Thursday, February 28, 2013

MELAYU,INDIA DAN BUMIPUTRA SABAH SARAWAK SOKONG NAJIB..ORANG CINA ?



KLIK SINI

MANIFESTO PAKATAN : HUDUD DAH TAKDE.


kepada pembaral-pembaral pas.
ini adalah manifesto pakatan.
pas setuju untuk tiadakan hudud.
hudud takde wei..

nate berok mung wei..
hok aloh...
buatlah demo bershit antai manifesto wei..

MAT SABU SAKAU DUIT AHLI PAS : TAKDE AUDIT MACAM MEMALI !

LEPAS PRU TAK MUSTAHIL ANWAR AKAN GILA.


KLIK SINI

STRAITS TIMES SINGAPURA TERUS CARI JALAN JATUHKAN BN !



Singapore Straits Times propagates PM DS Najib’s weakening popularity.
  

Carolyn Hong is elated to beat the drum for opposition party.



  1. She firstly must announced from so called reliable sources that PM D S Najib’s approval rating had flung. And the ethnic group that brought down the rating were Malays. Foolishly loyal to Merdeka Centre for hot news, she humiliated PM DS Najib for ‘enjoying’  the highest rating in Dec 2011 after he announced the repeal of ISA and political reforms. 
        
  2. The director of M C Ibrahim Suffian, the monstrous evil syaitan-like brainless head was appreciative of the massive opposition rally last month. Ibrahim Suffian frantically rejoiced when the support from Malays for BN fell.   

It never occurred to the minds of Carolyn Bohong and Ibrahim Anu-War Sucker that the topics from speeches by Opposition Party are all fabricated facts; full of lies, slander, empty promises, illogical recommendations for the naïve and intellectually disabled listeners as well as those who are easily getting confused and holding false beliefs.    
H.S.

LEPAS RAJA PETRA GAGAL BALA PULAK KANTOI !


malam tadi balasubramaniam ceramah . tajuk ceramah siapa bunuh altantuya..sayang 5 tahun punya tunggu bala gagal membuktikan secara lengkap siapa bunuh altantuya..

bodoh punya PI. 


Siapa Tanggung Bala Sepanjang 5 Tahun Menghilang?

Selepas lebih kurang 5 tahun penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal (PI Bala) menghilangkan diri bersembunyi di India, Ahad lepas bersamaan 24 Februari 2013, akhirnya PI Bala muncul di KLIA dengan sambutan hangat oleh kira-kira 50 penyokong PKR. 

Sambutan yang diberikan oleh PKR terhadap PI Bala itu mengesahkan lagi wujudnya peranan parti itu dalam merencanakan komplot jahat mereka memanipulasi dan mensensasikan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya untuk dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Lagi pun bila mana perkara pertama yang dilakukan PI bala ialah bersumpah bersaksikan kitab Hindu Bhagavad Gita bahawa Akuan Bersumpah (SD) pertama yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan Altantuya kononnya adalah benar, manakala SD 2 pula dilakukan secara terpaksa, tambah jelas lagi peranan PKR dalam kes ini.

Sepatutnya jika PI Bala berhasrat menafikan pula SD2, bukankah lebih elok dilakukan pula SD ketiga. Alang-alang sudah berkali-kali buat akuan bersumpah yang saling bercanggah, elok juga buat sampai SD10, tak gitu?

Menarik untuk dilihat apa reaksi penerimaan orang Melayu Islam dalam PKR dengan sumpah PI Bala dengan kitab Hindu Bhagavad Gita itu, mungkin mereka teruja barangkali memandangkan Ketua Umum PKR sendiri sampai sekarang tak meyakini kebenaran sumpah laknat yang bersaksikan Allah s.w.t.

Semasa di temu bual oleh pihak media di KLIA itu juga PI Bala telah mengumumkan kesediaannya untuk membantu kempen Pakatan Rakyat (PR) dengan menjelajah ke seluruh negara konon bagi membongkar kebenaran di sebalik peristiwa tragis pembunuhan Altantuya Shariibuu.

Ia tidak pun mengejutkan khalayak, kerana umum tahu SD1 yang diikrarkan oleh PI Bala mempunyai kaitan rapat dengan pemimpin-pemimpin utama PKR yang sedari awal lagi mengharapkan manipulasi dan spekulasi mengenai kes pembunuhan Altantuya akan memalapkan sinar politik Najib.

Usaha PR gagal selepas SD2 oleh PI Bala menafikan pembabitan Najib, tambahan pula Raja Petra Kamaruddin yang pernah merekayasa fiksyen kisah Altantuya dengan memanipulasi kehebatan imaginasinya juga telah mengakui PM mahupun isterinya langsung tiada sangkut paut dalam kes tersebut.

Sebaliknya umum didedahkan pula dengan peranan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah terlibat berusaha memujuk suspek pembunuhan, Azilah dan Sirul supaya sengaja membabitkan nama Najib dalam kes sensasi itu.

Sebetulnya apa sahaja gerak geri PI Bala selepas ini ia tidak membantu pun PR dalam usaha mereka untuk memporak-perandakan kepercayaan rakyat kepada PM, kerana keraguan umum terhadap kredibiliti penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda teramat besar sekali.

Khalayak sebenarnya lebih tertarik untuk mengetahui kenapa PI Bala sanggup menggelapkan wang RM50,000 yang diamanahkan oleh Razak Baginda yang sepatutnya diberikan kepada Altantuya dan jika PI Bala tidak bermaksud menyonglapnya, sekurang-kurangnya khalayak umum ingin tahu di mana wang itu sekarang.

Paling penting khalayak ingin tahu siapakah dalang utama yang menaja, menanggung dan menampung segala kos kehidupan PI Bala di luar negara sejak lebih kurang 5 tahun lalu? 

Tidak sedikit kos tanggungan tersebut, dari hal upah tutup mulut, kos perumahan, makan minum dan kenderaan serta kos harian lain, jumlahnya besar, setakat RM50,000 yang disonglap oleh PI Bala dari Razak Baginda tentunya tidak mencukupi.

Tentu sahaja penajanya dari kalangan pemimpin utama PKR, kerana parti ini juga sebelum ini menaja kehidupan kekasih gelap Elizabeth Wong iaitu Helmi Malik di Indonesia dalam usaha mereka ‘menyejuk bekukan’ kisah hubungan sulit kedua-dua mereka dari terus menjadi perhatian umum.

Persoalannya siapa nama pemimpin itu dan dari manakah sumber kewangan yang diperolehnya?

Wednesday, February 27, 2013

PERUMAHAN RAKYAT : MANIFESTO TAK LOGIK AKAL PAKATAN.


1. Salah satu isu dalam Manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan ialah menjanjikan perumahan selesa dan mampu milik sebanyak 150 ribu buah. Perumahan mampu milik ini akan terbahagi kepada dua iaitu di bawah RM 75 ribu dan antara RM 150 ribu - RM 250 ribu.

2. Jika dilihat sekali lalu sahaja kita akan tertanya-tanya mengapa tiada sebarang pernyataan mengenai rumah yang berharga antara RM 80 ribu - 150 ribu? Sungguhpun perkara ini mungkin tampak remeh tetapi ia menunjukkan Manifesto ini tidak dirancang dengan teliti dan bersungguh. Seolah-olah angka-angka yang diletakkan di dalam manifesto tersebut sekadar sesedap rasa.

3. Mengapa ada satu lompang harga yang besar dalam penentuan harga rumah mampu milik? Sudah tentu sebuah rumah yang berharga RM 80 ribu - RM 150 ribu lebih murah berbanding harga RM 150 ribu-RM 250 ribu sebuah. Sungguhpun janji pakatan ini tampak manis namun ia tidak mencerminkan realiti perumahan negara sebenar terutamanya di Lembah Klang. 

4. Sebagai contoh di Selangor pada zaman pentadbiran Barisan Nasional, kerajaan negeri mempunyai dasar pembangunan bercampur yang disyaratkan kepada semua pemaju bagi memenuhi keperluan rakyat. Beberapa kategori rumah dan harga ditetapkan bagi memenuhi kemampuan rakyat yang mempunyai lapisan pendapatan yang berlainan iaitu Rumah Kos Rendah (RM 42, 000.00 dan ke bawah), Rumah Kos Sederhana Rendah (di bawah RM 100,000.00), Rumah Kos Sederhana (di bawah RM 500,000.00) dan harga rumah bebas.

6. Dasar Pembangunan Tanah Selangor ketika itu mensyaratkan bagi pembangunan perumahan yang melebihi 10 ekar ia mestilah mengandungi pembangunan bercampur melibatkan 20% rumah kos rendah, 20% rumah kos sederhana rendah dan 10% rumah kos sederhana. Selebihnya terserah kepada budi bicara pemaju. 

7. Ketika menjawab soalan bertulis saya dalam sidang DUN yang lalu, Kerajaan Negeri menyatakan dasar tersebut masih dikekalkan. Malangnya sejak kerajaan negeri Selangor diperintah oleh Pakatan, tiada satu pun rumah kos rendah dirancang dan dibina oleh mereka.

8. Dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu juga saya menghantar  soalan bertulis yang bertanyakan mengenai jumlah pembinaan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah yang dibina oleh anak syarikat kerajaan negeri. 

9. Jawapan bertulis Kerajaan Negeri kepada saya (ADUN Sungai Panjang) dalam sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu, memaklumkan bahawa anak syarikat kerajaan negeri telah membina sebanyak 1, 136 unit rumah kos rendah dan 190 unit rumah kos sederhana rendah sejak dari tahun 2010-2012.

10. Namun setelah melihat senarai projek perumahan yang telah siap dan dalam pembinaan yang dinyatakan, ia sangat mengejutkan kerana semua projek-projek ini diancang dan diluluskan semasa pentadbiran Barisan Nasional. Ini bermakna tiada sebuah projek perumahan baru untuk rakyat berpendapatan rendah pun yang dirancang oleh mereka.

11. Justeru adalah sangat aneh dan luar biasa bila mana sekarang mereka berjanji untuk melaksanakan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah jika menang di peringkat Persekutuan? Hakikatnya mereka tidak berbuat apa-apa untuk perumahan rakyat berpendapatan rendah biarpun mempunyai kuasa yang luas sebagai pentadbir negeri.

12. Sebaliknya anak syarikat kerajaan negeri di bawah Pakatan sibuk menukar rumah-rumah kos rendah di dalam bandar kepada rumah berjuta ringgit seperti yang berlaku kepada Datum Jelatek.

13. Untuk berlaku adil, saya petik sebahagian jawapan bertulis kerajaan negeri kepada saya mengenai isu perumahan rakyat berpendapatan rendah ini yang ditukar nama oleh mereka kepada Perumahan Mampu Milik.

b. Untuk makluman Y.B. konsep perumahan mampu milik mula diperkenalkan oleh kerajaan negeri pada tahun 2011.
Keadaan ini timbul akibat tindakan proaktif kerajaan negeri untuk mengkaji semula syarat-syarat pembangunan sedia ada seperti pembinaan 20 peratus rumah kos rendah, 20 peratus rumah kos sederhana rendah, 10 peratus rumah kos sederhana yang telah diguna pakai sejak tahun 2000 lagi supaya ianya lebih relevan untuk dipraktikkan berdasarkan kepada keadaan ekonomi semasa.
Sehubungan itu, sehingga kini, hanya terdapat satu projek perumahan mampu milik sahaja yang sedang dalam pembinaan oleh pemaju swasta iaitu Tetuan Sin Heap Lee Development Sdn. Bhd. di Sg Long, Kajang yang terdiri daripada 136 unit berkeluasan 805-881 kaki persegi. Harga jualan seunit rumah tersebut ialah antara RM 85,000.00 - RM 150,000.00 dan projek tersebut dijangka siap sepenuh pada Jun 2013.

14. Selama lebih empat tahun memerintah Selangor, Pakatan bukan sahaja tidak merancang atau meluluskan sebarang projek perumahan kos rendah untuk rakyat berpendapatan rendah, malah sanggup mengambil inisiatif menghapuskan polisi perumahan kos rendah dan sederhana rendah dengan menukarnya kepada perumahan mampu milik berharga RM 85, 000 ke atas. 

15. Alasan mengikut keadaan ekonomi semasa ini sangat melucukan. Ekonomi siapa? Rakyat atau pemaju? Kepentingan rakyat  atau kepentingan tembolok mereka?

16. Jika rumah kos rendah yang berharga RM 42, 000.00 pun ada yang mempunyai masalah dengan bank dan berhadapan dengan lelongan, ke mana kumpulan berpendapatan rendah ini akan pergi pada masa akan datang? Mewujudkan setinggan baru?

17. Bagi mereka yang telah menutup akal fikir dan hati mereka untuk membenci Barisan Nasional, kita tidak boleh berbuat apa-apa. Namun bagi mereka yang mahu menilai dan mencari kebenaran lihatlah hakikat bahawa Selangor di bawah Pakatan tidak memberi ruang keselesaan dan kemakmuran sebenar kepada rakyat berpendatan rendah seperti mana yang mereka laungkan.

18. Mereka mungkin berjaya mengelabui sebahagian rakyat dengan pemberian air percuma namun hakikatnya, kita mendapat RM 11 sebulan melalui air percuma, namun sebahagian generasi anak-anak kita yang mungkin berpendapatan rendah pada masa depan akan merempat kerana tidak mampu membeli rumah. Pakatan cuba menunjukkan mereka juara rakyat melalui pemberian kecil-kecilan namun mereka merancang polisi-polisi bersandarkan idea kapitalis melampau.

19. Hari ini mereka mahu menjanjikan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah pada harga RM 75,000.00 ke bawah. Berapakah tangga gaji untuk rumah seperti ini? Mampukah sebahagian rakyat yang berpendapatan rendah membelinya? Sekarang ini mereka tidak melakukan ketika berkuasa di Selangor, justeru adakah rumah-rumah ini akan dibina di luar lembah klang?

20. Lebih mengelirukan terdapat perbezaan dan percanggahan yang besar antara rumah mampu milik yang dirancang oleh kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan sekarang dengan yang terdapat dalam manifesto Pakatan untuk pilihan raya umum ke 13.

21. Kerajaan negeri Selangor menyatakan Rumah Mampu Milik yang mereka rancang ialah antara RM 85,000.00 - RM 150,000.00. Manakala dalam manifesto Pakatan, Rumah Mampu Milik akan terbahagi dua iaitu di bawah RM 75,000.00 dan RM 150,000-RM 250,000.00. 

22. Kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu menyelesaikan masalah perumahan rakyat terutamanya di Lembah Klang, namun mempunyai mekanisme yang sangat bertentangan. Jika mereka tidak boleh bersetuju dalam isu yang mudah seperti ini, apa yang menjamin mereka akan melaksanakannya.

23. Bolehkah dipercayai janji Pakatan jika mereka sendiri tidak pasti apa yang mereka janjikan? Mungkin benar juga kenyataan seorang pemimpin besar mereka bahawa "Manifesto bukan Janji." 

"mudahnya menanam tebu dihujung bibir."

DS KHIR TOYO

SORANG LAGI ANAK DIDIK POK NIK AYAM LEMBU !


PRU 13 : POSTER KHAS UNTUK RAKYAT SELANGOR AJE..


DR MAZA : TIDAK MUSTAHIL AKAN MEROYAN MACAM AMBOI AMBOI AMBOI !



MAZA DAN MUSANG BERJANGGUT

Baru-baru ini, negara digemparkan dengan panggilan dan cercaan seorang pemimpin besar dan tokoh ulama’ Parti Islam Semalaysia yang menyamakan penerima BR1M seperti haiwan ternakan. Nyatalah sekali, kejutan tersebut disambut pula oleh seorang ‘ulamak’ muda yang kontroversial, Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, apabila beliau beberapa hari lepas menyamakan kerajaan sebagai pelacur. Maka, penuhlah facebook dan twitter menjadi mata rantai mencerca dan mengaibkan pemimpin negara dengan menggunakan artikel tersebut, dan berseronoklah ‘ulamak’ muda tersebut apabila kata-katanya dijadikan buah peluru untuk menghina pemimpin negara.

Menegur Pemerintah

Acapkali, dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah beliau, beliau menasihatkan pendengar dan pengikut beliau supaya berlaku adil dan rasional. Begitulah dalam sejarah manusia, seringkali yang menasihatkan sedemikian adalah mereka yang bertindak 180 darjah bertentangan dengan apa yang didakyah oleh mereka. Contohnya, seperti pihak komunis, seringkali menamakan diri merekalah yang paling demokratik atau kepunyaan rakyat tetapi di bawah merekalah yang paling miskin demokrasinya dan paling menderita rakyatnya.

Malang sekali, dalam tulisan terbaru beliau, pemimpin kerajaan dituduh sebagai membolot wang rakyat terlebih dahulu sebelum membahagikan kepada rakyat jelata. Digambarkan juga seolah-olah isteri dan kawan-kawan pemimpin negara sedang memfaraidkan harta negara dan menyamakan pemberian-pemberian dari kerajaan itu seperti hubungan seks sebagai penambah perisa penulisannya.

Bukankah tuduhan-tuduhan seperti itu adalah satu tuduhan yang berat? Sudah tentu ‘ulamak’ muda itu tahu bahawa di dalam Al Quran, Allah Taala telah berfirman:

 “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain..” (Surah Al Hujurat, ayat 12).

Adakah patut tuduhan yang tidak mempunyai bukti yang jelas itu, kita sebarkan dan kita sambungkan kepada khalayak semata-mata untuk menjadi “hero” kepada pendengar dan juga peminat kita? Adakah begitu murah ilmu dan kedudukan kita untuk digadaikan semata-mata untuk mendapat sedikit pujian di atas dunia ini?

Penulis juga tertanya-tanya, apakah dosa pemimpin kerajaan tersebut kepada ‘ulamak’ muda itu? Apakah pula dosa dan salah isteri pemimpin negara tersebut terhadap Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin itu? Apakah penganiayaan yang pemimpin negara sekeluarga pernah lakukan terhadap beliau ataupun mana-mana ahli keluarga dan sahabat handai ‘ulamak’ tersebut? Jika ada, alangkah baiknya jikalau beliau pergi bertemu dengan mereka sesuai dengan hadith yang beliau sering ungkapkan semasa beliau menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perlis:

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah 507. Sanadnya sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Albani ketika mentahqiq al-Sunnah ini (hlm 507).

Pukul Anak Sindir Menantu

Penulis sebenarnya agak hairan kerana tuduhan-tuduhan dan keperihatinan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin terhadap pemberian ikhlas pemimpin kepada rakyat adalah bermusim. Maklumat yang penulis perolehi daripada sahabat-sahabat di Perlis, mengatakan bahawa Dato’ Seri Dr. Shahidan Kassim sewaktu menjadi Menteri Besar Perlis adalah sangat pemurah kepada rakyat terutamanya sewaktu bulan Ramadhan. Rakyat miskin di Perlis sudah merasai BR1M sebelum adanya program seumpama ini oleh kerajaan Pusat. Pada waktu yang sama, Dr Mohd Asri sudah menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Setiap malam semasa bulan Ramadhan di Perlis, DS Shahidan telah bermurah hati memberikan wang saguhati dan juga hadiah-hadiah berbentuk bekalan makanan dan peralatan elektrik kepada rakyat Perlis terutamanya yang miskin dan berpendapatan rendah selepas solat terawih. Inilah contoh pemimpin yang berjiwa rakyat.

Ironinya, di manakah suara ‘ulamak’ muda ini sewaktu menjawat Mufti Negeri Perlis sewaktu peristiwa ini berlaku? Tidak muncul pula bait-bait dari kitab As-Siyasah asy-Syar’iyyah fi Islah ar-Ra’i wa ar-Ra’iyyah oleh Ibnu Taymiyyah oleh Dr Mohd Asri untuk memperingatkan Dato’ Seri Shahidan supaya terselamat dari fitnah dan ‘mulut hodoh’ parti pembangkang. Walhal, inilah formula yang sama yang digunakan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk menawan hati rakyat jelata sesuai dengan semangat demokrasi yang mengambil kira kehendak rakyat. Maka, janganlah perbuatan Dr. Mohd Asri ini laksana pukul anak sindir menantu ataupun kelak, habis madu sepah dibuang.

Jangan Jadi Seperti Datuk Nikah Kahwin

Melihatkan perbuatan Dr. Mohd Asri ini, mengingatkan penulis terhadap watak Datuk Nikah Kahwin dalam filem Musang Berjanggut oleh Tan Sri P Ramlee yang berkata:

 “Tapi tidak mengapa. Undang-undang dalam negeri ini kanda yang bikin. Itu semua boleh padam.
Ayat Al-Quran, hadith-hadith dan pendapat–pendapat ulama’, sudah wujud ratusan malahan ribuan tahun. Namun, janganlah kita menjadi seperti Datuk Nikah Kahwin, yang mana hukum agama itu seolah-olah bikinan mereka semata-mata. Apabila mahu, diambil dan dicatit apabila terasa tidak kena dengan kepentingan tembolok, maka dibuang dan dipadam.

Oleh itu, sukalah penulis mengingatkan kepada Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, sejarah akan menilai samada kita akan menjadi seorang yang berpendirian teguh seperti Ibnu Taymiyyah dan Imam Ahmad Ibn Hanbal ataupun seperti sesumpah yang mengikut selera ramai seperti penentang-penentang kedua-dua tokoh ulama’ besar yang disebutkan tadi. Jika sekiranya pilihan kedua yang dipilih, maka sudah pasti Dr. Mohd Asri akan tercatat di dalam sejarah seperti watak Datuk Nikah Kahwin dan akan diingati sehingga akhir zaman sebagai musang berjanggut.

Janda Berjaya

SIRI KEGAGALAN SEBUAH KERAJAAN PAKATAN.


KLIK SINI

BILA ABANG JEM PERLI REALITI ANWAR.






Tuesday, February 26, 2013

KEMUNCULAN PEMBERONTAK LAHAD DATU : ANWAR OFFER APA ?



1. misuari dendam dengan kerajaan malaysia kerana menangkapnya dulu.

2. misuari tahu kerajaan malaysia ada simpan dokumen dan surat perjanjian sultan sulu dengan syarikat hindia timur

3. misuari tahu filipina masih berselera keatas sabah.

4. misuari tahu besar imbuhanya kalau sabah kembali kepada filipina dia dan sultan sulu turut juga dapat imbuhan.

5. tapi sapa yang nak tolong misuari untuk dapatkan balik surat dan dokumen itu?

6. itu sebabnya misuari pergi berjumpa dengan anwar, mungkin pandangan misuari anwar akan jadi perdana menteri malaysia

7. misuari cuba deal dengan anwar, untuk dapatkan surat dan dokumen itu.

8. kalau berjaya, mungkin anwar juga akan dapat imbuhan mungkin bukan dari filipina tapi tuan kepada filipina (amerika)

9. penceroboh yang masuk ke lahat datu bukanya semua askar sultan sulu, tapi adalah komando filipina.

10. logik, sultan sulu tak ada rakyat, tak ada kerajaan, tak ada duit, mana mari senjata tu, sapa supply?

11. mereka (komando filipina) dihantar untuk buat recce di sabah.

12. ada yang kata, mereka dah masuk sabah sudah lebih sebulan, tapi baru di sedari 2 minggu lepas.

13. pemimpin pembangkang sabah juga turut terlibat dalam pencerobohan itu.

14. malangnya menteri amaran lambat bertindak, dia kata kerajaan filipina yang mahu melanjutkan tempoh pengusiran kumpulan penceroboh

15. kenapa mesti kita nak ikut cakap filipina, sedangkan yang kena ceroboh itu kawasan malaysia.

16. kenapa tiba-tiba pulak filipina bergitu ambi berat dengan askar sultan sulu? sedangkan sebelum nie mereka cukup menyampah dengan kesultanan sulu, kalau boleh mereka nak hapuskan.

17. nelayan malaysia pernah di tangkap oleh indonesia kerana menceroboh perairan mereka, itu cerita nelayan, ini penceroboh bersenjata, kenapa ambik masa lama sangat?

Bersambung....

SUMBER USTAZ DET

KALIMAH ALLAH : AYUH BELAJAR KAEDAH INI..SEBARKAN !

PENGUNDI CINA MULA MENDEKATI BN..


aku melihatkan sejak 3 bulan ini kehadiran masyarakat cina terhadap BN mula menimbulkan riak.

usaha keras najib,muhyidin menampakkan ada sedikit riak yang bisa menimbulkan ombak jika bijak kita merencanakan kaedahnya..

nanti aku kupaskan secara detail.

sebelum itu lihat dahulu foto kemesraan masyarakat cina terhadap BN di parlimen pandan.





PAS SEMAKIN LIGAT LAWAN ALLAH SWT.

Monday, February 25, 2013

INSIDEN LAHAD DATU SAHKAN ANWAR BANGSAT SANGGUP HANCURKAN MALAYSIA DEMI KE PUTRAJAYA !


KLIK SINI

EDITOR HAPRAKDAILY KUAT MAKAN UBAT TOTEY..


itulah dia kualiti haprakdaily.
main pancut je apa yang dia nak tafsir.
raja nazrin cakap lain, haprakdaily pusing lain.
bila dah kantoi, cepat-cepat kata khilaf.

khilaf ke baral ?
muahahaha

halo editor haprakdaily, tolong jangan makan banyak sangat ubat kotey la..

MASYARAKAT CINA SEMAKIN 'TENANG' KEPADA BN.


KLIK SINI

ANWAR ARAH PERTUMPAHAN DARAH DI LAHAD DATU ??


ANWAR PENING ! RCI SABAH SEMAKIN MENUNJUKKAN KEBENARAN !


Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang menyiasat isu pendatang tanpa izin di Sabah diberitahu bahawa keuntungan wang ringgit merupakan satu-satunya motif di sebalik pengeluaran kad pengenalan (KP) kepada pendatang di Sabah oleh beberapa individu dan ejen.


Superintenden Ahmad Fauzan Mohamad, seorang pegawai cawangan khas di Kuala Lumpur, berkata tidak terdapat motif lain di sebalik pengeluaran KP oleh sindiket berkenaan, melainkan untuk mendapatkan wang.

"Mereka (pendatang) dikenakan bayaran RM50 hingga RM1,400 bagi setiap KP yang dikeluarkan kepada mereka. Saya tidak nampak ia mempunyai kaitan dengan politik, melainkan hanya untuk mendapatkan keuntungan wang ringgit. Pengeluaran KP di Sabah menghasilkan wang.

"Kegiatan itu (pengeluaran KP) dirancang dengan teliti dan saya dapati selain pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), orang awam juga terlibat sebagai ejen dan sub ejen," katanya ketika menjawab soalan pegawai siasatan Manoj Kurup.

Ahmad Fauzan, yang kini bertugas di Bahagian Keselamatan dan Sindiket Pemerdagangan Manusia di Polis Cawangan Khas Kuala Lumpur, berkata berdasarkan maklumat risikan yang ditelitinya, sindiket berkenaan memperoleh lebih RM11 juta melalui kegiatan pengeluaran KP itu.

Walaupun ditanya berkali-kali, saksi itu berkata beliau berpuas hati bahawa penilaiannya mengenai maklumat risikan tentang sindiket KP ketika itu ialah ia bertujuan untuk mendapatkan keuntungan kewangan.

Kata Ahmd Fauzan, beliau ditugaskan membuat penilaian terhadap maklumat risikan mengenai sindiket KP Sabah di Bukit Aman (Ibu Pejabat Polis Persekutuan) dari akhir 1995 hingga Februari 2010.

Saksi ke-56 itu berkata sejumlah 94 individu yang terlibat dengan sindiket berkenaan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara 1995 hingga 2001.

Katanya jumlah itu termasuk pegawai JPN, penjawat awam lain serta individu dan mereka ditahan mengikut ISA kerana mengancam keselamatan negara.

Beliau berkata kegiatan itu bukan saja mengancam keselamatan negara, tetapi juga kestabilan politik, sosial dan ekonomi Malaysia.

Kata saksi itu lagi, daripada jumlah mereka yang ditahan mengikut ISA, 80 dikenakan tahanan selama dua tahun, enam dikenakan perintah kediaman terhad dan lapan dibebas tanpa syarat.

Ditanya siapakah yang memandatangani perintah tahanan itu, Ahmad Fauzan berkata ia ditandatangani timbalan menteri dalam negeri ketika itu.

Ditanya kenapa tidak seorang pun daripada mereka yang ditahan mengikut ISA itu tidak dihadapkan ke mahkamah setelah dibebaskan, beliau berkata ia merupakan amalan biasa bagi semua kes ISA.

Ahmad Fauzan bagaimanapun berkata kira-kira 3,035 orang yang memiliki KP palsu dihadapkan ke mahkamah. -BERNAMA


KAMAL HISHAM PENYANGAK MAKIN TERTEKAN !


peguam penyangak yang lari lintang pukang dek kerana dah terkantoi , si kamal hisham sudah istihar sokong pembangkang..

ini adalah tindakan refleksi lemah yang lahir dari jiwa seorang pembacul. 

mengharapkkan ehsan pakatan untuk clear kan namanya jikalau pakatan menang pru ke 13 nanti.

dikabarkan beliau kini ada 5 waran tangkap yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa atas kesalahan pecah amanah tahap melampau.

baru-baru ini dia curi-curi datang ke bangkok bertemu dengan seseorang.

bertemu untuk mencari jalan nak selesaikan kes penyelewengannya yang banyak terkantoi.

bahalol ni sebenarnya penakut.
dia kerap memberitahu orang bahawa dirinya tak bersalah.

beb, dalam malaysia ada undang-undang. sekarang ini pun suasana perbincangan mengenai isu sudah semakin terbuka dan transperan.

pelik bilamana mangkok ni kerap membebel dalam FBnya kata dia tak bersalah.

jika benar kau tak bersalah, apasal lah kau taknak balik ke malaysia ? lawan ajelah semua fakta yang kau ada tu dalam mahkamah !

penyangak ni memang suka jual nama sultan johor.
asal jumpa bisnesman, dia akan jual nama sultan johor.
asal jumpa syarikat korporat, dia jugak akan jual nama sultan johor.

dia pernah jual nama sultan johor untuk pengaruhi polis johor bahru untuk naikkan pangkat adik iparnya. 

malah kamal jugak telah jual nama tuanku untuk mencampuri urusan polis johor dalam isu perpindahan adik iparnya ke jabatan lain.

penyangak ni bukan setakat berani untuk sakau duit orang lain dengan jual nama tuanku, malah dia boleh pergi sejauh dalam mempengaruhi kertas siasatan polis sebelum dia kantoi dan lari ke luar negara.

tanya staff JPJ johor, apa yang dah kamal ni buat masa dia ada kat johor ?

dia ni punya bangsat sampai berani gertak beberapa staff JPJ johor yang taknak bersengkongkol dengannya dalam kes jual nombor plat istimewa ...

salah guna kuasa bangsat ni memang di luar tabie pemikiran orang normal.

dia hidup dengan mengugut orang.
dia kaya kerana berjaya sakau duit orang.
semuanya atas sebab jual nama sultan johor.

sampai ke tahap dia miliki pistol secara haram pun dia berani.
semuanya nak tunjukkan betapa dia ni hebat di mata orang johor.

bila dah kantoi, terpaksa bawak lari sekali mak bapak ke luar negara.

mak bapaknya dijadikan bahan bargain untuk raih simpati orang ramai.

kesian mak bapaknya yang tak bersalah.
anak punya pasal, mereka terpaksa diheret ke kencah bikinan onar anak sendiri.

kalau dah heret mak bapak itu tandanya mangkok ni memang pondan.

patutlah ramai orang kampung majidee panggil dia ni pondan.

dulu cakap bukan kemain besor, namun bila kantoi pandai pulak heret mak bapak nak raih simpati.

kamal barua balik ajelah malaysia.
jom settlekan semua cerita kau dalam mahkamah !

eh kamal, apa cerita bini kau ?
dia mintak cerai dah ke ?
bini manalah yang sanggup bersuamikan penyangak macam ko ni kamal ....