Saturday, September 25, 2010

OPEN HOUSE RAYA UMNO SEPANG . RIBUAN RAKYAT HADIR !


 aku sampai lambat kat tempat lokasi. ini adalah kali kedua aku hadir di majlis rumah terbuka hari raya pemimpin umno.. yang pertama kat rumah noh omar di kelana jaya..memang ramai la manusia. silap aku hari tu tak bawak kamera.

petang tadi tengok iklan kat MYKMU. katanya ada jamuan raya dan rumah terbuka anjura umno sepang. aku sampai kat dengkil jam 9-30 malam. hujan lebat namun lautan rakyat tetap tak berganjak.

dulu masa umno shah alam buat open house yang najib datang, hampir 30ribu rakyat hadir. namun ada sedikit rungutan tentang kehadiran orang india dan cina yang kurang. bagi aku mudah, shah alam lokalitinya 75% penduduk melayu jadi tidak menghairankan lah sekiranya open house raya anjuran umno shah alam ramai melayu yang hadir. elok gak, pasal dengar ceritanya majlis anjuran kalid gereja diboikot rakyat shah alam.

kat dengkil pulak lain situasinya. nisbah kedatangan melayu cina dan india hampir sama. aku yakin dorang ni semua penduduk tempatan. hebat dan tahniah !

3 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah, kalau dekat saya pun pergi.

Anonymous said...

kau ni kuat auta lah gap...kes datuk sos apa cerita, tak kan senyap jer..

Anonymous said...

anon 4:19 memang mangkuk pisang betul la. orang cakap pasal rumah terbuka dia sebuk pasal kes bunuh jutawan kosmetik tu. apa ko ingat gap ni polis ke. kang tulis bukan berita sahih kat susah nanti. ko tunggu je la kat tv tengok berita.jangan kacau la