sen..silap2 guna surau pun akn kena byr..gerai2 mkn akan dibuka tender..siapa tender yg sewa bulanan tinggi akn dpt kpd mereka..kenderaan berat akn ada caj tambahan..lebih dari muatan akan dikenakan caj..tiada lg talian telefon toll free untuk bantuan kecemasan..yg lain2 tgh saya pikirkan apa yg tersembunyi dlm kepala otak dia.

Anonymous said...

Zaman halim saad dah lama ber akhir cukupla berila peluang pd orang lain pula..dulukan dah rasa.

Anonymous said...

Mesti hang ni usia belum 30 tahun..tak tahu sejarah...

FORENSIC PATHOLOGY said...

Hang umur berapa? Hang cikgu sejarah ka?