Monday, May 25, 2009

UMNO : SETAHUN SELEPAS PILIHANRAYA.

BERIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG PERFORMANCE UMNO SETAKAT INI ? BINCANGKAN SECARA JUJUR, MENGENAI MURTAD,PEMBANGKANG,EKONOMI,SOSIAL, DLL.

APA KELEMAHAN MEREKA ?
APA TEGURAN ANDA ?
APA IDE ANDA KEPADA UMNO UNTUK MENGHADAPI PILIHANRAYA KE 13 ?

22 comments:

SuaraMuda said...

UMNO TERUS BANGKIT... UMNO/BN TELAH DIHUKUM RAKYAT. MASA RAKYAT MEMBELASAH PEMBANGKANG HABIS-HABISAN PULAK. PRU13 HARI PEMBALASAN UNTUK KEBONGKAKKAN PEMBANGKANG! ALLAHUAKBAR!

Anonymous said...

aku harap cermin lah diri sendiri dengan hati yang iklas.. supaya next election tidak tersungkur... kerana sekarang ni UMNO kekurangan ISU nak lawan PR.Pada aku ...PKR ,PAS ada banyak ISU nak didebat kan .. fikir kan lah.

Belacak said...

Kecewa! Bukan kerana parti pembangkang kuat tetapi sikap para pemimpin UMNO sendiri dari bawah sehinggalah kepada TPM hatta PM sudah menjadi terlalu bacul dan sudah tidak mampu lagi untuk mempertahankan maruah bangsa Melayu yabg dicabul dan di perkotak katikkan.

SpotTheBloggers said...

melayu telah di asak dari setiap sudut tetapi para pemimpin masih berasa anab dan selesa dgn pangkar dan jawatan m/masing

ManSaari said...

Saya tertanya-tanya di mana para pemimpin UMNO berkampung. Jika masih ada rakyat yang miskin tegar hanya dipaparkan oleh media.Mana jentera UMNO?. Apa kerja buat JKKK. Jika JKKK gagal sediakan data kawasan kawalannya maka dia perlu digugurkan.
Dalam Mesyuarat JK Cawangan apa agenda yang menjadi senario utama yang diperbincangkan?

UMNO belum berubah. Masih cara dan takok lama. Ketua Cawangan mestilah menjadi pengerak masyarakat. Jangan asyik menjaga ahli sahaja. Sikap memulau bukan ahli dan pembangkang menyebabkan kebencian rakyat.

Ketua Bahagian mesti jadikan agenda 'mesra masalah rakyat' sebagai visi dan misi utama. Jangan ada sikap berdendam dengan cawangan yang tidak mencalonkannya waktu pemilihan.

Ketua cawangan dan Ketua Bahagian biasanya angguk semasa arahan disampaikan tetapi ia menjadi tukun dan tidak dilaksanakan. Data sebenar tidak ada.Apa yang ada data yang disediakan di rumah bukan berasaskan bancian yang soheh.

Oleh itu Bagi mempastikan agenda UMNO berjalan maka sistem penaziran perlu dilaksanakan. Mesyuatat JKKK mesti ada pemerhati. Mesyuarat JK Cawangan juga perlu ada Wakil Bahagian.

Jika ada data pembangunan, Data Pendapatan Rakyat, Kemiskinan, Perumahan,Pendidikan, Kesihatan,Pekerjaaan,Pengangguran,Produk kampung, Pencapaian pembangunan, Isu setempat dan seumpamanya maka perancangan strategi mudah disusun untuk mendekati rakyat.

Memang tidak mudah untuk menyusun carta dan fungsi perjalanan sesuatu organisasi tetapi UMNO tiada pilihan. Ia mesti dilaksanakan. Sesudah PR-12 UMNO belum melangkah laju. Merangkak lebih lambat dari kura-kura.

Apache said...

Belum ada perubahan yang jelas. Masih lagi mengamalkan sikap hanya pemimpin yang betul dan akar umbi tidak boleh menegur. Hanya mengeluarkan arahan sahaja dan ahli mesti ikut. Kata mesti mesra rakyat tetapi ahli nak jumpa pemimpin atasan pun susah. Diperingkat negeri juga masih sama. takde perubahan. kalau ini berterusan nampak gayanya selamat tinggal lah.

ruang bicara faisal said...

umno/bn,pemimpin dan penyokong umno/bn berlagak seperti org KALAH sedang mereka masih menang dan berkuasa di 9 buah negeri serta negara

sebaliknya pembangkang pula yang berlagak seperti org MENANG.sedangkan mereka hanya kuasai 4 negeri dan tidak menguasai negara.

org umno/bn lemah semangat juang. bagi selangor pula saya rasa next elect umno/bn masih lagi gagal merampasnya drp pkr.

seolah-olah hanya khir toyo saja org umno yg masih ada di selangor.kerana hanya beliau saja yg sering berentap. yg lain semua sudah lemas

Anonymous said...

UMNO masih tidor..banyak bercakap kerja apa pun tak buat...yang pasti kepimpinan UMNO di peringkat nasional dok menjerit bagai nak putus urat leher supaya jentera UMNO digerak dan bergerak..tapi di peringkat bahagian / cawangan apapun tarak..yang pasti kalau berterusan begini UMNO pasti padam PRU13. Wakil rakyat Puchong yang baru ni dilantik jadi Setiausaha perhubungan UMNO selangor langsung tak boleh harap. Sejak menang pilihanraya PRU12 dengan majoriti 45 undi langsung tak pernah turun padang..batang hidung pun tak pernah nampak..adakah ini kepimpinan yang merampas kembali selangor dari PR..pemimpin cawangan pulak masih dok sebok kejar kontrak..kalau macam inilah..jangan harap UMNO nak menang PRU13..boleh jalan...ramaia ahli UMNO Puchong dah bengang dan bersedia untuk menyokong PAS...PRU13 Dato Satim Diman gerenti bungkus...

Wong Pencen said...

UMNO setahun selepas pilihanraya telah mengatakan akan berubah tanpa sebenarnya mengakui bahawa mereka wajar berubah.

UMNO setahun selepas pilihanraya telah mengatakan telah mula berubah tanpa menunjukkan sebarang bukti telah melakukan perubahan.

Atau mungkin mereka tahu bahawa mereka wajar berubah tetapi tidak tahu bagaimana untuk berubah?

UMNO setahun selepas pilihanraya telah mengatakan bahawa sokogan rakyat kepada UMNO telah bertambah namun tidak dapat menunjukkan bukti peningkatan samaada melalui pilihanraya kecil, polls mahupun acara borak di kedai kopi dan majlis perkahwinan di kampung-kampung.

UMNO setahun selepas pilihanraya masih terus berkuasa dan masih menggunakan kuasa dan menyalahgunakan kuasa.

zahari said...

Selepas perubahan pucuk pimpinan ada sedikit perubahan semangat tetapi pemimpin bawahan masih lembab menjawab sesuatu isu pembohongan PR,masih mengharap pemimpin atasan yang sibuk mentadbir negara bersuara baru nak masuk gear.Banyak perkara atau isu untuk menyerang PR tetapi apabila lembab menyerang menyebabkan isu yang benar pun rakyat tak percaya sebab pembangkang lebih pantas memutar isu seolah2 pembangkang pula yang memerintah.Musuh utama UMNO bukan PAS,DAP atau PKR tetapi tu bekas banduan kes rasuah dan raja spin no1,kalau pantas bertindak lama kelamaan kilang kunyit dia pun tutup
Yb2 masih ada yang tak faham diantara wakil UMNO dan wakil rakyat.Mungkin dalam fikiran hanya nak mengukuhkan diri dalam parti tetapi lupa nak mengukuhkan kerusi wakil rakyat untuk UMNO.Heee salam brother GAP

Anonymous said...

Penerangan UMNO masih lena...selalu lambat daripada pembangkang. Info yang nak disampaikan kena cepat dan pantas dari pihak lawan dan juga dalam bentuk paling kreatif untuk tawan generasi muda yang very "IT Savvy".

Salute Dato' Najib dengan perubahan dan juga stail kepimpinan yang dibawa kalau nak dibandingkan dengan Pak Lah. Tapi tak cukup kalau setakat di atas sahaja...semua cawangan/bahagian/puteri/putera/wanita kena change...
Beri orang muda peluang utk naik dalam UMNO...janganlah seorang ketua bahagian/cawangan saja yang asyik pegang post tu utk sekian lama.
Be more direct - jumpa rakyat selalu...turun ke pasar malam,pasar-pasar..,buat dialoge, etc.
Must counter pembangkang kalau apa yang mereka cakap fitnah dan salah...kena counter real time tak boleh tunggu. Sebab kalau Kerajaan lambat atau tak counter isu-isu yang dibawa pembangkang, lama kelamaan rakyat akan percaya apa yang pembangkang cakap(self fulfilling prophecy.

Anonymous said...

emm.. ader lah sedikit pandangan untuk pihak UMNO bagi menghadapi pilihanraya yg 13.. especially dalam misi menakluk kelate ( biso do oh )

1. Kurangkan masalah dalaman dalam parti, kalo boleh jgn disensasikan, nanti mecemar reputasi parti

2. wakil rakyat atau bakal wakil rakyat mulai SEKARANG perlu berdamping dengan penduduk di kawasan mereka, bukan setakat menghulurkan bantuan, tapi kalau boleh main bola sekali, lepak kedai kopi sekali.. pendek kata aper jua aktiviti penduduk kawasan mereka.. mereka kene sertai.. bukan buat dekat2 mengundi tapi SEKARANG !!!..

3.jangan cepat melatah dengan isu yg dibangkitkan oleh pihak pembangkang.. be cool !!!! siasat dulu.

4.Pada pandangan saya.. sekarang rakyat bukan lagi meletakkkan PEMBANGUNAN sebagai harapan mereka tetapi kredibiliti , ketelusan, ketulusan, keikhlasan seorang pemimpin yg diharapkan, jadi bakal pemimpin perlu ader sifat itu

5. Wakil rakyat UMNO, kalo boleh jgn tunjuk kemewahan yg terlampau di kalangan rakyat.. perlu ader sifat bersederhana, tak perlu pakai kereta mewah ( kalau boleh la) masuk ceruk kg.. ( teringat waktu pilihanraya kecil di pangkalan pasir,wakil rakyat naik basikal yg dibawa oleh penduduk,duduk di rumah penduduk situ ) yela.. walaupun pihak PKR terutamanya PAS ader balak, tapi tak tunjuk kat depan rakyat, sebagai contoh terdekat la, Dato Husam Musa.. rumah beliau berhampiran dengan rumah saya, rumah beliau biasa ajer seperti kebayakkan rumah penduduk di situ, boleh dikatakan menghulur seriya dua ke penduduk yang memerlukan, tidak lokek dengan binatang ternakannya.. walaupun kiter tahu beliau mengamal kan rasuah, tapi rakyat di situ tidak amik kisah..

rasanya itu saje kot yg mampu diberikan, InsyAllah , sekiranya ada idea yg bernas, akan saya utarakan

--ore kelate---

Mister Rie said...

Sebenarnya, asas BN kalah sebab media internet digunakan dengan berkesannya oleh pembangkang. Sebagai bukti, pembangkang menang di bandar2 besar seperti KL, IPOH, PENANG, KUANTAN, KT... sedangkan BN menguasai kampung dimana penduduk kampung hanya masih mengharapkan lagi informasi dari Utusan, RTM dan TV3.

Semua orang tahu, info yang dibawa oleh RTM dan TV3 telah diedit menunjukkan yang baik2 je tentang kerajaan. Sedangkan di internet info lebih telus walaupun pembangkang berbohong. Secara otomatik orang akan berfikir "media internet takde sapa boleh edit, boleh potong macam RTM buat... so baik percaya internet".

Memang benar banyak kesalahan UMNO. Tapi sebenarnya kesalahan ni dari dulu lagi, tapi baru2 ni je kesalahan ni dah didedahkan oleh internet.. so sebab tu la BN boleh kalah...

Kalau bukak youtube, semuanya cerita pembangkang... cerita BN plak asyik makan rasuah...

Jadi, internet telah membuka pekung BN ni...

So saya cadangkan kepada semua blggers dan pakar video editing, sila buat editing video tentang kebaikan BN... tentang keburukan PR..

InsyaAllah... kita pasti berjaya..

(LAGI SATU, BN dah tak boleh bergantung dah kempeng utusan, rtm dan tv3 ni... orang dah meluat)

Pejuang Bangsa said...

UMNO selaku tunjang parti BN harus mengurangkan bebas rakyat ..

itu saya rasa paling utama untuk menarik semula sokongan rakyat .sekarang isu terbaru iaitu harga tambang bas akan dinaikkan 40% !!!

ia sendiri disebut oleh Nazri Aziz ,saya rasa kerajaan perlu review semula @ hapuskan terus surcas 30% dikenakan sekarang kerana harga minyak sudah turun dan kadar tol juga tidak dinaikkan . ini yang perlu kerajaan kaji balik ..ia berkait rapat dengan beban rakyat .

untuk di negeri jatuh ke tangan PR ,UMNO harus lipat kali ganda usaha penerangan dan khidmat utk rakyat di negeri itu .Ceramah-ceramah politik harus digerakkan dari semasa ke semasa setiap bulan ..mungkin mula2 tidak ramai hadir,isnyallah berikutnya pasti ramai akan hadir dengar ceramah mengenai isu semasa agar rakyat dpt faham kebenaran cerita dr kerajaan .

Anonymous said...

UMNO MAKIN HANCUR , MAKIN TAK GUNA, JANGAN HARAP NAK DI BERI PELUANG DAH, MASA BERKUASA BONGKAK,ZIONIS,HITLER DAN SEANGKATAN DGN NYA..SEMOGA UMNO MELINGKUP REBAH JATUH TERSUNGKUR SELAMA LAMA NYA...TAKBIRRRRRRRRRR!!!

Nazri Aldusuni said...

sumber kekayaan negara tidak merata d i terima oleh rakyat malaysia ( khususnya bumiputera ), oleh sebab itu rakyat bangkit menuntut mengunakan pilihan raya, sebagai medan pembelasan kepada kerajaan , maka dengan itu beberapa negeri tumbang di tangan pembangkang.Rakyat mengundi pembangkang, bukan kerana mereka pembangkang sejati..di samping para pemimpin sendiri mencipta keburukan ..yang tidak boleh di maafkan oleh rakyat, keadaan ini pada pndngan saya, amat panjang waktunya rakyat akan kembali sayang pada UMNO ... yang penting sekarang ini, para pemimpin jangan membolok diri mereka dari rakyat...tanpa mengira aliran politik, agama di perjuangkan, agama di jadikan pakaian, agama di jadikan sebagai panduan..para pemimpin hendaklah menampilkan diri mereka cakap serupa bikin...

Meet Uncle Shah said...

Salam GAP,

Lama tak berkunjung ke blog ni. Mungkin gGAP boleh melihat kepada entri saya sempena 8Mac. Ia adalah respon golongan bawahan kepada golongan atasan.


http://meetuncleshah.blogspot.com/2009/03/8-mac-setahun-sudah-berlalu-satu.html

PolanPolan said...

salam GAP

kalau di tanya pada beruk2 PR ni, dah sediatahu jawapannya, sbb dah buta... biarkan saja beruk2 PR ni terjun bersama siamang-siamangnya..

Anonymous said...

sikit je aku nak komen.

UMNO mesti jaga hati Melayu,

jgn guris hati Melayu kalau x aku guris lambang lain atas kertas undi.

turun padang selalu contoh mcm Datuk Pa ( Parlimen Jeli ,Kelantan )

Jaga Hak Melayu,Islam.

Kasi hentam PR jgn bg mrk selalu hentam kita.

Buat kerja sungguh2,kita ikhlas rakyat akan ingat kita.

UMNO harus BANGKIT dari lena yang panjang.

Nak tawan Kelantan:Formula mudah,turun padang selalu,banyakkan aktiviti masyarakt dan agama dari sekarang.Pemimpin cawangan jgn ego gila kuasa.Ni nak mesyuarat UMNO cawangan,surat jemputan pun x nampak bayang,SMS pun tak sampai2.bila mesy pun x tahu.

Kami komplen sbb kami sayang UMNO,kalau kami x sayang dah lama kami x kisah.

Org UMNO klate..

pak malau said...

Hari ini pemimpin UMNO masih lena lebih banyak dari yang terjaga.Diperingkat bahagian mahu pun cawangan ada yang masih bermimpi dan terpinga pinga.Siapa yang sedang mmimpin mereka hari ini? Ada yang masih tidak tentu hala.
Inilah kesan wadah perjuangan UMNO walaupun Tsunami Politik meranapkan lima Negeri.Kerana UMNO hanya mampu memahamkan saja perjuagannya pada bangsa.Tetapi UMNO gagal menyedarkan bangsa.Jika dibandingkan pendekatan Politik Pembangkang kerana Pembangkang Berjaya membuat bangsa terjaga dan sedar ,melihat,menyentoh dan merasa…walaupun penyokong mereka tidak memahami hala tuju politik yang sebenar.Tetapi mereka Berjaya menyedar,memahami,melihat,menyentoh dan merasa apa itu perjuangan mereka.Tidak hairanlah penyokong mereka lebih agresif berbanding UMNO.

Kerana UMNO selama ini hanya mampu membawa penyokong mereka” memahami”..tetapi GAGAL menyedarkan ,melihat,menyentoh dan merasa. erti perjuangan UMNO pada bangsa.
Akhirnya dalam perjuanganUMNO baik di peringkat atas mahu pun peringkat bawahan gerak kerja tidak ada lagi keiklasan dan kejujuran. Lalu budaya …faham…faham sajalah! dijadikan amalan dan resmi politik UMNO hari ini untuk agenda Perut dan tembolok.
Tetapi jika pendekatan UMNO pada bangsa dapat ,memaham,menyentoh,menyedar dan merasa maka bangsa sukar mengubah hala perjuangan dan sokongan mereka.Kerana bangsa sudah merasa nikmat perjuangan itu apabila hasilnya dapat dikongsi rasa bersama.
Tetapi hari ini dalam perjuangan UMNO bangsa hanya mampu melihat dan mendengar retorik pemimpin. Tetapi nikmat rasa dari perjuagan itu dibolot oleh pemimpin yang mementingkan perut dan tembolok saja.Tidak hairanlah hari ini bangsa tidak terasa keperitan seperti mana UMNO rasai,dan bangsa tidak terasa UMNo sebagai wadah perjuagan mereka.
Walaupun hari ini bangsa tidak punya apa apa rasa,walau berada dipihak pembangkang Kerana bangsa sudah biasa dengan nikmat yang tidak pernah dikongsi bersama selama ini.walaupun bangsa memihak pada pembangkang mahu pun sebaliknya .
Pada bangsa pemimpin dan politik sama saja.Kerana mereka tidak pernah berkongsi nikmat rasa perjuangan kemana pun hala politik mereka.Pada bangsa pemimpin sama belaka baik UMNO,PKR maupun PAS.Semuanya retorik dan auta saja.Akhirnya bangsa berpolitik hanya sekadar bersuka suka untuk memadan muka pada pemimpin bangsa yang bermuka muka.
Apakah wadah perjuagan UMNO dan cara pendekatan UMNO akan berubah? Hanya PRU13 saja dapat membuktikan UMNO di takuk mana?

pak malau said...

Hari ini pemimpin UMNO masih lena lebih banyak dari yang terjaga.Diperingkat bahagian mahu pun cawangan ada yang masih bermimpi dan terpinga pinga.Siapa yang sedang mmimpin mereka hari ini? Ada yang masih tidak tentu hala.
Inilah kesan wadah perjuangan UMNO walaupun Tsunami Politik meranapkan lima Negeri.Kerana UMNO hanya mampu memahamkan saja perjuagannya pada bangsa.Tetapi UMNO gagal menyedarkan bangsa.Jika dibandingkan pendekatan Politik Pembangkang kerana Pembangkang Berjaya membuat bangsa terjaga dan sedar ,melihat,menyentoh dan merasa…walaupun penyokong mereka tidak memahami hala tuju politik yang sebenar.Tetapi mereka Berjaya menyedar,memahami,melihat,menyentoh dan merasa apa itu perjuangan mereka.Tidak hairanlah penyokong mereka lebih agresif berbanding UMNO.

Kerana UMNO selama ini hanya mampu membawa penyokong mereka” memahami”..tetapi GAGAL menyedarkan ,melihat,menyentoh dan merasa. erti perjuangan UMNO pada bangsa.
Akhirnya dalam perjuanganUMNO baik di peringkat atas mahu pun peringkat bawahan gerak kerja tidak ada lagi keiklasan dan kejujuran. Lalu budaya …faham…faham sajalah! dijadikan amalan dan resmi politik UMNO hari ini untuk agenda Perut dan tembolok.
Tetapi jika pendekatan UMNO pada bangsa dapat ,memaham,menyentoh,menyedar dan merasa maka bangsa sukar mengubah hala perjuangan dan sokongan mereka.Kerana bangsa sudah merasa nikmat perjuangan itu apabila hasilnya dapat dikongsi rasa bersama.
Tetapi hari ini dalam perjuangan UMNO bangsa hanya mampu melihat dan mendengar retorik pemimpin. Tetapi nikmat rasa dari perjuagan itu dibolot oleh pemimpin yang mementingkan perut dan tembolok saja.Tidak hairanlah hari ini bangsa tidak terasa keperitan seperti mana UMNO rasai,dan bangsa tidak terasa UMNo sebagai wadah perjuagan mereka.
Walaupun hari ini bangsa tidak punya apa apa rasa,walau berada dipihak pembangkang Kerana bangsa sudah biasa dengan nikmat yang tidak pernah dikongsi bersama selama ini.walaupun bangsa memihak pada pembangkang mahu pun sebaliknya .
Pada bangsa pemimpin dan politik sama saja.Kerana mereka tidak pernah berkongsi nikmat rasa perjuangan kemana pun hala politik mereka.Pada bangsa pemimpin sama belaka baik UMNO,PKR maupun PAS.Semuanya retorik dan auta saja.Akhirnya bangsa berpolitik hanya sekadar bersuka suka untuk memadan muka pada pemimpin bangsa yang bermuka muka.
Apakah wadah perjuagan UMNO dan cara pendekatan UMNO akan berubah? Hanya PRU13 saja dapat membuktikan UMNO di takuk mana?

basic 2009 said...

ya, aku setuju dengan Mister Rie & yang lainnya ...

umumnya ada dua golongan rakyat:
1. golongan muda
2. golongan tua.

1. bagi golongan muda - inilah yang kau lakukan sekarang GAP. Sebenarnya, UMNO/BN kalah sebab media internet TAK digunakan sepenuhnya. tapi pembangkang gunanya dengan secara yang berkesan. buktinya, pembangkang menang di bandar2 besar ... sedangkan UMNO/BN menguasai kampung2 di mana penduduk kampung hanya masih mengharapkan lagi informasi dari Utusan, RTM dan TV3.

2. bagi golongan tua - UMNO/BN harus lipat kali ganda usaha penerangan dan khidmat utk rakyat. Ceramah-ceramah politik harus digerakkan dari semasa ke semasa setiap bulan ... mungkin mula2 tidak ramai hadir, InsyaAllah berikutnya pasti ramai akan hadir dengar ceramah mengenai isu semasa agar rakyat dapat faham kebenaran cerita dari kerajaan.



InsyaAllah orang Melayu akan mula balik semula kepada UMNO - sebab sifat Melayu ni bertimbang-rasa, beradab, lemah-lembut ... tapi TAK akan berkompromi dengan isu kedaulatan Raja2 Melayu, penggadaian tanah Melayu, isu komunis Bintang Tiga dan isu Hindraf siKeling paria !!!



Demi agama Islam, bangsa Melayu & negara Tanah Melayu, Anwar Al-Juburi WAJIB dihapuskan !!!