Thursday, April 4, 2013

PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 13 : PUNCA ANWAR CABUT LARI DARI PERMATANG PAUH !



Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa ‘besar kepala’ sejak mendapat mandat besar dalam Pilihan Raya Umum 2008, di mana pakatan pembangkang berjaya menafikan 2/3 penguasaan Barisan Nasional di Parlimen dan Ketua Umum PKR dipilih sebagai Ketua Pembangkang setelah menang kerusi di Parlimen Permatang Pauh.
“Anwar semakin ‘besar kepala’ sejak mendapat mandat pada 2008 dan meminggirkan rakyat di sini dan hanya pulang sesekali, itupun jika terpaksa menghadiri majlis besar pembangkang negeri, manakala selebihnya untuk ceramah politik,” kata Mohd Rafizal Yusof, 40, salah seorang pengundi Permatang Pauh kepada Berita Harian.
Menurutnya, keputusan Anwar mahu berpindah parlimen berpunca daripada kekurangan sokongan rakyat terhadapnya berikutan kegagalannya menumpukan kepada program dan pembangunan di kawasan parlimen tersebut.
Seorang lagi pengundi, Yusof Sudin, 75, berkata Anwar yang diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sejak 1982 sudah jauh berubah kerana dilihat leka mendahulukan matlamat peribadinya berbanding berkhidmat kepada rakyat di kawasannya.
“Apa erti seorang wakil rakyat kalau bukan bersama rakyat? Sikap Anwar yang sibuk berpolitik menyebabkan dia lalai dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen dan jarang sekali pulang ke kawasan untuk menjenguk rakyat.
“Kalau Anwar pulang ke Permatang Pauh pun, niatnya hanya sekadar untuk berkempen dengan memperdaya masyarakat di sini untuk terus menyokongnya. Namun, apabila rakyat memerlukan khidmatnya, dia ‘lesap’ entah ke mana dan ini membuatkan penduduk tawar hati untuk terus menyokongnya,” katanya.
Yusof berkata, sikap sambil lewa Anwar terhadap penduduk Permatang Pauh berlaku kerana beliau terlalu selesa di kawasan yang dikatakan kubu kuatnya, selain yakin pengikut setianya akan terus menyokongnya.
“Sudah sekian lama penduduk Permatang Pauh dipergunakan Anwar dan kami semakin sedar keadaan ini dan kalau dia bertanding sekali pun di sini, saya percaya sokongan terhadapnya tidak lagi hebat seperti dulu dan kemungkinan besar beliau tewas,” katanya.
Semalam, Ketua Pembangkang itu pada sidang media di Ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, mengumumkan akan bertanding di luar kubu kuatnya di Permatang Pauh dan memilih Perak pada PRU-13.

PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 12 : BUKTI PAKATAN SEBENARNYA..TAK BERPAKAT !

PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 11 : CINCIN ROSMAH AKHIRNYA....


terbaik kupasan bloger RBF.
cincin itu sebenarnya ...
KLIK SINI

PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 10 : YAHOO POK NIK BERSUARA LAGI..SOLAT ORANG UMNO X SAH !


ketagihan aku kepada kepelbagaian flora dan fauna fatwa nik nik ajis makin terus terubat.

jika dulu dia suka menyatakan bahawasanya barang siapa menolak isle, maka dia tak masuk sorga.

hehe pok nik ..

mana pi negara isle pas ?
mana pi hudud pas ?

bukankah itu tiada lagi dalam agenda pas bilamana tahun lepas dalam muktamar hj hadi sendiri declare pas takkan perjuangkan 2 perkara di atas sebaliknya akan buat negara kebajike ?

lol, sekarang sapo tolak isle wahai pok nik ?
pas ke atau orang bukan ahli pas ?

hehehehe...

pok nik tolong keluarkan lagi fatwa terbaru lagi songsang okay.
kami para blogers memang ketagihkan fatwa pok nik, ala ala gila kentang gitew..

memandangkan pok nik dah keluarkan patwa baru, maka gap sekali lagi akan nyanyikan lagi harimau malaya versi pok ni...

ready 1 2 3...
(bunyi wisel dan gendang )
(ramai ramai nyanyi )

selamanya
selamanya
selamanya 
pok nik malaya
selamanya
selamanya
selamanya
oohhh pok malaysia

eeehhh leelelelele ahh
oohhh oohh ohhhh
ehehe lelelellee ahhh
aaaah aah aaaahhh

PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 9 : KIH KIH KIH...

PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 8 : MAKNA UBAH STAIL DAP ( ADALAH TAK PERNAH UBAH ! )


PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 7 : RAKYAT SELANGOR NAK AIR LAH MORON.. !




PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 6 : STRAITS TIMES SINGAPURA SAH PERJUANGKAN HARAMJADAH KIT SIANG !



Singapore Straits Times promotes DAP racial provocateur leader Lim Kit Siang.



Lester Kong support Lim Kit Siang’s provocations to woo Indians voters.




  1. The toothless old dying dinosaur definitely is inappropriate to be compared as a DAP supremo by Lester Kong. He has done nothing good for development of Malaysia except the ring leader inciting racial riots in May 1969.  
  2. Since his first elected MP for Kota Melaka from 1969 to 1974, he confessed himself as democratic socialist, the hidden word of ‘communism’ that is opposite to parliamentary democracy. He cannot evade from Malaysian history as a racial provocateur. 
  3. Born in Batu Pahat in 1941 and probably destined to be a traitor to the government throughout his youth. Detained twice in 1969 under ISA for 18 months and arrested again 1987 for 17 months during “Operation Lalang”. In 1979, he was convicted of five charges under Official Secrets Act for exposing an inappropriate arms deal between the government and a Swiss company. Also the national destroyer of peace and stability for inciting with persistent lies and falsehood to those ignorant Bersih supporters from 2007 to the present. 



  1. Lim Kit Siang continually using racial provocations in his political rally to invite voters from the Indians. The vicious, evil old dinosaur cunningly announced Opposition’s 14-point plan, hoping to fish out voters. This would be the catchy point for silly journalist like Lester Kong to highlight attention to Singaporean readers. When PR leader Anwar Ibrahim was compelled to reword their manifesto, with an objective to accommodate all communities, that clearly shows that their ‘wordy and hanging in the air’ manifesto is sloppily written just to fantasize, chase dreams despite the realities of lives. Anwar Ibrahim is also responsible for inciting racial riots among Hindraf, he should be charged for such offensive activity. Someone from the authority should trace his involvement in Hindraf from the beginning; record important details. Is it a national duty for anyone to defend the nation for such particular criminal.



We must fight against falsehood and fabricated accusations by PR in their unjustified report against BN. 
H.S.


PRU 13 BAHAN KEMPEN PT 5: ALLAH PUN PAS GADAI..MAKAHAI PAS !



Isu penggunaaan kalimah Allah S.W.T oleh agama Kristian masih lagi tidak berpenghujung.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendiriannya yang tidak kisah agama lain mengguna pakai kalimah Allah dalam kehidupan seharian dan dalam kitab Bible.

Beliau memberitahu, pendiriannya serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) tentang isu sensitif ini tetap sama walaupun ia telah menyentuh maruah masyarakat Islam.

“Saya nak jelaskan pendirian kita, kita tetap sokong. Tak ada salah. Saya sudah bincang dengan Tuan Guru Hadi Awang, dia dah jelaskan ikut Al-Quran.

“Hadi siap buatkan ‘draft’ (keterangan) terperinci dan menyeluruh, dan membenarkan tidak ada pertikaian kalimah ini digunakan,” kata Anwar dalam sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Anwar berkata, kemelut penggunaan kalimah Allah S.W.T oleh pengguna agama lain tidak langsung mengandungi unsur-unsur penghinaan.

“Sebenarnya, tak ada penghinaan. Kita langsung tak menghina.

“DAP nak guna dan akan guna? Kita takkan halang untuk digunakan,” dakwa Anwar.

Isu penggunaan kalimah Allah S.W.T menjadi besar selepas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta kalimah Allah S.W.T boleh diguna pakai oleh agama Kristian dan dicetak dalam Bible versi Melayu.

Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz juga membenarkan permintaan Guan Eng tersebut dan tidak melihat permintaan itu melanggar hukum Islam.

Namun, pendirian PAS berubah selepas Majlis Ulama Syura PAS menegaskan kalimah Allah hanyalah untuk umat Islam sahaja.

PRU13 BAHAN KEMPEN PT 4 : CHUA JUI MENG MANGSA ROGOLAN ANWAR !



RAMAI bertanya, kemana menghilangnya Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng yang tiba-tiba menghilang.  Sehinggakan di kala pemimpin DAP dari luar berpusu-pusu menuju Johor, Jui Meng tidak ada disitu menyambut mereka masuk ke negeri dimana dia bermautatin sejak sekian lama.

Walaupun Jui Meng ada isu dengan Pengerusi DAP Johor berhubung perebutan kerusi, tapi sebagai sama-sama komrad dalam Pakatan Rakyat, tidak sepatutnyalah Jui Meng menghilangkan diri.  Maklum sajalah, Anwar dok canang yang Pakatan ini tidak ada masalah, tidak ada perselisihan, semuanya ‘bersatu’ untuk menumbangkan BN dan merampas Putrajaya.

Tapi Jui Meng menghilang juga, lebih-lebih lagi setelah Anwar mengumumkan Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah – kawasan yang turut diintai Jui Meng untuk ditandingi, malah dia awal-awal lagi dah buat pengumuman pun untuk bertanding disitu sehingga mencetus kemarahan DAP.

Jika tidak ada yang menjawab, biarlah penulis katakan, Jui Meng hilang merajuk, makan  hati setelah Anwar lebih turutkan DAP dalam soal pembahagian kerusi parlimen.  Penulis yakin, Anwar sudah janji segala bulan dan bintang pada Jui Meng sehingga mempengaruhi keputusannya untuk keluar MCA dan menyertai PKR.

Dalam hati Jui Meng, “tahu Anwar kuat kencing, tapi tak mungkin dia kencingkan aku!!”  Yang Jui Meng terlupa, kencing Nuar tidak bermata, asal boleh tabur saja, bukan dia kira.

Actually bukan Chua Jui Meng seorang yang dikencing Anwar, ramai dah pun dan kebanyakkannya dah taubat serta kembali ke pangkal jalan.  Kotlah cina tua ini tak tahu pangkal jalan, maka sesatlah selamanya.
Hakikatnya, tinggal lagi hanya macai-macai yang suka bermimpi sahaja yang masih menyokong Anwar.

Ingatlah macai, orang macam Jui Meng yang begitu besar berkorban pun Anwar tak segan silu nak kencingkan, apalah sangat macai-macai semua yang nak datang demo pun perlu dibayar, disediakan pengangkutan dan sebagainya.

Anwar kalau menipu orang sama macam dia meliwat jugalah, tak ingat-ingat langsung.  Kot ada kamera ke, apa ke, asal jambu dan lembut, sapu.  Macam dia tipu rakyat Selangorlah, terang-terang kelentong pun, masih boleh tabur janji baru, seolah-olah tidak ada masalah apa-apa.

MYKMU

Wednesday, April 3, 2013

PRU13 BAHAN KEMPEN PT 3 : KIT SIANG TAKDE LANCIAU !


Puak pembangkang semakin menampakkan sifat hipokrit mereka apabila masing-masing bertempiaran mencari kawasan selamat untuk bertanding.

Bertanding di kawasan di mana mereka menganggap sebagai kubu kuat pembangkang mungkin mampu menyelamatkan karier dan masa depan politik yang kebanyakannya berada di hujung tanduk.

Daripada pemimpin PKR seperti Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim, bekas Menteri Besar Perak daripada Pas, Nizar Jamaluddin hinggalah kepada Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang, semuanya mengorbankan kerusi yang disandang sekarang untuk lari meninggalkan pengundi mereka pada Pilihan Raya Umum pada tahun 2008 dahulu.

Yang menjadi mangsa ialah rakyat di kawasan itu yang mengharapkan pembelaaan yang tidak kunjung tiba sejak lima tahun di wakili pembangkang.

Malah yang lebih terasa pengkhianatan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang ialah para pengundi di kawasan terbabit yang tegar menyokong mereka di peti undi ketika itu.

Pemimpin pembangkang daripada PKR, Pas dan Dap adalah umpama kad bayaran tol 'touch n go'.

Mereka datang ke kawasan yang ingini ditandingi, buat bermacam janji manis dan palsu yang mereka tahu tidak akan ditepati, buat fitnah dan tohmah terhadap kerajaan ang di pimpin Barisan Nasional dan kemudiannya menang atas premis politik kotor yang diamalkan puak tersebut.

Anwar mahu lari keluar dari Permatang Pauh kerana sudah tidak lagi mampu berdepan dengan kekuatan jentera UMNO-BN yang bakal meranapkan impian beliau ke Putrajaya.

Bukan salah BN kuat di Permatang Pauh tetapi oleh kerana tanggungjawab Anwar yang gagal menjalankan tugas sebagai ahli parlimen di kawasan itu.

Daripada menjenguk pengundi serta menjaga kebajikan mereka, Anwar lebih suka berceramah ke sana ke sini, dan yang lebih menyeronokkan bagi dirinya ialah sentiasa berada di luar negara juga berceramah dan memburuk-burukkan negara dan kerajaan Malaysia.

Kit Siang juga sudah buat keputusan lari dari Ipoh Timur ke Gelang Patah.

Apabila kerusi sudah goyang di Perak baru teringat kampung halaman dan sekarang mengaku pula anak kelahiran Batu Pahat, Johor walhal tidak pernah pun beliau terkenang atau sekelumit pun menabur bakti di negeri itu apatah lagi kepada penduduk kawasan Gelang Patah.

Seorang lagi pemimpin Dap, Liew Chin Tong yang kini mewakili kerusi parlimen Bukit Bendera juga berura-ura bertukar selera ke Kluang pula, kononnya dia berasal dari kawasan itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub juga bakal menempah bala di Johor apabila menggunakan alasan negeri kelahirannnya untuk membina tapak politik baru.

Keangkuhan pemimpin pembangkang berhijrah ke Johor di desak oleh beberapa faktor politik antara yang utamanya andaian bahawa negeri kelahiran UMNO itu sudah tiba masanya menerima kehadiran kerajaan negeri pembangkang.

Strategi politik cetek yang menganggap Johor 'senang di makan' sebenarnya akan memakan diri pembangkang sendiri.

Tujuan Dap adalah untuk melumpuhkan pimpinan MCA di Johor berdasarkan unjuran bahawa pengundi Cina di negeri itu akan memberi undi mereka kepada calon pembangkang.

Bagaimana harus di ingat pengundi Cina di Johor bukan seperti pengundi di negeri lain yang agak mudah untuk dipengaruhi pembangkang.

Mereka mempunyai contoh pembbangunan pesat di negara jiran di sebelah selatan untuk dijadikan sebagai model.

Melihat kepada BN yang telah membawa pembangunan pesat di Johor, pengundi Cina akan berfikir sepuluh kali sebelum bertindak untuk bertukar angin kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana melalui dasar pro-bisnes yang menjadi tunggak pemerintahan BN, masyarakat Cina telah berjaya menguasai bidang perniagaan serta membina kekayaan bagi mereka.

Pengundi Cina di Johor tidak akan memgambil risiko besar untuk berkiblat kepada pembangkang hanya berbekalka air liur Anwar atau Kit Siang sahaja.

Tempat Chin Tong yang akan dikosongkan pula bakal diisi oleh setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Lim Abdullah aka Christopher Lim yang mengeksploitasi nama pemimpin UMNO yang banyak berjasa, Tan Sri Mohd Khir Johari untuk menumpang tuah politik ayah tirinya.

Nizar yang dahulunya bercadang untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Bukit Gantang yang dimenangi pada pilihan raya kecil 2009 juga kini sudah mengubah fikiran.

Kini kerusi dewan undangan negeri Pasir Panjang yang kononnya menjadi benteng kuatnya mahu ditingallkan kerana merasakan Changkat Jering lebih selamat baginya.

Ini semua disebabkan perubahan suasana politik yang dilihat lebih memihak kepada BN menjelang PRU ke 13.

Kalau dahulu BN dilihat lemah dan diselubungi pelabagai masalah persepsi termasuk kemelut dalaman, kini empat tahun di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, senario dan tanggapan negatif ini telah berubah secara drastik.

Kalau dahulu orang BN sendiri dikatakan malu untuk dikaitkan dengan parti mereka, kini terdapat lonjakan semangat baru yang berkobar-kobar untuk memastikan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat digenggam semula dan empat buah negeri tadbiran pembangkang di rampas kembali.

Suasana kebangkitan UMNO dan BN inilah yang menggerunkan Anwar, Kit Siang, Nizar dan ramai pemimpin pembangkang yang lain.

Berdasarkan populariti BN yang semakin meningkat dan diyakini rakyat Pulau Pinang kemungkinan Setiausaha Agung Dap itu kecundang di tangan calon BN tidak boleh diperkecikan malah ia mampu diterjemahkan kepada realiti yang pahit bagi parti cauvinis Cina itu.

PRU13 BAHAN KEMPEN PT 2 : POSTER




PRU13 BAHAN KEMPEN PT 1: CHANDRA MUZAFAR JELASKAN SIAPA ANWAR.

PARLIMEN BUBAR : PENGUMUMAN PENTING BLOG GAP.


akhirnya masa yang ditunggu dah tiba.
mac 2008 dan kini bertemu pula april 2013.
semuanya sudah termaktub.

pertarungan pru menentukan kuasa akan bermula dalam tempoh sebulan.

blog ini lahir selepas pru 2008, bermakna ianya lahir selepas keputusan pru 2008.

dulu pemilik blog ini merupakan totok pkr tahap gaban.

dulu juga pemilik blog ini jugak mempunyai rakan setotok pkr yang sudah beralih arah.

sejak 2 september 1998 kami bermatian mempertahankan anwar ibrahim.

namun

selepas persetujuan anwar membenarkan lina joy murtad

selepas persetjuan anwar membenarkan lim guan eng menghapuskan secara sistematik hak melayu

dan kepelbagian haramjadah pkr dan pakatan lakukan hingga sanggup menggadai kalimah ALLAH demi untuk kafirin, maka kami berikrar takkan berhenti menyerang selagi haram jadah pkr,pas dan dap ini DIHAPUSKAN DARI MUKA BUMI MALAYSIA YANG TERCINTA INI.

selama 5 tahun kami berjalan dan akhirnya pusingan terakhir pertarungan diumum jua.

tiada kemanisan dalam perjuangan bloger menentang pakatan tatkala mahu melihatkan pakatan tersungkur mampus pada pru ke 13 kelak.

maka kami telah mengambil keputusan bermula jumaat ini  ( penghulu segala hari ) insyaallah kami akan menerbitkan KESEMUA BAHAN PENERBITAN DAN BAHAN KEMPEN PRU 13 INI... SEMAKSIMA YANG MUNGKIN...

ini bermaksud berkemungkinan setiap jam untuk satu artikel mungkin akan diterbitkan..

harapan kami para blogers yang bukan ahli umno ini...

semoga para pembaca juga melibatkan diri dalam membantu kami menyiar ulang dan menyebarkan segala mala bahan yang kami keluarkan kepada seluruh rakan anda...

MENENTANG PAKATAN INI ADALAH SEJARAH KITA.

MENENTANG PAKATAN INI ADALAH PERJUANGAN PERIBADI KITA.

pakatan itu membawa kepada kehancuran islam, melayu dan negara tercinta.

jadikan diri anda sebahagian daripada pejuang maya yang bangkit melawan lantas menghapuskan pakatan..

tidakkan anda berbangga jika anda berjaya menghapuskan agenda kerosakan yang anwar bawa ?

tidakkan anda berbangga jika anda berjaya menghapuskan kesesatan yang pas bawa ?

tidakkan anda berbangga jika anda berjaya menghapuskan dap yang menjadi paksi kehancuran melayu ?

ini adalah masa terbaik untuk seluruh rakyat malaysia bangkit dan menghapuskan pakatan once n for all !

AYUH BANGKIT SAHABAT

BANTU KAMI UNTUK SEBARKAN SELURUH BAHAN KEMPEN INI KEPADA RAKAN ANDA !

JADIKAN DIRI ANDA SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH UMAT YANG BANGKIT MENENTANG AGENDA KEHANCORAN ISLAM,MELAYU DAN NEGARA YANG DIBAWA OLEH PKR,PAS DAN DAP !

ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR
ALLAHUAKBAR 

PKR JOHOR AKAN BERPERANG DENGAN DAP JOHOR !


Kehadiran Tun Mahathir ke Johor baru-baru ini dilihat berjaya menyuntik semangat baru khususnya kepada jentera Barisan Nasional dan Umno bagi memastikan kubu kuat Umno itu terus kekal untuk dipertahankan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Dengan kehadiran yang mencecah 20,000 ribu orang, pakatan pembangkang dilihat akan berdepan dengan laluan yang sengit dan sukar.

Malah di dalam ceramahnya di Pulai Johor itu, Tun Mahathir telah menggesa agar rakyat Johor menolak pakatan pembangkang sekaligus menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang yang telah mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Gelang Patah.

“Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi ‘kubur’ kepadanya. Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor. Johor akan terus menjadi simpanan tetap BN,” katanya pada majlis Bicara Minda baru-baru ini.

Menurut Tun Mahathir lagi, Kit Siang telah berada terlalu lama berada dalam politik bermula dari 1964 ketika menjadi setiausaha politik kepada pengasas DAP, Devan Nair yang juga bekas presiden Singapura.

“Kita telah bertukar enam perdana menteri sejak kemerdekaan 1957, tetapi dia tidak berubah-ubah. Bagilah peluang pada anak dia atau cucu dia,” katanya.

Kenyataan Tun Mahathir itu telah menyebabkan Kit Siang tidak senang duduk dan panas punggung sehingga menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan kenyataan mencabar Tun bertanding semula sebagai reaksi terhadap ucapan tersebut.

“Saya menjemput Dr Mahathir untuk bertanding di Gelang Patah dan biarkan pengundi menentukan hayat politik siapa akan berakhir, sama ada kuburkan saya atau beliau. Saya bersedia menyerahkan nasib kepada penduduk Gelang Patah yang memiliki 53 peratus pengundi Cina, 33 peratus Melayu, dan 12 peratus pengundi India,” katanya.

Menurut sumber, keputusan Kit Siang untuk berpindah ke kerusi Parlimen Gelang Patah telah menimbulkan lagi beberapa perpecahan di kalangan pimpinan pakatan di Johor. Ini kerana umum mengetahui kerusi tersebut menjadi rebutan di antara DAP dan PKR. Malah Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng sebelum ini dilihat berkeras mahu agar kerusi itu diberikan kepadanya dalam PRU13 kelak.

Malah kegagalan PKR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim selaku pimpinan  ‘Anugerah Tuhan’ menyokong permintaannya Jui Meng itu, telah menyebabkan bekas naib presiden MCA itu merajuk dan menghilang diri sebagai tanda protes.

Selain Jui Meng, Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau turut dikatakan tidak senang dengan keputusan Kit Siang untuk bertanding di Johor. Ini kerana selain Kit Siang, Penasihat DAP itu turut membawa masuk beberapa pimpinan lain untuk turut sama bertanding di Johor.


Ia sekaligus menyebabkan beberapa pimpinan DAP negeri yang selama ini berhempas pulas terpaksa diketepikan bagi memberi laluan kepada ‘pakej’ Kit Siang dalam misinya untuk menawan Johor. Walaupun dari satu segi mereka melihat kehadiran Kit Siang ke Johor mampu memberi momentum baru terhadap gerakan pembangkang, namun dari satu segi lain telah menyebabkan pimpinan Dr Boo diketepikan.

Sekiranya sebelum ini, perpecahan hanya berlaku antara Cheng Hau dan Jui Meng, namun kehadiran Kit Siang yang pada mulanya untuk menjadi orang tengah, semakin memburukkan keadaan. Kini telah wujud satu lagi kumpulan yang hanya menyokong Kit Siang dan menolak peranan yang dimainkan oleh Cheng Hau dan Jui Meng.

Dan seperti biasa, kelompok Pas hanya mampu berperanan sebagai pemerhati dari jauh tanpa menyatakan pendirian memihak kepada mana-mana kumpulan. Ini kerana sebagai parti pembangkang yang mempunyai jentera paling kuat, sokongan Pas secara dilihat akan memberi kelebihan kepada kumpulan ‘ultra kiasu’ tersebut.

Kesimpulannya keputusan Kit Siang melompat dari satu parlimen ke parlimen yang lain boleh diibarat sebagai percubaan berani mati. Oleh yang demikian eloklah pengundi Johor khususnya di Gelang Patah tamatkan saja kerjaya politiknya itu.