Sunday, April 8, 2012

FATHUL BARI NASIHATKAN SELURUH AHLI PAS.

SELANGOR BANGKIT : NAJIB TERUS TERJAH ! PM ROCK !

RAJA NONG CHIK SEKOLAHKAN AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI !


YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN
KESEJAHTERAAN BANDAR

KENYATAAN BALAS BERHUBUNG DAKWAAN TIDAK BERASAS
AHLI PARLIMEN LEMBAH PANTAI BERHUBUNG PEMBANGUNAN SEMULA RUMAH PANGSA 4 TINGKAT KAMPUNG KERINCHI,
KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 05 APRIL 2012 – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dalam sidang media dan kenyataannya yang dikeluarkan di Bangunan Parlimen semalam, telah menyebut beberapa perkara melibatkan pembangunan semula Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi yang disifatkan sebagai pembohongan-pembohongan berbaur politik serta hasutan yang boleh mengelirukan rakyat, khususnya penghuni-penghuni yang telah berpindah dari Rumah Pangsa 4 Tingkat Kampung Kerinchi.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Raja Nong Chik bin Dato’ Raja Zainal Abidin berkata tindakan Ahli Parlimen itu yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), jelas mahu mengelirukan pelbagai pihak untuk kepentingan peribadi politik putar-belitnya.

Antara dakwaan beliau adalah seperti berikut;

Saturday, April 7, 2012

SELANGOR BANGKIT : PKR SELANGOR MULA TIKAM BELAKANG.


pkr selangor mula  berantakan.

berantakan dek kerana berebutkan kerusi untuk pilihanraya ke 13 nanti.

maklumat terbaru yang disampaikan kepada pihak kami, ahli parlimen kapar iaitu manikavasagam aka mike akan diterajang keluar daripada menjadi calon parlimen kapar oleh pkr selangor.
mike merupakan api dalam sekam yang kerap menerjah pentadbiran kalid gagap di selangor. dia tidak disukai oleh pimpinan eksekutif pkr (rujuk kalid n the gang).

dalang besar yang mencaturkan penghalauan mike keluar dari parlimen kapar adalah exco kerajaan negeri yang kuat tido, iaitu xavier jayakumar.
xavier dikabarkan tidak akan mempertahankan kerusi dun sri andalas kerana mahu menumpukan perhatian kepada kerusi parlimen, jurus meneruskan angan-angan menuju putrajaya.

realiti politik semasa sekarang, xavier tidak disenangi oleh majoriti pengundi di dun sri andalas.

walau bagaimanapun mengikut sumber xavier akan mendapat persaingan kuat daripada seorang lagi calon bukan partisan, iaitu ambiga dalam persaingan merebut kerusi parlimen kapar.

BN dijangka boleh melakukan upset di parlimen ini sekiranya calon melayu diketengahkan.

SELANGOR BANGKIT : PAKATAN TERNAK SAMPAH !

 Nampaknya dari sehari ke sehari, masalah sampah di seluruh Selangor sedang berhadapan dengan situasi yang amat kritikal. Kontraktor-kontraktor yang baru dilantik oleh setiap PBT di seluruh Selangor, nampaknya telah gagal menjalankan tugas yang diamanahkan secara berkesan.

Bertentangan dengan pendapat Kerajaan Negeri yang diketuai oleh Khalid Ibrahim, pemecatan dan penyingkiran Alam Flora Sdn. Bhd (AFSB) akan menambahbaikkan perkhidmatan pembersihan dan sisa pepejal di seluruh Selangor.

AFSB dikatakan telah gagal melaksanakan tugas tersebut dengan lebih cemerlang. Bukan itu sahaja, dikatakan juga bahawa kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh AFSB adalah kroni-kroni UMNO walaupun sebahagian daripada mereka merupakan penyokong dan ahli PKR serta PAS.

Selepas penyingkiran AFSB, Khalid Ibrahim berlakon konon-kononnya para kontraktor pembersihan dan sisa pepejal dipilih menerusi tender terbuka, walaupun hakikatnya kesemua mereka adalah kroni Ahli Majlis PBT, ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sepertimana yang berlaku di Ampang.

Kini, selepas dua bulan, masalah sampah di seluruh Selangor berada pada tahap kritikal. Bukan peningkatan standard perkhidmatan pembersihan yang diberikan, sebaliknya seluruh Selangor seolah-olah telah bertukar menjadi sebuah negeri sampah-sarap.

Atau dengan kata lain, Selangor seolah-olah tidak mempunyai sebarang badan berkuasa yang menguruskan sampah dan sisa pepejal.

Perlu diingat bahawa pembersihan dan sisa pepejal menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat. PBT dan Kerajaan Negeri Selangor menerima peruntukan melebihi RM500 juta setiap tahun.

Jumlah tersebut cukup banyak dan peluang Pakatan Rakyat untuk menukar peruntukan tersebut sebagai dana pilihanraya dan aktiviti Pakatan Rakyat di Selangor sangat besar.

Dengan penyingkiran AFSB, Kerajaan Selangor di bawah Khalid Ibrahim telah berjaya mencuri dan menyalahgunakan peruntukan berkenaan.  Sama seperti peruntukan untuk penyelenggaraan dan pembaikian jalanraya, Kerajaan Negeri Selangor menjadikan peruntukan sampah dan sisa pepejal sebagai SURPLUS untuk mereka bangga-banggakan.

Hasilnya seperti yang dapat dilihat sekarang. Sampah tidak terurus dan rakyat Selangor semakin meluat dengan kebongkakan Kerajaan Negeri Selangor yang bukan sahaja enggan menangani masalah sampah dengan lebih berkesan sebaliknya menyalahkan pihak UMNO, kononnya UMNO yang menghalang lori-lori sampah daripada masuk dan memungut sampah di kawasan-kawasan tertentu.

Kesalahan yang dilakukan adalah pihak Kerajaan Negeri yang membuat keputusan bahawa peruntukan sampah serta pembersihan sisa pepejal mesti masuk ke kantung parti-parti Pakatan Rakyat, tetapi mereka dengan pantas dan tanpa segan silu menuding ke arah UMNO.

Adakah kuasa UMNO terlalu besar di Selangor, sehinggakan UMNO boleh dan mampu menghalang lori-lori sampah milik taikun PKR daripada menjalankan tugas?

Kalaulah kuasa UMNO terlalu besar, mengapa pula UMNO tidak berjaya menghalang Kerajaan Negeri Selangor daripada melucutkan AFSB daripada tanggungjawab membersihkan sampah di seluruh Selangor?

Cerita kononnya beberapa PBT mengambil inisiatif ‘mengerahkan’ Ahli Majlis agar turun membersihkan jalan, hanyalah satu usaha retorik semata-mata.

Cerita sebenar tentang Ahli-Ahli Majlis yang mengaut keuntungan besar hasil kontrak sampah dan pembersihan, tidak pula disebut dan cuba dilindungkan daripada didedahkan.

Maka tidak hairanlah pada 2 Januari lalu, Pengurus Besar Hebat Abadi, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Ramli Mohd Tahir membuat laporan polis kononnya pihak UMNO telah mengugut dan membuat sekatan terhadap kontraktor-kontraktor yang dilantik oleh Kerajaan Negeri.

Konon-kononnya UMNO bimbang sekiranya kejayaan Kerajaan Negeri Selangor menguruskan sampah di negeri ini selepas AFSB disingkirkan, maka UMNO tidak akan berpeluang merampas semula Selangor dari tangan Pakatan Rakyat.

Laporan polis tersebut menyusul selepas media melaporkan tentang sampah-sampah yang terbiar selama lebih 2 bulan tidak diangkut terutama di Seksyen 7, Shah Alam. Masa yang diambil terlalu lama untuk memikirkan alasan berkenaan oleh pihak terbabit.

Malangnya, masalah sampah tidak hanya berlaku di Seksyen 7, Shah Alam, sebaliknya di seluruh Selangor.

Di Ampang, masalah sampah membelenggu penduduk di Pandan Indah, Pandan Mewah, Tasik Tambahan, Tasik Permai dan kawasan-kawasan sekitarnya.

Anehnya, kawasan-kawasan yang menjadi kubu kuat DAP seperti di Taman Muda, Teratai, Pandan Perdana dan Kampung Cheras Baru serta Kampung Baru Cheras, masalah sampah juga menjadi rungutan dan kemarahan orang ramai.

Kalau benarlah alasan UMNO yang menyekat kontraktor-kontraktor terbabit daripada menjalankan tugas mereka, mengapa pula kawasan yang hampir seratus peratus didiami oleh bukan Melayu seperti Taman Muda, masalah sampah tidak diangkut terus berleluasa?


NOTA KGC : Seperti biasa, setiap kegagalan Pakatan di Selangor, waima dimana sahaja pasti jari akan dituding kepada UMNO. Ini bukan perkara baru, malah rakyat juga sudah mula meluat dengan alasan lapuk dan alasan yang tidak menjawab persoalan rakyat. Laporan polis berkenaan agak kelakar sikit la pada aku kerana kebanyakan kawasan yang mempunyai masalah kutipan sampah ini bukannya diceruk ulu banat tetapi kebanyakannya di laluan jalan utama. Jika benar lori kontraktor sampah ini ditahan, tak kan tak ada satu makhluk pun di muka bumi Allah ni yang nampak kejadian. Apa jadi dengan laporan polis berkenaan, aku sebenarnya masih menunggu susulan dari laporan polis yang dibuat kontraktor terbabit. Tak kan laporan polis yang dibuat itu adalah LAPORAN PALSU ! Jika laporan palsu, tak kan kontraktor tak tahu apa tindakan yang akan dikenakan ke atas laporan palsu ni. Setiap kepincangan pentadbiran Pakatan Selangor pasti akan disalahkan kepada BN mahupun  UMNO.

Apakah Pakatan Selangor tidak ada kredibility langsung sampai hidup dan mati dibayangi BN dan UMNO ???

Sudah-sudah lah menjawab isu rakyat dengan mengalihkan salah sendiri kepada UMNO. Ayat tipikal pakatan adalah "Ini semua salah UMNO" dan "Ini konspirasi UMNO", sangat memualkan. Rakyat dah muak dan menyampah dengan alasan sebegitu. Tidak ubah seperti budak bawah 2 tahun yang mana bila jatuh dan terhantuk dilantai kemudian memukul lantai. Tidak malukah Pakatan bila setiap sesuatu menyalahkan UMNO ??? Ingat rakyat ni bodoh sangat ! Jangan cuba memperbodohkan rakyat kerana 
rakyat kini lebih bijak dari PKR, DAP mahupun PAS !

ISU PTPTN : PAKATAN YANG TONG KOSONG.


 Cadangan Anwar Ibrahim untuk menghapuskan PTPTN membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak berpandangan jauh dan tidak mampu mencongak kesan atau akibat dari tindakan tersebut.  

Menggunakan akal Pengajian Melayunya, Anwar melihat PTPTN hanya dari sudut sempit iaitu pinjaman kepada pelajar semata-mata.  

 Sedangkan impak dari penghapusan PTPTN bukan saja akan melibatkan para pelajar, tetapi semua pegawai dan kakitangan pentadbiran dan pengurusan pusat-pusat pengajian tinggi sama ada awam atau swasta serta termasuklah pejabat PTPTN itu sendiri. 

Bayangkan berapa ramai pelajar yang tidak mampu melanjutkan pelajaran tanpa bantuan pinjaman PTPTN dan tanpa pelajar, bagaimana kolej-kolej dan universiti-universiti swasta akan dapat meneruskan operasi? 

Anwar sendiri mengakui yang beliau belum lagi mengkaji secara mendalam mengenai  kos yang terlibat untuk memastikan kesemua institusi pengajian tinggi dapat berjalan seperti biasa tanpa PTPTN.  
 Tetapi beliau yakin yang kos tersebut dapat ditampung dengan ‘kebijaksanaannya’ mengekang rasuah dan menghapuskan kos-kos lain yang tidak perlu. 

Namun, kenyataan Anwar itu sendiri bukan sahaja menunjukkan yang beliau tidak bijak, malah lebih teruk, buta angka juga. 

  Ia juga menunjukkan yang beliau sebagai seorang pemimpin tidak bertanggungjawab kerana ingin berbuat sesuatu tanpa terlebih dahulu memikirkan implikasi secara terperinci.   

Hakikatnya, apa yang Anwar cadangkan bukan sahaja akan menambahkan beban kewangan kerajaan sehingga lebih RM50 billion untuk memberikan pembelajaran percuma kepada semua, tetapi Anwar juga perlu menyediakan alternatif lain untuk para pekerja PTPTN.  

Ini kerana dengan penghapusan PTPTN, para pekerja di pejabat PTPTN pasti akan kehilangan kerja.

Justeru, apakah Anwar akan membayar pampasan kepada mereka?   Jika ya, berapakah jumlah pampasan yang sesuai dibayar setelah diambil kira segala faedah yang mereka nikmati di bawah PTPTN? 

  Atau apakah mereka akan ditukar dan disumbat masuk ke bahagian lain dalam kerajaan mengikut suka hati Anwar?   

Atau apakah mereka akan dibuang begitu saja dan perlu mencari kerja lain?  Ini tidak mustahil kerana PR berpegang kepada persaingan secara samarata dalam segala segi. 

  Maka bekas pekerja-pekerja PTPTN itu perlu memahami bahawa ini adalah satu cabaran yang memberi anjakan untuk mereka meningkatkan diri keluar dari ‘lindungan’ kerajaan dan bersaing di dalam ekonomi yang didominasi kaum Cina di luar sana. 

Mungkin apa yang dikatakan penulis ini dilihat sebagai provokasi terhadap Anwar dan PR.  Namun, provokasi atau tidak, perkara yang dibentangkan ini wajar direnung-renungkan oleh semua. 

Anwar pasti bertegas menyatakan cadangannya menghapuskan PTPTN adalah cadangan yang baik lagi bijak.  Dan sekiranya parti beliau menang dalam PRU kali ini, pastinya beliau akan melaksanakan apa yang dicadangnya. 

Apabila ideanya terbukti merupakan satu kesilapan besar, Anwar akan mengambil jalan mudah dengan memalingkan mukanya ke arah lain.  Tak percaya? 

 Lihatlah apa yang berlaku kepada penduduk-penduduk Kg. Buah Pala di Pulau Pinang yang terpedaya dengan janji-janji Anwar tetapi akhirnya diusir bagai sampah dari kampung mereka oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Kerana itu, rakyat wajar berhati-hati dengan apa yang keluar dari mulut Anwar.  Pemikiran dan pandangan Anwar amat cetek dan beliau juga tidak punya keprihatinan yang tinggi terhadap rakyat.

Anwar hanya ghairah untuk mencari publisiti dan menunjuk pandai dan akibatnya beliau telah dengan tidak sengaja menyerlahkan kedangkalan pemikirannya untuk dinilai oleh kita.  

PAKATAN MANSUH PTPTN : TAPI BUAT LUPA KIT SIANG TELAH MENANDATANGANI PERSETUJUAN PENUBUHAN PTPTN.


PERAK TAMBAH MAJU. RAKYAT DAPAT TEMPIAS EKONOMI !

MALAM NI ISMAIL MINA DI PERMATANG PAUH !


Friday, April 6, 2012

MOGA CEPAT SEMBUH DAN SEGERALAH ISTIHAR KELUAR PAS !

 moga dato haron din cepat sembuh.
sembuh dari kesan pintasan jantung yang dilakukan.
namun itu sekadar penyakit.

elok rasanya dato haron istihar tinggalkan pas.
parti jelas membawa penyakit malapetaka luar biasa untuk umat islam di malaysia.

kenapa ustaz haron masih nak bersengkongkol dengan pas yang mengizinkan murtad.

kenapa dato haron din masih kepingin untuk bersama dengan peranap islam, si anwar ibrahim ?

ahlan wasahlan.
kami alu-alukan pengistiharan ustaz haron din untuk tinggalkan pas.
moga cepat sembuh dato.

SELANGOR BANGKIT : J/KUASA KHAS MURTAD. DAH TERCEKIK NAK MAMPOS BARU NAK TUBUH !

 semalam kalid gagap umum berita penting.

kerajaan pakatan selangor umum penubuhan satu jawatankuasa khas untuk isu murtad.

pakatan selangor mula tercekik leher bila impak pendedahan hasan ali mengenai keseriusan isu murtad mula mendapat tempat di hati umat islam di selangor.

politik gampangan. satu SOP biasa dari pakatan. 
dah tercekik nak mampos baru nak tubuhkan jawatan kuasa khas.

bloody bastard pakatan ni pula nampak tak serius dalam menubuhkan jawatankuasa khas murtad ini.

manakan tidak.
ia dianggotai oleh kalid gereja dan dr rani mukerjee.

dua mangkok ni tak kompeten aka tak layak untuk selesaikan permaslahan isu murtad ini secara jujur dan tegas.

lihat sahaja kenyataan mangkok ni kat bawah.

orang yang pandang enteng isu murtad mengetuai jawatankuasa khas isu murtad selangor ? lawak bangang apa yang kalid nak tonjolkan ni.



ANWAR DIASIMILASIKAN DENGAN TISU TANDAS.

 ini adalah hasil kerja yang baik.
di atas adalah nukilan rakyat singapura yang ANTAI pada anwar ibrahim.
jika orang melayu singapura boleh terjah anwar, anda pula bagaimana.

politik itu ada seni.
seni politik boleh diungkapkan dengan pelbagai cabang.
asal mesej itu dapat difahami dan dimengerti, maka ide seni politik itu dianggap berjaya.
melambangkan tisu tandas dan anwar adalah sinonim dan tamsilan politik terbaik.

ia adalah karya terkini.
mengasimilasikan politik anwar dengan tisu tandas adalah peyampaian madah politik yang licik.

anwar campur tisu tandas.
tisu tandas cmpur anwar.
hasilnya politik tahi.

KANTOI BESAR ! ISU PTPTN BUKU JINGGAY KATA TAK HAPUS !

 buku jinggay, kitab akidah politik utama pkr,pas dan dap telah keluarkan kenyataan bertulis.

PTPTN takkan dimansuhkan.
ini kata buku jinggay.

'mengurangkan beban peminjam dengan cara memperkenalkan polisi pinjaman tanpa faedah dan membenarkan pembayaran semula enam bulan setelah peminjam mendapat pekerjaaan tetap'.

beb...sama je implementasinya sepertimana yang telah kerajaan lakukan.

kadar faedah yang dahulunya 4% telah dikurangkan kepada 1%.
1% peratus itu pulak dikenakan sebagai caj pengurusan.

bayar balik lepas dapat kerja.
sama jugak yang kerajaan tengah lakukan.

buku jinggay sahkan pemansuhan PTPTN takkan dilakukan.
hari ini barua pakatan berkokok nak mansuh PTPTN.

depan cakap lain, tulis cakap lain.
memang haprak sungguh la pakatan !

SELANGOR BANGKIT : PENYELESAIAN TAHAP BEBAL.

 masalah banjir di selangor.

kerajaan selangor sekali lagi menggunakan taktikal politik wayang dalam menyelesaikan permaslahan rakyat.

isu masalah banjir dipanggilnya pendengaran awam yang akan diketuai oleh SELCAT.

masalah banjir nak diselesaikan dengan pendengaran awam ?
apa kejadahnya stail solusi yang mereka utarakan ini.






STRAITS TIMES SINGAPURA PANAS HATI BILA NAJIB PERFORM !

1.    It is enlightening to know the achievements attained by Malaysian ETP . It is encouraging too for the Malaysian citizens to live under the leadership of PM Najib, who racks brilliant brains for his strategic planning. 
2.    However, the journalist in the Malaysian B C Carolyn Hong feels constrained to recognize the achievements, therefore in the pangs of envy she blasted with clauses  ‘Najib touts…’ on the title and ‘Touting achievements…’in the second paragraph instead of using the clauses ‘Najib boosts....’ and ‘Boosting achievements....’
3.    She invites a voluminous standing ovation from the opposition party politicians in the hope of getting a Pakatan Rakyat iconic oscar for foreign correspondent representative. 
4.    But she must constantly fabricate stories and humilliate BN in her reports for the Singapore Straits Times readers. To make matters ruinous, she welcomes a destructive comment from Merdeka Centre’s Ibrahim Suffian for ending her report.
H.S