Tuesday, February 17, 2009

BLOGER ANTI ANWAR : FASA SERANGAN KE 2 SUDAH BERMULA !

salam syukur aku hulurkan kepada semua bloger,bloger BPN,komentar dan pembaca sekalian. hari ini aku berani menyatakan bahawa perjuangan KITA menentang pakatan rakyat sudah memasuki fasa ke 2.

tatkala momentum kebangkitan rakyat sudah makin melonjak menolak pakatan rakyat, bermula nya di perak, maka KITA harus melipat gandakan usaha dengan lebih cergas,mantap,konsisten dan berilmu untuk terus menyampaikan dakwah islamiyah ini ke seluruh pelosok negara..

hari ini KITA sudah berada di seluruh sudut dan posisi negara. bloger-bloger dari sabah,sarawak dan seluruh semenanjung sudah menyatakan akan kesediaan untuk menyerang anwar dan pakatan rakyat habis-habisan..alhamdulillah .

FASA KE 2 ini adalah kelangsungan daripada nota sejarah dakwah nabi saw memperbetulkan semula struktur iman dan sosio masyarakat di mekah..kalau dulu nabi saw menyampaikan dakwah dan tabligh ini dikalangan kaum keluarganya sahaja, bila diperintahkan oleh rabullalamin untuk menyeru secara terbuka maka ia telah disambut dengan seluruh sahabat r.ajmain !

begitulah yang telah di hadapkan kepada kita oleh tuhan maha pencipta. bermula dengan usaha kecil akhirnya tidak sampai satu tahun KUMPULAN KITA semakin teguh dan terus mengugat akidah perjuangan mereka.

fokuskan serangan terhadap kepala munafik nombor satu anwar ibrahim . fokuskan serangan terhadap gabungan munafik melayu dalam pakatan. fokuskan serangan terhadap rangkaian-rangkaian sesat mereka seperti tranungkite,malaysiakini,malaysiatoday,blog-blog pemimpin PR.

dan yang lebih penting SEGALA MAKLUMAT KITA dapat kita salurkan kepada insan-insan yang bukan politik,manusia atas pagar,saudara dan seluruh umat. sedarkan mereka akan game politik merbahaya anwar dan pakatan rakyat yang sedang dilakukan. nasib agama dan bangsa diperjudikan seadanya oleh anwar demi kemaruk kuasa !

dalam masa yang terdekat ini, bukit gantang,bukit selambau dan mungkin bukit lanjan adalah FOKUS UTAMA KITA. berdasarkan maklumat hingga ke petang tadi (sebelum magrib) anwar bin ibrahim semakin kepanasan kerana seluruh gamenya kini telah di check mate dengan begitu baik sekali. dan yang ebih menggemparkan lagi SUDAH ADA USAHA DARIPADA PIMPINAN MUZAKARAH PAS UNTUK MENCANTAS KUMPULAN ERDOGAN ONCE N FOR ALL ! ini adalah igauan buruk untuk anwar !

29 comments:

Anonymous said...

Salam bro,
ya benar kita baru bermula..
kita akan sama-sama terus berjuang bersama AIDC dan BPN serta rakan-rakan anti pengkhianat bangsa...
Kumbang tak mahu semua tergadai. Kita hanya ada 1 tanah air.
lawan tetap lawan !

taipingmali said...

HIDUP BPN, HUDUP SEMANGAT MELAYU TULEN.

GAP KEMBALI said...

kumbang
ya betul tu sahabat ku. dalam mana2 organisasi perlu ada perancangan. kita bergerak ke arah itu. nanti kita p minum.

taipingmali
sahabat lama. hang dgn gang2 lain punyai tanggungjawap besar pertahankan perak.

Syammil said...

insyaallah..kuatkan semangat.jangan berpecah..

GAP KEMBALI said...

syammil
semakin bersemangat. teruskan

Anonymous said...

salam,

terima kasih encik gap. tukau balik background asal. ur very nice.

salam perjuangan.

AbgTuah said...

Salam..

Syabas dan hebat sekali..

Ayoh kita teruskan perjuangan..

Kita susun semula barisan BPN yang baik ini agar menjadi lebih baik lagi..

Lord Garam said...

Salam Bro,

Konsistensi aku tak pernah padam. Selagi makhluk bernama Anwar Ibrahim ini tak diaibkan perilaku kejinya, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melondehkannya.

Hidup BPN dan Hidup Saiful.!

Malaysian-2Day said...

Mari sebarkan berita2 yang benar dan buka minda rakyat agar mereka nampak siapa sebenarnya Pakatan Rakyat! Insyaallah jika kita di pihak yang benar, segalanya akan jadi kenyataan. Aminnnn!

Anonymous said...

Jangan lupe...~

Ade sorang gik... si budak *tut* lam Parti...~

Memang bahaya sangat...~

Si budak tuh memusnahkan UMNO dr dalam...~

Segala nya dah dicaturkan...~

Klo idak takkan la si AI lepas dr kurungan awal sgt...~

Selamat Berjaya...~

HORASSSSS!!!...~

Anonymous said...

kita semua akan ditempatkan di syurga bersama para nabi2...kerana perjuangan umno adalah yang paling tepat...kita mesti teruskan perjuangan umno supaya tidak ditempatkan bersama orang-orang berdosa

Al Haadi said...

Yes bro, setuju dan juga kuatkan kesedaran Ilmu kepada anak bangsa kita

Anonymous said...

saya mmg menyokong GAP....

semoga raja badut & geng2 circus nye tumbang cepat !
sudah PASTI.

GAP KEMBALI said...

anon
mata aku pun terkebil-kebil mula2 tukar layout putih..skrg ok

abgtuah
gap sokong 100%..patahkan 'fitnah' mereka dengan ilmu kita.

garam manis
aku tau semangat kau. teruskan

melayu kini
amin

gorgor
ada tali barut ke ?

al haadi
mari kita tarbiyah pas

nisa shari
ibu yang boleh menggoncang dunia. gap dah linkkan salah satu dpd blog nisa. teruskan perjuangan

Panglima Perang Cyber said...

tulisan komen kena tukar warna jugak..

maaf lama x singgah hehe...

QasehNuryz said...

Salam GAP,
dh tukar layout hehe...as long still black..i likeeeeeee:)

Agree..teruskan menulis,terus kan mengupas satu demi satu kelemahan mereka GAP.Ramai bersama anda...kita sama² usaha ke arah itu.Artikel² GAP dan kawan² lain akn sy hantarkan sebagai bahan tatapan para² penyokong PR.
Tak byk sikit pasti ada mata yg bakal CELIK.

Zorro said...

2 PKR dari 2 BUKIT sama dengan Penasihat PKR. Moralnya BOBROK. Bukit Selambau skandal perempuan simpanan. Bukit Lanjan…gambar bogel. Menonggeng-nonggeng jatuh tertiarap Anwar kena penangan dengan ahli-ahlinya sendiri. Berdegar-degar Anwar dan sekutu-sekutunya dok menghentam wakil-wakil rakyat BN pasal isu moral….Akhirnya Allah SWT tunjukkan, siapa sebenarnya yang menjuarai kebobrokan moral ini.

Allah SWT sudah ingatkan, “jangan kamu sesekali membuka keburukan saudara-saudara kamu, nescaya Allah akan bukakan keburukan kamu”. Allah SWT tidak pernah mungkir janji. Namun nampaknya Anwar masih belum sedar, seperti nak menongkat langit. Kali ini Anwar cuba lagi buat alasan lapoknya, ini semua konspirasi BN. Saya tertarik jawapan bersahaja dari Dato’ Noh Omar, “takkanlah orang BN nak suruh ADUN Bukit Lanjan berbogel dan ambil gambar, lepas tu edar dalam internet”.

Anwar nak cuba tutup rasa kemaluannya, kerana dia menganggap dirinya kini sudah sewarak pemimpin PAS yang telah dikudakannya selama ini. Anwar pun sebenarnya tak tahu sangat pasal gambar bogel tu, maklumlah…dia pun dok banyak simpan gambal bogel sendiri….

TAPI….YANG SEBENARNYA TAHU IALAH ELIZABETH WONG SENDIRI, SIAPA YANG RAKAMKAN GAMBAR TU….

So…..Anwar…hang jangan cakap banyak, tuduh sana, tuduh sini….hang pun sama dengan 2 ADUN bukit tuuuuuuuuuuuuuu……………..

GAP KEMBALI said...

pang5
aku tak pande sangat tukar2 layout ni. asal siap je. yang penting belasah anwar !

qaseh
tk saudari. kirim salam pada semua kawan2 yang karat anwar tu.

cayalah zorro ! anwar sekarang fenin lalat daaaa

TOK GEBOR said...

Berhati-hati dengan perangkap Anwar, kita juga perlu mengagak muslihat dan rancangannya.. isu bukit lanjan juga mungkin satu perangkap darinya.. UMNO kena berhati-hati jangan terperangkap dengan agenda tersebunyinya...

Anonymous said...

jom sama kita serang dan menyedarkan mereka yang melayari blog dibawah disebabkan didalam blog ini banyak menyalurkan fitnah dan mencaci keperibadian sultan serta kedaulatan raja...moh kitaa..

PerisikRakyat@yahoogroups.com

Generasi Pejuang Bangsa said...

HIDUP BPN !! saya menyahut seruan menentang Anwar habis-habisan ..

kita berjuang ini untuk kepentingan bangsa ,agama dan negara ini

Pok Nik Klate said...

Good move PAS..this should have been done a long..long time ago. At the same time pls also flush out PKR & Anwar out of PAS's whatever plan politically. Lat but not least..Datuk Kamarudin Jaafar and Husam Musa also. Kelantan will forever be with PAS...InsyaAllah.

GAP KEMBALI said...

poknik tak buat lagi ke blog ? aiseyman

Anonymous said...

Terima Kasih GAP atas usaha dan perjuangan anda. Saya bekerja di pejabat kerajaan di Selangor. Pro pembangkang yang dulu semasa BN berkuasa boleh bekerja tanpa mengumpat dan menuduh BN secara terang-terangan kini semua dah jadi "pakar" politik yang analisis mereka merumuskan apa BN buat adalah korup, buruk, jijik, jahat manakala PR buat apa saja semuanya baik dan mendapat keredaan ALLAH swt. Saya benar-benar pelik bagaimana orang Melayu dan Islam boleh tertutup hati dan iman mereka terhadap perbuatan Anwar yang rela berbuat apa saja termasuk menggadaikan bangsa dan negara asalkan beliau jadi PM.Tahukah sdr berapa ramai orang Melayu kini tak sayangkan bangsanya? mana ada orang Cina dan India atau bangsa lain yang tak sayangkan bangsanya sendiri? Ini semua angkara Anwar dengan tafsiran "keadilan" yang dibawanya. PAS walaupun tidak bersetuju dengan kebanyakan perjuangan dan perbuatan pemimpin komponen PR yang lain hanya bersikap terpaksa bersetuju asalkan BN hancur. Kononnya selepas ini berlaku barulah mereka akan menegakkan prinsip mereka termasuk mendirikan negara Islam.Masa itu mereka mengharapkan PKR & DAP akan bersedia dicucuk hidung mengikut saja apa kehendak mereka (PAS)

jack perut said...

umno, pirahhhh

Anonymous said...

Hidup BN !! Hidup Amno !!!
Hidup Rasuah !!!

Anonymous said...

Aduuhhh... kesian gak aku nengok perjuangan ko orang.. perjuangkan RASUAH, KRONI, dan macam2 lagi..

Pirahhh... amno sekarang sudah tidak relevan.. sebuah parti yang hanya membela kroni2 nya seperti korang.. tapi nasib rakyat lain ditutup sebe;ah mata.

Memang umno/amno nie CELAKA-CELAKANYA.

Teruskan perjuangan sia2 korang.. entah berapa yang korang dpt dari perjuangan ko nie..

PEACE.

Anonymous said...

A ah... PAS & PR takder rasuah dalam kerajaan dia. PAS & PR jugak takder kroni dalam pemerintahan dia..

PAS & PR cuma ader 'hadiah' dan 'sumbangan'... Bab kroni2 ni, PAS & PR tak main. Kitaorang angkat anak beranak untuk jawatan2 tinggi dan bagi kontrek kepada kawan2 je.

Lain, kan?

Hahahaha.... Pi cakap kat lembu kat padang ler...!!

6jahanam said...

Mari kita berjuang bersama sama macam plastine berjuang untuk bebaskan negara nya dari israel macam tu juga kita berjuang untuk bangsa dan ugama dari puak puak yg sama dengan isreal ia itu pakatan rakyat sial lagi durjana kita jangan mengalah sampai bila pun sehingga durjana durjana ni tunduk dan hancur ayo semua bangsa ku bangun kita lawan mereka dialam siber jangan bagi muka lagi kita guna apa yg ada untuk hancurkan pengianat negara,ugama dan bangsa kita bersama sama GAP dan para sahabat untuk gempur mereka sehingga PRU 13 kita hancurkan mereka.