Tuesday, July 8, 2014

TUN M SAKAT OTAK CINA LAGI..UDAH LAH TUN. MATI BERAGAN DORANG NANTI..MUAHAHAHA MANTAP TUN !


1. Sekarang baru saya tahu kenapa kontraktor Melayu tidak pernah diberi kontrak oleh swasta Malaysia. Mengikut Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI). Dr Michael Lim Mah Hui, Bumiputra tiada kualiti.
2. Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, pula berkata, swasta mementingkan meritokrasi, bukan menutup peluang kepada Melayu.
3. Kita tahu Kerajaan yang dikuasai oleh Melayu yang tidak berkualiti, telah mengambil hampir 100% Melayu untuk menjadi pegawai dan kakitangan Kerajaan. Hasilnya dapat kita lihat Malaysia tidak dapat ditadbir dengan baik dan pembangunannya memang buruk sekali berbanding dengan negara-negara lain yang mencapai kemerdekaan bersama dengan Malaysia.
4. Kerajaan yang dianggotai oleh Melayu yang tidak berkualiti ini gagal menangani kemerosotan ekonomi dan kewangan pada 1997/98. Ramailah peniaga dan pengusaha negara terutama dari kaum yang memiliki merit yang bankrap semasa krisis matawang kerana tindakan “control” oleh Bumiputera. Sehingga kini ekonomi dan kewangan negara tidak dapat dipulih oleh Kerajaan Melayu yang tidak berkualiti ini.
5. Sesungguhnya untuk mengelak kerosakan negara, Melayu yang tidak berkualiti ini tidak harus diberi apa-apa peluang menuntut ke peringkat universiti kerana mereka tentu tidak akan lulus dan mendapat apa-apa ijazah. Tindakan pemaju swasta mengutamakan merit memanglah wajar. Ini bukan kerana tidak mahu memberi peluang kepada Melayu, tetapi kerana mengutamakan merit.
6. Meritokrasi memang baik bagi Malaysia. Jangan bagi apa-apa pun yang tidak berasas kepada merit. Orang yang tidak berkualiti tidak mempunyai hak dan tempat di Malaysia. Biarlah mereka kekal dengan kualiti buruk mereka asalkan yang berkualiti, yang memiliki merit meraih segala-galanya untuk mereka. Kemerdekaan Negara dari dijajah oleh British bertujuan memberi segala-galanya kepada yang memiliki merit dan bukan untuk yang tidak berkualiti.
7. Dan saya bersetuju dengan pendapat pakar-pakar orang cina dari SERI dan RAM Holdings. Orang yang tidak ada kualiti tidak ada tempat di Malaysia kita yang Merdeka. Mereka harus tahu nikmat kemerdekaan bukan untuk mereka. Nikmat ini hanya untuk yang mempunyai merit walaupun orang cina tidak berjuang langsung untuk membebaskan Malaysia dari penjajah.
-Tun Mahathir-

GELANDANGAN.. BEZA OPERA CINA GUAN ENG DENGAN ILTIZAM KERAJAAN.


lihat projektori foto terbaru lim guan eng.

kamera di posisi tepat mengadap muka guan eng yang menangis.
menangis air mata boya kononnya sedih dengan nasib gelandangan.

inilah yang dinamakan wayang opera cina ala dap.

kenapa guan eng tak menangis bila dia robohkan banyak rumah milik melayu di penang ?

DI SEBALIK KATA P RAMASAMY DAN 13 MAY.


3 hari lepas tsmy ada bagitau jika keadaan keterbukaan menghina islam dan melayu itu semakin menjadi-jadi, maka tidak hairanlah sekiranya 13 may boleh berulang.

tapi kenapa p ramasamy pulak yang melatah ?
malah dicabarnya pula untuk melayu bawak sekali lagi 13may.

hakikatnya p ramasamy bukanlah pemain sebenar 13 may.

yang menjadi punca mangkok ni mintak melayu bagi lagi 13 may adalah kerana.....

lihat foto di bawah..

bukit aman melalui bahagian counter terrorism telah menahan beberapa suspek utama anggota kanan LTTE yang bersembunyi di malaysia.

jadi apa kaitannya p ramasamy dengan LTTE ?

p ramasamy merupakan salah seorang daaripada komitee LTTE yang aktif yang berusaha mewujudkan negara pentadbiran LTTE di utara sri lanka.

jadi senang cerita, mamat ni merupakan simpatisan LTTE yang aktif.

cerita mamat ni dengan LTTE kami dah dengar sejak 1999 lagi. mangkok ni hati ada panas, sedara kena tahan...

Monday, July 7, 2014

SEJARAH LEPAS DR M LEPAS JAWATAN, KAFIR DAN MUNAFIK DAPAT PELUANG GANYANG ISLAM DAN MELAYU.

Pada 2001, MCCBSCHT (atau kependekan yang lebih mudah MAJLIS KAFIR) mula melancarkan sikap permusuhan mereka terhadap Islam secara terang. Melalui sepucuk surat yang dialamatkan mereka untuk perhatian Majlis Peguam, mereka membuat 15 jenis tuntutan. Menilai isikandungan surati tersebut, umat Islam mula melihat kecenderungan MAJLIS KAFIR seolah tidak lagi bersungguh dan berminat untuk mengamalkan agama mereka di dalam cara aman dan damai terhadap Islam.

Surat bertarikh 22 Ogos 2001, membutirkan semula hasil mesyuarat bertajuk "Bar Council Workshop/Conference on Freedom of Religions" yang telah diadakan antara MAJLIS KAFIR dan Majlis Peguam pada 11 Ogos 2011.

Turut dimuatkan juga ialah hasrat MAJLIS KAFIR untuk menggunakan perlembagaan pertubuhan mereka sebagai sebuah precedent kepada sebuah penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (Interfaith Commission - IFC).

Surat ini jugalah yang membuka jalan kepada 14 tuntutan IFC yang mengambil sikap konfrontasi terhadap Islam dan umatnya. Berikut 14 Tuntutan IFC bagi mereka yang telah terlupa :

Berikut merupakan 14 tuntutan IFC :
Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibu bapa orang Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil.

Tidak perlu dicatatkan didalm kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam.
Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menagnut agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agam itu hendaklah diajar disemua sekolah.
Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan.

Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Bermula daripada kerjasama antara MAJLIS KAFIR dan Majlis Peguam ini, kita melihat seolah-olah mereka telah mengatur satu persatu perkara yang akan dibawa ke barisan penghadapan untuk dicabar satu persatu.

Kita melihat kes Lina Joy, tuntutan anak antara keluarga bukan Islam dengan Islam, isu jenazah mualaf Islam dan sebagainya disebut sebagai perkara-perkara yang menjadi subjek keprihatinan mereka.

2001, keadaan tidak memungkinkan semua agenda ini dijalankan. Perdana Menteri pada waktu itu, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun Mahathir kini) terkenal tegas dengan elemen anarkis dan penggugat ketenteraman awam. Hanya setelah Dr. Mahathir meletak jawatan, baharulah kita melihat mereka menggasak satu persatu agenda mereka kerana melihat kelemahan pemimpin negara.

Kes Lina Joy dipanaskan. Kes perebutan jenazah mualaf digunakan sebagai isu. Artikel 121 (A) dihentam kiri dan kanan. Malah Menteri-Menteri Bukan Islam di dalam kabinet sendiri mengambil kesempatan di atas kelemahan kepimpinan negara membawa tuntutan suara MAJLIS KAFIR ini kepada Perdana Menteri.

Mujur NGO-NGO Islam Bangkit menyedarkan umat Islam dan barisan kepimpinan negara tentang gerakan bejat yang sedang digerakkan secara aktif pada waktu itu.

Sesungguhnya mereka tidak pernah berhenti dengan usaha mereka. Umat Islam dilihat kini berada di dalam kedudukan defensif kerana perpecahan antara kita membenarkan ruang dibuka kepada mereka.

Kita harus rapatkan saf kembali. Dalam keadaan berpecah pun kita masih lagi diberikan Allah kemenangan. Bayangkan jika saf-saf kita lebih rapat lagi. Apakah MAJLIS KAFIR ini akan berani mengangkat wajah jika barisan kita seteguh dan sekukuh dinding-dinding konkrit? Jawapannya tidak. Perhatikan kebaculan mereka di era Tun M di mana kedua-dua parti politik Islam iaitu UMNO dan PAS tidak pernah berkompromi dengan tindakan biadab dan mempersendakan Islam.

Kita masih lagi berhadapan dengan ancaman yang panjang. RUU Perpaduan/Harmoni masih lagi belum ditolak sepenuhnya. COMANGO masih lagi wujud dan cuba mendesak campurtangan antarabangsa ke atas kita. Kita semua harus ambil peduli dan memperjuangkan isu ini secara bersama.

Sebagai penutup, kami pastekan kembali bukti surat dari MAJLIS KAFIR yang memulakan segala bentuk tindakan konfrontasi ke atas Islam dan umatnya sejak 13 tahun yang lalu.

Sebarkan bagi yang peduli tentang agama anak cucunya nanti.

Artikel mantap BANGKIT

MASA TERBAIK BUBAR MKPN DAN HAPUSKAN CADANGAN DRAF RUU !

Akta Hasutan hendak dihapuskan. Mahu diganti dengan akta baru melalui pengubalan Rang Undang-undang Harmoni. Namun, sejak diheboh tentang RUU Harmoni, timbul beberapa kontroversi.

Sebenarnya Tanah Melayu sememangnya sudah harmoni dengan toleransi yang amat tinggi.

Kehidupan yang penuh harmoni mulai terhakis akibat tuntutan-tuntutan melampau puak-puak yang ingin melaksanakan agenda jahat mereka.
Sebab itu, Akta Hasutan itu tidak perlu dihapuskan.

Mungkin wajar ditambah baik dan diperketatkan lagi. Begitu juga dengan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sebelum ini. Dalam pada boneka-boneka Barat melaungkan hak asasi manusia untuk menghapuskan ISA semasa UPR di Geneva tahun 2009, banyak negara kekalkan ISA seperti negara Singapura yang sangat dibanggakan puak-puak ini.

Malah, Amerika Syarikat, negara yang banyak membiayai kumpulan-kumpulan HAM ini, baru melaksanakan akta mirip ISA, Akta Patriot pada tahun 2001. Kenapa pula Malaysia dipaksa untuk gugur?

Begitulah perancangan JAHAT musuh yang tidak henti-henti (baca: Musuh Islam Sentiasa Mempunyai Rencana Jahat … Jangan Kita Lalai).

Kini Akta Hasutan mahu digantikan dengan Akta Harmoni. RUU Harmoni ini kononnya telah diterima oleh kerajaan untuk diluluskan ke Parlimen. Jika ianya terlaksana bala bakal menimpa umat Tanah Melayu ini. (Baca tulisan sahabat saya, Azril Mohd Amin: 8 sebab mengapa RUU Harmoni harus diwaspadai kandungannya)

Alhamdulillah, saya juga mendapat khabar, yang telah saya siarkan pada 19 Jun lalu, RUU Harmoni Bakal Berkubur.

draf RUU HarmoniRUU Harmoni dirangka oleh sebuah jawatankuasa kecil yang dipimpin oleh Mujahid Rawa di bawah Majlis Peguam (Bar Council). Kononnya mereka melakukannya di bawah Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN), yang turut dianggotai oleh Mujahid (boleh pulak MP PAS bersama dalam institusi kerajaan? Kenapa bantah sangat cadangan "Kerajaan Perpaduan" (UG) dulu?)
.
Susulan gerak kerja pelbagai NGO Islam yang berusaha untuk menyedarkan orang ramai berhubung ancaman dari RUU Harmoni ini, ianya telah menarik perhatian Majlis Raja-raja. Dan dalam Persidangan Majlis Raja-raja pada bulan lepas, satu sesi taklimat khas telah diadakan.

Perdana Menteri turut dipanggil hadir dalam taklimat khas tersebut. Bimbang dengan pembongkaran demi pembongkaran ancaman RUU Harmoni itu, PM Najib terpaksa mencelah serta memberi janji dan komitmen tidak akan meneruskan RUU Harmoni yang telah disediakan oleh Mujahid Rawa bersama Majlis Peguam tersebut. Itu JANJI Najib di hadapan Raja-raja Melayu.

Berselang beberapa minggu, Menteri berkaitan, Nancy Shukri, dalam kenyataan beliau ketika mengerjakan umrah di Mekah, menjelaskan bahawa draf RUU Harmoni belum bersedia untuk dibentangkan. (Kita doakan ianya berkubur terus)
Mengambil kira kepedulian para Duli-duli Raja-raja Melayu dengan apa yang bakal menghapuskan identiti Tanah Melayu dan menjadikan RUU Harmoni sebagai batu loncatan untuk menjadikan Persekutuan Malaysia sebuah REPUBLIK dan juga dari keresahan Najib semasa taklimat tersebut dibentangkan kepada Majlis Raja-raja, apakah nanti Najib masih berani melawan Majlis Raja-raja?

Jika Najib akur dengan janjinya di hadapan Raja-raja Melayu bulan lepas kita doakan ketegasan dan keberanian beliau untuk menghadapi ancaman kelompok Liberal yang menganggotai MPKN yang sekarang galak mempromosi RUU Harmoni tersebut.

Pautan Asal :
http://akarimomar.wordpress.com/2014/07/07/ruu-harmoni-beranikah-najib-lawan-majlis-raja-raja/

KENAPA TSMY TAK LENA TIDO ?

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peristiwa rusuhan kaum yang pernah tercetus pada 13 Mei 1969 boleh berulang jika perpecahan dalam kalangan rakyat tidak dapat dibendung manakala Perlembagaan negara terus dipersoalkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbalahan kaum ketika ini sudah menjadi kebiasaan apabila satu kaum mengkritik kaum lain dan perbuatan itu adalah bertentangan dengan adat, budaya dan tatasusila rakyat negara ini.

"Sebab itu timbul pelbagai andaian apabila hubungan kaum sudah sampai ke tahap cetus ketegangan dan hubungan tidak baik. Ini boleh menyebabkan peristiwa tersebut dan saya tidak mahu sebut tarikh itu (13 Mei 1969).

"Sebab itu kita harus lihat kembali apa yang dilakukan pejuang kemerdekaan. Kita sudah hampir 57 tahun merdeka dan berupaya membentuk masyarakat Malaysia yang bersatu padu. (Sebelum ini) memang ada perbezaan dan salah faham tetapi tidak sehingga kita berbalah atau berlaku perpecahan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, hubungan antara kaum diburukkan lagi apabila media sosial seperti Facebook, Twitter dan blog yang tidak bertanggungjawab menyebarkan cerita-cerita tidak benar selain ditokok tambah kepada umum.

Menurutnya, rakyat perlu menapis sebarang berita atau khabar angin yang didengar menerusi Internet kerana tidak semua yang disampaikan adalah benar malah kerajaan tidak dapat mengawalnya secara keseluruhan.

Muhyiddin berkata, apabila perbalahan tidak dapat dibendung, maka akan berlaku kucar-kacir kerana hubungan antara kaum tidak seperti dahulu apabila mereka saling tidak mempercayai dan mencurigai antara satu sama lain.

"Saya sendiri sebagai Timbalan Perdana Menteri setiap malam sebelum tidur memikirkan macam mana nak uruskan negara. Ada orang hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya, apa nak jadi dengan Melayu, kenapa Islam dihina dan hal-hal yang sama.

"Mengapa hal-hal sebegini berlaku dan ini membimbangkan kita. Kita semua perlu balik ke pangkal jalan. Letakkan agama sebagai tonggak dan kekuatan kita sebagai orang Islam begitu juga budaya dan adat resam kita," katanya.

Thursday, July 3, 2014

LAGI ARTIKEL PUKULAN MAUT KEPADA MELAYU...


Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad
Pada pandangan saya, hubungan antara kaum di Malaysia masih baik. Rakyatberbagai kaum masih menjalani hubungan seperti biasa. Tidak ada ketegangan di antara kaum dalam hubungan mereka seharian. Hubungan sosial di antara sesama orang Melayu juga baik, tidak kira apa parti politik mereka. Apa yang berlaku semenjak PRU 12 ialah “political divide”.
PAS, melalui janji syurga yang tidak perlu ditepati, mengkafirkan penyokong UMNO dan memburukkan pemimpin-pemimpin UMNO dan lain-lain, telah berjaya menarik sebilangan besar orang Melayu untuk menjadi penyokongnya, bukan lagi di kawasan pedalaman tetapi juga di kawasan bandar, bukan lagi dikalangan orang- orang yang berkelulusan Syari’ah tetapi juga di kalangan professional. Ini telah melemahkan UMNO.
Tetapi, selagi PAS kekal bersendirian dan tertumpu kepada negeri-negeri Pantai Timur, ia tidak menjadi ancaman yang serius kepada kerajaan BN di peringkat Persekutuan. Keadaan berubah dengan penubuhan PKR. PKR telah berjaya menarik orang- orang yang kecewa, yang tidak mendapat tempat dalam UMNO, golongan oportunis dan yang marah kepada pemimpin-pemimpin UMNO tidak kira samada alasannya munasabah atau tidak. PKR telah membuktikan bahawa ia hanya mempunyai satu matlamat iaitu berjuang untuk menjatuhkan Kerajaan BN untuk membolehkan Dato’
Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai hasrat mereka, termasuk mengorbankan hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Melihat perpecahan orang Melayu, orang Cina khususnya, yang memang pandai membuat perkiraan, telah bersatu di belakang DAP, mengambil faedah daripada undi penyokong PKR dan PAS untuk menjatuhkan BN dan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat yang akan memerintah. Negeri Perak selepas PRU12 adalah misalan yang baik.
Wakil PAS dijadikan sebagai Menteri Besar menyebabkan penyokong-penyokong PAS merasa bahawa mereka telah berjaya menubuhkan sebuah “Kerajaan Islam”. Maka bertakbirlah mereka disepanjang jalan menunjuk perasaan. Hakikatnya majoriti ahli Exco adalah ahli-ahli DAP dan merekalah yang sebenarnya berkuasa. Jika dulu “Pak Kadok menang sorak kampung tergadai, sekarang Haji Kadok menang takbir negeri tergadai.” Semua ini orang Melayu, khususnya dalam PAS, mesti sedar.
 Melihat keadaan ini, NGO-NGO Cina mula menunjukan sikapnya yang sebenar: tamak dan “kiasu”. Mereka mula membuat tuntutan-tuntutan yang tidak berpatutan yang melanggar peruntukan-peruntukan Perlembagaan khususnya mengenai hak orang Melayu dan kedudukan Islam. Tindakan Gereja Katholik juga sangat merbahaya. Semua perbuatan itu bukan sahaja boleh menggugat perpaduan negara, malah ketenteraman negara. Semua ini tidak berlaku semasa orang Melayu teguh di belakang UMNO.
 Perbuatan itu mesti dibendung. Untuk itu Kerajaan hendaklah memikir semula mengenai keperluan mengadakan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kita tidak patut takut kepada kritikan mengenainya. Singapura dan Brunei mempunyai undang-undang yang serupa. Tidak pula dikritik. Apa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat di Guantanamo adalah lebih teruk dari penahanan dibawah ISA. (Lihat Conflict of Interests Between Different Basic Rights dan juga Legal and judicial Transformation in Malaysia: http://www.tunabdulhamid.my.)
Disamping itu, kerajaan tidak patut terlalu berlembut apatah lagi takut kepada mereka sehingga tidak berani mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Tidak guna mempunyai undang-undang jika tidak berani menggunakannya.
UMNO juga mesti berusaha untuk menarik balik pengundi yang telah lari kepada PAS dan PKR malah sanggup mengundi DAP kerana taat kepada PKR dan PAS. PAS dan UMNO perlu berfikir untuk bekerjasama, sekurang-sekurangnya di peringkat Persekutuan untuk mempertahankan Kerajaan Persekutuan daripada jatuh kepada PKR dan DAP. PAS mesti sedar bahawa perjuangan asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam; bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa DAP akan menjadi parti dominan, bukan PKR atau PAS; bahawa PKR tidak boleh diharap untuk membela orang Melayu dan agama Islam; bahawa DAP adalah lebih chauvinistic daripada MCA atau Gerakan; bahawa PKR atau PAS tidak boleh mengawal cita-cita
DAP seperti UMNO mengawal MCA atau Gerakan. Maka jika PAS tidak mahu hak Melayu dan kedudukan agama Islam digugat, ia hendaklah berkerjasama dengan UMNO.  Sebenarnya, diantara PAS dengan UMNO sudah tidak ada apa bezanya lagi. Demikian juga tidak ada apa bezanya di antara Kelantan yang diperintah oleh PAS selama lebih kurang 40 tahun, dengan negeri-negeri lain di Semenanjung
 Malaysia selain daripada mengadakan kaunter bayaran berasingan untuk lelaki dan perempuan. Dulu Qari’ah haram mengambil bahagian dalam tilawah Al-Qur’an. Sekarang ia sudah harus! Apa yang menjadi “penghalang” bukan ideologi tetapi kepentingan diri. Pemimpin-pemimpin di kedua buah parti takut hilang kedudukan, jawatan dan pendapatan masing-masing, jika bercantum. Soalan: adakah itu asas perjuangan mereka? Masalah ini pun boleh diatasi jika kedua parti bekerjasama untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan, selepas keputusan pilihanraya di
 Anak Negeri Sabah dan Sarawak juga patut sedar bahawa kedudukan mereka dalam Perlembagaan adalah serupa dengan kedudukan orang Melayu. Jika mereka mahu kedudukan mereka selamat, mereka hendaklah bersama-sama orang Melayu,
UMNO dan BN. Bahawa sebahagian daripada mereka beragama Kristian tidak pernah menjadi masalah. Mereka boleh terus mengamalkannya seperti biasa dalam Bahasa Kadazan dan sebagainya. Yang dibantah oleh orang Islam, terutama sekali di Semenanjung Malaysia, ialah cubaan untuk menggunakan kalimah “Allah” dalam bible dan upacara agama dalam Bahasa Melayu, kerana motifnya adalah untuk mempengaruhi orang Melayu menganut agama Kristian. Ini jelas dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.
Jika PAS dan parti-parti Anak-Anak Negeri Sabah dan Sarawak boleh bersama- sama dengan UMNO dan BN, Kerajaan Persekutuan akan selamat walau pun orang Cina bersatu di belakang DAP. Apabila mereka merasa bahawa keadaan itu akan merugikan mereka, mereka akan mula berfikir semula untuk berkerjasama denganBN. Orang Cina membuat perkiraan mengikut untung-rugi. Itu sahajalah prinsip
 Kita sekali-kali tidak hendak meminggirkan orang Cina. Semenjak PRU 1955, UMNO memberi kawasan-kawasan majoriti Melayu yang selamat kepada calon-calon MCA dan MIC semata-mata untuk memberi representasi yang lebih kepada mereka. Apa yang berlaku selepas PRU13 pun adalah pilihan mereka sendiri. Pengundi-pengundi Cina yang berdiri sebulat suara di belakang DAP mungkin akan berfikir semula apabila mereka menimbang semula untung-ruginya.
 Pengundi-pengundi India patut bertanya diri mereka samada Kerajaan Pakatan Rakyat akan menjaga kepentingan mereka lebih baik daripada rekod BN selamalebih daripada lima dekad. Umur PKR terikat dengan umur Dato Seri Anwar Ibrahim, tidak lebih dari itu.
Kerajaan mestilah bersikap tegas dan tidak melayan tuntutan-tuntutan melampau itu. Malah tindakan undang-undang hendaklah diambil terhadap mereka jika mereka melanggarnya. Di kebelakangan ini, Kerajaan nampak seolah-olah takut mengambil tindakan undang-undang terhadap aktivis yang menyebabkan mereka semakin melampau. Malah ada aktivis yang menghina lagu Kebangsaan yang bukan sahaja tidak dihadapkan ke mahkamah tetapi diberi bantuan kewangan untuk membuat filem yang memburukkan Malaysia. Cuba bayangkan bagaimana Singapura akan bertindak dalam keadaan yang serupa. Seperti disebut tadi, Kerajaan mestilah memberi pertimbangan serius untuk mengadakan semula ISA. Pelampau hanya faham ketegasan, bukan diplomasi.
 Pemimpin-pemimpin UMNO juga patut sedar diri. Sebenarnya UMNO sebagai sebuah parti Melayu berada diatas landasan yang betul. Yang dipersoalkan ialah pemimpin-pemimpinnya. Mereka, isteri dan anak-anak mereka dilihat sebagai hidup mewah di luar kemampuan mereka yang membangkitkan isu rasuah. Saya dapati, politik wang dan tertutupnya pintu untuk “orang baru” memasuki dan memenangi apa-apa jawatan dalam hirarki UMNO adalah faktor utama mengapa kalangan profesional tidak menyertai UMNO. Mereka lebih mendapat tempat dalam PAS. Jika hal ini berterusan UMNO akan ketandusan pemimpin. Hal ini telah pun dirasai hari
22.04.2014
Bilik Cempaka,Wad 28, Hospital Kuala Lumpur

Wednesday, July 2, 2014

MKPN PERLU DITIADAKAN PENGLIBATANNYA DALAM DRAF RUU.


ada  perkara penting melibatkan isu draf RUU.

pertama, penderafan draf RUU itu dimonopoli oleh ahli-ahli MKPN yang ternyata liberal aliran pemikirannya.. banyak kupasan lengkap mengenai putar belit intipati draf itu dah didedahkan.

banyak NGO dah bersuara.
tun mahathir pun dan 2 kali bersuara.
semalam bekas ketua hakim negara pun bersuara mengenai aliran pemikiran ahli MKPN.


keduanya... draf RUU ternyata tidak menguntungkan islam,melayu dan bumiputra dari segi  politikal survivalnya di malaysia. t

jadi sewajarnyalah ds najib mempertimbangkan permintaan orang melayu.

pertama, TIADAKANLAH penglibatan MKPN dalam draf RUU. jangan jadikan MKPN terlalu memonopoli draf RUU yang ternyata tidak menguntungkan kita.

seeloknya dijemput ulamak,NGO melayu,profesional melayu  yang berkredibel untuk duduk dan memberi input baru cadangan draf RUU.

MKPN tidak perlu dilibatkan dalam siri draf pembentukan RUU.

elok MKPN ni fokus pada perpaduan kejiranan semangat gotong royong, kempen banteras aedes yng melibatkan penduduk berbilang bangsa.

kerja kebajikan sebegini memang sajaklah dengan nama MKPN, perpaduan.

mungkin wardina boleh dijadikan ikon nyamuk aedes dan dipakaikan pakaian aedes sepanjang masa bagi menyedarkan masyarakat akan bahaya aedes.

manakala saifudin abdullah boleh dipakaikan baju penyembur asap menghalau nyamuk aedes.

manakala bar council punya bekas presiden tu, dijadikan ikon mangsa gigitan aedes..

bab cari dana kempen, serahkan pada mujahid yusof rawa untuk buat tabung.

MKPN taraf dan kualitinya layak pada isu sebegini. bukan menjadi tukang draf RUU yang membahayakan masa depan islam,melayu dan bumiputra.


Tuesday, July 1, 2014

MKPN : BEKAS KETUA HAKIM NEGARA SAHKAN IANYA AMAT BERBAHAYA KEPADA ISLAM,MELAYU DAN BUMIPUTRA.



Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC). 
Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi “pengkhianat” kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN.


Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang “liberal” itu. 
Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis. 


Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN? 

Pengerusinya ialah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam. Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang:

1. Racial and Religious Hate Crime Billl;
2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.
Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair. 
Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini. 
Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara.
Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang.
Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata, “Akhirnya pengundi-pengundi telah matang….” (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan. 
Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebaga dif kehormat! Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitive terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitive terhadap perasaan mereka.)

Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi seksyen.
Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengketepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga.
Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan.
Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan. Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan.
Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?
Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka.
Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang udang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri?
Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar. Selapas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti?
Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu.
Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kpada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang terebut.

Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu.

Bahagian Kedua akan membincang peruntukan-peruntukan rang-rang undang-undang itu)

KLIK SINI