Thursday, June 12, 2014

KE MANA HILANGNYA SUARA PEMIMPIN UMNO BILA DRAF RUU TERNYATA MACAM ULANGAN DRAF MALAYAN UNION YANG MENGHAPUSKAN HAK ISLAM,RAJA-RAJA DAN HAK MELAYU ?


PETIKAN ARTIKEL TUN M. TUN M PUN BANTAH DRAF RUU YANG MENGGANTIKAN AKTA HASUTAN 1948.
MANA PERGI HILANG SUARA PEMIMPIN UMNO ?

1. Kerajaan Malaysia akan membentang tiga rang undang-undang (Bill) bagi mengganti Akta Hasutan 1948, demikian janji Perdana Menteri. Akta Hasutan dianggap tidak sesuai dengan keadaan zaman dan dasar keterbukaan Malaysia.
2. Apakah rang undang-undang yang akan dijadikan pengganti kepada Akta Hasutan? Dibawah diperturunkan nama-nama akta berkenaan:-
1) National Harmony Bill
2) National Unity Bill
3) National Unity and Integration Commission Bill
3. National Unity Bill dan National Harmony Bill bertujuan menghapuskan dasar pemilihan berasas kepada agama, bangsa, keturunan, tempat lahir, jantina atau ketidakupayaan dan lain-lain yang berkenaan.
4. Malaysia adalah negara berbilang kaum dan bangsa.
5. Di Malaysia kita kekalkan bangsa asal kita, bahasa dan budaya kita, sekolah kita, bahkan universiti kita. Susulan dari itu kita tinggal di tempat-tempat berasingan, amalan cara hidup dan kegiatan kita juga berbeza dan berasingan. Dalam bidang perniagaan masing-masing mempunyai network sendiri berasas kepada kaum/bangsa, bahasa dan budaya. Sistem “guild” atau kesatuan jenis perniagaan tertutup kepada orang lain.
6. Pencapaian masing-masing kaum/bangsa juga berbeza dengan kaum Cina mendahului kaum India dan Melayu dan kaum India sedikit sebanyak mendahului kaum Melayu.
7. Keadaan terpisahnya kaum/bangsa dan pencapaian kaum/bangsa yang tidak sama tidak membolehkan penyatuan dan harmoni di kalangan mereka dengan mudah. Kerana kaum/bangsa tidak boleh dihapuskan percubaan dibuat melalui DEB untuk mengurangkan jarak pemisahan antara mereka dalam bidang ekonomi.
8. Dasar Ekonomi Baru dibentuk bertujuan untuk mengurangkan jarak perpisahan antara kaum ini. Untuk ini perlu ada diskriminasi untuk satu kaum yang ketinggalan mengejar kaum lain. Apabila National Harmony Bill dilulus maka DEB tidak boleh dilaksanakan lagi. Ini bermakna negara akan amal meritokrasi – iaitu mereka yang mempunyai merit atau kebolehan tertinggi akan dapat segala-galanya. Biasiswa, tempat dalam universiti Kerajaan, kontrak, peluang kerja dan bermacam lagi akan diperolehi berasas merit. Di luar Kerajaan segala-galanya sudah pun didapati oleh mereka yang memiliki merit.
9. Memanglah ini amat adil. Tetapi besar kemungkinan kaum yang miskin, yang kerananya tidak berpeluang atau tidak memiliki persekitaran untuk belajar, pergi ke sekolah swasta yang baik dengan yuran tinggi, tidak cukup makan, kurang sihat, terlantar di rumah sekejap-sekejap, kaum ini tidak dapat memenuhi syarat, tidak memiliki merit untuk mendapat apa-apa. Mungkin mereka tidak pun dipanggil untuk ditemuduga.
10. Kerana keadilan sistem merit yang miskin (bumi) akan terus miskin dan yang kaya akan lebih kaya.
11. Di Eropah di zaman industri, yang kaya memiliki semua perusahaan dan yang miskin bekerja sebagai kuli. Tidak ada peluang sama sekali bagi kuli yang miskin menjadi kaya, kerana tidak ada pelajaran dan tidak ada modal, tidak memiliki merit.
12. Ini bukan kerana diskriminasi. Kuli sebenarnya tidak ada merit, justeru itu mereka tetap tinggal sebagai kuli. Yang kaya memperolehi merit maka mereka tetap kaya dan menjadi lebih kaya.
13. Akhirnya kuli mengadakan kesatuan sekerja, mengadakan mogok dan bermacam tindakan perusahaan, Kedudukan mereka menjadi lebih baik dan mereka berpeluang untuk mengejar ilmu dan kecekapan, kekayaan dan kejayaan. Wah! Rupa-rupanya mereka ada kebolehan, mereka yang tidak ada merit dahulu, apabila berpeluang jelas mereka ada merit dan mampu menjadi pengusaha dan majikan.
14. Kalau tidak kerana kuasa kesatuan sekerja dan mogok, potensi dan merit yang ada pada kuli tidak akan menjadi nyata.
15. Jika kita ambil iktibar, maka jelaslah yang kurang merit pun jika diberi peluang akan memiliki merit dan berjaya. Jika kita hapuskan diskriminasi yang memihak kepada yang tidak ada merit dan terus utamakan yang sudah ada merit maka tidak adalah yang kurang merit yang akan berjaya.
16. Memusnahkan diskriminasi berasas kaum atau bangsa akan menjadikan kita semua sama – sama sebagai warganegara. Tetapi ia akan kekalkan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang sedia ada.
17. Baru-baru ini ada tokoh yang mendakwa keadaan di Malaysia amat buruk kerana amalan kronisma dan pilihkasih iaitu diskriminasi yang memihak kepada satu pihak. Oleh itu ia tidak ingin berniaga di sini. Apakah dia dilahir cukup kaya untuk pergi berniaga di negara yang tidak ada kronisma atau apakah dianya mengumpul modal yang banyak dari Negara ini dahulu sebelum dapat pergi ke luar negara untuk menikmati meperintahan tanpa diskriminasi. Kita tahu Negara ini yang begitu buruklah yang memberi peluang kepadanya mengumpul modal yang banyak untuk ke Negara lain. Jika dia dapat peluang, salahkah jika orang lain juga diberi peluang di negara yang kurang baik ini supaya dapat sedikit nikmat dari yang banyak yang sudah dinikmati oleh tokoh ini?
18. Peluang ini bagi kaum/bangsa yang ketinggalan tidak mungkin datang melainkan ada diskriminasi berasas kaum. Cadangan untuk rang undang-undang yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri bukan akan menghasilkan persamaan (equality) atau keadilan. Ia akan mengekalkan ketidaksamaan dan ketidakadilan yang terdapat sekarang.
19. Sesungguhnya rang undang-undang ini akan hapuskan saki-baki dari usaha mengimbangkan ekonomi antara kaum.

8 comments:

Anonymous said...

Si Islam/Melayu-LIBERAL dlm. UMNO lebih pentingkan kemewahan ekonomi; biaqlah agama, hak, identiti dan tanah PUSAKA BUMIPUTERA Islam/Melayu terus makin TERGADAI melalui pelbagai cara; sampai sanggup menerima Draf-RUUCELAKA ni, dan nak masuk TPPA yg. sebenaqnya diKUASAI si ZIONISJAHANAM! Lihat di - http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20140604/ek_02/Malaysia-ke-2-dapat-manfaat-TPPA , Malaysia ke-2 dapat manfaat TPPA.

Sedangkan TPPA sgt. bahaya – lihat di - http://21stcenturywire.com/2014/04/08/bilderberg-2014-watch-out-for-the-red-herring-in-copenhagen/ , Bilderberg 2014: Watch Out for the Red Herring in Copenhagen By 21wire, April 8, 2014:

One item certainly on their list will be negotiations on the EU-US Transatlantic Partnership (TP) and Free Trade ….Agreements, which the public and sleeping politicians are now waking up to. The TP is dangerous. Like its other half – the Transpacific Partnership (TPP), it gives transnational corporations and their lawyers dominion over a nation’s laws and sovereignty. TP working groups are already way ahead of any public discourse, giving the transnational corporations behind the TP a massive head start. Bilderberg’s captains of industry and political water carriers will certainly be working hard to accelerate their TP agenda during that week in Denmark…..

Dan lihat siapa DALANG paling utama belakang TPPA – tak lain, si ZIONIS-Israel!Lihat di -
http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=98289 , Bilderberg Agenda Revealed: Elite Desperate to Rescue Unipolar World, By Paul Joseph Watson on May 27, 2014:

The TTIP represents an integral component of Bilderberg’s attempt to rescue the unipolar world by creating a “world company,” initially a free trade area, which would connect the United States with Europe. Just as the European Union started as a mere free trade area and was eventually transformed into a political federation which controls upwards of 50 per cent of its member states’ laws and regulations with total contempt for national sovereignty and democracy, TTIP is designed to accomplish the same goal, only on a bigger scale.

The deal is being spearheaded by Obama’s U.S. Trade Representative Michael Froman, a Wall Street insider and a CFR member, Bilderberg’s sister organization. Froman is simultaneously helping to build another block of this global government, the Trans-Pacific Partnership, which is a similar project involving Asian countries......

Dan siapakah "MICHAEL FROMAN" si KAPIRDAJAL (“Obama’s U.S. Trade Representative”) ini – lihat di http://www.intrepidreport.com/archives/12495 , Ukraine and Latin America: Same neocon cabal behind political disruption, By Wayne Madsen, March 24, 2014:

….Update: To the list of anti-Russian cabalists, we can also add Jacob Lew, the Treasury secretary who is helping to formulate and enact U.S. sanctions against dozens of Russian officials and businessmen, and U.S. Trade Representative Michael Froman.

Both are earnest Zionists and advocates of the return to a Cold War stance with Russia……

Makcik Sambal Belacan,.

tebing tinggi said...


Mulut UMNO semua dah kena sumbat , sumbat dengan apa wallahwaalam.

Anonymous said...

Sebab itu tak gula lagi dah sokong Umno,kerana Umno juga akan jadi parti yg lebih liberal.ini pun belum lagi KJ jadi PM,bila gilirana di samapai nanti,GAP boleh tengok siapa yg lebih liberal BN atau PR.Walau pun nanti aku akan undi Umno kalau aku dapati calunnya bagus,tapi aku tak kesaha kalau PR perentah sekiranya sehingga PRU ke 14 nanti Umno dgn PM Najibnya tidak berubah,dana dalam pemilihan Umno nanti,KJ tetap menjadi pilihan org Umno.BIar Melayu semuanya tergolek.

Unknown said...

DAH TAK BOLEH NAK BUAT APA DAH!! DAH PERDANA MENTERI SENDIRI PUN KAKI LIBERALIST.TAK CAYA TENGOK ADIK DIA PUN KAKI LIBERALIST SI NAZIR TU.DEMA BERDUA NI JAUH BEZA DGN AYAHANDA MEREKA TUN RAZAK (ALLAHYARHAM).CINA DIDAHULUKAN MELAYU DIPARIA PARIAKAN!! LEBIH KEMARUK NAK UNDI CINA LER TU!! TAK SERIK SERIK DIA

Unknown said...

Orang UMNO sekarang tak macam dulu. Dulu mereka berjuang kerana keikhlasan untuk bangsa dan agama dan mereka tidak dapat wang kerana berjuang.

Orang sekarang berjuang tanpa keikhlasan dan pentingkan kekayaan yang diperolehi daripada perjuangan tersebut.

Itu sebablah isu yang begitu penting bagi orang melayu, sultan dan agama Islam, mereka kurang berminat. Biarlah apa nak jadi jadilah. Jadi orang melayu kampong yang menjadi mangsa.

Unknown said...

Orang UMNO sekarang tak macam dulu. Dulu mereka berjuang kerana keikhlasan untuk bangsa dan agama dan mereka tidak dapat wang kerana berjuang.

Orang sekarang berjuang tanpa keikhlasan dan pentingkan kekayaan yang diperolehi daripada perjuangan tersebut.

Itu sebablah isu yang begitu penting bagi orang melayu, sultan dan agama Islam, mereka kurang berminat. Biarlah apa nak jadi jadilah. Jadi orang melayu kampong yang menjadi mangsa.

Anonymous said...

Pada hemat saya, semuanya adalah Raja Komrad Anwar Ibrahim. Ini Komrad harus di halau sepenuhnya. Pasal dialah negara kita kucar kacir. fikirkan betul-betul dialah puncanya. Dia cuba rosakkan fikiran kita. Dia cuba rosakkan fikiran anak-anak muda kita. Dia cuba rosakkan Bumi Malaysia kita. KERANA APA KERANA MAHUKAN KERUSI PANAS PERDANA MENTERI. Halau saja syaitan INI!!!!!!!!!!!!

Anonymous said...

Pada hemat saya, semuanya adalah Raja Komrad Anwar Ibrahim. Ini Komrad harus di halau sepenuhnya. Pasal dialah negara kita kucar kacir. fikirkan betul-betul dialah puncanya. Dia cuba rosakkan fikiran kita. Dia cuba rosakkan fikiran anak-anak muda kita. Dia cuba rosakkan Bumi Malaysia kita. KERANA APA KERANA MAHUKAN KERUSI PANAS PERDANA MENTERI. Halau saja syaitan INI!!!!!!!!!!!!