Friday, August 8, 2014

KALID SAMAD DIDESAK KELUAR PAS...HAHAHA

Dewan Pemuda Pas Dungun menggesa tindakan tegas diambil termasuk memecat beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat yang didakwa mengeji kepemimpinan parti berhubung krisis kedudukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ketuanya, Syeikh Muhammad Hanafi Abdul Aziz berkata, antara yang perlu dikenakan tindakan tegas tersebut ialah Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad selain beberapa lagi rakan mereka kerana telah menunjukkan sikap biadab dengan pendirian songsang bersekongkol bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Pecat mereka atau biarkan mereka 'tidur' bersama PKR. Jangan biarkan mereka berbuat songsang di dalam Pas. Kami menaruh harapan tinggi kepada Jawatankuasa Badan Disiplin Pas agar mengambil perjalanan yang tegas berpandukan sejarah Ikhwan Muslimin yang berani memecat pimpinan mereka.

"Mereka bukan dipecat kerana tidak memberikan khidmat yang cemerlang kepada gerakan Ikhwan, tetapi mereka tidak boleh patuh kepada disiplin jemaah. Maka, tidak sesuai lagi mereka duduk bersama jemaah,'' ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

9 comments:

Anonymous said...

Menyebabkan PAS hilang kredibiliti !

Anonymous said...

ada berani ke pas nak lawan kuncu-kuncu pkr

Anonymous said...

Tak cerdik mana pun.
Tin kosong.
Melalak jer pandai.

Anonymous said...

Kalau PAS tak mahu pecat mereka, ada baiknya kamu pecat diri kamu sendiri.

Tidak ada gunanya menjadi Ahli kapada parti yg sanggup menjadi barua kepada Sheikh Ketum Anu War Al juburi

Berjayalah mereka yg menjadikan Ikhwan Muslimin sebagi model gerakan mereka

usin said...

siapa yang disyaki pecahkan rahsia dalam group whatsapp kepada publik dengan harapan orang2 tertentu dalam pas diambil tindakan? boleh agak dah kan...... inilah manusia oportunis dan menjadi duri dalam daging, bukan dalam pas sahaja, mana2 parti politik yg dia terlibat pasti akan dirosak dan dicemarkan. perangai macam tikus kebulur!!!!

Anonymous said...

Pecatkan ajer...itu pun klu PAS ade telor...berkote..ermmmm....

HassanNik said...

Betul Ke Perkhidmatan Dia Orang-Dia Orang Tu Cemerlang Dengan PAS? Kot-Kot Sahaja Nak Sedapkan Mulut Tapi Keliru Dihati.

Anonymous said...

Pemimpin umno perlu perhati permainan pembangkang busuk ni. Bagi pemimpin umno yg masih tak sedar diri...waspadalah

Anonymous said...

Kamu ingat perancangan kamu itu bijak.Tapi perancangan Allah mengatasi segalanya.Tak sedarkah rahsia kamu terbongkar dan bercelaru satu demi satu