Saturday, August 30, 2014

MALAM NI PROGRAM DI.....sebarkan

WAYANG LOW CLASS DARI ADUN SRI MUDA !


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor daripada PKR hari ini menyelar Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendesak mereka membuat kenyataan menarik diri daripada dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor.
Ketua Penerangan PKR, Shuhaimi Shafiei yang juga ADUN Sri Muda, berkata tindakan Rafizi itu yang mahu mereka membuat kenyataan terbuka adalah tidak perlu kerana ia dilihat seolah-olah cuba menghina mereka.
itu kenyataan mamat bernama suhaimi, adun sri muda .
isunya pasal rafizi arah adun pkr selangor tarik diri daripada dicalonkan dari menjadi MB.
mamat ni lidah macam bewak gak..mamat ni pro azmin. azmin totok anwar. anwar nak lantik bini dia jadi MB.. masih tak nampak susur galur game dorang ni ? aiyak apalah lu...
jangan kita lupa kenyataannya pada tahun 2010 yang ada menyebut...
Dalam sejarah telah terbukti, apabila rakyat bangkit menentang Raja, biarpun beribu tahun kebangkitan itu berlansung akhirnya kebenaran akan menghenyak ketidakadilan. Rakyat akan menang dalam peperangan menentang ketidakadilan! Didoakan agar ia tidak berlaku di Selangor.
Shuhaimi Bin Haji Shafiei
ADUN Sri Muda
30hb Disember 2010

dia pernah biadap dengan tuanku sultan selangor dan dia ni adun yang BUKAN ANAK SELANGOR..



TAKAT GEBANG JE LAH....

Friday, August 29, 2014

TERKINI : DANA UNTUK BELIA..KASI SEBAR PADA ANAK MUDA !


Apakah yang dimaksudkan dengan Dre1m Fund? Dre1m Fund atau Dana Sukarelawan 1Malaysia (DRE1M) membekalkan bantuan kewangan untuk belia menjalankan aktiviti-aktiviti sukarelawan dengan matlamat untuk membantu komuniti dan kumpulan sosial yang disasarkan.

Bantuan kewangan yang diberikan merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembangunan belia, kesejahteraan komuniti, sukan, budaya, dan perusahaan sosial.

Langkah-langkah untuk memohon Dre1m Fund:

1. Memohon melalui laman sesawang www.im4u.com.my < Dre1m Fund < Apply for funding. 



2. Daftar/log masuk dengan Facebook dan lengkapkan borang-borang yang diberi. 


3. Sebaik-baik sahaja borang-borang dilengkapkan, semua maklumat akan die-melkan ke pasukan 1M4U DRE1M secara automatik.



4. Permohonan akan dicetak dan dihantar ke jawatankuasa 1M4U untuk diteliti dan disenarai pendek. Kebiasaannya proses ini akan mengambil masa lebih kurang seminggu.

5. Bagi pemohon-pemohon yang memenuhi kriteria, pemberitahuan akan dihantar melalui e-mel untuk meminta cadangan rasmi, latar belakang, dan bajet yang diperlukan untuk menjalankan projek. 



6. Berikut merupakan contoh tindak balas dari pemohon yang telah disenarai pendek dengan maklumat yang berkaitan.



7. Setelah lengkap semua formal, bajet, cadangan, dan latarbelakang, jawatankuasa iM4U akan mengadakan kajian terakhir dan meluluskan cadangan tersebut. Cek akan dikeluarkan sebaik sahaja kelulusan diterima. Keseluruhan proses mengambil masa sekurang-kurangnya 1-1.5 bulan. 


8. Semua permohonan yang berjaya perlu menyiapkan projek-projek dan menyediakan laporan mengenai projek tersebut berserta dengan bil, gambar, video dan bahan-bahan lain yang diperlukan.

KELAYAKAN PERMOHONAN 

· Mestilah berwarganegara Malaysia

· Individu yang berumur 18-40 tahun atau badan organisasi

· Badan organisasi yang tidak berorientasikan keuntungan

· Entiti undang-undang Malaysia yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan atau Pendaftar Belia

· Lokasi projek di Malaysia

· Permohonan maksimum adalah sebanyak 2 kali secara kolektif bagi setiap individu



SOROTAN UTAMA Dre1m Fund 


1. Stop The Hunger – Kesejahteraan Komuniti/Sukan. Aktiviti ini dijalankan untuk menghasilkan kesedaran kepada para belia terhadap kepentingan melakukan amal dan kerja-kerja sosial.

2. G.R.O.W (Go Recycle Organis Waste)- Perusahaan Sosial. Para belia mengitar semula sisa organik untuk menghasilkan baja bio-organik.

3. Mengelakkan kegiatan keganasan dan samseng di sekolah-sekolah Tamil – Kesejahteraan Komuniti. Sukarelawan yang menjadi ‘Abang Besar atau Kakak Besar’ bertindak sebagai model peranan dan membantu dalam memudahkan sesi-sesi dan aktiviti-aktiviti sukan.

4. Kem Inovasi Sosial – Pembangunan Belia. Tujuannya adalah untuk menggalakkan para belia untuk menjadi lebih berani dalam menginovasikan teknologi baru untuk masa depan.

5. Play It Forward – Budaya/ Seni. Persembahan Play It Forward muzik dan amal seni telah mengumpulkan penyanyi-penyanyi tempatan, artis-artis dan penari-penari untuk mengekspresikan seni mereka dan mengumpul dana untuk komuniti, khususnya memberi keuntungan kepada Mercy Malaysia dan projek keusahawanan sosial.

6. 72 Hours Swimming For Miracles – Kesejahteraan komuniti/Sukan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran diri terhadap kepentingan menolong orang yang memerlukan.

7. iM4U Health Walk 2013. Program ini dijalankan untuk meningkatkan semangat kesukarelawan di kalangan belia di Perlis dengan kolaborasi Jabatan Kesihatan Perlis.

8. “Are you in the PINK of Health” Karnival Kesedaran Barah Payudara – Kesejahteraan Komuniti. Menjalankan pemeriksaan kesihatan dan meningkatkan kesedaran terhadap barah payudara.

9. SPARTFEST! – Pembangunan Belia. Tujuannya adalah untuk menggalakkan para belia untuk lebih berani dalam mengekspresikan kreativiti dan mempamerkan bakat-bakat mereka.

10. Holi 2013 – Budaya. Mempromosikan warisan masyarakat India Utara di Malaysia yang berwarna-warni.


HANYA PERLU KLIK PADA IKLAN 1M4U YANG TERLETAK DI RUANG SEBELAH POSTING BLOG INI. ATAU ANDA BOLEH KLIK DI SINI

KAMI DAH KATA PERI PENTINGNYA KALID SAMAD DALAM ROSAKKAN PAS.. !


teruskan kalid samad
cakap je apa yang kau nak cakap
kami blogers teruja dengan pelbagai fatwa kau

IKRAR KAMI KEPADA KALID SAMAD

kami ketagih fatwa kalid samad
kami ketagih cakap kalid samad
kalid samad, cakap je lah apa kau nak cakap
rakyat suka kalid samad
dewan ulamak suka kalid samad
kalid samad ada 'pemuda' yang dinanti..


Thursday, August 28, 2014

ANWAR PUNYA TAIK...TAK PASAL PASAL DAP PULAK YANG BALUN PAS.


KLIK LINK BAWAH

http://www.malaysianews-online.com/2014/08/dap-mp-suggest-pas-to-joint-umno.html

KHALID SAMAD...PERMATA BESAR UMNO DALAM PAKATAN..


kalid samad merupakan watak antagonis.
dia suka melanggar tabie orang melayu.

dalam dunia, hanya bangsa melayu sahaja yang asimilasikan bangsa dengan agama. yakni dalam pengistilahan perundangan perlembagaan.

agama yang disebut adalah islam.

punya kuatlah azam bangsa melayu sampai tafsiran bangsa melayu itu perlu di ertikan sekali dengan islam.

melayu islam, islam melayu. macam kiri dan kanan.

sejak 2008 kalid samad telah banyak menggangu 2 perkara asas ini.

hari ini dia menjadi semakin benak. karat otaknya dalam mencuit dan menyakitkan hati melayu bukan kepalang.

kalid samad sudah berada dalam kategori inzal, yakni stim yang terlalu taksub hingga tidak mengira masa senantiasa melakukan masturbasi politik.

hakikat kewujudan kalid samad di malaysia, kata tajul muluk politik punyai lontaran tafsiran yang tersirat.

kalau tiada abu jahal, maka tiada serilah sejarah kebangkitan islam.
kalau tiada judas, mana mungkin sejarah nabi isa menjadi bahan kajian.

watak antagonis memainkan banyak peranan luar dan dalam.

dalam sejarah pempolitikan bloger, HAKIKATNYA KALID SAMAD TELAH BANYAK MEMBANTU UMNO UNTUK MENGHANCURKAN PAKATAN.

jangan marah pada kalid samad.

kita blogers sepatutnya menjadi petani yang terus menyemai benih, benih seperti kalid samad.

kita harus membiarkan agen kita menghancurkan pas dari dalam.


Wednesday, August 27, 2014

ASAL USUL SEPAT KERING.

KETUM KATA....PAS SEBENARNYA BANGANG.


Ketum kata kerusi MB SELANGOR hak eksklusif untuk pkr.

Pkr pada hakikatnya bukanlah parti yg lengkap dalam konteks kesempurnaan berparti.

Keahlian pkr amat diragui.

Pkr bernasib baik pasal ahli pas sanggup tonggeng untuk ditonggeng dalam konteks politik.

Pas memang bohsia untuk parti macam pkr.

BERITA GEMPAR DAN BELASUNGKAWA : MAN U KALAH TERUK 4 KOSONG DENGAN TEAM LOW CLASS !


man u yang digambarkan ada skuad dan pengurus hebat, tewas di tangan kelab bawahan low class MK DONS..

saksikan foto foto saat gol demi gol mk dons yang menusuk kalbu man u...



KARTUNIS BIOL SAKIT HATI DENGAN PARTI BIOLNYA.

SULTAN SELANGOR TAKNAK SEPAT KERING..TAPI PAKATAN NAK LAWAN GAK CAKAP KETUA NEGERI SELANGOR !


KENYATAAN MEDIA
PARTI KEADILAN RAKYAT
PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK

PERLANTIKAN DATO’ MENTERI BESAR
KEADILAN DAN DAP MENJUNJUNG TITAH DYMM TUANKU SULTAN SELANGOR

KEADILAN dan DAP merafak sembah menjunjung kasih dan rasa syukur dengan titah DYMM Tuanku Sultan Selangor mengenai pelantikan Dato’ Menteri Besar yang baru seperti kenyataan rasmi Pejabat DYMM Tuanku Sultan Selangor yang ditandatangani Dato’ Mohamad Munir bin Bani hari ini.
Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu adalah sejajar dengan konvensi (convention) yang telah diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar sebelum ini.
DYMM Tuanku Sultan Selangor turut menitahkan parti-parti Pakatan Rakyat mencalonkan lebih dari satu nama dalam melantik Dato’ Menteri Besar dalam tahun 2013. Titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu disampaikan kepada KEADILAN, PAS dan DAP melalui satu surat bertarikh 7 Mei 2013 (yang disertakan bersama) yang melambangkan konvensi yang diamalkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sebelum ini.
Susulan itu, mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Dato’ Menteri Besar, parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP menjunjung titah DYMM Tuanku Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat dalam tahun 2013 memandangkan YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri).
KEADILAN dan DAP merakamkan doa dan menjunjung kasih atas budi bicara ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.
DATO’ SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agong KEADILAN

TONY PUA
Setiausaha Publisiti DAP

MOHON SEBARKAN

KHAIRY DAN REGINA LEE.


kj keluar kenyataan dia tak kisah sekiranya PEKERJANYA adalah penyokong pakatan rakyat.

kenyataan ni lebih kurang macam tindakan populis DAP tengah giat nak tarik wanita melayu sertai DAP, sedangkan umum mengetahui DAP punya tindakan ni macam dakwaan kononnya 'kucing taknak dah makan tikus'..

public tahu betapa musibatnya DAP dalam cocok jarum halus nak perbodohkan melayu.

DAP memang pada hakikatnya dah bodohkan melayu pas dan pkr. tapi nak melayu lain dia tak boleh.

kj kata dia tak kisah kalau pekerjanya adalah penyokong pakatan.

hakikatnya kj adalah menteri, yang datang dari lubok parti umno. dia adalah ketua pemuda.

jadi sensitiviti kualiti pekerja umno patutnya dijagalah. pekerja di kementerian seharusnya selari pandangan dan idenya dengan DASAR KERAJAAN DAN PARTI.

kalau asas ini dilanggar, macamana nak promosikan dasar kerajaan dan parti ?

kj kata tak kisah kalau pekerjanya penyokong pakatan.

mungkin pasal tak kisah itulah, sampai sanggup hantar paspot  malam malam...hehehehe gurau je ...

ps ; untuk isu ni aku tak setujulah dengan pandangan kj. bab kj debat dalam parlimen tu aku sokonglah..

KLIK SINI



Tuesday, August 26, 2014

LUDAH MUKA KALID SAMAD. BAKAL DIJADIKAN UPACARA TAHUNAN ?

Ada pendapat kata, ini hak asasi rakyat untuk ludah pemimpin bertaraf haram jadah.

Ada yg kata ini demokrasi.

Bagi kami blogers, kami meraikan kepelbagaian pandangan dan ide bagi merekayasakan makna dan istilah demokrasi.

ANWAR MEROYAN...SULTAN SELANGOR TANGGUH PERLETAKAN JAWATAN KHALID


RM0.00 SULTAN SELANGOR tangguh perletakan jawatan TS Khalid sebagai MB baru dipilih.Khalid baca kenyataan media Sultan di PC di pejabatnya sekarang-Agendanews

LAWOK PENGKALAN KUBOR

POLITIK BOHSIA ALA PAKATAN.


foto realiti kat atas boleh baca kat bawah.
kalau diikutkan satira politik, ianya macam bohsia dalam politik la.
pas nampak garang, tapi selalu kena kangkang.

KLIK SINI

Saturday, August 23, 2014

ISU KHALID IBRAHIM : AHLI PKR BAKAR BENDERA PKR..PROTES SEPERTI INI PERLU DIPERLUASKAN. INI HAK ASASI DAN DEMOKRASI.

AIDCNews – 23/8/14 – PKR memecat seorang anggota parti yang juga Ketua Angkatan Muda (AMK) Cabang Kuantan, Aidil Haryman Mat Nor kerana beliau secara terbuka memaparkan gambarnya sedang membakar bendera parti melalui laman sosial facebook.
“Beliau yang juga merupakan Ketua AMK Cabang Kuantan secara terbuka melalui laman sosial Facebook memaparkan gambar beliau membakar bendera parti, yang memberi implikasi buruk kepada imej dan kredibiliti parti kepada masyarakat umum.
“Beliau turut mengakui tindakan membakar bendera parti dan mencabar agar beliau dipecat dari parti.
“Sdr AIDIL HARYMAN MAT NOR dengan ini dipecat dari Parti Keadilan Rakyat,”kata Pengerusi Lembaga Disiplin KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong dalam kenyataan medianya hari ini.
Aidil Haryman merupakan penyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Alhamdulillah, malam ini dapat tidur lena. Saya kini tidak lagi menganggotai PKR.
“Saya baru saja diberitakan yang mesyuarat MPP PKR telah membuat keputusan memecat saya serta merta.
“Terima kasih kerana membebaskan saya. Terima kasih semua atas sumbangan dan bantuan,” kata Aidil Haryman dalam facebook, rakyat.bangkit.98.
Pahang Daily Online melaporkan Aidil Haryman lebih dikenali sebagai Alang merupakan aktivis PKR di Kuantan.

“Alang yang merupakan salah seorang pejuang tegar KEADILAN akhirnya menerima nasib yang sama seperti Blogger Cucumatkilau yang juga merupakan ahli PKR Cabang Kuantan.
“Untuk makluman, Ketua Cabang PKR Kuantan, Fuziah Salleh juga tertewas bagi merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti baru-baru ini.
“Dengan kehilangan Alang, sudah pasti ia merupakan tamparan hebat buat Fuziah, kerana Alang adalah orang kanan beliau yang dekat dihati ahli akar umbi parti itu di sini sebenarnya,” lapornya.
Selain Alang, empat ahli PKR lagi anggota diberikan surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan serta-merta sehingga siasatan selesai.
Mereka adalah Dr Wan Suhaimi Wan Daud dari Cabang Pasir Mas, Nasiruddin Mohamad dari Cabang Sepang, Abdul Rahim Abdul Wahab dari Cabang Selayang dan Rosmah Suly dari Cabang Batu.
Semua mereka telah didakwa terlibat dalam satu sidang media Pakatan Anak-Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) bersama NGO lain yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada 20 Ogos lalu.

Thursday, August 21, 2014

SELANGOR UNTUK SELANGOR : ANWAR TAKNAK PENGUNDI PAKATAN SELANGOR TAHU FAKTA NI.


KLIK SINI

MERDEKA57 : GELANG EMAS.


ini adalah foto rombongan merdeka ke london.
dia ambil pada tarikh yang dimaksudkan.

anak muda mungkin tidak ingat insiden yang berlaku sebelum itu.

rombongan tunku KEKURANGAN WANG UNTUK BERTOLAK KE LONDON.

apa yang berlaku ?

berikut adalah skrip sebenar apa yang berlaku selepas itu.

tunku. “Saya nak pi (pergi) jumpa orang putih bersama raja-raja naik kapai (kapal). Umno tak dak (tiada) duit. Saya tak dak duit.
“Saya jual istana, ayahanda dok murka. Ayahanda suruh jadi raja, saya tak mau. Saya nak jadi Presiden Umno, nak bagi Malaya merdeka.”
Mengenangkan kembali saat itu, beliau memberitahu, Bapa Kemerdekaan itu menitiskan air mata apabila menyebut untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Titisan air mata Tunku membuatkan Siti Rahmah terpanggil melakukan sesuatu dengan lantas terus berdiri di tengah kesesakan orang ramai di dalam Dewan Hang Tuah, Bandar Hilir, Melaka.
Datuk Siti Rahmah Kassim.
“Tunku, saya terpanggil apabila mendengar ucapan Tunku. Dengan ini, patik menyumbangkan gelang emas kesayangan patik demi kemerdekaan negara.
“Saya ikhlas. Jika ada 10 gelang emas, semuanya akan diberikan kepada Tunku,” kata-kata itu menyebabkan Tunku sekali lagi menitiskan air mata.
Presiden Umno pertama itu membalas; “Selalunya orang perempuan, emaih (emas) ni bukan main sayang. Tapi ibu muda ni dok bagi gelang. Terima kasih banyaklah.”
Kemudiannya, Siti Rahmah memohon izin pemimpin itu menyeru hadirin untuk turut sama memberi sumbangan bagi menambah dana rombongan ke London.
Jelasnya, ahli Umno di bahagian atas dewan menjatuhkan duit bagaikan daun getah berguguran manakala mereka di bawah menyerahkan barangan kemas.
“Mereka beri rantai emas, kerongsang, jam, pin baju, cincin dan subang termasuk tongkat berkepala emas,” katanya yang mengelilingi dewan mendapatkan sumbangan hadirin kerana menyifatkan gelang emas pemberiannya saja tidak mencukupi.
Apabila kemerdekaan negara sudah ditetapkan pada 31 Ogos 1957, semangat beliau berkobar-kobar dengan menyertai rombongan dari Rembau, Negeri Sembilan dengan empat buah bas pada 30 Ogos ke Stadium Merdeka untuk menyaksikan Tunku melaungkan istilah keramat ‘merdeka’.