pertama
kalid tak dapat mandat majoriti . dia adun bebas. kerajaan selangor tiada . dun selangor dibubarkan kerana khalid ibrahim selaku adun bebas tiada mandat dari parti yang ada majoriti kerusi dun.
kedua
sultan selangor panggil seorang demi seorang adun selangor dan mengadakan akuan bersumpah samada menyokong khalid atau tidak.
ketiga
jika khalid masuk pas, kedudukan untuk memungkinkan khalid kekal mb tak mungkin berlaku kerana kerusi pas hanya menjadi 16. khalid perlu 'bantuan' sokongan.
keempat
saat ini khalid wajib memecat 10 exco nya dan dilantik exco baru.
kelima
dap pusat istihar sokong tukar mb. ini bermakna exco selangor dari dap wajib menyetujui kehendak dap pusat. setakat ini , 10 exco masih istihar sokong kalid.
keenam
anwar dan rafizi yang KANTOI TERUK DEK STRATEGI BANGANG NI, buat u-turn declare khalid kekal ahli dan SALAHKAN UMNO... hehe macam biasalah.
ketujuh
jika tiada pembubaran dun, keadaan di selangor masih lagi TIADA KERAJAAN kerana khalid adalah adun bebas yang perlukan MANDAT MAJORITI SOKONGAN ADUN, walau menang satu majoriti.
kelapan
hakikat demokrasi dalam malaysia, nombor memainkan peranan. jika sultan selangor memilih kaedah undian, maka undian sulit perlu dilakukan sepertimana yang berlaku di perak. jika khalid berjaya memperolehi walau satu undi majoriti kemenangan, maka khalid mungkin kekal mb.
kesembilan
hendak atau tidak... KHALID wajib disokong oleh 29 adun untuk memungkinkan pengekalan jawatan mb.
kesepuluh..
bolehkan khalid kekal jadi adun bebas yang menjadi mb ? apa berlaku kiranya adun pas dll sokong khalid kekalkan mb walaupun dia bukan mewakili parti lagi..
kesebelas
anwar dengan kadar segera submit nama gantian untuk mb. ditakdirkan dapat sokongan majoriti adun ( walau menang satu) maka selangor dapat mb baru ..sepat kering.
kesebelas
anwar dengan kadar segera submit nama gantian untuk mb. ditakdirkan dapat sokongan majoriti adun ( walau menang satu) maka selangor dapat mb baru ..sepat kering.
akhir sekali...
ini semua wayang ..skrip anwar/rafizi dalam drama ini TERNYATA KANTOI TAHAP PALING KANTOIAN..jadi nak cover malu, maka umno akan dipersalahkan..
17 comments:
INILAH RAKYAT DAN ORANG MELAYU DI SELANGOR MAHUKAN!!!
PERPADUAN UMMAH!!!
Kenyataan Biro Politik ISMA berhubung isu MB Selangor: Mempertegas wala’ sesama muslimin
Daripada keputusan PRU13 lalu jelas sebahagian besar orang Cina tidak berpihak kepada BN walaupun telah banyak kekayaan diperolehi mereka sejak merdeka. Ia bukan kerana mereka memilih Hudud yang diperjuangkan PAS. Ia kerana agenda DAP dan PR menyamaratakan semua agama dan bangsa di Malaysia adalah satu tawaran baik luar jangkaan untuk mereka sebagai kaum pendatang lagi bukan Islam. Perlembagaan di mana Islam agama negara dan menjamin keistimewaan bangsa Melayu (sebagai timbang balas memberi kerakyatan en-bloc kepada mereka) kini cuba dirubah.
Piagam NGO “Negara-Ku” juga disokong oleh Cina kerana piagamnya jelas menyebut “…mengakhir(tamat)kan jenama politik (berlandaskan) etno-agama …” (rujuk Piagam) yang selama ini diperjuangkan UMNO dan PAS (etnik Melayu dan agama Islam). Walau berbeza dalam beberapa pendekatan, UMNO dan PAS pada praktikalnya adalah mendokong Perlembagaan yang mengangkat kedudukan umat dan agama Islam sebagai agama Persekutuan atau agama Malaysia itu sendiri.
Realiti dan cabaran dekad ini telah jauh berbeza berbanding dekad-dekad lalu. UMNO mesti berubah. Ia memerlukan tahaluf baru dengan PAS untuk mendapat sokongan Melayu yang padu. PRU13 menunjukkan UMNO bukan lagi satu-satunya parti yang mewakili Melayu-Islam. Hari ini, PAS juga mewakili sebahagian umat Islam yang lain dengan nisbah yang besar. Strategi era Mahathir yang berseteru dengan PAS dan berusaha untuk mengalahmatikan mana-mana parti Melayu selain UMNO mesti dihentikan.
Pengundi Melayu hari ini jauh lebih dekat kepada kefahaman dan penghayatan Islam berbanding dulu. Kualiti Islam seperti ini serta cabaran hidup masa kini menyebabkan mereka membenci korupsi dan pengamalnya. Hari ini dunia maklumat telah terbuka. Strategi menguasai televisyen dan akhbar-akhbar perdana belum tentu boleh berjaya menyorokkan penyelewengan dan korupsi di kalangan individu atau parti pemerintah.
Perlembagaan dan undang-undang adalah dua yang berbeza tapi saling berkait rapat. Perlembagaan Malaysia telah menaskan kedudukan Islam pada tempatnya. Dalam masa yang sama korupsi dan sebahagian undang-undang negara yang belum Islamik tidak harus menjadi sebab untuk PAS memberi walak dan menguatkan golongan bukan Islam.
bersambung....
Isu Kalimah Allah, Kristianisasi, menyerah Sarawak kepada Kristian, seruan agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia (yang didominasi Islam-Melayu), memperjuangkan hak kebebasan LGBT (liwat dll), hak murtad, kesamarataan agama dan bangsa dll adalah bibit-bibit yang tidak boleh dipandang ringan, apatah lagi jika ia didokong oleh Barat dan Kuasa-kuasa Besar dengan moral dan material.
Ya, korupsi adalah kotor dan mesti dibanteras. Namun perjuangan Aqidah dan Kenegaraan (yang menjaga Aqidah berkenaan) tetap menduduki tempat pertama, asasi dan fundamental dalam mana-mana perjuangan para Rasul dan perjuangan kita sendiri selamanya.
Pakatan Rakyat kini menjadi tempat bersarang banyak perjuangan serong dan songsang yang disebut di atas, walau di kulitnya berslogankan “keadilan”. Terang lagi bersuluh, tuntutan-tuntutan Comango, Gereja, Kristianisasi, kalimat “Allah”, hak murtad, hak LGBT dan banyak lagi seumpamanya lebih disokong tokoh-tokoh Pakatan Rakyat berbanding Barisan Nasional.
PAS harus meletakkan siyasah syariyyahnya pada kaedahnya yang sebenar iaitu menjaga Agama (حفظ الدين) dan kemudiannya menjaga nyawa, kehormatan, keturunan dan harta. Isu korupsi harus ditangani, namun ia sekali-kali tidak menyebabkan kita menutup sebelah mata terhadap arus tsunami bahaya yang disebut di atas yang datang melanda Umat Islam di Malaysia hari ini.
Melihat realiti di atas, jelas bukan DAP yang boleh diharap untuk maslahat Islam dan umatnya. Agenda kesamarataan mutlak pada agama dan bangsa yang diperjuangkan DAP telah dan akan sentiasa bertembung dengan agenda Islam yang mesti diletak tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya (يعلو ولا يعلى عليه). DAP konsisten dan tidak akan merubah agendanya. Penentangannya terhadap penegakan negara Islam dan Syariat Islam bukan lagi rahsia, malah dinyatakan secara terbuka oleh mereka tanpa menghiraukan perasaan umat Melayu-Islam yang mencintai agama dan negara mereka.
bersambung....
PAS harus menginsafi bahawa harapan mendokong agama, nyawa, keturunan, kehormatan dan harta umat Islam adalah terletak kepada seluruh pengundi Melayu-Islam di Malaysia itu sendiri melalui satu binaan yang kukuh, sebahagian menguatkan sebahagian yang lain (Hadis). Ia tidak datang dari dokongan orang lain. Jika mungkin tampak seperti orang lain mendokong, itu hanyalah langkah taktikal dan strategi sementara demi ke arah mencapai suatu yang lain yang akan memudharatkan umat dan negara Islam.
Masih ramai dalam masyarakat Melayu yang bernaung di bawah UMNO untuk menjaga kedudukan Agama Islam dan hak-hak istimewa bangsa Melayu. UMNO juga membuktikan harapan itu dalam isu Comango, kalimah “Allah”, murtad, Sabah dan Sarawak dipimpin orang Islam dsb. Melayu-Islam di kem UMNO boleh merasakan ancaman dan bahayanya agenda Cina, Kristianisasi dan kuasa asing yang bersarang di dalam Pakatan Rakyat.
UMNO mesti menghentikan strategi ingin meng”KO”kan PAS. PAS mesti menghentikan seruan slogan “ABU” (Asal Bukan Umno). Hakikatnya kedua-dua UMNO dan PAS memiliki pendokong-pendokong yang seagama dan kedua-dua UMNO dan PAS juga sedang berhadapan dengan tsunami bahaya yang sama, arusnya mensasarkan mangsa yang sama iaitu umat Melayu-Islam di Malaysia.
Memang ada kisah-kisah pahit lalu yang menyebabkan ada hati yang tercalar pada hari ini. Tapi mungkin dari kisah itu juga menyebabkan banyak hakikat dan kejayaan lain menanti di hadapan. Selepas kalah dalam Perang Uhud, para Sahabat ra mengambil pengajaran dan tidak kalah lagi di medan-medan tempur selepas itu.
Kemelut isu jawatan menteri besar Selangor yang disandang Tan Sri Khalid Ibrahim ini telah menyingkapkan hakikat-hakikat yang kami perkatakan di atas. Ia juga boleh merapatkan jurang di antara pimpinan dan pengikut berbagai kem Melayu-Islam di Tanah Melayu bertuah ini. Di samping isu ini menguji keutuhan PAS dengan agenda asalnya menenegakkan Syariat Islam, ia turut memaparkan siapakah sebenarnya yang bekerja ke arah matlamat yang lain seperti liberal, plural, penolakan agama sebagai asas perlembagaan dan perjuangan dsb.
bersambung....
yang lantik Khalid jadi MB org PR, yang suruh Khalid berhenti org PR, yang arah ADUN Kajang berhenti org PR, yang buat langkah Kajang sampai orang Kajang kena keluar mengundi kali kedua org PR, yang nak lantik isteri sendiri jadi MB org PR, yang membantah calon MB orang PR, yang ugut nak keluar PR pun org PR, yang suruh keluar PR pun orang PR, tapi tu semua salah UMNO kan kan kan....
yang paling bangang pemimpin pas dan penyokongnya..hehehe
Kita boleh penjarakan anwar seumur hidup, tetapi kita lepaskan dia supaya rakyat malaysia tahu siapa dia sebenarnya..
``adolf sambal belacan''
Realiti PAS yg keras kepala dan egoism x akan bersama BN walaupun demi Agama.Rakyat Selangor tetap sokong PR entah apalah salah BN yg membuatkan rakyat Selangor berpatah arang dgn BN solusinya politik bangang
yer semua salah UMNO. apa la malangnya UMNO
Dimanakah datangnya kesilapan ini? dulu kini dan selamanya...
saya setuju dengan saudara, Pas adalah pecahan dari Umno, dan perlu bersama atas pepachan umah yang merugikan islam dam melayu. Biduk berlalu kimabang bertaup.
Terok sangat minda kena liwat org PR ni...
selagi Anuar tak mamposs dan mereput dalam jail...selagi itu la politik di Selangor ni haru biru....
semua komen-komen di atas kita baca dengan berbagai reaksi, tapi ada satu bangsa yang hanya SENYUM SENANG HATI...Bangsa itu adalah CINA Dap-ig!
Yerbaek komen lu bro..semuanya salah UMNO..mslh dlm kelambu, gaduh laki bini, bla bla bla..mudahnye meninding jari keslhn diri sndiri ke atas org lain..itulah hakikatnya mentaliti macai PR yg dungu.
Inilah masanya kita bersatu dan mengangkat bangsa dan agama. kalau kita bersatu boleh pinda perlembagaan dan perkenalkan hukum hudu seluruh malaysia. Cina yang memang tak sokong Melayu/islam tu kita boleh jentik.
Seruan utk PAS bersatu dengan UMNO dlm usaha memuktamatkan krisis di Selangor memanglah bernas dan terbaik pada pandangan ramai. Tapi bagaimana pula dengan pemimpin Umno itu sendiri..
Sebenarnya orang yang LEMAH yang selalunya suka menyalahkan orang lain dan orang ini sampai ketikanya dia akan jatuh dari apa yang diperbuat dengan tangannya.
Post a Comment