Saturday, April 25, 2009

CERPEN : YB GAP ( MATINYA BAKAL MEMANDA MENTERI )


Malam ini adalah malam terakhir aku. 14 hari kempen yang lalu sudah menggemparkan partai pemerintah. Seluruh Negara hanya menunggu masa untuk menabalkan aku sebagai memanda menteri, posisi political paling tinggi sebagai pemerintah . aku bisa punyai kuasa, kiranya aku menghidangkan segala ‘lauk politik’ yang diminta.

Di utara dan pantai timur, aku bermain kata. Depan masarakat cina aku perjuangkan hak mutlak tuntutan mereka.aku lebih gila dari partai dapp,aku lebih gila daripada dewan perniagaan cina dan lebih gila daripada dong jhia zong. Aku anak melayu, pernah mengerjakan haji, tetapi hari itu depan puluhan ribu orang cina, aku adalah lee kuan yew melayu!

‘tuan , kita dah sampai’ kata hj mat ajis ketua unit amal partai lambang bulat. Tersentak aku dari lamunan. Hj mat ajis sudah lama dengan aku, dia penasihat agama aku,dialah yang mengajar aku tentang agama,cara-cara menjual agama demi kepentingan politik aku.

‘tuan , malam ini malam terakhir kita berkempen, puluhan ribu sudah ada di stadium keramat ,beratus wartawan dalam dan luar negara sudah bersedia mendengar ucapan terakhir tuan, sebelum tuan diangkat menjadi memanda menteri esok ‘ kata hj mat ajis.

‘bagaimana dengan bloger-bloger kita, sudah bersedia melakukan spin? Tanya aku. ‘mereka dah bersedia tuan’ jawap hj mat ajis penuh bersemangat.‘hmm bagus’. aku mengangguk…

aku masuk ke stadium utama menggunakan pintu belakang, sama seperti tabiat dan kelakuan aku, suka menikam belakang musuh dan kawan demi cita-cita politik aku untuk menjadi memanda menteri. Tapi..harus diingat barangkalian bahawa senya aku tidak bermain belakang dan tidak minum kopi sebagai bahan pujukan.

Pengacara majlis sudah mendapat indikasi ketibaaan aku. Unit amal partai bulan sudah mengepung untuk membawa aku terus ke pentas utama. Malam itu sudah lewat, aku punyai 1 jam sahaja untuk berkempen. This is my last chance, by hook or by crook tomorrow I mesti jadi memanda menteri..bisik hati aku ( memang English aku teruk kerana aku mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa PPSMI itu telah gagal)….

‘RAKYAT SEKALIAN, BAKAL MEMANDA MENTERI KITA TELAH TIBA..ESOK BERSAMA TEMAN-TEMANNNN….. RAKYAT AKAN MENGANGKAT YB GAP SEBAGAI MEMANDA MENTERI YANG KE 7.!!!! TAKBIR TAKBIR ‘ !!! sungguh bersemangat pengacara majlis mengumumkan ketibaan aku. Seluruh rakyat betakbir, cina melayu juga india mengucapkan allahuakbar . inilah hasil kejayaan dakwah aku meliberalisasikan islam.

Bergema stadium keramat, limpahan flash-flash kamera terus berkelip tanpa henti. Aku berjalan menuju ke mikrofon utama, tatkala melihatkan kelibat batang tubuh aku puluhan ribu rakyat sudah bangun,…. Bertempik bagai hysteria …. Ada ibu-ibu dari muslimat partai lambang bulat meraung-raung menyebut nama aku.GAP , GAP, GAP !!!! arrgghhhhh.. … Sungguh menggerunkan keadaan saat itu, satu keadaan yang menghampiri sambutan karbala.

Ritma bunyi gendang-gendang daripada anak muda tamil mula berbunyi kencang. Kumpulan gendang bhangra berentap dengan puluhan gendang-gendang cina dan rebana melayu bagi merasuk dan membingitkan roh suasana !

Para paderi,sister,sami kuil, sami budha dan tok aji berpegang tangan dan menari-nari mengikut rentak irama gendang ! di kanan aku, melihat muslimat partai lambang bulat dan wanita-wanita muda naik ke atas pentas dan terbang melompat semula ke atas tangan-tangan penonton.

Bagaikan permulaan konsert metallica, wanita-wanita ini semakin hysteria. Di depan mata aku, anak-anak muda yang menggelarkan diri mereka ‘kumpulan halal rakyat pakat yang boleh bersekedudukan’ mengangkat pasangan masing-masing. Lelaki melayu ini mengangkat pasangan mereka ke atas bahu mereka, tanpa rasa malu wanita melayu dan cina tadi menyelak baju mereka menunjukkan puting-puting dada pelbagai warna…arrgg inilah tanda majmuk dan berpakatan bisik hati aku.

‘ASSALAMULAIKUM DAN HALLELUJAH SEMUA!!!!!!!!! ‘ kata aku sebagai pembuka kata…YEEEAAAAHHHHH !!! jawap mereka.

‘malam ini adalah malam terakhir, seluruh rakyat akan keluar mengundi. Esok 16 september, angkat aku sebagai memanda menteri’ !!!!!! jerit aku kepada puluhan ribu penonton.

‘rakyat semua, perjuangan kita semakin hampir menuju kemuncaknya. 14 hari saya menjelajah keseluruh negara dan signal daripada rakyat cukup kuat, esok saya akan diangkat oleh seluruh rakyat menjadi memanda menteri Malaysia ke 7’ kata aku penuh berapi di depan puluhan ribu rakyat dalam rapat umum aku di kuala berlumpur.

‘yang cina sudah menyatakan sokongan tentang dasar-dasar saya mahu laksanakan.menghapuskan keseluruhan dasar yang menolong melayu, saya berjanji bila saya diangkat menjadi memanda menteri, DEB akan saya hapuskan, pendidikan kita akan liberalkan, UITM saya akan tukarkan namanya kepada university institute teknologi Malaysia, …tiada lagi keistimewaan bantuan-bantuan pinjaman kepada peniaga melayu, MARA akan saya hapuskan.orang cina semua…saya ulang semua orang cina suka dasar baru saya’ !!!!

‘orang melayu perlu dihapuskan tongkatnya, 50 tahun orang melayu ditatang.cukup cukup. sudah tiba masanya keistimewaan ini dihapuskan.’..

‘ini negara cina punya, ini negara india punya, ini negara banggali punya..bukan melayu punya, semua orang berhak mendapat apa yang melayu selama ini dapat’ !!!! aku membakar semangat rakyat. Rakyat semakin bersorak gembira dengan gerakan aku ini, gerakan ketuanan rakyat.

‘semalam saya bersama dengan beberapa pemimpin partai lambang bulat menghadiri upacara sembahyang di gereja st nichlolas petaling jaya. Saya dan pemimpin partai lambang bulat hadir kerana merasmikan bangunan baru gereja.

Alhamdulillah sambutan yang kami terima cukup menggalakkan. Saya dan bakal presiden partai lambang bulat hj samad kalid telah diberi penghormatan untuk meletakkan plak KALIMAH ALLAH bersebelahan dengan lambang jesus yang disalib’…

‘ini membuktikan bahawa perjuangan kita untuk menyama ratakan islam dan agama lain diterima, ingat tuan-tuan ALLAH milik masjid, juga milik gereja,tokong dan kuil .’ TAKBIR TAKBIR ..HALLELUJAH bergema cukup kuat dalam stadium malam itu.

‘insyaallah tuan-tuan, selepas ini kita akan membuka peluang juga kepada ajaran kristian untuk meletakkan patung jesus dalam masjid-masjid kita.. kita harus terbuka dan rasional. Jangan kita berperangai seperti partai ameno, sempit dan dangkal dalam soal islam’.. aku berhujah.

‘ saya mahu membawa agenda baru, agenda ketuanan melayu harus kita buang selama-lamanya. Di Nepal raja gnaendra telah tumbang dengan kuasa rakyat, Nepal kini menjadi republik. Di iran kebangkitan rakyat telah menolak pemerintahan beraja shah iran.. ini signalnya..SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT’ !!!!!!!

‘ ada setengah pemimpin ameno berkata saya sudah jauh lari perjuangan. Saya cakap pada mereka poodaahh… INI GAP..PEMIMPIN RAKYAT. BILA MEREKA CUBA MENUMBANGKAN GAP,,..RAKYAT AKAN BANGKIT DAN PERTAHANKAN GAP’ !!!

‘gap milik rakyat, gap suara rakyat..membujur lalu melintang patah.. kita akan tumbangkan ketuanan melayu sampai habis..saya akan bawak satu perubahan besar, kuasa rakyat sebagai pemerintah’ !!!!!!!!!!


‘saya dihentam kiri dan kanan oleh pemimpin ameno. Saya dituduh sebagai agen asing, agen singapura,. Semalam saya dihentam oleh menteri besar ameno negeri parak. Dia kata saya sudah menjual hak melayu. Apa salah saya tuan-tuan, salahkah saya berjanji kepada seluruh rakyat parak saya akan berikan seluruh milikan tanah selama 1500 tahun kepada cina-cina yang mengundi saya. Apa bersalahkah saya ?..

‘saya beri amaran kepada pihak ameno negeri parak, kalau saya dihalang untuk memberikan tanah kepada setiap pengundi cina yang mengundi saya nanti, maka saya akan arahkan seluruh ahli partai lambang bulat berbaring di atas jalan 24jam. Jangan main-main dengan saya..saya gap pejuang rakyat.!!!!’

Malam itu sudah menjanjikan kemenangan untuk aku, gap. Esok pasti aku akan menuju ke mahkota jayaputra. Barisan cabinet sudah ada dalam kepala aku.

‘sudah-sudah…kita jangan terlalai walau sesaat pun tentang agenda kita. Kita pulang dengan aman malam ini. esok kita bangkit dari tidur, pergi mandi dan terus menuju ke pusat pengundian di tempat tuan…ingat pangkah gap sebagai memanda menteri Malaysia yang baru’…sebelum majlis itu berakhir imam besar,paderi besar,sami besar telah naik ke atas pentas membacakan doa keselamatan.puluhan rakyat tunduk bertafakur tanda liberal agama di Malaysia sudah hampir mendekati praktikalnya sama seperti Negara endonasia.

Tatkala saat habis mereka betafakur, kedengaran 3 das bunyi tembakan .

DAM ! DAM ! DAM !

Puluhan ribu rakyat di stadium terpinga, jutaan yang menonton secara langsung di internet web dan blog tersentak. Tatkala skrin dan layar menayangkan satu batang tubuh berlumuran darah terbaring di atas pentas…SELURUH RAKYAT MENJERIT !!!!!!!!!!!!!!!!!

GAP DITEMBAK ! GAP DITEMBAK ! GAP DITEMBAK !

Meraung seluruh rakyat menyaksikan insiden mengejutkan itu. Ibu-ibu dan kaum wanita menangis teresak-esak .. yang berbangsa india menepuk-nepuk dada bertubi tubi.. yang cina meraung raung bagai kematian keluarga. Yang melayunya mengucap syahadah tanpa henti …

SEGALANYA TERHENTI……..
RAKAMAN SIRAN LANGSUNG DITAMATKAN.
3 SUSPEK UTAMA DI TAHAN OLEH PENYOKONG DAN SPECIAL BRANCH.


( seminggu selepas insiden itu )

Ketua polisian Negara telah mengumumkan penahanan 3 suspek yang disyaki terlibat dalam insiden tembakan terhadap bakal memanda menteri, gap. 2 orang suspek berbangsa melayu dan seorang lagi berbangsa cina.

Mereka telah didakwa di mahkamah jayaputra kerana terbabit dalam cubaan membunuh. Sewaktu di bawa kemahkamah, suspek yang ditutup mukanya telah menjerit-jerit mengatakan sesuatu..

‘ aku pertahankan hak melayu, jangan dihina melayu .’ jerit suspek pertama bernama anuar rahim.

Manakala suspek kedua menjerit dan kerap mengulangi 2 patah perkataan yang sama…di ulang-ulang sampai masuk ke kamar mahkamah. ‘selamatkan raja.’ ‘selamatkan raja’.. jerit mat nizar kamaludin.

Suspek ketiga seorang cina tua, sentiasa tersenyum bila diambil gambarnya. ‘ selamatkan ketuanan melayu.’ Sambil tersenyum lee kat siang berbicara…

Apa kesudahan riwayat YB GAP, bakal memanda menteri ?

28 comments:

PARPUKARI said...

KELAS BRO, INI SATIRA BOLEH BUAT NOVEL NI, SANGAT TAJAM DAN PEDAS!

Che Moq™ said...

hahaha..ini bukan kelas lagi..ini dah macam karya yang boleh dibuat novel setebal penumbuk bagi mat-mat penggadai melayu baca sampai sedar tertumbuk muka sendiri..

taipingmali said...

GREAT STORY..LOL SAKIT TELINGA...SIAPA MAKAN GARAM RASA MASINNYA.

saplo182 said...

wah,,, best2.. tak bosan aku bace panjang2.. sangat bagusH..

TAAVEEKUN PERAK said...

tahniah sdra gap
sangat sinis dan lucu.hampir terjelir lidah perasaan nya.fenomena penuh gundah gulana.gua caya lu bro

ORANG KG said...

bro

cerita ini patut di bukukan dan diedarkan menarik dan pedas...syabas..satu pemikiran yang tajam dan berpandangan jauh.

Al-Rashid Zulkefli said...

Salam GAP,

Lama tak singgah di sini.

Satu nukilan yang cukup tajam!
Good Job, Bro!

pai Koliang said...

Wahhhh ... Baguuuusss betul GAP berkarya.Khabarnya Anwar amat teramat pening sekarang ni ,hingga ada pendapat mengatakan bila dah sampai satu peringkat Anwar akan GILA , waima sekarang ni pun ada ahli ahli akademik mengatakan yang Anwar ni SAKIT JIWA.Mungkin dah tak berapa lama dah..., kita tunggu dan lihat apa lagi rentak Anwar nak ajak rakyat menari... , mungkin Anwar akan mematikan enjin bodynya sendiri .. .Aku rasa Anwar mampu, dia adalah manusia yang tak peduli rakyat dan Tuhan, padanya tindakannya semua betul.

Anonymous said...

Bro... kau memang hebat....

Tapi sayang walaupun katya kau nie bagus dan tepat. Org2 yg sama waktu ngan nya tetap anggap itu hanya cerita dongeng GAP...

Apa pun GAP Syabas....

Insyallah Apa Yang Kita Perjuangankan di Berkati and Di Rahmati ALLAH S.W.T dan Nabi kita Muhammad S.A.W. AMIN

pisau said...

Ada kelas bro.

tak sangka nijar pertahankan sultan ptuii!

add said...

Jangan post kan semua berkaitan novel ni bro , takut nanti MSO duplicate dan bila siap mintak RM100 ribu pada GAP...kalau mintak dengan Khalid gaGAP tak pe la

bERANIKAN hATI said...

KITA MENCADANGKAN CERPEN INI UNTUK ANUGERAH CERPOL (CERPEN POLITIK) TERNAIK NEGARA BAGI MELAYAKKAN PENERIMAAN ANUGERAH NOVEL KUNYIT.

CERITANYA YG BERKISAR KEPADA KISAH PEMIMPIN YANG MELIWAT RAKYAT DEMI PERJUANGAN PERIBADINYANYA.

bERANIKAN hATI ~ BERANIKAN UNTUK MEMBACA CERPOL INI.

denaihati said...

terima kasih follow denaihati.

power novel pendek ni.

Anonymous said...

KEHKEHKEHKEH MMG PAWER BROO GAP!!..KERAJAAN BAYANGAN YG DINANTI2 TELAH MUSNAH AKIBAT KETAMAKAN, KEDUNGUAN, KEBATILAN DAN KEPOYOAN SI 3 ABDUL YG TERTANGKAP YEHAAAAAAAAAAAAA ANGERE2 ARIBA2

syedmzazi said...

Tahniah gap,aku juga hadir semasa ucapan terakhir itu, dia dan kami nyayi lagu andai ku tahu nyayian kumpulan ungu,tapi dosa dia cukup berat.Dosa pada agama dan negara dia jadi bahan sumpah seranah anak cucu akan datang.

sikucingsiam said...

bro,tgk link ni...
http://nikabduh.wordpress.com/

apa cer said...

harus ada sambungan nya...teruskan gap..kah kah kah...

MPP said...

Bravoooo !!!!

GAP KEMBALI said...

ada fakta bercerita bahawa hang lekir lebig ganas perjuangannya daripda jebat.

maka klimaks sebegini akan menjadi sambungan kepada cerita ini

KaCa Mata said...

hmm... tersenyum sinis plak bila bace cerpen nie... apepun memang klass la cerpen nie.. nie patut bagi sume bace...hehehe so klu ade episod lain pun ok gak.. apepun teruskan bro.. hidup gerakan anti PKR...

bagitau klu dah dibukukan cerpen nie...:P

PAPA GOMO said...

BRAVO..BRAVO..BRAVO..
GUA CAYA LU BRO..

MENARIK NI, BOLEH DI JADIKAN CERPIN. HE HE HE

EMMM AKU YAKIN MEMANDA MENTERI GAP TAK MATI. PASAL DIA DAH ELAK TEMBAKAN TU. HA HA HA HA

YANG KENA HUSSAM MUSA KAT BELAKANG STAGE TU. HE HE HE

TERUSKAN BRO..
KITA DI JALAN YANG SAMA MENGHANCURKAN ANWAR AL-JUBURI

zedmagel said...

Bro GAP,

Penuh simbolik dan menghairahkan, tulisan yang bernas dan ada unsur-unsur kebenaran.

pisau said...

GAP,

aku harap kita berkempen agar nama allah tidak di gunakan oleh kristian

ni link aku

http://pi5au.blogspot.com/2009/04/pr-bakal-berjaya-menjual-nama-allah.html

Tuah Derhaka said...

HUH! Mmg sempoi...
GAP dalam cerita tu akhirnya masuk mastika, mayatnya busuk satu Malaysia,3 hari xilang bau tu sbb
1)Derhakanya pada Islam
2)Derhaka Pada Raja dan Pememrintah Islam
3)Zalimnya dia dekat Bangsa Melayu sendiri

Anonymous said...

cerita ini mmg besht!!
berbelit2 sampai tergeliat otak aku membacanya..

-azienmat-

Anonymous said...

Kalau dibaca oleh orang yang berpengetahuan and berfikiran matang,mesti ketawa,cerita kamu itu macam lawak yang teruk.
Dalam categori "SO BAD ITS GOOD!"

andaksz said...

x sia2 aku menunggu uppdate dari GAP saban hari ...

tlg sambung kisah ni ..

berkenaan kerajaan parak tu n kerajaan buah pala

Anonymous said...

Keh,keh,keh..
Cerita hampeh..angan2 jer nk buat haper..cuba buat botol2 lar brother..