di sebalik kecelaruan anwar dalam mempertahankan diri mendepani 9 jan 2012, aku berkeyakinan ada pihak yang tersenyum dengan pancaroba yang dihadapi anwar.
ini kisah lama, aku cuba ingat sebaik mungkin untuk kita fahamkan stail dan gaya politik pakatan.
reformasi 1998 sebenarnya telah menguntungkan pas. untung dalam ertikata pas sebenarnya dah mati pada 1995.
pas memanipulasi protes melayu pada era reformasi. anwar ke penjara.
kumpulan pembangkang yang digelar barisan alternatif itu adalah bertujuan mahu membebaskan anwar.
namun hari ke hari, bulan ke bulan pas dilihat semakin tidak berminat kepada agenda pembebasan anwar.
mudahkan cerita, sekitar 2001 pas mulai menunjukkan wajah arogan mereka.
dasar negara islam dan hudud diperjuangkan. yang paling galak menjuarai isu ini adalah hj hadi dan hasan ali.
dalam setiap ceramah mereka, hudud dan negara islam dipentaskan. wacana pun tak terlepas membincangkan hal demikian.
pasca pilihanraya 1999, kedudukan pas di parlimen adalah cukup kuat.
dap hancur lebur kerana BN diselamatkan oleh undi cina dan india.
manakala parti keadilan nasional sekadar cukup makan, gah hanya di perarakan pentas rostrum dan demonstrasi.
melihatkan peluang yang terbentang luas, pas mengambil langkah sendiri.
dasar perjuangan digodak dan dipelopori.
pejuang reformasi,reformis,NGO dan dap melopong sendiri.
apa sudah jadi pada konsensus barisan alternatif ?
apa sudah jadi pada deklarasi permatang pauh ?
akhir sekali tepat pada tahun 2002 dap istihar keluar dari gabungan barisan alternatif.
anwar menghidu kesialan pas.
anwar tahu pas sial.
sial pas kerana menggunakan isunya untuk kepentingan diri.
lalu anwar mengarahkan agar parti keadilan nasional bergabung dengan parti rakyat malaysia, serpihan parti sosialis rakyat malaysia.
parti berlogo seladang ini merupakan bahan arkib filem negara malaysia.
kenapa anwar mahu pkn bergabung dengan prm ?
kerana anwar tahu undi melayu sahaja tidak cukup untuk memberikan impak besar pada pru 2004.
sayang tindakan penggabungan ini sudah terlambat.
dap sudah awal lagi mendapat undi cina dan india.
pru 2004, pas mati.
pru 2004, pkr pun mati.
buat pertama kali dalam sejarah pilihanraya ahli parlimen dari dap mendominasi kerusi pembangkang di parlimen.
kenapa dap kuat ?
kerana mereka tegas dan fokus pada perjuangan malaysian malaysia nya.
2008 sudah menjadi sejarah.
pakatan menang adalah kerana undi protes orang melayu , cina dan india.
pakatan menang bukan kerana mereka punyai jentera yang kuat.
pakatan menang bukan kerana mereka punyai track record yang baik.
ianya perkataan mudah, protes. protes dan protes. tak lebih dari itu.
ekpektasi rakyat dengan ceritera kehebatan dan masturbasi politik pakatan telah dicernakan dengan memberi undi kepada mereka.
sayang seribu kali sayang. 3 tahun pakatan memerintah negara sudah menuju kepada situasi haru biru yang cukup dahsyat.
mana pernah kita terfikir bahawa islam,melayu,asas perlembagaan hatta raja-raja melayu pun sudah boleh dijadikan bahan eksperimentasi ceramah dan celaan politik bawaan pembangkang.
hari ini sudah tidak jadi masalah kiranya islam dihina.
hari ini sudah tidak jadi masalah kiranya hak melayu yang sudah tersedia termaktub dalam perlembagaan dicabar.
semuanya berpunca kepada agenda politik baru dan ketuanan rakyat.
lebih malang bilamana pencegahan kepada isu sensitif ini dibiar lesu pula oleh si pembawa keris bernama hishamudin.
pasca pru 2008, hampir 16 pilihanraya kecil diadakan.
8 pusingan awal dimenangi oleh pakatan.
namun agak memeranjatkan apabila 8 pusingan akhir pula dimenangi oleh BN.
apapun BN tidak wajar mendabik dada dan selesa pada signal yang terakhir itu.
pas yang pada awalnya dipercayai boleh menggantikan umno sudah tiada kedapatan lagi wajah seri pada perjuangan politiknya.
pas cukup sial bila bercerita bab melayu.
bertambah sial bila mereka menggadaikan kalimah ALLAH pada kristus.
amat malang bila pas ber onani politik pada tahap yang cukup memualkan.
pas adalah bapa penggadai kepada segala pemusibatan dan pembantaian islam dan melayu.
pas adalah pemangkin kepada kehancuran asas hak seperti yang telah lama kita persetujui.
jadi pada 9 jan 2012 sebenarnya, pada hakikatnya, pada yang tersuratnya pas amat berharap kepada satu perkara.
semoga anwar kembali ke penjara sungai buloh.
semoga anwar terperosok masuk semula ke penjara.
dengan terkorbannya anwar, maka untuk kali ketiga pas boleh melakukan pemulihan politik terhadap partinya.
kembalinya anwar ke penjara, maka peluang pas untuk mendapatkan sokongan kepada parti semakin terbuka luas.
itulah hakikat sejarah politik pas.
dia hidup di atas penderitaan orang lain.
1990 sudah membuktikan sejarahnya.
1998 sudah membuktikan ceritanya.
kali ini, tepat pada 9 jan 2012 sekali pas berharap anwar anwar masuk semula ke penjara. dengan ini mudah lah mereka kembali bernyawa setelah mendapat TKO 6-0 pada prk yang lalu.
jika ditanya kepada dap, maka harapan mereka sama juga sengih nya dengan pas.