Thursday, June 26, 2014

KETUA POLIS NEGARA DAN PERSATUAN PEGUAM SYARIE PERJELAS ISU RIZWAN ABDULLAH.


kenyataan persatuan peguam syarie.


Arahan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mengarahkan polis Perak mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Ipoh supaya Muhd Ridzuan Abdullah memulangkan anaknya kepada M Indira Gandhi akan mengeruhkan lagi keadaan.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Tuan Musa Awang berkata, arahan IGP itu akan mengeruhkan lagi semula keadaan.
Dalam kes ini, terdapat dua perintah berkuasa yang sedang berjalan dengan sah.
“Perintah syariah boleh dikuatkuasakan, begitu juga dengan perintah sivil. Perintah IGP boleh dilaksanakan sekiranya sudah dipastikan perintah mahkamah mana yang berkuatkuasa. Jadi apa yang sepatutnya dilakukan ialah pihak berkuasa perlu mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan dua perintah yang bertindan itu,” ujarnya ketika dihubungi.
Pada 29 Oktober 2009, Mahkamah Syariah menyerahkan hak penjagaan tiga anak kepada Mohd Ridzuan. Namun pada Mac 11 2010, Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim mengarahkan hak penjagaan anak diberikan kepada Indira Ghandi.
Ujar Tuan Musa, di sini jelas bahawa keputusan Mahkamah Syariah masih berkuatkuasa. 
“Perkara 121 1A Perlembagaan Persekutuan menyebut kedudukan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah sama tarafnya. Ini bermakna Mahkamah Sivil sama skali tidak boleh mengatasi perkara-perkara dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah,” tegasnya.

ini pula kenyataan IGP.

Polis tetap dengan pendiriannya tidak akan menguatkuasakan perintah mahkamah syariah dan sivil berhubung dua kes perebutan anak di Perak dan Negeri Sembilan baru-baru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata faktanya masih jelas bahawa wujud perbezaan dalam perintah mahkamah ini.

"Tapi saya rasa orang ramai masih lagi tidak faham apa yang dimaksudkan konflik ini dan ada pula portal berita online ini yang melaporkan sebelah pihak sahaja menyebabkan timbul kekeliruan. Kedua-dua kes di Perak dan Negeri Sembilan mempunyai fakta yang sama. Kita mula dapat perintah mahkamah syariah yang mengarahkan polis memberi perlindungan kepada anak-anak ini yang diletakkan di bawah jagaan bapa.

"Kemudian kita dapat pula perintah mahkamah sivil untuk kita mengemukakan anak-anak ini dan menyerahkannya kepada ibunya. Jadi, nampak atau tidak konflik yang berlaku dalam kedua-dua perintah mahkamah ini yang menyebabkan polis dalam dilema, yang mana satu kita hendak kuat kuasakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi PDRM 2014 di sini, hari ini.

Katanya dalam perlembagaan, kedua-dua mahkamah ini bertaraf sama dan artikel 121(a) jelas menunjukkan bahawa mahkamah syariah tarafnya sama dengan mahkamah sivil.

Khalid berkata, oleh kerana perbezaan dalam kedua-dua perintah mahkamah ini maka polis berpendirian untuk berada di tengah-tengah.

3 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Kena rayu mahkamah tinggi untuk membatalkan arahan mahkamah sivil, mana boleh mahkamah sivil atasi hukuman yang telahpun dikeluarkan oleh mahkamah syariah yang sama taraf dengan adanya.

Arahan mahkamah syariah lebih awal.

Anonymous said...

Lain kali jangan harap mahkamah sivil, syariah atau polis?

Pandai-pandai curilah anak dan sembunyi. Siapa cepat, dia dapat.

tobeng said...

Mana boleh polis tak berpihak sampai membiarkan orang awam bertindak sendiri.

Polis kena jelas apa yg patut dia lakukan.Mahkamah syariah dah keluar perintah dulu dan ia wajib dilaksanakan.Hanya perintah yg datang dari mahkamah yg lebih tingi saja yg boleh mengatasi perintah mahkamah terdahulu.

Polis nak tunggu pihak pelampau bertindak sendiri sampai jadi tragedi macam yg pernah berlaku dalam kes2 sebelum ini baru nak bertindak?

Kita pernah dengar keluarga2 muaallaf terbunuh kerana mempertahankan akidah dan umat Islam serta polis(?)tak mampu berbuat apa2.Dayus sangatkah kita?