Sunday, September 21, 2008

PAKATAN YG SEMAKIN GUSAR !


hari ini blog gerakan anti pas telah di hack dengan sebegitu gila. sehingga terpaksa di removekan oleh blogger.com. aku hanya tersenyum melihatkan kedaan ini. tersenyum puas akhirnya hentaman gap kembali bersama2 rakan blogger yang lain seperti anginperubahan,taipingmali,pang5 perang cyber,aidc,pembela melayu,abe mie,perak bangkit,mik, dll bloger yang hebat akidahnya menyebabkan mereka kepanasan !


setiap hujah membela agama dan bangsa langsung tidak dapat dipatahkan oleh penyangak2 agama pakatan rakyat..yang hanya mampu mereka lakukan adalah menghantar spam..haha..lemah akal fikiran mereka untuk berhujah !


apapun jari jemari ini akan digunakan sebaik mungkin untuk membela agama dan bangsa ! bangun semua pahlawan melayu yg sudah sedar..bangkit menentang pengkhianat agama..pengkhianat bangsa ! kepada rakan2 blogger sila berikan komen untuk memudahkan gap link kan blog saudara...

29 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Blog baru GAP sudah selamat dismskan ke semua blog blog team panglima.

Nanti GAP komen dlm kawan2 lain blog baru GAP ini.

Lawan tetap lawan.

pisau said...

GAP

patut la klik blog GAP takde tadi..
nasib baik jumpa balik link yang baru di blog panglima cyber...

terus kan perjuangan ..

ramai yang dahaga kan maklumat.

ysnizam said...

Aku sentiasa sokong GAP...!!!

Anonymous said...

penakut sungguh hacker tu yer. aku rasa bukan blog ko saja, ada beberapa blog lagi yg agak anti PR pun kena godam. kebetulan ker kalau macam tu?
teruskan GAP berjuang bersama sahabat seperjuanganmu di alam cyber!

GAP KEMBALI said...

t kasih pang 5 cyber dan rakan2 lain..gap hargai BANTUAN kalian..

tak sangka bulan ramadhan ni pun ada syaitan telepas..hehehehe

Panglima Perang Cyber said...

sama sama gap.

jgn lupa buangkan flag atas tu.

nanti ramai klik susah pula...

moga gap sabar atas 'serangan syaitan' bulan ramadhan ini.

syaitan sudah meresap dlm diri manusia hehehe..

jadilah syaitan manusia = syitsia

hehehe..main main saja.

blog saya pernah kena hack juga. diorang tukar gambar pak lah jadi tangki minyak ...kurang ajar sungguh..

salam gap.

Pok Nik Klate said...

Good job GAP..teruskan usaha murni demi agama,bangsa dan tanah air dari petualang Pakatan Rakyat

Cheguman said...

Salam GAP,
Demang akan buatkan semula link dalam waadat.

Teruskan perjuangan.

GAP KEMBALI said...

tq pok nik klate..BOTH MY WIFE ARE WORKING ? hebat pok nik hebat..

waadat..tq bro..

pang 5..ini flag apa macam da..

Arjuna said...

GAP dh kembali hehehe mari kita berjuang hingga ke titisan keringat terakhir GAP...

GAP KEMBALI said...

tk byk yeop !!!!

gap dapat tahu kalau 16sept tu jadi negeri pertama tumbang PERAK ! tu pasai ca ya nun alif / ba alif ba ya DAP taknak isu llompat kecoh !!!

GAA said...

GAP,blog teman da lame kene..teman maleh dh nak berblog..ape2 pun,teman sokong GAP..teruskan perjuangan GAP,La Takhfa Wala Takhzan,Innallah hamaana(jgn kamu takut,jgn kamu bersedih,sesungguhnya Allah bersama kita..)InsyaAllah..Allahuakbar!

GAP KEMBALI said...

tapkee gaaa..akidah perjuangan perlu konsisten..islam dan bangsa !

Anonymous said...

teruskan perjuangan GAP, diorg hantar spam sebab rasa tergugat dengan GAP. Buktikan kejahatan dajjal tuh. Salam Perjuangan

Pewaris Melayu said...

bro..
gua sudah advertise-kan blog lu..
selamat berkarya.. aku nantikan tulisan tau seterusnya!

p/s: gap, kau lupa nak taruk anti virus dalam blog ni. Sebab tu la kena hack!

Anonymous said...

gap,gua caya lu.hari hari gua buka lupunya blog.depa dah makin goyang,lawan sampai depa makan pasir,hidup gap.

GAP KEMBALI said...

aiseyman melayu kini..camana nak letak anti virus..aku bukan tere benor pasai blog ni..

brader sepang..sama2 bro..kehendak agama kita dahulukan dan kelangsungan bangsa kita teruskan..

Tai said...

Gap, bersabak. Tak pa. Depa penaya hang. Depa zalim. Ingat no, doa orang yang lazim, dimakbul tuhan. Tuhan ada mata dan telinga. Tuhan itu maha pengasih dan maha penyayang. kalau perjuangan hang itu mulia dan jujur, tuhan akan tolong. jadi, janganlah risau.

Tai said...

Eh, blog boleh boh anti viruskah? kalau lagu tu, aku pun nak tau gak. Satni blog aku kena hack kacau. Pasai aku dok rajin hantam orang buta.

Tai said...

http://www.agendadaily.com:8080/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a
---------------------------

Pak Sheikh dan demokrasi ala 16 September…

Ada kawan-kawan yang kata kerajaan PAS Kelantan sekurang-kurangnya kena bersyukur mereka dapat hidup aman damai selepas pilihanraya umum 2004.

Ikut cakap depa tak dengar pun suasana yang kalut segala macam tak habis-habis berbulan lamanya macam sekarang.

Kalau nak kira mana boleh tahan sangat.Waktu itu bezanya cuma dua kerusi saja dengan Barisan Nasional.Lepas tu PAS tinggal satu kerusi saja bila kalah
pilihanraya kecil Pengkalan Pasir.

Depa dok cakap bab tu mengenangkan bagaimana kemarukya Datuk Seri Anwar Ibrahim nak jadi juga Perdana Menteri sampai dah masuk peringkat tak peduli apapun...asal
dapat.

Cuba bilang dengan jari sekarang ni bezanya kerusi pembangkang dengan BN bukan satu,bukan dua,bukan tiga,bukan empat,bukan lima tetapi 58.Lepas tu tolak
dua pasai parti SAPP di Sabah tu keluar BN… tinggal 56.

Jangan kata apa-apa beb … mana mungkin orang sehebat Pak Sheikh boleh kalah atau mengaku kalah walaupun sudah berulangkali sebelum ni keriau sana sini
kata lebih 30 orang Ahli Parlimen BN sudah ada dalam gengamannya.

Aksi terbaru untuk menyapu arang yang terconteng pada imej politiknya kerana tidak tertunainya janji nak tubuh kerajaan 16 September...Pak Sheikh sudah
bangun dengan desakan diadakan segera sidang tergempar Dewan Rakyat.

Baginya itulah medan paling afdal untuk buat perhitungan dengan kerajaan BN siapa yang lebih power.

Ikut perkiraan Anwar…kerajaan dan semua orang kena layan segala macam karenahnya.

Macam biasa angka lebih 30 MP BN jadi ayat penyedap bicara.

Ada kawan-kawan yang tanya apa lagi tembarangnya kali ini.

Lojik cakaplah mana mungkin Anwar mahu tunggu satu saat…malah tidak satu minit pun kalau betoi-betoi dah lama lebih 30 orang Ahli Parlimen BN ada dalam
poketnya.

Ada juga kawan-kawan yang sinis habis bila sentuh tentang dakwaan Anwar kata dia tak boleh umum senarai nama lebih 30 MP tu kerana takut nanti bala sekelip
mata termasuk ISA akan timbul keatas mereka.

Soalnya mudah saja....contohnya siapa lagi yang boleh cover line baik melalui ISA dan segala macam tuduhan segera lain ...kalau Anwar boleh bariskan serentak
lebih 30 MP itu dalam satu sidang akhbar bersamanya.

Sekarang ini kalau rajin check terdapat sebilangan blog yang sudah mempermain-mainkan senarai yang disebut-sebutnya itu dengan membariskan senarai kosong
dari 1 hingga angka 31.

Cuba kita semua selak balik berita Penasihat PKR itu cakap tentang bab itu sejak pilihanraya umum 8 Mac lalu.Sudah berapa kali dia punya tembak kata semua
depa tu dah set lompat?

Kawan tengok cara Anwar punya cakap masa sidanng akhbar desak kerajaan BN adakan sidang tergempar Dewan Rakyat pada 23 September ini bukan main punya serius…


Fikir-fikir balik rasa rasa macam pernah dengar ayat ayat tu...masa Anwar heboh bercakap merata tempat termasuk di luar negara kata masuk saja detik 16
September kerajaan BN sudah terbenam dalam liang lahad.

Ada juga andaian popular yang berlegar sekarang kata dia saja buat desakan tu sebagai satu strategi nak cover malunya. Sebabnya kerat jari Anwar tahu sangat
kerajaan BN tak akan setuju nak layan desakan itu.

Jadi dengan sendirinya bagi dia banyak waktu lagi untuk bermain dengan cerita ini.Kalau tanya alasan mudah...kerajaan tak mau buat sidang tergempar Dewan
Rakyat.

Jadi jangan sekali kali underestimate Pak Sheikh dan pakar-pakar strategi sekelilingnya…mereka memang tip top dalam bab helah perang saraf ni.

Kawan dengar cerita team nya itu amat bagi perhatian berat pada indeks persepsi masyarakat.

Jadi apa saja langkah nak diambil... indeks perepsi masyarakat mesti kena ‘ campur’ padanya dan ‘ tolak’ kepada kerajaan.

Ikut ceritanya itulah juga antara tujuan mereka sibuk hantar lima pemimpin kanan mengejar MP BN di Taiwan.

Ia semata-mata nak paparkan persepsi yang mereka benar-benar serius...walaupun habuk pun tak ada dan lima mereka pulang dari Taiwan tangan kosong.

Cakap-cakap pasai benda ni semua... masa sembang-sembang ada seorang Kawan yang kata apapun kita semua patut berterima kasih pada Pak Sheikh kerana dia
banyak memberi pedoman dan tunjuk ajar kepada seluruh rakyat Malaysia tentang demokrasi – ala kerajaan 16 September - yang tak jadi tu.

Jadi katanya syok juga kalau katakan barisan pembangkang yang diterajui Anwar boleh berkuasa.

Ye lah bukan senang nak dapat peluang banyak benda yang kita boleh buat bebas sebebasnya.

Katanya yang pertama sekali mereka yang bakal dihadapkan ke mahkamah atas apa tuduhan sekalipun tidak perlu bimbang dan gundah sangat macam dulu-dulu.


Kita sekarang bercakap tentang kepimpinan melalui teladan…tengok sudah bagaimana Anwar handle dan buat bising pasal kes dakwaan liwatnya.

Jangan bimbang kena apa saja tuduhan ...banyak cara boleh mempertikaikannya.

Kalau orang politik boleh buat ceramah,kempen dan roadshow.

Apa perlu nak risau bersepah “Mahkamah Rakyat’ boleh dibuka menjelang perbicaraan sesuatu kes.

Yang penting kena kreatif dan pandai bikin gempak.

Agensi-agensi penguatkuasa seperti polis,Badan Pencegah Rasuah dan lain-lain jangan buat main-main nak dakwa dakwi senang-senang.

Tengok sudah dalam kes dua Exco Kerajaan Negeri PKR kerajaan negeri Perak yang kena cekup pasal kes rasuah.

Ini sejarah beb ...belum pernah berlaku macam ni. Menteri Besar Perak boleh keluar kenyataan bagi kata dua minta BPR dan media yang buat liputan minta
maaf kerana menjejaskan imej kedua mereka.

Seronoknya dalam depa dok cakap tinggi melangit pembangkang benci rasuah - bila kena batang hidung sendiri... lompat tak bertangga.

Jadi bila barisan pembangkang berkuasa nanti jangan teragak-agak kasi hentam habis-habis dulu mana-mana agensi kerajaan yang nak dakwa kita tu.

Atas nama demokrasi tu juga Kawan sendiri boleh bayang macam mana nanti para penjenayah raya keling punya seronok menyambut kerajaan yang ini macam.

Jangan lupa itu baru sikit …ada senjata lain yang boleh pakai…iaitu Akuan Bersumpah.

Cari kawan-kawan atau siapa saja…bayar RM5 buat Akaun Bersumpah tuduh siapa saja kita suka.

Kerajaan 16 September memang cukup minat pada Akaun Bersumpah.

Para wartawan dan blogger tak payah nak takut-takut...tulis hentam,tuduh,fitnah maki hamum ikut suka hati depa... tidak ada siapa yang larang.

Siapa yang nak cakap banyak...Bukankah laman Malaysia Today dah jadi benchmark yakni penanda aras pada kebebasan boleh tulis apa saja di negara ini.

Kalau nak tangkap boleh tanya balik... pasal apa Raja Petra boleh buat.

Lagipun Anwar selalu dabik dada dia sentiasa uphold the freedom of the press walaupun kawan-kawan budak suratkhabar semua tahu dia cukup geli dan melenting
bila dengar soalan-soalan yang mengusik jiwa.

Kalau bab nak buat demonstrasi ni…tak payah permit-permit polis.Cerita kena minta permit ni kisah zaman sebelum merdeka.Buat saja tak kira masa dan tempat,pagi
petang siang malam.

Apa saja yang tak puashati himpun ramai-ramai… sewa stadium…sewa dewan atau cari padang kosong.Kalau tidak kumpul ramai-ramai..naik sepanduk..arak sana..arak
siri.

Bila datang pilihanraya umum jangan pula nak susah hati takut pasal kalah menang.Tak cukup undi kata ada pengundi hantu.Cukup undi dan menang lima negeri
pun kata ada pengundi hantu.

Tak boleh tubuh kerajaan apa nak sudah hati.Bukankah kita boleh bising dan bising dan bising selagi termampu kata ramai YB di pihak kerajaan dah terhegeh-hegeh
nak melompat.

Tak melompat pun kata saja nak melompat…siapa yang peduli.Dalam demokrasi apa kita cakap orang kena dengar.

Dalam dok sibuk tak tentu hala nak berebut buka kerajaan 16 September ada kawan yang kata cuba hang tengok ada nampak apa-apa perubahan besar dak di lima
negeri yang ditawan pembangkang masa pilihanraya umum 8 Mac.

Dia tanya ada dak benda-benda yang rakyat negeri tu boleh lompat sampai ke bumbung punya seronok.

Kalau nak ikut manifesto dan janji pilihanraya dah bergemerlapan punya senang lenang depa di negeri-negeri tu.

“Aku tak nampak apa sangat…cuba hang cerita mai kot-kot aku tertinggai tak baca surat khabar.”kata kawan yang seorang lagi.

Katanya ini cerita bagi air percuma…letrik percuma kat orang sikit sebanyak cuma nak bagi syok awal-awal saja.

Itupun macam di Selangor sampai nak goyang satu negeri punya riuh…baru nak buat.

Kalau selak balik manifesto depa tu banyak lagi yang belum tertunai dan belum nampak bayang akan tertunai.

Mungkin depa nanti bagi alasan baru enam bulan lebih.Itulah ayat standard.

Syoknya dalam bergudang janji yang belum tertunai tu..Pak Sheikh boleh pusing keliling lagi janji dan terus janji.

Kawan: tak pernah terfikir ada orang kemaruk nak jadi PM sampai begitu sekali

--- end ---

Singh Is Kinng said...

Salam GAP,

Ingatkan dah merajuk bila kena attack teruk.

Good to know you are back.

Anonymous said...

Teruskan perjuangan mu semua blogers, tentang Melayu yang tak sedar lagi tu. Perjuangkan Ketuanan Melayu sehingga titisan darah terakhir, nescaya anak cucu kita akan mengenang akan jasa mu semua.

Kembara Politik said...

Assalamualaikum & Salam Ramadhan.

Saya mohon kebenaran untuk senaraikan blog saudara dalam blog saya. Harap halal ye?

http://kembarapolitik.blogspot.com/

Salam Perjuangan!

PsyTroopers

GAP KEMBALI said...

piggy singh..aku rindu la kalau ko tak bermadah macam karam singh..aiseyman piggy singh..merajuk tu azmin ali yg punya..sampai hentak2 kaki, tak caya tanya kalid jaafar..

warisan..kita sama2 berjuang..yg benar perlu ditegakkan yg salah d tegur !

psytrooper..gap masukkan dont wory..kita kasi HENYAK LA !!!

GAP KEMBALI said...

ysnizam n megat..tk kasih sokongan kamu sahabat..moga jiwa kita semua yg disini seperti jiwa sahabat2 r.a ..amin

Panglima Perang Cyber said...

Nak buang flag ?

ubah template lagi bagus..

ni link dia utk cari html template.

http://www.finalsense.com/services/blog_templates/4column_templates.htm


ni template saya pilih utk gap hehe..

http://www.finalsense.com/services/blog_templates/lexus_template.htm

lepas tu
buka blog >
cari layout >
edit html >
copy skript >
paste di word >
copy skrip di laman link atas >
delete skrip asal >
paste yang dicopy di ruang edit html >
save >
view...

harap gap dapat buat sendiri.

apa apa hal ym saya :

panglimaperangcyber@yahoo.com

Singh Is Kinng said...

Salam GAP,

Hentak kaki sebab nak lawan tak berani, telur dan timun dah takde lagi habis dimakan si Teresa DOGgy.

GAP KEMBALI said...

pang 5..nanti aku cuba..tak dapat..aku meng kontact engkau..

piggy singhh.telur timun takdee.bapok la tu ? auw auw nyah..nak kopi nyah

Anonymous said...

TaHnIAh GAP!TeRusKAn mEmaNAs MeReKA~