Friday, April 13, 2012

PUAK PELAMPAU DAP NI NAK APA LAGI ?


Dong Zong Masih Belum Puas

Belum puas menghalau guru bukan Melayu dari sekolah Cina, kini Dong Zong membuat tuntutan lagi iaitu inginkan agar kemasukan pra-universiti dibuka atau dilonggarkan kepada semua kaum.  


Alasan Dong Zong ialah kemasukan pra-universiti di negara ini adalah tidak begitu telus kerana ia disusun agar memberi kelebihan atau memudahkan bumiputera mendapat tempat di universiti, sekali gus mengurangkan ruang kepada kaum lain. 

Kita tidak pasti bagaimana Dong Zong menilai perkara ini tetapi kita yakin ia ada kena mengena dengan syarat wajib lulus Bahasa Malaysia.  


Sedangkan syarat ini patut dianggap sebagai syarat semulajadi kerana sudah menjadi keharusan bagi semua warganegara untuk fasih berbahasa Malaysia.  

 Dengan pemberian taraf warganegara percuma kepada kaum pendatang suatu ketika dahulu, kewajipan untuk anak cucu mereka fasih berbahasa kebangsaan adalah bayaran yang terlalu kecil dan tidak perlu dipersoalkan langsung kerana ia merupakan perkara semulajadi bagi semua negara di dunia. 

Kita percaya, tuntutan ini bukan tuntutan terakhir Dong Zong.  Mereka akan terus menuntut dan menuntut sehingga budaya dan bahasa Cina diiktiraf sebagai setaraf atau lebih tinggi dari budaya dan bahasa rasmi Malaysia. 


 Tidak keterlaluan rasanya dikatakan bahawa inilah ikrar Dong Zong yang akan dipegang mereka selama-lamanya atas alasan memperjuangkan nasib kaum Cina di Malaysia. 

Dan inilah masalahnya dengan manusia hipokrit seperti Dong Zong.  Apabila UMNO bercakap mengenai memperjuangkan nasib Melayu yang masih ketinggalan dari segi pendidikan dan ekonomi, UMNO dituduh rasis.


  Tetapi apabila Dong Zong memperjuangkan bangsa Cina yang sedia mendahului kaum lain dari segala segi, Dong Zong dikatakan memperjuangkan keadilan. 

Sejarah telah membuktikan bahawa UMNO telah banyak bertolak ansur dengan kaum lain dengan membenarkan kewujudan sekolah jenis kebangsaan, mengamalkan budaya serta agama masing-masing secara meluas dan bebas.   


UMNO juga tidak mengehadkan kek ekonomi kepada kaum lain dan hasilnya mereka telah mengaut kekayaan yang bukan sedikit di Malaysia ini.   Pendek kata, UMNO banyak mengalah dengan kaum pendatang demi kemerdekaan dan keamanan negara ini. 

Malangnya, sikap yang sama tidak dapat dilihat dalam diri Dong Jiao Zong – atau kubu pertahanan Cina, yang tegar membawa bersama mereka polisi yang dimulakan oleh penjajah yang memisahkan kaum-kaum di Malaysia melalui sekolah.  


Polisi ‘pecah dan perintah’ ini diperkenalkan oleh penjajah British bertujuan menyukarkan perpaduan di kalangan kaum di negara ini dengan harapan Malaysia tidak akan mampu mempertahankan kemerdekaan. 

Untuk sekian lama, Malaysia berjaya mengatasi segala cabaran yang timbul dari polisi pecah dan perintah tersebut.  


Walaubagaimanapun, risiko yang wujud dari polisi ini kekal dan terus meningkat selaras dengan meningkatnya semangat perkauman yang diterapkan secara langsung dan tidak langsung akibat pemisahan kaum di sekolah-sekolah serta semangat keCinaan yang tebal yang diperjuangkan Dong Zong. 

Kata-kata bekas Presiden Dong Zong, Lim Lian Geok suatu ketika dahulu dengan sendirinya membuktikan sifat rasis tegar pertubuhan ini, iaitu “Budaya adalah jiwa bagi sesuatu kaum, dan nilainya adalah sama seperti nyawa sendiri.  Dan jika bangsa Cina ingin mewarisi warisan budaya dan menjadi seorang Cina yang tulen, maka anak mereka wajib dihantar ke sekolah Cina”.

Kata-kata tersebut seharusnya diambil sebagai satu amaran dalam konteks perkauman.  Walaupun begitu, UMNO tidak pernah menghalang kaum Cina mempertahan atau memperjuangkan budaya nenek moyang mereka dengan harapan mereka tahu menghargai kepercayaan dan pengorbanan UMNO terhadap mereka. 

Namun, seperti yang dijangka dan khuatiri, perjuangan Dong Zong bukan hanya terbatas terhadap budaya sahaja tetapi mereka secara beransur-ansur cuba merombak malah menentang keseluruhan sistem yang bertujuan memantapkan perpaduan. 

Apabila kaum lain bangun membela kaum sendiri, mereka akan berteriak ‘Malaysia first, Race Second’ atau Malaysia Dahulu, Bangsa Kemudian.  Tetapi, apabila mereka menolak perpaduan, menafikan identiti Malaysia, meremehkan Bahasa Kebangsaan, mempertikaikan budaya Malaysia yang berteraskan budaya Melayu Islam dan sebagainya, tidak pula mereka mengambil kira slogan yang sama.  Malah, Dong Zong terus tegar membawa sikap ‘Cina Dahulu, Malaysia Kemudian’. 

Sesungguhnya tuntutan Dong Zong agar kemasukan pra-universiti dibuka atau dilonggarkan kepada semua kaum adalah tidak lebih dari usaha membangkitkan sifat prejudis terhadap kerajaan.  


Hakikatnya, Dong Zong wajib menerima bahawa jika anak-anak mereka ingin menikmati segala kemudahan pendidikan yang ditawarkan oleh kerajaan, maka mereka wajib mengamal sikap Malaysia Dahulu, Kaum Kemudian dengan sebenar-benarnya.  Apalah sangat syarat kecil untuk lulus Bahasa Malaysia, sedangkan mereka telahpun mendominasi ekonomi negara ini. 

Mungkin Dong Zong perlu terlebih dahulu belajar tatasusila dan tamadun kemanusiaan iaitu mengenai cara menghormati, menghargai dan toleransi dalam bermasyarakat.  Jika tidak, negara ini akan suatu hari nanti menjadi kacau bilau juga akibat sikap rasis, tamak dan biadab Dong Zong. 

Sikap Dong Zong juga membuatkan kita tertanya-tanya, apakah sekolah-sekolah Cina sememangnya tidak mengajar sifat-sifat murni ini di dalam diri anak-anak Cina?  Apakah kerana itu mereka hanya pentingkan diri dan wang semata-mata?


FAKTA SCORPENE YANG DISEMBUNYIKAN PAKATAN.

Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja propaganda kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96 juta euro (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd untuk komisyen pembelian dua buah kapal selam Scorpene. Berdasarkan laporan rasmi kontrak perolehan terbukti fitnah pembangkang nyata tidak berasas.

Komisyen RM540 juta yang diwar-warkan oleh Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal selam tersebut sebenarnya adalah nilai kontrak yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun manakala pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan secara berperingkat bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan.

Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad serta K.S Ombak Laut Sdn Berhad bertanggungjawab secara langsung dalam pelbagai skop kerja sokongan & koordinasi misalnya;-

i. Penyediaan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu juga meliputi khidmat koordinasi yang perlu disediakan oleh syarikat Perimekar Sdn Bhd. 
Perkhidmatan koordinasi yang dimaksudkan itu antaranya merangkumi tanggungjawab syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, membantu kontraktor utama membabitkan urusan maklumat prosedur perlaksanaan kontrak, penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan.

Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu selain ianya bukan bayaran komisyen, ia juga sama sekali bukan merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut.

Berkemungkinan untung bersih tahunan yang menjadi miliki syarikat tersebut adalah dalam jangkaan sekitar sejuta euro atau lebih sedikit, pendek kata ia bukannya satu kontrak yang mewah atau satu komisyen jatuh dari langit seperti yang di fitnah ke sana ke mari oleh Anwar dan pemimpin PR terhadap PM dan kerajaan.

Dalam apa saja isu yang Anwar cuba palitkan pada PM dan kerajaan Malaysia akhirnya Allah s.w.t membuka pintu kebenaran di penghujungnya sekaligus meletakkan DS Najib serta kerajaan pimpinannya di tempat yang sewajarnya jauh berbeza dengan nasib Anwar dan pemimpin pembangkang yang hingga kini satu demi satu aib mereka di buka dan menjadi tontonan ramai.

SELANGOR BANGKIT :KISAH PEMIMPIN JAM 3 PAGI !

 mungkin pemberitaan ala terjah di atas boleh menjadi isu lawak politik terbaik di selangor.

isunya mengenai kes kecurian pasir yang luar biasa berlaku di selangor.

dek kerana tidak tertahan menahan asakan daripada BN dan rakyat selangor , exco kerajaan negeri telah menyediakan skrip lawak tatacara beliau menangkap lori hantu aka lori pasir.

arakiannya pada 20 julai 2010 yakop sapari dengan berkain pelikat baru selesai program qiamulail. jam 3 pagi perjalanannya dari sepang ke puchong telah menemui kelibat satu lori yang mencurigakan.

lantas tanpa mempedulikan keselamatan dirinya, exco selangor ini terus mengejar lori pasir itu secara bersendirian.

tiba di tol puchong, exco selangor telah mengepung lori pasir tersebut menggunakan keretanya secara solo.

tatkala diperiksa pemandu lori tersebut telah lari meninggalkan kenderaan. siapa punya skrip drama lah yang si yakop sapari ni curi sampai gaya penceritaan ini yang asalnya nak nampak serius last-last bertukar jadi bahan berita lawak.

apa yang kita boleh pelajari dari kes ini ?

kalau nak tahan penjenayah, anda kena pakai kain pelikat.
kalau nak tahan penjenayah, sila lakukan tepat jam 3 pagi.

JPJ dan polis trafik wajib gunapakai kaedah yakop sapari tatacara bagaimana nak tahan suspek.

yakop sapari tahan suspek curi  pasir tepat jam 3 pagi.

manakala  badrul amin juga curi bini orang pun tepat jam 3 pagi..suka benor pemimpin pkr ni buat hal jam 3 pagi ye :)

ISU PTPTN : CUBA BACA APA MANGKOK NI CAKAP ?

 kupasan menarik bloger WJ.. KLIK SINI

Thursday, April 12, 2012

PERTABALAN INI AKAN TIADA LAGI JIKA PAKATAN AMBIL ALIH.

 Pertabalan Terakhir Kalau Pakatan Rakyat Ambil Alih?

BENCINYA Pakatan kepada institusi beraja di Malaysia bukanlah satu perkara rahsia.  Perbincangan ini bukan berdasarkan apa yang keluar dari mulut Anwar, tapi juga berdasarkan kepada beberapa kejadian yang telah berlaku sebelum ini menunjuk kepada hakikat tersebut.  Kalau ikut apa cakap Anwar, semuanya pun dia akan turut, dia akan pertahankan (kita semua tahupun Anwar cakap saja lebih).

Paling jelas tentulah mengambil iktibar apa yang berlaku Perak bila kerajaan DAP (ber menteri besarkan PAS), runtuh kerana keengganan DYMM Sultan Perak memperkenankan permintaan Datuk Seri Nizar Jamaludin untuk membubarkan dewan setelah 3 ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan, melompat menjadi Bebas mesra Barisan Nasional (BN).

Ditambah dengan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengeluarkan kenyataan untuk menyaman Sultan Perak berhubung perkara yang sama pada 2009, sehingga dituduh di bawah Akta Hasutan di Mahkamah.

Terbaru, blog AIDC mendedahkan disini sikap kurang ajar ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang tidak menghormati majlis Pertabalan Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agung, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, di Istana Negara Jalan Duta semalam.  Dilaporkan beberapa ahli Parlimen Pakatan, ‘menghina’ setiap raja-raja Melayu dan pemimpin negara yang berjalan masuk ke dewan tempat istiadat pertabalan dijalankan.

Semua ini mencetus persoalan, adakah kita rakyat Malaysia dapat sekali lagi melihat istiadat pertabalan yang unik di dunia ini berlaku lagi di negara kita jika Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dalam pilihanraya umum yang akan datang?  Bertahan lagikan institusi beraja yang menjadi payung kepada ketuanan Melayu di negara kita ini?

Ketuanan melayu dalam erti kata Sultan dan Raja mestilah terdiri daripada orang Melayu sahaja, bukan konsep ‘tuan dan hamba’ yang cuba diputar belitkan Pakatan Rakyat.

Memang proses untuk menukar kerajaan beraja kepada republik itu panjang, tapi itu bukanlah mustahil untuk dilakukan. 

Sekarang pun cakap-cakap mengenai penubuhan republik itu sudah menjadi rahsia umum di kalangan pemimpin pembangkang, terutama DAP.  Antara sebab kenapa Datuk Dr Hasan Ali dan NGO Jatinya memilih pendekatan IMR (Islam, Melayu & Raja) kerana beliau sedar dengan agenda jahat DAP semasa menganggotai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dulu.

Usaha yang bakal dilakukan begitu sistematik, bermula dengan mengikis sedikit demi sedikit hak Melayu dan Islam di negara ini.  Sebab itu perkara-perkara berkaitan ibadah yang dulu boleh dilakukan di negara ini oleh umat Islam tanpa halangan, kini menjadi kesalahan di negeri atau kawasan yang dikuasai DAP.

Antaranya tradisi bertakbir dari rumah ke rumah pada malam sambutan Hari Raya Aidilfitri, malah mengaji sebelum kedatangan Azan pun kini sudah menjadi satu ‘kesalahan’.

DAP tidak akan bising kalau tidur diganggu dengan bunyi letupan mercun setiap kali malam perayaan, tapi akan bising (malah membuat laporan polis) kalau pembesar suara masjid berhampiran mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sebelum Azan atau jemaah bertakbir dari rumah ke rumah.

Peliknya, parti yang majoriti dianggotai orang Melayu dan Islam, PAS dan PKR redha dengan semua tindakan DAP ini.  Paling jijik tentulah PAS, sanggup mencari ayat-ayat al-Quran yang boleh ditunggang terbalik untuk menyokong tindakan DAP itu.

Pakatan, terutama DAP tahu, selagi orang Melayu dan institusi Islam di negara ini kuat, selag itulah sistem beraja ini tidak akan dapat disentuh.  Maka itu mereka mengambil pendirian menyerang Melayu dan Islam untuk melemahkan yang di atas (sistem beraja).  Malang dan sedihnya, masih ada segelintir orang Islam dan Melayu sendiri yang bersekongkol dengan puak-puak ini tanpa menyedari mereka sendiri bakal menjadi mangsa penindasan jika penubuhan republik itu  menjadi kenyataan.

Kalau ikut cakap memanglah semua akan nafikan tapi itu semua demi undi.  Kalau sebut terus terang nanti, undi lari dengan sendiri.  Contoh DAP dan Malaysian Malaysia.  Terang-terang konsep Malaysian Malaysia itu mengikis hak keistimewaan orang Melayu dalam perlembagaan tapi selamba Lim Kit Siang boleh kata DAP akan sokong perlembagaan persekutuan.

Logiknya, kalau nak bagi semua sama rata (Malaysian Malaysia), bagaimana pula dalam masa yang sama kekalkan hak keistimewaan melayu?

Justeru, WAJIB semua orang Melayu dan Islam di negara ini bersama-sama dengan UMNO, Barisan Nasional dan NGO-NGO yang berjuang mempertahankan perlembagaan Malaysia dan institusi beraja/Islam di negara ini demi masa depan negara yang lebih baik.

FATHUL BARI KASI PUKULAN TKO KEPADA ANWAR !

SELANGOR BANGKIT : RAKYAT SELANGOR AKUI PAKATAN TAK CERDIK !


SELANGOR BANGKIT : BUKTI JELAS DAP CAMPURI HAL EHWAL ISLAM DI SELANGOR !

 pada 13 jan 2011 atau lebih tepat pada jam 8:36 pagi malaysiakini ada mengeluarkan artikel.

tajuk artikel 'umat islam (rujuk di selangor) di larang bekerja di tempat penjualan arak'.

arahan dan kenyataan ini adalah kelangsungan daripada niat dan usaha murni majlis perbandaran subang jaya (MPSJ) yang mahu mengimplementasikan enakmen jenayah syariah seksyen 18 (2).

kata pihak MPSJ, ia adalah inisiatif MPSJ sendiri yang mahu melihat akan tiada lagi umat islam bekerja di premis menjual arak yang di bawah kawasan pentadbiran MPSJ.

di atas kes pertama.
kenyataan dikeluarkan pada 13 jan 2011 tepat jam 8:36 pagi.

di bawah ini pula kenyataan balas DAP selangor.
 kenyataan ini dikeluarkan pada hari yang sama (13 jan 2011) jam 4:31 petang.

kata ronie liu, MPSJ diarah untuk menarik balik arahan melarang umat islam bekerja di premis arak di kawasan pentadbiran MPSJ.

soalan ?

adakah ronie liu exco agama islam selangor ?

adakah ronie liu mengetuai perjalanan hal ehwal islam di selangor ?

kenapa pas selangor tidak mengeluarkan kenyataan bantahan kepada DAP selangor kerana mencampuri urusan agama islam.

bukankah arahan dan saranan MPSJ itu selaras dengan peruntukan enakmen jenayah syariah ?

jelas fakta di atas sudah setahun lebih disenyapkan oleh pimpinan pakatan selangor bagi mengelakkan ianya dibincangkan oleh umat islam.

walau bagaimanapun kes ini masih belum diselesaikan di peringkat MPSJ.

kami menonjolkan semula kes ini sebagai ingatan kepada seluruh umat islam khususnya di selangor agar berfikir semula untuk memangkah pakatan pada pru ke 13 akan datang.

jelas pas dan pkr (yang melayu) gagal mempertahankan matlamat murni MPSJ dalam isu yang disebutkan di atas.

manakala DAP semakin hari semakin galak untuk mencampuri segala urusan perihal  islam .

AKHLAK AHLI PARLIMEN PAKATAN SEMAKIN LOW CLASS !

 kualiti ahli parlimen pakatan semakin teruk jatuh merudum.

akhlak dan kualiti mereka tidak setara dengan pangkat yang mereka pegang.

sejak 4 tahun ini kualiti pembangkang pakatan berada dalam tahap paling low class.

mereka gagal dalam memanifestasikan wajah bayangan pimpinan negara yang baik. jika dalam parlimen hujahan mereka tampak semakin longlai, kini insiden perangai hodoh pembangkang terbawak-bawak pula sewaktu pertabalan YDPA ke 14 semalam.

cuba anda baca artikel AIDC


 Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975. 

Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

 Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung. 

Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan. Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. 

Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana. 

Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing. 

 Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya. Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing.

 Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya. Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini. 

Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.

 Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

 Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka.

 Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini. Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan. Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. 

Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan. Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. 

Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM. Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan 
Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri. 

 Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong. Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. 

Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua. Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“. 

 Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka. Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

 Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. 

Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan. 

 Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini. Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. 

Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram. Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. 

Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji. Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. 

Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara. 

 Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya. Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku. Daulat Tuanku.


MALAM NI ZULNORDIN DI KLANG !


PRU 13: PARLIMEN SHAH ALAM YANG PERTAMA AKAN TUMBANG !

 sah..parlimen shah alam yang diwakili oleh kalid gereja akan menjadi katalis tumbangnya beberapa kerusi utama parlimen pembangkang kepada BN pada pru ke 13 nanti.

ceramah musibat si anwar ibrahim ternyata gagal menarik sokongan middle class melayu di shah alam untuk hadir mendengar ceramahnya.

blogers wajib kerja dengan lebih kuat lagi.
blogers wajib fokus untuk melakukan serangan luar biasa.
blogers wajib serang pembohongan politik pakatan pada tahap maksima.
foto di atas merupakan signal penting kepada blogers.
lagi foto KLIK SINI


Wednesday, April 11, 2012

DIN PUDURAYA AKUI KARIER POLITIKNYA BAKAL BUNGKUS !

 adakah ini signal panik din puduraya ?

semalam dalam kenyataannya di malaysiakini din puduraya nampak cuba meredakan kegusaran dan gundah gulana hatinya apabila membicarakan tentang pemergiannya bertanding di johor.

pemergian atau penghalauan ? itu satu persoalan yang din pudu sahaja yang tahu.

cuba baca perenggan pertama ayat syahdu din pudu bila diminta mengulas mengenai isu ini. kata din pudu..

naib presiden pas menolak anggapan bahawa hasratnya mahu bertanding di johor merupakan tindakan membunuh diri.

ulang..

din pudu menolak anggapan bahawa hasratnya... hasratnya...hasratnya..

betul ke isu perpindahan din pudu dari kelantan ke johor merupakan keputusannya sendiri.

pada 9 februari 2012 nik ajis, menteri besar yang istihar mahu jadi menteri besar sampai mati telah mengeluarkan kenyataan bersedia  ( menghalau) din pudu bertanding di johor pada pru ke 13 nanti.

kenyataan menteri besar sampai mati ini juga merupakan lanjutan daripada kenyataan nik ajis pada 13 disember 2011 yang sedia menghalau keluar husam musa daripada bertanding kerusi dun di kelantan.

dek kerana tahu dirinya tak diperlukan lagi di kelantan, maka arakiannya terpaksalah din pudu mengeluarkan kenyataan bahawa dia BERHASRAT DENGAN SUKARELA mahu bertanding di johor, negeri maut untuk pimpinan pakatan.

tambah din pudu dalam kenyataannya semalam.

tindakan ini bukan bunuh diri.

kalau bukan bunuh diri adakah din pudu bersetuju dengan pandangan aku bahawasanya karier politiknya sedang dibunuh oleh pas yang diketuai oleh nik ajis.

samada bunuh diri atau kena bunuh jawapan kesimpulannya din pudu tetap akan mati politiknya .

kenapa din pudu nampak down bila membaca luahan isi hatinya semalam ?

aku berkeyakinan tinggi din pudu juga melakukan risikan politiknya sendiri. din pudu secara indirectly nya mengaku momentum dan wave politik umat islam dan melayu pada saat ini cukup kuat dan cenderong menyokong umno.

kerana tahu pas sebenarnya sudah mati,din pudu terpaksa mengeluarkan cerita menyedapkan hati seolah-olah mengaku kalah awal dalam berhadapan dengan umno di johor.

selamat mati politik din pudu.

DAULAT TUANKU !


LAGI SERANGAN NST SINGAPURA TERHADAP UMNO/BN !

Another thorn in the flesh by Singapore Straits Times.
1.     It seems that the writer Salim Osman from Singapore ST is keen on digging manures in the soil of UMNO instead of digging the dungs of other political parties in Malaysia. 
2.     Readers are certainly curious to know why does this myopic writer merely focused on UMNO’s area upon cleaning up tarnishing issues instead of opposition party’s one? 
3.     There are numerous corruption cases, sponsored opposition politicians and vote buying that the writer can excavate from PAS, DAP and PKR. If Salim Osman can elicit a negative fact by reading from a blogger in Malaysia without a genuine confirmation surely he can find other sources that reveal the blemishes in opposition party in the 4 states governed by them. 
4.     There could be some reasons for the writer who chooses to ignore reporting than to disclose the sufferings, the hardship and the inconvenience caused to the people living in the 4 states. These citizens in the 4 states of opposition party (PK) are deprived of basic living necessities since the states are ruled by them. Moreover, there are numerous social problems encountered.
5.     It is not difficult for the writer to enumerate on the research study by anti-corruption watchdog. But it is very easy to inform the ST readers, citing an example from an unstated blogger that accused the DFM. PM Najib surely took an initiative to reform political financing, nevertheless, Salim Osman should have more guts to extend his research on the vices committed by opposition parties. 
H.S

ANWAR DAPAT SAWAN BABI LAGI.

 Bala Dari Mongolia Menghempuk Kepala Anwar

Asalnya Anwar Ibrahim dan ramai pemimpin PR yang lain mengharapkan kedatangan bapa Altantuya, Dr Setev Shaariibuu ke Malaysia akan membantu pembangkang untuk memanaskan semula wayang fitnah kisah pembunuhan bekas model Mongolia yang selama ini di propagandakan bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, namun sebaliknya pula yang berlaku.

Semalam, Dr Setev Shaariibuu dalam satu wawancara dengan media tempatan telah menjawab khabar angin kononnya kerajaan Malaysia pimpinan Najib telah merasuah imbuhan wang supaya menutup mulut berkaitan kes kematian anaknya, Altantuya.

Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada Isnin menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya.

Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya.

"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Petikan: Mstar Online

Kenyataan Setev itu bukan sahaja mematikan terus khabar angin berkaitan isu menutup mulut, lebih dari itu ia juga membuktikan Perdana Menteri sedikit pun tidak pernah campurtangan dalam kes tersebut apatah lagi terkesan dengan cerita dongeng dan fitnah pembangkang yang berusaha mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya.

Mereka cuba menggambarkan seolah-olah Najib adalah kekasih Altantuya dan kematian Altantuya pula dikaitkan dengan arahan langsung atau sebaliknya dari Najib dan Rosmah. Realitinya tidakpun begitu. Kalaupun misalnya semalam Setev tidak menyatakan sedemikian pun, hakikatnya antara Najib dan Altantuya bukannya saling mengenali satu sama lain.

Malah Najib sendiri sejak fitnah tersebut hebat didendangkan pembangkang suatu masa dulu telah sekurang-kurangnya tiga kali mengangkat sumbah mubahalah atas nama Allah s.w.t dengan mengucapkan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataalahi" menafikan dirinya pernah mengenali Altantuya apatah lagi terbabit dalam pembunuhan kejam tersebut.

Lebih tiga tahun berlalu hingga kini, Alhamdulillah tiada bala mahupun laknat Allah s.w.t menimpa Datuk Seri Najib sebaliknya satu demi satu tembelang & fitnah ciptaan Anwar pula yang pecah menyebabkan bau busuk ke seantero pelusuk negara termasuklah pendedahan terbaru oleh bapa Altantuya dalam isu rasuah menutup mulut yang terbukti hanya omong kosong puak pembangkang sahaja.

Isu Komisyen RM540 Juta

Demikian jua halnya dengan fitnah oleh Anwar, Wan Azizah dan pemimpin pembangkang lain yang pernah menjaja propaganda kononnya kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah 114.96 juta euro (RM540 juta) kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd untuk komisyen pembelian dua buah kapal selam Scorpene juga terbukti tidak berasas apabila laporan rasmi kontrak perolehan menjelaskan sebaliknya.

Komisyen RM540 juta yang diwar-warkan oleh Anwar dan balacinya sebagai komisyen pembelian kapal selam tersebut sebenarnya adalah nilai kontrak yang diberikan kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd bagi tujuan penyediaan khidmat sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun manakala pembayaran oleh kerajaan kepada syarikat tersebut pula dilakukan secara berperingkat bergantung kemajuan projek yang dilaksanakan.

Syarikat Perimekar Sdn. Bhd yang dimiliki secara bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad serta K.S Ombak Laut Sdn Berhad bertanggungjawab secara langsung dalam pelbagai skop kerja sokongan & koordinasi misalnya;-

i. Penyediaan kemudahan kediaman & kelengkapan untuk kegunaan 27 keluarga dari team projek yang berada di Perancis dan Sepanyol.

ii. Penyediaan pejabat urusan, kediaman dan kelengkapan untuk keperluan 156 orang krew kapal selam TLDM bagi tempoh 4 tahun di Perancis dan Sepanyol.

iii. Menyediakan insuran kesihatan bagi melindungi krew kapal selam serta ahli keluarga team projek selama mereka berada di Perancis dan Sepanyol.

iv. Pembayaran elaun harian serta elaun untuk krew yang berjumlah 50 euro sehari untuk setiap orang bagi 3 tahun pertama dan 60 euro sehari bagi tiga tahun seterusnya.

v. Pembiayaan kos penerbangan pergi balik (balik bercuti di malaysia) untuk setiap krew setiap 4 bulan sekali serta lain-lain keperluan berkaitan sepanjang semua krew dan team projek berada dalam latihan di Perancis dan Sepanyol.

Selain khidmat sokongan di atas, nilai kontrak RM540 juta (114.96 juta euro) itu juga meliputi khidmat koordinasi yang perlu disediakan oleh syarikat Perimekar Sdn Bhd.

Perkhidmatan koordinasi yang dimaksudkan itu antaranya merangkumi tanggungjawab syarikat Perimekar Sdn Bhd untuk memastikan syarikat-syarikat dari Malaysia terbabit secara langsung dalam proses pembinaan, program off-set, membantu kontraktor utama membabitkan urusan maklumat prosedur perlaksanaan kontrak, penyelarasan latihan krew kapal selam dengan kontraktor dan kerajaan termasuklah penyediaan koordinasi bagi setiap enam bulan.

Lebih penting lagi untuk kita maklumi, nilai kontrak RM540 juta itu selain ianya bukan bayaran komisyen, ia juga sama sekali bukan merupakan keuntungan bersih untuk syarikat Perimekar Sdn Bhd sebaliknya nilai tersebut meliputi segala kos langsung dan tidak langsung yang perlu ditanggung selama 6 tahun sebagaimana terkandung dalam kontrak tersebut.

Berkemungkinan untung bersih tahunan yang menjadi miliki syarikat tersebut adalah dalam jangkaan sekitar sejuta euro atau lebih sedikit, pendek kata ia bukannya satu kontrak yang mewah atau satu komisyen jatuh dari langit seperti yang di fitnah ke sana ke mari oleh Anwar dan pemimpin PR terhadap PM dan kerajaan.

Dalam apa saja isu yang Anwar cuba palitkan pada PM dan kerajaan Malaysia akhirnya Allah s.w.t membuka pintu kebenaran di penghujungnya sekaligus meletakkan Najib serta kerajaan pimpinannya di tempat yang sewajarnya jauh berbeza dengan nasib Anwar dan pemimpin pembangkang yang hingga kini satu demi satu aib mereka di buka dan menjadi tontonan ramai.

Pendek kata lain yang diharapkan oleh Anwar lain pula yang dia dapat. Bala yang diharapkan jatuh atas batu jemala Najib akhirnya jatuh gedebuk menghempak kepala Anwar dan pemimpin PR.