Tuesday, June 30, 2009

UTHAYA KUMAR NAK BUAT PARTI BARU-A !

hey bro, dengar cerita uthaya lawyer bengong pertubuhan haram hindraf nak buat parti baru kaum india.. nama parti baru yang dicadangkan oleh uthaya bodoh ni adalah Pertubuhan Hak Asasi Manusia (PAHAM).korang paham tak dia nak buat parti PAHAM.

dulu ade cerita kumpulan serpihan ni nak launching MINDRAF.

gap membantah penubuhan parti naungan pertubuhan haram hindraf ni.. mana boleh bro, nanti pkr dan pas tak dapat lah undi dalam election ke 13 nanti !

maka untuk mengelakkan penyokong india lari dari pas dan pkr aku cadangkan guru hadi dan anwar attaturk tubuhkan satu lagi parti india yang baru..namanya.......

Barisan
Orang
Himpunan
Seluruh
India
Association

dikenali sebagai BOHSIA ! korang ada nama lain tak, nanti boleh submit kat nik ajis ..

8 JULAI :SAIFUDIN YAKIN ANWAR ATTATURK KE SUNGAI BULOH !

Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail ketika ditemui di sini berkata, Anwar telah memberikan penekanan agar barisan kepimpinan parti itu menjalankan tanggungjawab khusus yang diberikan secara terus-menerus dan tersusun.

"Kami telah membincangkan pelbagai senario ketika kes Anwar akan didengar bulan depan. Salah satu senario ialah Anwar akan menghuni semula di Sg. Buloh.




8 JULAI :GAP CABAR HJ HADI DEDAHKAN MAKLUMAT YANG DIBISIKKAN KUAN YEW !

perhatikan wajah hj hadi, macam orang yang KENA PAKSA !
pada 6 hb jun kita menerima tetamu. menteri mentor singapura datang ke malaysia untuk mengadakan lawatan mengejut selama 8 hari.

sepanjang aturcara berlangsung yang dimulai dengan kunjungan hormat ke atas pm dan menteri serta beberapa sultan, kuan yew juga berkesempatan mencuri peluang berjumpa dengan beberapa pimpinan parti pembangkang dari pas dan dap.

sepanjang 8 hari kuan yew berkelana di sini, ada kabaran maklumat yang gap terima dan ceritanya cukup mengejutkan. ia tidak menyentuh tentang isu penghantaran pasir skala besar-besaran oleh nizar namrud kepada singapura sewaktu 3 bulan terakhir pemerintahan beliau, sebaliknya ia melibatkan kisah gempar anwar attaturk.

masihkan anda ingat tentang peristiwa sewaktu pilihanraya kecil bukit selambau di mana terdapat gambar kandid antara saifudin nasution bersama seorang pegawai kanan singapura di kelab cinta sayang di kedah ?

apa kah agaknya istimewa bual bicara yang mereka lakukan sehingga saifudin sanggup meninggalkan secara tergesa-gesa bilik gerakan parti keldaian semasa kempen pilihanraya kecil bukit selambau sedang berlangsung ?

masih ingatkah lagi cerita keengganan lee kuan yew bertemu muka dengan anwar attaturk dalam lawatannya baru-baru ini ?

bagaimana pula tentang pendedahan eksklusif bloger x-pkr dalam artikelnya yang menyebut sivarasa rasiah selaku peguam anwar sanggup bertegang urat dengan pimpinan dap supaya pertemuan anwar/kuan yew dapat dilaksanakan ?

adakah saifudin nasution cuba memujuk pegawai khas kerajaan singapura untuk mengatur/mengadakan pertemuan kuan yew dengan anwar attaturk ?

persoalan yang perlu kita utamakan di sini adalah mengapa 2 pimpinan parti keldaian saifudin dan sivarasa beria-ia benar mahu mengatur pertemuan anwar kuan yew ?


apakah yang dibisikkan oleh kuan yew kepada hj hadi mengenai cerita anwar attaturk sewaktu dia menjadi timbalan perdana menteri ? george yeoh adalah individu ke 2 selepas kuan yew yang mengetahui maklumat rahasia anwar ?

sekarang segala persoalan dan carian jawapannya gap tujukan khas kepada presiden pas, tuan guru haji hadi awang .

gap mencabar haji hadi untuk mengistiharkan maklumat sulit yang diterima dari singapore dan gap mencabar haji hadi supaya menjadi ulamak yang berkata benar !

HAJI HADI, BLOG GERAKAN ANTI PKR aka GAP CABAR KAMU KALAU KAMU BENAR-BENAR SEORANG ISLAM, SILA ISTIHARKAN KEPADA UMUM MAKLUMAT BESAR YANG KAMU DENGAR SENDIRI DARI MULUT LEE KUAN YEW BAHAWA RISIKAN SINGAPURA SEMEMANGNYA MENGETAHUI KEGIATAN TIDAK BERMORAL ANWAR ATTATURK DALAM KEGIATAN LIWAT !

HAJI HADI BIN AWANG, KAMU SUDAH MENDENGAR SENDIRI DARI MULUT LEE KUAN YEW BAHAWA PIHAK RISIKAN SINGAPURA PUNYAI PITA RAKAMAN KEGIATAN TIDAK BERMORAL ANWAR ATTATURK DI SINGAPURA SEMASA DIA MENJADI TPM !

HAJI HADI BIN AWANG, JANGAN KAMU RAHSIA DAN SOROKKAN CERITA INI DARI PENGETAHUAN RAKYAT, KAMU SEORANG IMAM DAN SEORANG PRESIDEN PAS. KAMU HARUS MELETAKKAN AL QURAN DAN HADIS SEBAGAI LANDASAN PERJUANGAN DAN BUKANNYA UNTUK TERUS BERSEKONGKOL DENGAN PEROSAK BANGSA ANWAR ATTATURK ! HJ HADI...GAP CABAR KAMU UNTUK DEDAHKAN MAKLUMAT BESAR YANG KAMU TERIMA DARIPADA KUAN YEW !

BILA PAK HAMDAN BERSUARA

memang aku suka bila pak hamdan mulai bicara. dikala tenang maka bait-bait katanya boleh megguris jiwa. namun bila pak hamdan berada di atas pentas rostrum, dia bukan seperti biasa. bicaranya boleh membakar semangat, hentakan kata bisa membuatkan melayu tersentak.

inilah bicara politik kegemaran gap, memilih satu persatu pejuang melayu yang boleh diangkat sebagai pembawa obor pembakar jiwa . hari ini dalam artikel barunya, pak hamdan slow down.. pandai dia main tone..


Monday, June 29, 2009

TEGURAN UNTUK UMNO : TERUS TIDOR ATAU BANGKIT DAN LAWAN

aku membaca artikel bloger warisan 2057. dia ni senior aku di sekolah tinggi klang dulu dan nampaknya persepsi aku dan pandangan dia serta pandangan kebanyakan bloger hampir sama, umno terlalu tido,terlalu defensif . tiada langsung tanda-tanda mahu bangkit dari lena.

kumpulan bloger sudah menyerang, adakala sampai calar balar demi pertahankan maruah islam dan melayu. umno dilihat masih ber retorika fantasia bulan madu. bangkitlah wahai pimpinan umno,MT,wanita,pemuda dan puteri..

masa sekarang masa untuk menyerang wahai umno ku sekalian !

8 JULAI : HENTAMAN GAP DAN RAKAN BLOGER MEMANASKAN PUNGGONG-PUNGGONG PKR !

semakin panas, dek kerana tak tahan kena terjah penyokong-penyokong pkr/pas mula meroyan-royan kepanasan..ayuh teruskan serangan terhadap anwar attaturk, kita pulangkan dia semula ke habitat asalnya di penjara sungai buloh !

klik link penyokong pkr/pas yang semakin panas

8 JULAI : ANWAR ATTATURK MERAYU,MERONTA,MEMINTA TALIAN HAYAT !



perbualan aku dengan rakan-rakan lama AMK sabtu lepas ada cerita menarik. minggu lepas anwar attaturk telah meminta seluruh jentera AMK negara menghadiri sidang mensyuarat tergempar di pejabat keldaian di damansara, tepi highway NKVE.

mengikut cerita yang aku terima, tujuan diadakan mesyuarat tergempar AMK tersebut adalah mahu AMK mengatur momentum kebangkitan rakyat mempertahankan anwar pada 8 julai nanti.

ceritanya begini, AMK diarahkan mengumpul seberapa ramai pemuda dan pemudi untuk hadir memberikan sokongan kepada anwar attaturk... namun sayang seribu kali sayang, yang hadir pada mesyuarat itu tak sampai 15 orang...

moral mereka semakin down dan terus down. dalam perbualan aku dengan kumpulan AMK di KL sabtu lepas ada keluh kesah yang diluahkan oleh mereka kepada aku. mereka sudah muak melihat gelagat sesetengah politician PKR/PAS yang secara terang-terangan menggadaikan islam dan melayu demi kepentingan politik mereka.

bil aku tanya nisbah kekuatan suara akar umbi dalam PKR, dorang jawap..KAF LAM YA NGA sudah lebih-lebih bro..

ayuh seluruh rakyat, ayah dan ibu,abang dan kakak,jiran tetangga,kariah masjid dan surau,pelajar universitas,pekerja swasta,kerajaan, pekerja bank,melayu cina dan india HADIRKAN DIRI ANDA PADA 8 JULAI 2009 DI MAHKAMAH JALAN DUTA UNTUK MEMBERIKAN SOKONGAN LUAR BIASAAAA KEPADA SEORANG MANGSA LIWAT BERNAMA SAIFUL BUKHARI !

SAIFU BUKHARI HARUS DIBERIKAN RUANG DAN KEADILAN UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI DALAM KANDANG MAHKAMAH, ANWAR ATTATURK KAMU JANGAN BERDOLAK DALIK LAGI ! SILA BERDEPAN DENGAN SAIFUL SECARA JANTAN !

SEBARKAN KEMPEN SOKONG SAIFUL... gap mengharapkan bantuan anda. emailkan poster dan gambar kempen sokong saiful, beli top up prepaid RM10 dan sms kan maklumat ini kepada seluruh kawan-kawan anda dalam senarai phonebook hp anda !

kami memerlukan masa anda ,hanya beberapa jam untuk hadir di mahkamah jalan duta. sebarkan kempen ini.

sila klik link ini :

TABLIGH DAN PAS : ANTARA DAKWAH HIKMAH DAN DAKWAH CELARU.


sebentar tadi aku menerima sms daripada seorang rakan lama, sama-sama di kolej tahfiz dahulu. kawan aku ni seorang karkun jemaah tabligh. dia bagitau aku bahawa satu perhimpunan terbesar jemaah dakwah tabligh seluruh dunia akan berhimpun di kuarters KLIA pada julai ini.

perhimpunan terbesar ini dipercayai akan mengumpulkan lebih kurang 150 ribu karkun tabligh seluruh dunia. aku tak sempat bertanyakan mengenai tarikh program. namun bila program besar ini akan berlangsung aku dok berharap agar seluruh umat islam tak kira melayu cina atau india dapat hadir.

aku punya kenangan bersama jemaah tabligh ini. dulu sewaktu tengah belajar aku kerap bersama mereka. motif perjuangan mereka mudah, meletakkan kepentingan AGAMA melebihi kepentingan peribadi dan seboleh-bolehnya kita ni 24 jam mengamalkan/menghidupkan cara kehidupan sunah rasulullah saw.

mereka punyai agenda dan program, keluar berdakwah 3 hari,40 hari dan seterusnya. memang ada anggapan songsang dan fitnah kepada jemaah tabligh ni. banyak cerita dari mulut ke mulut bgtau kononnya tabligh ni bila keluar berdakwah 3hari,40 hari tinggalkan anak bini tanpa makan minum dan nafkah... kalau korang tanya aku, ini tohmahan dan fitnah je..aku kenal jemaah tabligh ni, sebelum mereka keluar dakwah satu mesyuarat akan dilakukan mengenai persiapan mereka dan keluarga..begitu detail dan kemas.

antara program yang aku suka, bila majlis taklim berlangsung. majlis taklim ini dilakukan selepas solat. reference mereka adalah kitab-kitab hadis. perkara penting yang akan diceritakan dalam sesi taklim ini. menceritakan tentang kebesaran ALLAH (zikir),kepentingan solat,kisah sahabat dll..seluruh cerita taklim ini lebih merujuk kepada sususan hadis para sahabat..

ini antara intipati cerita dan rutin tabligh, tiada pernah berusaha untuk menceritakan aib orang.dakwah mereka lembut dan tenang. orang yang tak sembahyang di ajak dengan penuh hikmah dan sopan. berkawan dengan karkun ini menyeronokkan, kerna kesempatan berborak dengan mereka ini akan diisi dengan kelebihan-kelebihan amalan agama..contoh zikir dapat pahala apa,sembahyang sunat dapat pahala apa dan pelbagai.

bila aku buat perbandingan dengan satu lagi kumpulan melayu yang kononnya islam, perangai mereka dibezakan dengan tabligh jauh panggang dari api. aku malas untukmengolah cerita perbandingan, kamu tahu apa yang aku tahu.

dakwah islamisasi mereka ini penuh celaru,kontradiksi,berbelit-belit mengikut kepentingan undi.hari ini ular-mak mereka dah semakin memeningkan kepala umat. dulu mereka berusaha menanamkan kepentingan melaksanakan hudud dan mewujudkan negara islam, maka bergentayangan lah orang melayu sekonyong-konyong memangkah mereka, takut dikafirkan oleh seorang tua di kelantan....sayang bila disegah oleh karpal singh si tua nyanyok ini menarik hand brake...ambo laksanakan hudud lagi 30 tahun lagi...

ada banyak perkara yang mereka ini telah melukakan hati umat islam. bagaimana mereka ini boleh memanipulasi seluruh instrumen islam demi kepentingan undi sahaja. menghina orang lain,mengkafirkan orang lain,bersekongkol dengan kafir harbi yang terang-terang menghina hudud.

kerana itulah kita harus tekankan kepada seluruh umat melayu terutamanya bahawa ISLAM ITU MILIK KITA BUKAN MILIK MEREKA, JIKA BERLAKU PENGHINAAN YANG MELAMPAU DILAKUKAN OLEH MEREKA MAKA WAJIB UNTUK KITA PERTAHANKAN.

kepada jemaah tabligh, teruskan usaha murni anda. tolong dakwahkan ahli pas dan seorang tua kat kelantan tu...merepek sungguh sejak kebelakangan ni.kepada umat melayu, kalau datang jemaah tabligh ini ke tempat anda, jamu lah mereka dan sambutlah mereka dengan baik.

Sunday, June 28, 2009

SELANGOR BANGKIT : EZAM BERIKRAR BAHAWA UMNO AKAN TAWAN SEMULA SELANGOR !

malam tadi ada peristiwa memalukan berlaku, pada pengamatan aku ia berlaku kali ke 2 dalam masa 1 bulan..

ezam telah memalukan husam dalam siri debat di tv9, dan malam tadi aku menyaksikan sendiri buat kali pertama di depan mata kepala aku pencacai-pencacai pas dan pkr DIMALUKAN,DI AIBKAN secara yang paling serius pernah dilakukan oleh ezam...

malam tadi aku di kuala lumpur, bermesyuarat dengan beberapa pimpinan AMK yang mahu mengambil alih tampok pimpinan AMK dalam pemilihan jawatan bahagian dan negeri tidak lama lagi. hampir 15 bakal calon ketua AMK ini adalah ahli umno yang bakal berperang dalam merebut kerusi ketua AMK bahagian selangor..ok cukup cukup..

panggilan telefon dari bloger medan info akan ceramah sulong ezam di taman medan PJ, membuatkan aku balik awal... sampai disana ezam sudah 15 minit berceramah..

di luar pagar dewan kelihatan beberapa pencacai sampah yang aku percayai kumpulan penyokong pkr/pas. mereka menjerit jerit bagaikan monyet monyet dalam kandang kelaparan, cuba menggangu konsentrasi ezam. perkara ini berlangsung hampir 30 minit.

ezam yang pada mulanya tiada keinginan untuk melayan karenah monyet-monyet ini, mula memandang mereka. satu persatu hujah dikeluarkan dengan penuh semangat, suaranya cukup keras. bermula dengan nizar yang biadap pada sultan,penyokong baring atas jalan,pas yang menjadi kuda tunggangan dap,hudud dan negara islam yang terpaksa melalui kebenaran dap dan anwar attaturk meliwat saiful telah MELENYAPKAN SAMA SEKALI SUARA-SUARA PROVOKASI murahan tahap monyet penyokong pkr..suara provokasi mulai senyap dan semangat penyokong pakatan mulai berderai hancur luluh jatuh ke bumi tatkala dibelasah secara bertalu-talu oleh ezam !!!

bagi aku, inilah pertama kali aku melihat ezam melalui ceramah umno di taman medan PJ, melanyak secukup cukupnya anwar,nizar dan dap !!!!!!!!!!!! buat pertama kali aku melihatkan seluruh hadirin umno dan pengundi atas pagar bagai dihasut histeria luar biasa keadaannya mendengar ucapan dan hantaman paling berapi daripada ezam. mereka kelihatan cukup bersemangat dan sungguh energetik !mungkin kalau anwar,kit siang atau nizar lalu di depan ketika itu, dah mampos kot 3 ekor ni dikerjakan oleh penonton !!!!

ezam berjanji, taman medan adalah permulaan nya. aku sempat bersalam dengannya dan memberitahu malam ini dia seperti ezam 10 tahun lalu.... di waktu era kebangkitan reformasi. dia menjawap serius ini adalah permulaan, dia akan membantu seluruh jentera umno untuk bangkit dan merampas pemerintahan selangor dari pakatan !!!!

baca link ini...


dan star online

Saturday, June 27, 2009

8 JULAI : ANWAR DAN PENYOKONG SEMAKIN KEPANASAN DENGAN KEMPEN 'SOKONG SAIFUL'

alhamdulillah, moral penyokong-penyokong pkr semakin dowan dan terus down. kempen sokong saiful bukhari yang akan diketuai oleh gap dan rakan bloger sudah menampakkan impak besar.

lihat link ini. betapa kepanasan mereka membela anwar attaturk,pengadai islam penggadai bangsa !

Friday, June 26, 2009

JERMAINE JACKSON WAJAR MENGAJAR NIK AJIS CARA BERDAKWAH !

alfatihah..sekali lagi aku doakan kepada arwah mikaeel. rasa cukup terharu mendengarkan kenyataan akhbar abang michael, jermaine. nafasnya ditahan kerana sebak melanda jiwa. olahan ayat sebenarnya tiada dapat menyembunyikan gelojak sedih jiwa, manakan tidak apabila melihatkan arwah adiknya terlebih dahulu menyahut panggilan illahi.

2 dekad jermaine memeluk islam, saban tahun haji dan umrah ditunaikan. itulah sumber ketenangan maha agung. namun di sudut hati jermaine terlontar satu keresahan jiwa. adiknya semakin hilang arah,kontroversi melanda diri. michael adalah adiknya, darah dalam tubuh michael ada persamaan dengan darahnya. mereka sekeluarga,pernah bersama dalam mencari rezeki di teater apollo, tempat mulanya jackson 5 dikenali.

aku yakin ada antara kita menahan sebak di dada, melihatkan cepatnya michael pergi. kiranya kita yang jauh ini pun berperasaan sedemikian, apatahlagi jermaine. tekad jermaine memang hebat, tiada mahu membiarkan adik kandungnya terus lara dalam kehidupan duniawi.

november 2008 selepas pulang mengerjakan haji, michael mengucapkan ayat yang sudah lama ditunggu oleh jermaine. ASYHADUALLAILLAHHAILLAH WASHHADUANLAMUHAMMADARASULULLAH. kalimah agung ini diucapkan di rumah kawan michael di california.

inilah wajah islam, dakwah lemah lembut abang tersayang telah membawa hidayah kepada adiknya. ayatollah khomeini juga pernah berdakwah kepada michael, tetapi dakwahnya telah merosakkan nama islam.ayatollah menggelarkan michael sebagai syaitan dan melarang michael untuk tidak menjejakkan kaki di bumi arab. dakwah islam ayatollah adalah dakwah angkuh,bongkak . dakwah sebeginilah telah menyebabkan pemberontakan masyarakat di iran. dakwah ini tiada hikmah,tiada unsur tabligh dan fatonah. ihasan dan lemah lembut bukan sikap ayatolah.

nik ajis adalah penyambung lidah keliru. hidup di hujung umurnya semakin celaru,kenyataan menggila seolah-olah islam itu adalah hak pas secara mutlak.. bertalu-talu dia menghina orang lain,memanggil nasa sebagai sampah,memanggil umno sebagai ayahpin,memanggil umno sebagai PKM,kelantan bumi tadahan wahyu?..,ALLAH MENCARUT dan pelbagai dakwah songsang dan merosakkan nama islam.

dakwah gila nik ajis telah memecahbelahkan islam, dia lebih taat dan sujud kepada karpal daripada ALLAH apabila bicara tentang hudud dan negara islam. dakwah nik ajis adalah dakwah menghukum bukannya dakwah berunsur lemah lembut dan kasih sayang.

michael punyai onar besar selama ini, namun ucapan syahadah pada november 2008 telah menjadikannya suci tiada dosa. bagaimana hujung hidup nik ajis ? bila melihatkan perbandingan ini, aku ada jugak terfikir perlunya jermaine hadir ke kota baharu untuk datang berdakwah kepada nik ajis dan diajarkan kepadanya cara-cara dakwah yang berhikmah.

anda setuju ?

ALFATIHAH UNTUK MICHAEL JACKSON

hari ini gap ada rasa sedih, dancer dan ertertainer kesayangan gap telah meninggal dunia. tak boleh nak tulis apa-apa..... dengarkan lagu favourite gap daripada arwah michael..

klik disini

Thursday, June 25, 2009

REVOLUSI 1699 : KEBANGKITAN MELAYU MENOLAK PEMIMPIN PELIWAT ! 8 JULAI 09 GILIRAN ANWAR ?

saudaraku sakalian......bacalah dengan tenang, bacalah dengan hati yang tenang.......

artikel ini mempersembahkan penemuan fakta baru.datangnya daripada manuskrip asal di kota london. bukan penemuan salasilah mengatakan gap dan anwar bersaudara..bukan..nauzubillah !..artikel ini mengajak minda pembaca ke satu padang yang baru.padang bacaan yang akan memprovok kesabaran bangsa. mencabar pembaca untuk menerima sesuatu penemuan menggemparkan. tiada berselindung dan ia hanya bermatlamat mengatakan kebenaran..

perjalanan ketua segala umat dalam sirah mulia israj dan mikraj. melonjakkan diri menggunakan bura'q dari kota mekah terus ke masjidil aqsa. mengimami solat yang jemaahnya merupakan barisan para nabi dan rasul.dalam perjalanan nya ia bermuka dengan pelbagai klise-klise manusia..satu persatu diterangkan oleh jibrail. manusia menderhaka menerima hukuman amalannya..yang indah juga persembahkan. dari satu tingkat ke satu tingkat jannah ketua umat bertemu dengan para anbiak.akhir kemuncaknya bertemu bersemuka dengan rabbulalamin. bergegar jiwanya sang kekasih.

'ya tuhanku perlukah aku menanggalkan sepatu ku'? ..'wahai muhammad sesungguhnya sepatumu itu lebih mulia daripada arasy Ku !'... subhanallah begitulah penghormatan untuk kekasih... di akhir cerita tatkala kejadian satu malam ini disampaikan kepada musyrikin maka bergelak sakanlah mereka...'muhammad sudah gila..muhammad sudah gila'.. air mata bergenang memandang setiap wajah. tinggal seorang sahaja yang tidak menjawap dan jawapan dari dia lah menentukan klimaks kebenaran peristiwa israj dan mi'raj...'wahai abu bakar kamu percaya cerita si muhammad ini'tanya kepala munafik..' 'siddiq sidiq'..berderau darah munafikin..cis celaka kamu abu bakar mempercayai cerita muhammad..berpelukan dua sahabat setia..muhammad dan abu bakar..maka melekatlah gelaran termulia 'abu bakar as siddiq r.a' iaitu yang membenarkan..

nah kau...gap mencabar kamu bersituasi sedemikian. mahukah kamu dicabar kepercayaan mu ? mana platform kamu akan letakkan dirimu nanti bila cerita ini selesai..munafik atau abu bakar ? tepuk dada tanya iman..kepada penyokong kepala munafik anwar ibrahim aku lontarkan cerita mendebarkan ini buat kau..jadikan ia cerpen kiasan..tidak bertaraf yb josephine tetapi nilaikan ia berlandaskan iman dan bukan sembrono menonong bertaklid gila pada anwar..selepas selesai membaca bukan jawapan kepada persoalan sultan mahmud dan pemuda bernama jiwa yang aku mahukan..tetapi TINDAKAN relfeksi iman yang aku tuntut !

sultan mahmud bangun dari kamarnya.mendengus geliat badan setelah puas menikmati santapan nafsu kaum lut.matanya memandang anak muda jiwa namanya.letih terlantar di sebelah perbaringan.tidak disangka jiwa menurut sahaja apa kemahuannya.tatkala dibawa ke istana si jiwa hanya berkata ' ampun tuanku..kepada tuanku patik berserah.bukanlah patik mahu jadi buntat dan yang hendak jadi gemala'..

teruna itu putih kulitnya.tatkala sultan mahmud memegang lengan si jiwa sudah terbayang akan keseronokan yang bakal dikecapi. 'apa namamu?' sultan mahmud menampung geram.baginda menggitar teruna yang dilanda debar. 'nama patik wira tuanku'. sultan mahmud ketawa bagaikan jalak mendapat gadis yang berdara.

wira dititah berdiri.sultan mahmud meneliti tubuh di jiwa.muka bertemu muka.baginda berbisik ke telinga sang teruna. 'kabarkan kepada beta,apa kamu ular atau beta legundi.bagaimana yang kamu suka?'

anak muda itu tunduk malu tidak mengangkat muka.takut dan gerun malu dan tidak berdaya tetapi bersuara perlahan, 'patiklah bawang tuanku jambak.' sultan mahmud terus berkibar sang teruna di tolak ke kamar dipasung ke katil. maka bermula onar sang penguasa. lubang kunyit sang teruna dirodok bagai nak gila..arrrr menjerit si jiwa menahan tusukan keris tumpul, bertalu talu di tusuk tanpa kasihan tanpa ada rasa pelincir. tangan si teruna menggenggam kuat selimut kamar.. berlalu lah kisah kaum lut itu dari pagi hingga ke tengahari..satu masa panjang yang menyiksa.

bila panas mula menyinsing bergeliatlah sang jiwa di kamar peraduan. baginda mengenakan semula seluar panjutnya dan berbisik ke telinga pemuda..'beta tak sangka sumur digali terbit air.'anak muda muda masih terkujur dalam bingung terasa dosa. sultan memanggil panakawan hulubalang setia mengikut raja. 'ambil pemuda ini dan bunuh dia'..bergetarlah tubuh anak muda 'ampun tuanku apa dosa patik dibunuh?'...

'tiadakah kamu aib untuk hidup lagi duhai anak muda..tidakkah kamu tahu malapetaka bakal menimpa kamu?'..anak muda disentap tubuhnya. ditikam bertalu-talu hingga memancut darahnya..inilah ulangan peristiwa sebagaimana pemuda2 teruna yang lain menjadi mangsanya. lepas kunyitnya ditebuk maka dibunuhnya.

pada hari yang sama jugalah siti jenab isteri orang kaya megat sri rama dibunuh gara2 seulas nangka. apa busuk hatinya sang penguasa membelah rahim perempuan yang kempunan seulas nangka. dikelar perutnya dengan keris sang durjana. terburai uri dan janin ditarik keluar..mati sudah wanita kempunan nangka..lebih sial lagi tatkala menarik janinnya keluar sultan mahmud berkata 'tiada janin ini memakan nangka beta' !!!!!!!!!!!!

bermulah revolusi bangsa..rakyat bergabung menuntut bela. mangsa kunyit teruna yang ditebuk menjadi titik tolak kebangkitan bangsa. ulama dan rakyat bergabung tenaga..mengamuk sakanlah segala rakyat jelata.Revolusi 1699 bermula. Sultan Mahmud Mangkat Dijulang. Revolusi ini disertai oleh rakyat kebanyakan. Sultan Mahmud bukan sahaja dilembing Megat Sri Rama kerana isterinya itu dibunuh sultan tetapi sebahagian besar rakyat telah keluar beramai-ramai dan mengheret jenazah baginda dalam keadaan bogel, melecutnya dengan batu dan membiarkan mayat itu di rumah bendahara sehinggalah Tun Abdul Jalil mengalah oleh desakan rakyat untuk menjadi raja.

Melayu tidak belajar dari peristiwa sejarah 1699. Mungkin kerana Melayu memang suka mengabaikan sejarah. Bukankah ada satu mitos terkenal bahawa Melayu itu mudah lupa? Dan untuk meromantiskannya kita katakan yang Melayu itu memaafkan.

R.J Wilkinson misalnya dalam Jurnal JRASMB jilid IX memetik surat Kapten Alexander Hamilton, ‘He was a great sodomite, and had taken many of his Orankays or Noble Sons, by force into his palace for that abominable service.’

Hal yang sama dilaporkan oleh duta Belanda di Johor ke Betawi. Dalam surat William van der Lely dan Daniel Rysdyck bertarikh 5 April 1699, mereka membuat laporan perihal tidak senonoh sultan ini.Betul. Tahun 1699 itu orang Melayu memilih untuk menolak pemimpin tidak bermoral. BUKAN MEMUJANYA !

Revolusi 1699 itu adalah sebuah proses. Ia bukan sebuah matlamat. Kerana itu jangan hairan ia gagal. Setiap revolusi yang berlaku dalam sejarah manusia hanyalah satu gerakan tetapi bukan tujuan. Kita semua tahu revolusi 1699 itu kesasar dari mencapai matlamatnya. Namun begitu hakikat bahawa orang Melayu melakukan revolusi mental, spiritual dan material seperti itu sangat luar biasa dan mesti dikaji segera.

Ini semua misalnya dinyatakan oleh surat Gabenor Melaka ke Betawi waktu itu, van Hoorn yang bertarikh 17 Oktober 1699. Gabenor tersebut mendapat maklumat dari pedagang dan saudagar asing yang lari dari Kota Tinggi dalam keadaan terkejut dan ketakutan.

Adalah penting untuk kita fahami, revolusi 1699 ini berlaku jauh lebih awal sebelum berlakunya revolusi 1979 di Iran yang mempunyai maksud yang sama iaitu untuk membebaskan diri dari belenggu penindasan spiritual. Tidak hebatkah Melayu, melakukan yang di luar duga jauh sebelum bangsa Perancis dan Parsi melakukannya?

Sultan Mahmud telah mengabaikan pembangunan rohani rakyatnya. Malah menganiaya mereka. Tidak hairanlah rakyat bangkit menentang baginda. Persoalan moral Sultan Mahmud itu hanyalah satu faktor dari banyak faktor yang mendorong revolusi 1699.Sesetengah sarjana sejarah yang ingin mempertahankan status quo baginda telah menggunakan istilah penderhakaan. Ia satu kejutan yang cukup hebat untuk bangsa Melayu waktu itu sebenarnya.

Untuk meneliti bahagian paling sensitif iaitu kegemaran Sultan Mahmud meliwat remaja sila rujuk manuskrip berikut;

1)Kerajaan Johor 1641-1728: Ekonomi dan Politik, karangan P.Andaya dan diterjemahkan oleh Shamsuddin Jaafar, Dewan Bahasa dan Pustaka.

2) Juga karangan C.C Brown, ‘Sejarah Melayu atau Malay Annals’, JMBRAS, XXV, ii dan iii (Oktober 1952), C.R Boxer, ‘The Achines Attack on Malacca in 1629, as described in Contemporary Portuguese Sources’, dalam J. Basti dan R. Roolvink (peny.), Malaysian and Indonesian Studies, (Oxford 1964).

3)Turut berguna kerja John Harris, ‘The History of the Danish Commerce to the East Indies’, dalam dokumennya Collections of Voyages and Travels, jilid 1, (London 1744, dalam hal ini cetakan 1956).

4) Akhirnya, R. O Windstedt dalam JMBRAS, X, ii (Januari 142).

Adalah wajar sejarah yang menakutkan ini dibuka kembali. Sultan Mahmud ditumbangkan bukan kerana dia peliwat sahaja, tetapi juga kerana ia pembunuh, dan memandang sebelah mata kepada agama. Dan paling menjengkelkan, sejarah yang keji ini dikambus oleh beberapa ulama yang berpegang kepada Islam konseptual bukan Islam aktual.

kiranya sumpah saiful berada dalam situasi revolusi 1699,sudah pasti gamaknya awal-awal lagi ianya menjadi satu batu tanda kebangkitan melayu menegakkan hukum. tiada retorik tiada takut.ini adalah kenyataan. SAYANGNYA KINI 'PELIWAT' MENJADI KEBANGGAAN !

Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut....A'uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahman nirrahim. Wallahi...Wabillahi....Wata'alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam."

anwar attaturk laksana sinopsis perjalanan dajjal. dajjal akhir zaman akan membawa kerosakan kepada setiap umat. air dikata api dan api dikata air. janji demi janji diberi. emas diberi kiranya imannya sudah mati. mana sahaja anwar pergi begitulah tradisi. abim hilang gigi,umno satu wadah halal menjadi busuk dek anwar pakar strategi,pakar manipulasi. islam dan melayu dijadikan bahan gadaian berkali-kali !

anwar bijak mencatur bidak-bidaknya.tapi ini adalah caturan laknat.mencatur segala hak umat gara-gara kemaruk kuasa. anwar menyediakan pengikutnya ke arah persediaan menegakkan KETUANAN RAKYAT. namun anwar terlupa bahawa gap juga menyediakan artikel ini kepada tatapan umum sebagai kaedah mengatur bidak...menyediakan umat kepada pendedahan maha mengaibkan nanti !

kepada umat bangsa satu soalan aku berikan ...8 julai ini dimana iman kamu berdiri ?


8 JULAI :GAP DAN RAKAN BLOGER AKAN MENGETUAI PERHIMPUNAN TERBESAR RAKYAT MENYOKONG SAIFUL BUKHARI !


bismillahhirahmannirahim dan salam sejahtera,

dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

dengan ini adalah dimaklumkan bahawa gerakan anti pkr aka GAP dan rakan-rakan bloger akan mengetuai satu gerakan terbesar rakyat malaysia melayu,cina dan india untuk hadir di mahkamah tinggi jalan duta pada pagi 8hb julai untuk memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada seorang mangsa liwat yang bernama mohd saiful bukhari azlan.

mangsa telah mendakwa diliwat oleh seorang vvip politik bernama anwar bin ibrahim pada bulan jun tahun 2008. saiful bukhari telah tampil dengan berani dan bertanggungjawap dengan dakwaan liwat hingga ke tahap sanggup bersumpah dilaknat oleh ALLAH SWT kiranya beliau tidak bercakap benar.

anwar ibrahim harus menjadi manusia bertamadun,bertanggungjawap dan berani berhadapan dengan saiful bukhari. hentikan segala permainan dan helah politik sampah. anwar bin ibrahim, kamu harus tidak lari dari menjawap tuduhan berat ini di kandang mahkamah.

memang benar kamu orang terkenal,politikal kamu bijak memanipulasi keadaan, tetapi kamu harus ingat dan sedar bahawa KAMI SELURUH RAKYAT tidak kira fahaman politik mahu kamu berdepan dengan saiful bukhari seperti juga konviksi kriminal yang lain. anwar bin ibrahim, KAMI SELURUH RAKYAT tidak sekali menganggap ini tuduhan politikal.

seluruh rakyat sekalian, saiful bukhari harus diberikan PELUANG SECUKUPNYA untuk membela diri di mahkamah nanti,pada masa yang sama anwar bin ibrahim tidak harus terus-menerus lari dari kandang tertuduh di mahkamah nanti.

seluruh rakyat mahu melihat KEADILAN untuk saiful terlaksana. maruah saiful bukhari yang teruk dicerca dan dihina oleh anwar dan penyokong fanatik pkr dan pas harus ditebus kembali.

maka dengan ini, gap dan rakan-rakan bloger menyeru seluruh rakyat malaysia hadir mahkamah tinggi jalan duta bagi memberikan sokongan mangsa liwat seorang vvip politik.

gap akan mengetuai gerakan SOKONGAN SELURUH RAKYAT di mahkamah tinggi nanti. kami mahukan keadilan diberikan kepada saiful bukhari.anwar bin ibrahim jangan lari lagi !

ayuh bangsaku,ayuh seluruh rakyat berikan sokongan anda kepada saiful bukhari pada 8 julai nanti. hadirkan diri anda bersama teman-teman,rakan,keluarga ibu ayah adik kakak dan abang,rakan sekerja,pelajar universiti,mekanik,pemandu teksi,pekerja bank,kerajaan dll MARI BERSAMA KAMI !

GAP AKAN MENGETUAI perhimpunan aman tanda sokongan seluruh rakyat terhadap saiful bukhari..sebarkan email ini,sebarkan poster ini...belilah prepaid RM10 dan hantarkan sms pada seluruh rakyat.arahkan mereka untuk sebarkan sms pada yang lain...AYUH HADIR DI PERHIMPUNAN TERBESAR SELURUH RAKYAT MALAYSIA MENYOKONG SAIFUL BUKHARI PADA 8JULAI NANTI!

sekian
GERAKAN ANTI PKR aka GAP dan rakan-rakan bloger

Wednesday, June 24, 2009

8 JULAI :JIKA ANWAR LARI ATAU 'TERLEPAS', MAKA GAP...

aku membaca keluhan saiful bukhari. KLIK SINI

jelas dan nyata, penulisannya kali ini menggambarkan lara hati yang sedih. aku faham isi hati saiful, dia telah diliwat,dia telah diaibkan oleh keseluruhan penyokong pkr dan pas dan berontakan hati makin bergelocak tatkala anwar attaturk bermain helah demi helah untuk cabut lari..

kamu sudah faham akan cara gap. hari ini aku tiada mahu memanjangkan cerita. anwar diberi layanan cukup istimewa oleh kerajaan dalam hal liwat ini. mangsa si saiful yang setiap detik denyut nadinya merayu agar perbicaraan diteruskan, nampaknya tiada di endahkan.

saiful mahu mempertahankan dirinya, maruah nya. apa akan jadi kiranya 8 julai ini kes digugurkan, dan aku yakin saiful pasti akan ditohmah sampai mati oleh penyokong pkr dan pas !. hak dia untuk mempertahankan diri, mengeluarkan bukti sudah tidak dapat diberi di kandang mahkamah tinggi.

aku memandang kepada wajah pimpinan umno,pejuang bangsa,ulamak. hhhmmm senyum sengih dalam hati melihatkan ketiadaan kejantanan untuk menghentak anwar kiri dan kanan... mereka ini banyak bicara tentang kehebatan sejarah bangsa,simposium sana dan sini,tenghari makan lunch hebat-hebat,berpakaian sut hebat sayang seribu kali sayang, dodoian di kerusi ampuk,sejuknya aircond kereta harier,audi Q7,BMW 7 SIRIS,BRABUS membuatkan mereka terus menerus apla dan longlai.

kepada saiful, 8 julai ini penentu hari. kiranya anwar lepas atau 'terlepas' maka gap akan mencari kamu untuk kita melakukan serangan berani mati. SAIFUL KAU DUDUK DIAM-DIAM BERTAWAKAL KEPADA ALLAH SWT, BIARKAN GAP SERANG ANWAR DI LUAR MAHKAMAH ! aku sedia menerima segala risiko baik disaman berjuta atau apa sahaja demi pertahankan saiful bukhari ! anwar selagi hayat dikandung badan, kami akan lanyak kamu cukup cukup bangsat !

Tuesday, June 23, 2009

SELANGOR BANGKIT : CERAMAH UMUM DI SHAH ALAM

CERAMAH UMUM AKAN DIADAKAN DI SHAH ALAM.TAJUK CERAMAH 'KERAJAAN PERPADUAN, REALITI ATAU FANTASI )

TARIKH : 24 JUN 2009 ( RABU)
MASA : 8.30 MALAM
LOKASI : DEWAN TABIKA KEMAS 17 BANDAR, SEKSYEN 17 SHAH ALAM.
PENCERAMAH :
YBHG DATO' KAMAL SAIDIN ( PEGAWAI KHAS AGAMA MB T'GANU)
YBHG SDRA HAMDAN TAHA ( PEGAWAI KHAS MB PERAK )

SEBARKAN MAKLUMAT INI MELALUI SMS.....HAMDAN TAHA PASTI MENGGEGARKAN SELANGOR ! HIDUP PAK DAN !!!!!!!!!!!!!!!KASI LANYAK CUKUP-CUKUP PKR !

SURAT TERBUKA : PENYOKONG PKR MULA BANTAI ANWAR ATTATURK !

Salamulllah,
Saya suka straight to the point...

(geram juga bila hantaq pi ke blog dan forum Sdra anwar, dia punya moderator asyik tolak saja. Aku tulis bukan kat moderator , aku tulis untuk anwar, pasai apa depa sibok sangat)

Dassat, dassat. Semuanya salah. Buat itu salah, buat ini salah. Heran juga kami, semua kesalahan tu timbui waktu la ni. Pasai apa waktu Anwar jadi TPM dulu benda2 pasai rasuah, tol, tax dan sebagainya yang menekan orang Melayu, kome tak nak hapuskan. Walhal kome pegang jawatan Menteri Kewangan.. Takkan takut nak lawan Mahathir dan bagi pendapat yang bernas dan jitu macam sekarang kot. Tup-tup la ni nak buat itu, nak buat ini... cuba pakat pikiaq, salah sapa?

adakah nak salah satu puak saja atau Datuk Seri juga salah. Ni yang dok kata kok tu kok ni tu, menatang apa. La baru nak kata terbit mai. Pasai apa semua keluaq mai waktu la, pasai apa dulu lagi tak keluaq itu salah ini salah. Pasai apa do habaq pasai rasuah la ni, tak kan dulu Dato Seri tak pernah buat kot. Tak kan tak ingat waktu di Sungai Besi, waktu Barisan nak bertanding dengan Pas, sapa yang suruh wakil Pas tarik diri... Tak pa lah kalau lupa. Tapi nak tanyalah yang waktu Dato jadi Menteri Pendidikan dulu, kami dok perhati ada sorang Pakistan dari Kg Melayu Padang Besaq, Perlis dok keluaq masuk dalam pejabat Dato sampai naik lunyai macam rumahtangga dia. Bila kami chek, semua lesen ap dato yang bagi, lesen minyak, lesen beras tah lesen apa lagi sampai kami naik takut nak jumpa dato pasai kena jumpa dia dulu.

La ni sedaq tak kita kerana dato nak kuasa, dato dok penaya semua orang. Melayu sama Melayu bergaduh, India dah mula besaq kepala, Cina dah tentulah sebab depa dok pegang ekonomi Malaysia. Depa banyak duit. Tak taulah kot depa dok sponsor dato... saja kata no.

Ni satu lagi, waktu mula nak buka Keadilan, tup-tup depa mai jumpa kami, wakil abim, suruh kami buka cawangan Keadilan satu negeri(toksah sebut tang mana) dan berjanji nak bagi kat kami satu cawangan seribu, lagu mana pulak tu dulu. Kami tanya jugak depa, hangpa dapat duit mai mana banyak2, padahai waktu tu Dato Seri dok dalam penjara. Hebat juga no. Takkan kot tiba2 saja orang nak derma mcm tu banyak untuk buka parti keadilan.

Sebenaqnya, kami yang dok bercakap ni adalah orang yang cukup hormat kat Dato Seri malahan cukup rapat dengan dato seri.(Kalau setakat depa yang dok keliling dato la ni, biji mata depa tu hanya nak ambik kesempatan saja-Dato pun tahu kerana dato juga mengaji haqqulyakinwahaqqulhaq macam kami juga). Waktu tu, dato serilah jadi idola kami. pasai waktu tu dato seri Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Pendidikan.

Kami ingat lagi waktu di Pasir Panjang masa ikut kursus Wirajaya Pemuda UMNO, Dato bukan main cakap lagi dalam terang bulan tepi pantai. Dato dok atas batu. Bercerita pada kami tentang semangat Melayu. Cerita tentang kedudukan rakyat Melayu yang kian berkurangan peratusannya. Bercerita mcm mana Cina nak ambik alih Malaysia dan apa orang India nak buat. Sampai keluaq mai pepatah kalau jumpa ulaq dan ......, sakai.... dulu. Tapi sayang, segala semangat Dato dah tak serupa dulu... pasai apa.

Oleh kerana kami terlalu komited pada Dato, sampai waktu dengaq kata Dato nak kena tangkap, sebiji nasi pun tak boleh telah, mcm tu punya sayang kami kat dato. Turun mailah kami ke KL, check, siasat, bertanya, dengar cerita dan bentuk barisan mengkaji. Semuanya biro pendidikan yang terdiri dari cikgu2, tapi lepas tu kami teruih diam sampai ke hari ni. Kami tak terlibat dalam mana-parti politik. Tapi bila tengok keadaan umat malaysia yang macam-macam, naik risau juga kami. Semua pemimpin Melayu jadi ketegaq bana termasuk juga Dato seri. Nak kata sebelah pihak tak kena juga pasai masin-masin ada agenda masin-masin.

Ni la ni, kelompok kami dah tak larat nak tengok lagi. India bukan main naik tocang lagi. Cina dok tepuk tangan. Cuba dato seri pakai selipar, pakai ketayap, t-shirt leheq bulat hak comot sikit, berjalan mai tengah kuala lumpur ni sambil tu bawa keta yang tak bayaq finance 3 bulan. cuba buat-buat bodo dengah pekan sampai kena horn. barangkali baru dato seri dapat rasa panasnya suasana sekarang. berjalan, toksah pakai eskot. tak kan takut mati kut. jangan dok asyik naik keta mewah saja dengan eskot. kalu mcm tu mcm mana nak tengok keadaan sebenaq. jadi ghandi, berjalan kaki tak pakai kasut. tak kan kotoq kut.

Kalu dah bejalan dan rasa, tok kena insaflah bahawa latah tok seri akan bagi kesan pada rakyat khususnya orang melayu. dulu tok seri sama dengan saya dok ajaq lagu "ANAK KECIL MAIN API" di Pasiaq Panjang dan di Sungai Besi. tup-tup la ni tok seri pula bagi api suruh budak kecik anak melayu main api. apa bana ni?


tok seri,

depa ni, orang melayu bukan berapa faham sangat pasai undang-undang. berapa kerat sangat orang melayu faham pasai undang-undang. berapa kerat orang melayu tau pasai sejarah. kami dok mengajaq sejarah, cikgu pakar pulak tu, kami taulah pengai anak-anak murid kami. yang mana masuk sekola menengah taun 75 ke atas, sejarah adalah mata pelajaran yang cukup baloq liat nak belajaq. jadi mcm mana budak-budak melayu nak tau sejarah dan undang-undang pasau nak belajaq undang-undang kena tau sejarah kan ka? kalu dato seri yang faham undang2 dok provok benda tak tentu kalu kat orang melayu terutama generasi yang umuq 20 sampai 38 taun, tak berapa eloklah untuk orang melayu kot.

Nak berjuang apa sampai orang melayu dok bergaduh dan india dan cina naik kepala. mcm tu tok seri kata perjuangan? perjuangan apa tu? perjuangan sapa tu? Kita dulu pernah dok bersembang pasai pepatah " if we cannot win them, we join them" tok seri denga saya juga yang dok mengajaq menatang ni pada pemuda UMNO dulu. tak kan tok seri tak reti dah kot.kalau mcm tu barulah rakyat bulih kata tok seri berjuang untuk orang Melayu kerana dari kami kenai tok seri termasuk juga mahathir kenai tok seri, tok seri adalah seorang yang cukup tebal semangat perjuangan melayu sampai nak repair bumbung sekolah srjk(c) pun tok seri tak luluskan dulu.

hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu. tok seri pernah bercerita pasai sikitol negeri melaka sekarang tok seri sendiri nak jadi sikitol pulak. pelik kot! hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu. tok seri sendiri pernah berhujah pasai martabat nafsu pada orang melayu, nafsu amarah , lawamah dll dan nak duduo dalam martabat nafsu-nafsu tu kenalah hancurkan istana iblis di hati kita tapi tok seri sendiri tak dak darjah tu. yang kami dok nampak adalah sifat-sifat mazmumah yang makin tebai dalam hati tok seri. dok mengata sana , dok mengata sini. apa hai yop.

hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.tok seri sendiri pernah menggerakkan kader2 pemuda dengan slogan " if we cannot win them, we join them" tapi tok seri sendiri buat bagi selisih faham orang melayu. hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.tok seri la ni bukan main baik dengan DAP dan PAS sedangkan dulu bukan main mengata kat depa. lidah letak tang mana?

hai, tak taulah apa nak jadi dengan bangsa melayu.dulu tok seri sendiri dok lulus lesen magnum, toto dan kuda, pasai apa di bagi juga lesen tu walhal lesen tu hanya lulus oleh Menteri Kewangan iaitu tok seri sendiri. kalau dari dulu tok seri bekukan, orang melayu kita tak berjudi. tok seri pakai selipar dan t-shirt, pi tengok sendiri kedai2 judi berlesen.. masyaallah. satu lagi lesen judi genting highland sampai cina tu mati pun kambuih dengan kereta mercedes... pasai apa.

La ni kami tak mau cerita banyak2, orang marah kat kami, tapi untuk pengetahuan tok seri kami sekeluarga bergaduh kerana tok seri tau, kerana falsafah dan sikap tok seri yang nampak jenuin dulu. kami dengan kak kami yang sama2 dalam kementerian pendidikan bertelagah sampai sekarang pasai kami orang kuat tok seri dan dia dok kerja dibawah pejabat tok seri kementerian pendidikan, kami di luar juga kementerian pendidikan. Nampak sangat pertelingkahan kami tak berbaloi dengan kerenah polotik tok seri.

La ni tak mau cerita banyak2, harap tok seri dapat pikiaq dan kenang balik waktu dulu, waktu kita sama-sama berjuang, dan aku nak tengok balik kawan, sahabat, pejuang dan idola aku berjuang kembali di landasan yang benar dan betul dengan tidak mengenepikan kepentingan bangsa. Andai itu saudaraku Anwar laksanakan dengan strategy yang betul dan tepat tanpa melukakan hati mana-mana pihak dan mana2 bangsa dengan mengambil kira kepentingan orang Melayu sebagai asas perjuangan , sahabat-sahabat kita yang dulunya bersamamu dan mengharapkan saudara anwar bakal menggantikan mahathir sebagai Soekarno Malaysia dan pemimpin ummah akan kembali berdiri di belakangmu, namun andai saudara membelakangi perjuangan kita dahulu, kami hanya akan berdiam di dan melihat segala kemusnahan bangsa dan negara ini dari petualangan dalam dan juga luar negeri khususnya Yahudi. Andai perubahan itu berlaku kepadamu saudaraku Anwar, akan ku petik jariku mengarah barisan mendokong cita-cita bangsa agama dan negara kerna dirimu dan diriku amat tau siapa apa itu, Agama (ALIF), apa itu bangsa(BA) dan apa itu tanahair (TAA)

Buah salak buah kedondong,
buah beringin dalam perahu,
bukan salah ibu mengandung
hanya dirimu tak ambil tahu

Salamunkhaulanmirrobbirrohim


TOK KENALI3