Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasar tani khas itu akan membekalkan barang keperluan seperti sayur-sayuran dan ikan dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga biasa iaitu antara 18 hingga 60 peratus.

“Bekalan dan stok makanan ketika ini sangat mencukupi dan kita membekukan bekalan eksport untuk kegunaan tempatan di musim tengkujuh sejak Oktober lalu.

“Dakwaan kekurangan bekalan akibat banjir tidak seharusnya dijadikan alasan menaikkan harga,” katanya selepas majlis pelancaran Pasar Tani Khas Pasca Banjir yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin di Lurah Semantan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menegaskan, banjir bukan alasan untuk peniaga dan pemborong menaikkan harga barang keperluan ha­rian seperti sayur-sayuran dan ikan kerana negeri terlibat bencana itu bukanlah pembekal utama.

Katanya, kenaikan mendadak sebanyak 60 hingga 100 peratus dilihat sangat tidak munasabah dan membebankan pengguna.

UTUSAN