Tuesday, October 21, 2014

APA ITU NAM TIEN ?? APA ANCAMAN,HALANGAN KEPADA MELAYU ? APA KAEDAH PENYELESAIANNYA..? KUPASAN PALING MANTAP USTAZ ABDULLAH ZAIK ! MOHON VIRAL


MELAYU DAN ANCAMAN SURVIVAL
  • Isu-isu dalam negara
Masyarakat Melayu yang mewakili majoriti umat Islam kini berada dalam keadaan lemah, tercabar dan dipolitikkan (musayyasah). Kenyataan ini boleh diperhatikan melalui senario masyarakat Melayu hari ini:
  • Tiada lagi istilah Tanah Melayu. Ini bermakna bahawa pada hakikatnya Malaysia bukan lagi milik orang Melayu.
  • Politik dan kepimpinan Melayu tercabar. Ia hanya warisan tradisi bukan hak yang termaktub dalam perlembagaan. Warisan dan tradisi ini sedang dicabar. Tiada lagi jaminan bahawa perdana menteri mesti daripada kalangan Melayu.
  • Kontrak sosial tidak lagi dihormati dan hak-hak keistimewaan Melayu kini sedang dicabar dan kian terhakis. Kontrak sosial merupakan persetujuan atau persepakatan kaum Melayu dan bukan Melayu untuk memelihara kepentingan bangsa masing-masing. Kontrak ini menjadi asas kepada rangka Perlembagaan Persekutuan 1957.
  • Begitu juga dengan Institusi Beraja yang mula dipermainkan dan dicabar kedaulatannya di Malaysia. Golongan cauvinis hari ini semakin berani dan lantang mempersoalkan tentang kedudukan institusi beraja dalam perlembagaan Malaysia.
  • Globalisasi dan ancaman agenda asing terhadap survival umat Melayu
Masyarakat Melayu Islam juga berhadapan dengan ancaman dari luar yang merupakan agenda asing yang menguasai pemikiran dan mengawal kehidupan orang-orang Islam.
  • Agenda kristianisasi Zionis yang digerakkan oleh golongan Evangelis yang semakin menapak kukuh di Malaysia.
  • Hegemoni Barat yang merangkumi aspek politik, ekonomi, keselamatan dan teknologi. Pada waktu ini juga penglibatan non muslim dalam sistem ekonomi dan politik negara sudah terlalu mendalam. Mereka telah menggunakan pengaruh mereka di pos-pos strategik untuk merealisasikan agenda mereka. Dalam hal ini, Allah SWT memberi peringatan keras kepada orang-orang beriman dalam surah ali Imran ayat 118:
يَٰٓأَيُّهَاٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ ١١٨
(Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.)
Menurut Ibn Khaldun dalam al-Mukaddimah, yang telah menghancurkan kerajaan Islam terdahulu ialah tindakan pihak kerajaan yang banyak menggunakan khidmat non muslim dalam pentadbiran negara dan mengurus urusan umat Islam. Hari ini sekiranya orang Melayu tidak mengambil pengajaran daripada kejatuhan kerajaan Islam dahulu, tidak mustahil akan mengalami nasib yang serupa. Yang amat malang ialah umat Melayu hari ini seolah-olah tidak memahami percaturan yang sedang berlaku di sekeliling mereka.
  • Pertembungan tamadun antara Islam dan Barat yang menyaksikan munculnya agenda pengamerikaan dunia oleh kuasa Barat dan usaha mereka mewujudkan kumpulan muslim moderat daripada kalangan umat Islam sendiri.
  • Kristian Evangelis dan Zionis
Kristianisasi merujuk kepada  suatu usaha untuk mengkristiankan orang Islam. Dalam konteks negara kita,walaupun perlembagaan negara memberi kebebasan dalam beragama kepada rakyatnya namun terdapat larangan untuk agama lain mengembangkan agama mereka kepada penganut Islam. Usaha memurtadkan umat Islam sekarang dilakukan oleh golongan Kristian Evangelis yang juga mempunyai kaitan dengan Yahudi Zionis.
  • Agenda Nam Tien dan Cauvinis Cina
Agenda Nam Tien adalah konspirasi penghapusan bangsa Melayu. Ia bermula dengan pencerobohan dan rompakan emas Kerajaan Melayu Champa oleh seorang Gabenor dari China yang bernama Tan Henzhi. Satu gerakan seolah-olah dilaksanakan untuk menawan keseluruhan Tanah Nusantara yang menjadi pusat pemerintahan orang Melayu. 

Gerakan ini dinamakan sebagai Nam Tien atau dalam bahasa Melayu bermaksud Gerakan ke Selatan. Gerakan ini diusahakan oleh golongan penakluk, untuk mengepung dan menolak orang Melayu hingga ke penghujung dunia.
Ekoran agenda Nam Tien yang mahu menghapuskan bangsa Melayu, berlakunya peristiwa Kedah Blockade pada tahun 1821 sehingga 1842. Kisah British menipu Sultan Kedah lantas memberi peluang untuk orang Thai menakluk dan menjarah Kota Alor Setar pada tahun 1821 sehinggalah pada tahun 1842. Pada ketika Kesultanan Melayu (Selangor, Kelantan dan Pahang) ingin membantu Kedah, British mengeluarkan askar-askar mereka untuk mengepung Kedah daripada menerima apa-apa bantuan. Ini membuktikan, tiada satu bangsa lain pun yang akan menyelamatkan bangsa Melayu kecuali bangsa Melayu itu sendiri.
  • Perluasan pengaruh Syiah
Perluasan pengaruh Syiah ini dipercayai bermula selepas berlaku Revolusi Iran. Pengaruh akibat revolusi sangat besar sehinggakan ia turut mempengaruhi gerakan-gerakan amal Islam di Malaysia melalui slogan-slogan yang dibawa oleh mereka. Kini telah wujud penganut-penganut Syiah dalam kalangan orang Melayu dan keluarga Melayu.

3 comments:

Wak karto said...

INILAH HASIL PERBUATAN MELAYU SENDIRI YANG TAMAK KUASA TETAPI GAGAL UNTUK MENDAPAT KUASA.
CHINA CHAUVINIS DI GUNAKAN UNTUK JATUHKAN KERAJAAN.
MELAYU INI LAN BANGSAT DAN PENGKHIANAT UGAMA BANGSA DAN NEGARA.
POLTIK LIBERALISMA, PLURALISMA DI PERKENALKAN SEBAGAI AGENDA POLTIK BARU.
MELAYU HARAMJADAH SEPERTI INI LAH YANG MENJADI TUALANG PORAK PERANDAKAN NEGARA, HINGGA NASIB BANGSA SENDIRI DI PERJUDIKAN.
SATU DEMI SATU INSTITUSI MELAYU DI PERSENDA DGN RAKUS NYA UNTUK DAPAT KUASA DAN SOKONGAN CHINA.
TETAPI AALAH MEHA MENGETAHUI SEMUA NYA.
INILAH MELAYU PENDERHAKA YANG NYATA DI ZAMAN MODEN INI.
CHINA KINI SUDAH BERANI PERSOAL HAK HAK MELAYU DAN ADA YANG BERANI KATA MELAYU JUGA PENDATANG !
INILAH KERJA MELAYU HARAMJADAH YANG GILA KUASA.
TAK DAPAT KUASA, SANGGUP BINASAKAN BANGSA DAN NEGARA.
MELAYU ISLAM APAKAH INI..... WALLAHUALAM.

Anonymous said...

Ini buktikan bahawa MELAYU DAN ISLAM Sunni WAJAR bersatu UNTUK mada DEPAN BANGSA DAN UGAMA.

Anonymous said...

Aku x sabar nk tngk anwar ibrahim masuk penjara aman malaysia kita...aminnnnnn