Thursday, November 13, 2014

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO : CADANGAN DAN PANDANGAN ANDA PADA UMNO.


ada pandangan dan cadangan kepada pimpinan umno tak ?

pastikan ide pandangan dan kritikan anda benar benar bernas.

tak melankolik, lagu membosankan, perkataan bombastik maha membosankan.

segala persoalan mengenai keperluan umno UNTUK MENJADI HATI DI HATI RAKYAT.

rakyat perbandaran.
rakyat kelas menengah.
rakyat duduk flat dan rumah kos rendah.
rakyat ada anak 5.
rakyat yang suami kerja bini tak kerja.
rakyat yang kerja di office shop lot tingkat 1.
anak muda yang pening.
melayu yang bertelagah pandangan.

bukan rakyat yang terlalu centric pada felda dan kakitangan awam.

segala isu boleh anda hujahkan.

soal agama dan akidah, soal menguatkan islam melayu, soal monopoli , soal ancaman dan tindakan, undang-undang, soal rumah mahal,soal bagaimana nak menang balik pru 14 dengan lebih bergaya dll.

saat ini banyak yang lebih mudarat daripada manafaat yang melayu akan dapat kalau sokong pembangkang.

tapi di satu pihak, umno juga ada kebaikan dan kelemahan.

kita perlu tunjukkan semangat islam dan melayu mendahului segalanya, dan platform yang terbaik pada saat ini adalah politikal umno.


sila komen.. kalau bolehlah jangan maki hamun ya.. cool dan kemas.


29 comments:

Anonymous said...

Bah. Pertama:

Apahallah sampai 5 NGO dari S’pura (pusat Mossad-CIA-NATO) diBENAQkan beroperasi membantu kaum gelandangan – aku syak anak-anak muda Islam/Melayu termasuk yg. lelaki digunakan sbg. PELACUR dan terus dirosakkan dgn. DADAH!
Jgn. nak ingat rakyat BODOH hingga tak tahu membezakan persepsi dari imaginasi/fitnah atau dari REALITI! Dan jangan ingat KRITIKAN hanya akibat provokasi PEMBANGKANG!
Aku dah MELUAT benaq dgn pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL; yg. asyik BERPURA-PURA! Di mana pemimpin UMNO utk. MEMPERTAHANkan Islam/umatnya dgn. amat BERANI serta membantu Islam/Melayu MISKIN termasuk keluarga pesara POLIS dan kaum Org. Asli Che Wong ini – tapi asyik suka DIPUJI si Barat-Zionis, nak jadikan Malaysia ni “negara maju”-ala-Barat/Zionis; dan terus MENJEMPUT si PENDATANG KAPIRDAJAL warga asing utk. MEROMPAK tanah pusaka nenek moyang kami ini di bawah program "Rumah Keduaku"!

Sedgkan BUMIPUTERA Islam/Melayu makin terpaksa jadi PENGEMIS termasuk diROMPAK TANAH RIZAB MELAYU kita terutamanya di Pulau Pinang, Johor dan Selangor, pusaka nenek moyang kami – maka dasar undg-undg Perlembagaan yg. MEMPERTAHANkan HAK BUMIPUTERA dan Tanah Rizab Melayu yg. berasaskan Wasiat Raja-Raja Islam/Melayu, telah diPERMAINkan dan diPIJAK dgn sewenangnya tanpa rasa BERSALAH lansung, oleh pemimpin Islam/Melayu-LIBERAL-PENGKHIANAT, yg. sibuk mengKAYAkan anak-beranak depa! Di samping BERZUMBA terhegeh-hegeh kat sini sana dan BERPELUKAN dgn. si gong-eng-SIAL DAPBANGKAI!

Lihat di –

1. http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/pendapatan-bergantung-bantuan-jkm-jiran-1.22103Pendapatan bergantung bantuan JKM, jiran , Empat beradik hidup daif, OLEH ZULHISHAM ISAHAK (PENGARANG@UTUSAN.COM.MY) | 08 November 2014:

MUAR 7 Nov. - Kedaifan hidup memaksa empat beradik termasuk dua warga emas tinggal dalam keadaan serba kekurangan di rumah pusaka milik bapa mereka di Kampung Kenangan Dato’ Abdullah Jaafar, di sini sejak beberapa tahun lalu.

Kesemua ahli keluarga tersebut yang mendiami rumah awam di kampung itu tidak dapat bekerja kerana menghidap pelbagai penyakit kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kira-kira RM500 sebulan.

Empat adik-beradik itu, Saadiah Jaafar, 64; Saedah, 62; Nooraini, 48 dan Saiful, 47 juga terpaksa berhutang atau menagih simpati jiran-jiran untuk hidup selain kerap mengikat perut atau tidak makan beberapa hari kerana tiada makanan.

.....Berikutan kesusahan hidup itu, Saadiah meminta pihak berkenaan tampil membantu mereka terutama Baitulmal supaya dapat membantu Saedah kerana pelbagai usaha sudah dilakukan termasuk meminta bantuan daripada UMNO Bahagian Bakri.

“Kami juga berharap persatuan pesara polis dapat memberikan bantuan kerana ayah kami dan suami saya merupakan pesara polis. Modal perniagaan juga diharap dapat diberikan untuk kami berniaga nasi lemak atau pisang goreng di kawasan rumah,” katanya....

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Bah. Kedua:

Lagi BUMIPUTERA Islam/Melayu yg. MISKIN yg. termasuk Orang Asli kita (mana juga Jbtn. Agama. memastikan Or. Asli MISKIN tidak dihasut/di Kristiankan oleh NGO-NGO Kristian Extremis yg. termasuk yg. MENYAMAQ sbg. NGO-NGO "pencinta alam semulajadi"/korporat); lihat di -

2. di - http://www.utusan.com.my/rencana/semalam-di-rumah-che-wong-1.22021 , Semalam di rumah Che Wong, 08 November 2014:

KEDIAMAN Mohd. Marzuki Marikan dan pasangannya Intan Liayana Abdullah di penempatan Orang Asli Sungai Enggang dekat Lanchang, Pahang jauh berbeza dengan rumah penduduk di negara ini.

Ruang tamu rumah mereka lapang tanpa televisyen dan perabot.

Begitu juga bahagian dapur yang kosong tanpa perkakasan elektrik.

Apa yang ada hanyalah tin dan balang yang digunakan semula untuk mengisi barang-barang keperluan memasak.

Rumah berlantai dan berdinding buluh yang siap dibina kira-kira tiga tahun lalu itu sedikit bergoyang semasa kami melangkah naik melalui tangga yang diperbuat daripada batang pokok hutan......

3. di - http://www.utusan.com.my/berita/nasional/makan-nasi-kuah-air-setiap-hari-1.13380, Makan nasi kuah air setiap hari, OLEH AZELI ALI, AZELI.ALI@UTUSAN.COM.MY | 16 Oktober 2014:

PULAU PINANG 15 Okt. - Hidangan mereka hanyalah nasi putih berkuahkan air sejuk yang dikongsi bersama 13 orang dan dinikmati sekali sehari. Bayi yang berumur setahun pula hanya mampu diberi minum air gula kerana ibu bapanya tidak mampu membeli susu formula.

Lebih malang, keluarga yang tinggal di Flat Green Garden dekat Paya Terubong di sini, terpaksa bergelap sejak sebulan lalu dan bergantung pada bilik air yang disediakan di kolam renang flat tersebut untuk mandi setelah bekalan elektrik dan air dipotong berikutan bil tertunggak sebanyak RM500.

Selain Muhammad Nazmir Abdullah, 27, dan isteri, Nurul Nadia Zulkifli, 25, bersama tiga anak mereka berusia lima, tiga dan setahun, rumah flat dua bilik itu turut didiami dua ibu tunggal dengan masing-masing mempunyai dua dan empat orang anak.

Menurut Muhammad Nazmir, rumah itu sebenarnya adalah kepunyaan kakak iparnya, Siti Maisuri, 27, yang tinggal bersama empat anak berusia antara dua dan tujuh tahun setelah ditinggalkan suami kira-kira setahun lalu.

"Selain keluarga saya, rumah ini turut didiami seorang lagi kakak Nurul Nadia iaitu Siti Fatimah, 33, yang juga merupakan ibu tunggal bersama dua anaknya berusia 17 dan 10 tahun," katanya ketika ditemui di sini hari ini......

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

tiada lagi perwakilan yg mengampu, hebat berpidato, hebat buat lawak tapi akhirnya slps persidangan tiada apa2 yg berlaku

Rasuah Sana Sini said...

Membanteras rasuah tanggungjawab bersama.Mohon bantu kami membanteras rasuah.Dalam masa terdekat kami akan bongkarkan rasuah dan penyelewengan beberapa agensi kerajaan dan glc.Mohon pautkan blog kami di blog tuan

Anonymous said...

Bro

Selagi ahli politik semua kaki penyamun, apa yg dibahaskan nanti tak jadi kenyataan. Kalau nak ikut sistem negara maju macam Jepun atau Australia, ahli politik makan gaji dan elaun sahaja. Yang buat projek ialah businessmen.

Di Malaysia ahli politik cum businessmen. Semua projek mereka samun. Hinggakan levi pendatang asing pun jadi business. Sebab tu ahlipolitik suka bila ramai pendatang asing datang. Kita yang sasau sebab setiap 4 rakyat Malaysia, ada 1 pendatang asing.

Selagi tiada undang2 yg boleh melucutkan jawatan ahli politik yang tamak haloba ini, tak guna kita berbahas. Berlakon boleh lah.

Anonymous said...

As salam,

Aku tak pandai, tapi ini antara cadangan aku utk menang PRU 14 terutamanye di Selangor ni.

1. Arahkan bahagian (pemuda/puteri) turun setiap rumah org MELAYU tak kira la rumah org UMNO,Pas,pkr dapatkan maklumat permasalahan mereka. Catit dan buat follow up. Contoh masalah yg mendesak adalah perumahan, pinjaman kewangan, pekerjaan (kerja ada, gaji mcm hampeh,serupa mcm x kerja)
Sekurang kurang nye dlm 10 masalah mereka, dpt selesaikan satu masalah pun jadilah..bg target pd diaorng dlm tempoh 6 bulan ade perubahan..insyaallah org MELAYU tau mengenang budi..

Jgn tggu diorg dtg bgtau masalah..org UMNO turun cari diaorg..

2. Org UMNO rapatkan diri dgn masjid/surau..kalo bole setiap masjid..van jenazah, belanja kematian,sejadah, baik pulih masjid sponsor la..perbanyakkan aktiviti dimasjid/surau..

3.Rumah rumah anak yatim, bekalan makanan, belanja sekolah, aktiviti riadah UMNO bahagian tanggung..dari situ da bole rekrut kader2 baru utk parti!..

4. Rakyat yg mana sakit kronik perlukan pembedahan segera..UMNO bahagian bukak tabung, war warkan dlm media..( ini engkorang tggu UTUSAN buat kerja).

5. Catit nama setiap ibu tunggal, bagi bantuan kewangan, peluang pekerjaan..kena ingat undi utk UMNO dlm PRU 60% undi wanita..

6.utk rakyat miskin bandar, bahagian buat tabung utk bantuan kecemasan ( ahli keluarga sakit, bayaran bil/sewa rumah tertunggak, pinjaman darurat..contoh la)

Inilah yg patut dibuat oleh UMNO bahagian baru la kena dgn slogan tradisi membela rakyat!
Ttg DANA mintak dgn PM..setiap bahagian RM2 juta peruntukan ( contoh) setiap peruntukan di audit oleh auditor bertauliah..kalo tak da tentu2 dikebas kroni2 ketua bahagian!!


Untuk mengukuhkan UMNO

1. Pinda perlembagaan parti

- ketua bahagian/cawangan hadkan pada 3 penggal shj (9 thn), baru la org lain ade peluang..ini tidak, ahli lebih 3 juta yg memimpin balik2 muka tu jugak!

- setiap calon yg menawarkan diri utk jawatan ketua puteri, ketua pemuda, naib presiden, timb.presiden dan presiden..adakan sesi perdebatan supaya ahli menilai!

- pengundian parti dijalankan serentak di semua bahagian

- hadkan presiden dan timb.presiden utk 5 penggal shj!

- PAU dilanjutkan selama seminggu supaya byk perkara dpt di bahas..bukan perbahasan mengampu presiden!!

- menumpukan kawasan parlimen majoriti MELAYU dgn lebih tekun spt yg sy sebut diatas ..sbb MCA MIC Gerakan mmg da ditolak org bukan melayu!

- Ketua bahagian mesti ada KPI,perfomance mesti di pantau oleh pusat!

- Ahli Majlis Tertinggi UMNO 60% bawah 40 tahun!

- wujudkan sayap Ulama, mereka perlu dilihat dlm barisan naib presiden, pemuda dan ahli majlis tertinggi parti

- wujudkan Sahabat BN supaya yg bkn melayu pun boleh ahli secara direct!

Buat mase ni, ni jer dpt aku pikir dan cadangkan.

Anonymous said...

Oi anon 1.45am, lu jgn nak lu jgn. nak MENYAMAQlah! lu punya ekoq ni si PENDATANG/PENCEROBOH KAPIRDAJAL PENGGANAS SODOM Red Bean aaahh?!

Aku syak lu mahu MENGHASUT org. Melayu benci sesama umat Islam, terhadap pekerja/pelarian Islam dari kaum Rohingya, Bangladesh dan pekerja Indonesia Islam pula! Sedgkan yg. aku sasarkan PENDATANG KAPIRDAJAL warga asing KAYA terutamanya dari S'pura yg. angkuh asyik beli tanah pusaka kami bawah program "rumah Keduaku", dan dari Myanmar; yg. asyik minum mabuk, pengotor dan berbunuhan dgn. kejam sesama sendiri!

Dan apahal lu asyik TAK hentam si PELACUR-PELACUR CINADOLL yg. dibawa masuk GENG KONGSI GELAP CINA?! BERAMBUS LU!

Anonymous said...

Sebagia golongan pertengahan dibandar kehidupan kami jugak terhimpit walau suami berpendapatan rm8000 sebulan setelah ditolak potongan income tax epf rumah dan kereta baki cuma rm 3,000 isteri jugak tidak bekerja jika kami tidak layak untuk dapat subsidi minyak bertambah sukar lah kehidupan kami.kami sangat berharap agar kadar income diturunkan kepada golongan yang berpendapatan kurang dari rm 10,000.
Saya juga tidak setuju dengan gaji minima yang ditetapkan kerana untuk lulusan degree gaji juga bermula dalam rm 2000 sedangkan mereka telah belajar selama 5 tahun dengan kos dan pinjaman yang tinggi dan gaji tidak byk beza dengan lulusan SPM dan PATI.

Anonymous said...

benda2 ni semua dah cakap, pemimpin UMNO bukan tak tahu soal dan isu2 begini, slogan entah dah berapa kali tukar, cakap berapi bukan main, tapi akhirnya ....pada peringkat pelaksanaan berlaku dan terjadinya kesalahan, kelemahan, ketirisan dan sebagainya .

akhirnya ucapan tinggal ucapan, matlamat jadi kenangan , tahun depan bersidang lagi dan ucapan yang sama akan keluar, tahun depan ucapan dan lagu yg sama , hasilnya ? kosong !

contoh, Najib kata TRANFORMASI , apa yg di tranformasi ? lihat saja selama penggal Najib memerintah , apa yang diTranformasikan ?

kita cakap apa pun, cadang apa pun, melalak lah apa pun, kalau pemerintah bangsa Melayu dalam UMNO, kalau UMNO itu sendiri tak berusaha dengan segala daya untuk melaksanakan, tak ada maknanya !

Anonymous said...

penyakit dalaman UMNO tidak akan sembuh selagi orang tua2 dalam UMNO itu masih hidup ..

penyakit UMNO akan semakin parah apabila orang2 muda dalam UMNO seperti pemuda dan wanita , atau puteri bersikap dan mewarisi penyakit orang tua2 UMNO !

yang tamak haloba
yang gila kuasa
yang mahu menongkat langit
yang mahu berkuasa hingga mati
yang membina empayar keluarga
yang membolot segala kontrak
yang naik kerana kuasa duit

yang cakap banyak kerja kosong
yang kuat membodek
yang munafik

rasa diri kebal tak ada siapa berani usik..
yang rasa diri gagah
yang perasan diri baik
yang rasa dirinya bijak orang lain semua tak tahu !

cantas mencantas sesama melayu
dengki mendengki demi kuasa dan harta ..

inilah penyakit orang UMNO, penyakit parti UMNO, penyakit warisaan turun temurun .

Anonymous said...

tak guna berbahas dengan parti umno, tiada guna berdebat dalam persidangan, kerja sia-sia , sebab pada akhirnya sama sahaja, tiada apa yang dilakukan

Anonymous said...

Cadangan : najib mesti berundur sbb x nmpk kesungguhan pertahankan agama islam dan bangsa sendiri...asik sibuk kejar kpi dunia tp x seimbang dgn agama...harap muhyiddin akan cepat gantikan najib.

Anonymous said...

Buatlah apa pun cadangan dan kritikan semua jadi back to square..terutama ketua cawangan UMNO yang tidur lena dibuai mimpi...pasal tu ramai umat melayu tak boleh maju lagi..banyamk sangat janji palsu...

Anonymous said...

UMNO itu sendiri pun dah tak laku dihati orang-orang Melayu. So how?

Anonymous said...

Jangan tanya apa yg kerajaan boleh bagi kat kita tapi kita kenalah berusaha jangan terlalu bermanja-manjaan.

Aku selalu terfikir, kenapa rakyat asing sanggup berlumba-lumba memperjudikan nyawa untuk datang ke Malaysia mencari rezeki. Dan kita sebagai rakyat yg dilahirkan di sini tak habis-habis mengutuk & menyalahkan kerajaan dalam menjalani kehidupan sehari-hari..

Berusahalah & jangan mengungkit itu ini.. aku bukan penyokong kuat kerajaan BN ini tapi cuba kita berlapang dada & sejenak berfikir.. maaf!

Anonymous said...

Berpolitik cara ikhlas, jujur, patriotik, berkorban,berhidmat tnpa mngharap balasan, amanah dn bersemangat bangsa dn agama. Kemanakah hilangnya semangat itu dlm UMNO?

Anonymous said...

STOP BR1M. Membebankan rakyat majoriti dan dan pembayar cukai tanpa mempupularkan kerajaan.

Anonymous said...

Cina kata melayu bangsa kelas kedua dr segi sosio ekonomi, maka kita pon boleh kata cina bangsa tercorot dr segi keistimewaan berada di Tanah Melayu.. Apalagi..mana pergi Jeneral2 terpilih dlm umno..berjuang dan pertahankanlah..anda pasti dihormati dan di kenang sampai bila2......pecayalah.

Anonymous said...

Aku harap Najib tak jadi SOTONG goreng tepung lagi...jadilah ikan SIAKAP masak tiga rasa dalam mentadbir dan mengurus negara Malaysia yg aku cintai ini.

Anonymous said...

Gap umno mesti meghasilkan banyak orang manusia yang baik baik..tak denki khianat rakyat bawahan yang muda dan sihat yang tak kisah harta benda dunia , anak pinak banyak ,ramaikan orang orang macam ini di dunia.bagi kesedaran pada mereka ini semua kehidupan yang sia sia saja. Cakap batu boleh makan, air boleh di bakar,planet marikh boleh dihuni kerum bodoh belajar tak habis ketum bodoh zul elektonik pandai,,,,,,,

Anonymous said...

ds najib ..menang sorak kampung tergadai.. bior pape asalkan bergaye.. pau wayang tongkol.

Anonymous said...

Malas nak beri pandangan selagi najib masih kekal.Meluat betul tengok dia ni sehingakan aku tukar ch tv kalau lihat dia berucap.....ramai dah macam tu sekarang ni.....aku orang UMNO tau....

Anonymous said...

1352Malas nak beri pandangan selagi najib masih kekal.Meluat betul tengok dia ni sehingakan aku tukar ch tv kalau lihat dia berucap.....ramai dah macam tu sekarang ni.....aku orang UMNO tau....

Anak Bukit Jelutong said...

Aku berasal dari kampung dan masih berada di kampung pada usia senja ini.

Oleh itu pandangan dan pemikiran aku masih pandangan dan pemikiran orang kampung.

Dalam apa keadaan sekalipun aku "nampak" kekuatan orang Melayu bangsaku yang beragama Islam, sehebat mana sekalipun seseorang individu Melayu/Islam itu tidak banyak membantu. Bangsa Melayu amat bergantung kepada "kehebatan" seorang pemimpin. Dan kehebatan seorang pemimpin yang mempunyai ciri-ciri yang bertepatan dengan pemikiran dan pandangan bangsanya sahaja yang mampu membawa bangsanya kehadapan.

Walaupun masih miskin, majoritinya, bangsa Melayu tidak mahu dicapkan sebagai "peminta sedekah" Mungkin banyak yang tak setuju, tetapi itulah "jati diri bangsa".

Bangsa Melayu sebenarnya pada pandangan aku sangat memerlukan pemimpin yang "berjuang bersama-sama". Bangsa Melayu tidak mahu pemimpin "pemberi sedekah" sekaligus meletakkan mereka sebagai "peminta"

Bangsa Melayu memerlukan seorang pemimpin yang hebat tapi "sederhana".

Bangsa Melayu amat memerlukan pemimpin yang mampu bertindak bagi mengatasi masalah bangsa, bukan sekadar "bercakap"

Anonymous said...

UMNO perlu dibuat penjajaran baru.....jika tidak orang orang Melayu serta orang orang UMNO sendiri akan meluat.....Pada UMNO

Anonymous said...

Zahid cadang hukuman sebat.Pokok masalah sengaja tidak diselesaikan...sebaliknya hukuman yang dicadangkan.Mansuhkan saja syarikat membawa masuk pekerja asing yang terlalu banyak dan sudah berlebih-lebihan.Semua ini dimonopoli oleh Bintang 3.Negara mengalami lebihan pendatang.....pendatang membawa masuk pendatang.Ini sudah jadi wabak yang mengancam negara,kenapa kerajaan tidak tahu cara bagaimana untuk mengatasi masalah ini?Melainkan mereka yang diberi amanah terdiri daripada orang-orang yang bodoh belaka.

Anonymous said...

Saya berharap Perhimpunan UMNO kali ini akan lebih serius dan membincangkan agar undang-undang sedia ada diperketatkan lagi serta dapat mengembalikan ISA.

Sepertimana diketahui pelbagai isu dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka ini harus dibawa ke muka pengadilan agar ia menjadi satu pengajaran kepada masyarakat umum.

Penggunaan Media Sosial harus dikaji selidik dan diperketatkan. Facebook, Twitter, Whatsapp etc. satu platform yang mudah untuk berkomunikasi. Tetapi malangnya penyalahgunaan begitu banyak sekali.

Anonymous said...

Berubah lah wahai pemimpin umno...cara anda sudah lapuk...beri peluang pd org baru...muda dan fresh dgn idea mbina...berani brkata benar...jgn menikam di blkg...jgn rasuah...jgn main duit...dan jgn sesekali bertindak bodoh...mesti cerdik...

Anonymous said...

Anon 4.48 aka makcik sambal belacan...

Sick....banyak makan belacan. Ingat orang suka ke bahasa murahan engkau. Langsung tak membantu. Jangan2 engkaulah rba yang melagakan orang Melayu dan Islam. Pirrrrrahhhh.