Monday, January 5, 2009

RESOLUSI BPN : BOIKOT BARANGAN ISRAEL/USA


Resolusi bertajuk : ISU PALESTIN DAN GESAAN BOIKOT BARANGAN ISRAEL / USA

1. Kami ahli BPN sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Israel keatas umat islam di bumi palestin' Kami juga mengesa agar semua blogger diMalaysia tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperikemaknusiaan tersebut.

2.Pengguna Islam Digesa Boikot Barangan Yahudi/ US . Marilah kita bersama-sama melaksakan kewajipan agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya.

3. Kami juga menggesa agar pihak PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak Amerika agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.

4. Kami juga mengesa agar pihak kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan Amerika terhadap pencerobohan ini. Sekiranya pihak Negara Amerika masih terus juga meneruskan dasar polisi luar mereka menyokong dan membantu pihak Yahudi Zionist maka kami mengesa pihak kerajaan Malaysia memutuskan perhubungan diplomatik dengan mereka.

5. SEMUA BLOGGER DIGESA MENYEBAR LUASKAN RESOLUSI INI DAN MENGHANTARNYA KEPADA MEDIA MASSA DAN ELETRONIK SERTA MENAMPAL DI MANA MANA FORUM ATAU MYSPACE ATAU YOUTUBE ATAU KOMEN BAGI MEMASTIKAN KESAN OPTIMUM GERAKAN INI

6. BPN mengesa agar pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau.Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.

7. BPN menggesa semua ahli BPN dan juga para blogger menyiarkan logo BOIKOT ISRAEL USA dan Link senarai barangannya di blog blog masing masing demi agama bangsa dan negara kita.

Disediakan oleh :Panglima Perang CyberYdp Blogger Pembela Negara ( BPN )
GAP SOKONG RESOLUSI PENTING INI !!!!!!!!!!!!!

9 comments:

Tai said...

Ya, punca segala permasalahan ini adalah Amerika.

rezqeen hill said...

SOKONG~

Panglima Perang Cyber said...

TERIMA KASIH atas sokongan GAP walau tidak dapat sama sama dalam sidang..


Kita tetap menuju arah dengan suara yang sama GAP.

Kerana kita satu akidah....


salam GAP.


Ni salinan komen di blog Roslan SMS berkenaan calon PAS yang menangis ditawar menjadi calon..

salam...

saya sangat tertarik dengan kisah calon PAS yang sangat tawaduk hingga menangis ketika ditawarkan jawatan.

Ia selari dengan konsep PAS iaitu agama Islam sebagai teras perjuangan.

Cuma ada sedikit persoalan, ketika babi babi diternak dengan banyaknya di negeri Melayu, PAS ada menangis tak terutama YB YB PAS sendiri ?

Ketika blog hina agama kita adakah ada antara pemimpin PAS menangis mengutuk blog tersebut ?

Ketika kereta buatan Malaysia @ Melayu Muslim Perdana Executive dipersenda adakah PAS bangkit mempertahankannya sedangkan ia juga satu hasil kejayaan orang Melayu Islam kita ?

Adakah PAS juga menangis ketika satu demi satu usaha membesarkan gereja dan meminta kalimah ALLAh dibenar guna oleh non muslim di Malaysia ?

Jika PAS memilih waktu untuk menangis maka saya khuatir ada ketika kita akan terus menerus menangis kerana sudah kehilangan maruah agama dan juga kehilangan negeri hasil pajakan 999 oleh boneka DAP di Perak yang anda tentu sudah kenal siapa dia..


Patutlah nabi sudah berpesan ada golongan digelar Dajjal sebelum Dajjal.

Moga kita tidak termasuk antara kalangan disebut Dajjal sebelum Dajjal tersebut..

Salam.

moga ada perpaduan antara Islam selepas ini..

http://penembak-tepat.blogspot.com

gotahlantun said...

EDEN KELMARIN DULU LAGI... DAH SOKONG RESOLUSI BPN NIH...

HIDUP BPN

Apache said...

SOKONG....teruskan perjuangan dan istiqamah...Insyaallah Allah bersama dengan orang yang benar

Anonymous said...

sokong 30x

Anonymous said...

Salam semua, saya hanya nak minta pandangan semua mengenai teori saya ini.

Teori saya adalah jika PRU 12 dahulu Kerajaan Persekutuan jatuh ketangan PKR dan DAP, saya rasa benda pertama yg mereka akan lakukan adalah memgadakan hubungan diplomasi dgn Israel. Ini berpandukan kepada sokongan pihak US dan yahudi kepada mereka ini.

Apa pendapat semua?

-Man Lemang

Anonymous said...

Tak payah la boikot,ko dan parti UMNO serupa aje dengan Israel,ingat ka,dulu UMNO jemput pasukan kriket Israel masuk ke malaysia,masa tu ko kecik lagi kut,berhingus,sampai sekarang pun makin bodoh serta bangang! Cuba bukak laporan ekonomi dll,rakan eksport Malaysia antaranya ialah US,nak boikot konon,Macdonald,KFC rakyat malaysia sebat gak,bila nak tegakkan hukum hudud ko x nak,sudah la..... buat malu aje

Tai said...

Boleh diterima tu alasan encik. memang boleh diterima.

Anonymous has left a new comment on the post "
RESOLUSI BPN : BOIKOT BARANGAN ISRAEL/USA":

Salam semua, saya hanya nak minta pandangan semua mengenai teori saya ini.

Teori saya adalah jika PRU 12 dahulu Kerajaan Persekutuan jatuh ketangan PKR dan DAP, saya rasa benda pertama yg mereka akan lakukan adalah memgadakan
hubungan diplomasi dgn Israel. Ini berpandukan kepada sokongan pihak US dan yahudi kepada mereka ini.

Apa pendapat semua?

-Man Lemang