Wednesday, October 31, 2012

JAWAPAN SENANG PAS BILA TAKLEH JAWAP : 'TAK TAU' !



Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah dikatakan amat disenangi rakyat Kedah kerana sikapnya yang santai, suka berjenaka dan bersih.   Bagi rakyat Kedah yang tidak berfikiran jauh, ketiga-tiga sifat ini sudah cukup untuk diberi undi.    Mereka tidak sedar bahawa mentadbir negeri memerlukan lebih dari sekadar personaliti yang disenangi.  

Bagaimanapun, Laporan Audit yang dibentangkan baru-baru ini seharusnya membuka mata rakyat Kedah mengenai kesilapan mereka memberi kepercayaan kepada pihak yang salah atas sebab-sebab yang salah.   Jelas dari laporan tersebut bahawa negeri Kedah berada dalam keadaan ‘kehilangan arah’ akibat Menteri Besarnya tidak punya kawalan dan pengetahuan atas apa yang berlaku.  

Masalah MB Kedah tidak tahu apa-apa bukan masalah kecil sepertimana yang cuba digambarkan oleh PAS kepada rakyat Kedah.   Kelemahan beliau telah mengakibatkan Kedah kerugian atas sebab-sebab yang tidak sepatutnya atau sepatutnya dapat dielakkan sejak dari awal.  

Audit mendapati bahawa MB Kedah telah gagal mengenalpasti projek yang berisiko tinggi seperti perladangan di Papua New Guinea.  Entah bagaimana, projek sebegitu besar boleh diteruskan dengan pinjaman berjumlah USD44 juta dari  luar negara tanpa tandatangan Lembaga Pengarah.   Pinjaman pula dibuat tanpa dokumen yang lengkap. 

Begitu juga dengan projek 99 East Langkawi yang mengalami kerugian hanya kerana tidak menepati perjanjian tanpa sebab-sebab yang pasti. 

Dan tidak perlulah disebut lagi tentang lantikan kontraktor yang tidak berdaftar sepertimana yang didedahkan secara meluas di dalam akhbar.  Dari situ pula, terdedah kemudiannya amalan kronisme dan korupsi serta kelemahan yang ketara di semua peringkat pentadbiran yang terlibat.  

MB yang kononnya Ulama ini juga gagal memastikan perihal agama dititikberatkan.  Buktinya, Laporan Audit mendapati bahawa sijil halal negeri Kedah bagi tahun 2011 telah diberikan tanpa dikemukakan kepada jawatankuasa kerana jawatankuasa telah TIDAK PERNAH BERMESYUARAT.   Sebaliknya semua kelulusan sijil halal dilakukan oleh YDP secara bersendirian atas alasan untuk kepentingan industry yang mana membangkitkan persoalan mengenai korupsi.  

Semua yang berlaku ini amatlah mengejutkan kerana ia melangkaui kelemahan biasa dalam sejarah audit negeri.  

Kedah bukannya negeri yang besar malah besar sedikit sahaja dari Perlis.  Dari segi perindustrian juga Kedah masih jauh jika dibandingkan dengan Pulau Pinang, Selangor atau Johor.  Dengan hanya beberapa projek setahun tentunya aktiviti kewangan Kedah juga tidaklah begitu rancak.  Dalam ertikata lain, tidak seharusnya seorang Menteri Besar terlepas pandang atau tidak sedar akan apa yang berlaku dalam negeri yang kecil ini.   

Justeru, tidak ada alasan bagi Azizan untuk menafikan kelemahannya.   Azizan juga tidak dapat lagi untuk meletakkan kesalahan ke atas bahu kerajaan terdahulu memandangkan projek-projek yang mengalami masalah yang ‘pelik-pelik’ ini adalah bermula ketika pemerintahannya.  

Sudahlah projek yang ‘diluluskan’ tidak masuk akal, kerugian yang dialami pula diakibatkan oleh masalah yang tidak masuk akal juga.   Di masa yang sama pula, Azizan langsung tidak mampu mencari projek yang benar-benar masuk akal yang amat diperlukan oleh Kedah dan rakyatnya.  Contohnya, memelihara, memulihkan dan membina pusat-pusat pelancongan serta peninggalan sejarah.   Sehingga kini, pusat pelancongan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Kedah, hanyalah Langkawi, itupun dicetus dari pemikiran Tun Mahathir yang amat dibenci oleh PAS.  

Kedah sebagai tamadun tertua seharusnya mampu menjadi pusat sejarah namun usaha untuk menggali dan mengorek serta mendokumenkan sejarah lama masih gagal dilakukan.  Malang bagi Kedah kerana pemimpinnya hanya berminat untuk meraih undi tanpa memikirkan tanggungjawab sebenar mereka terhadap negeri tersebut.  Sedangkan Kedah mampu mengatasi atau menyaingi Melaka dalam menjadi negeri bersejarah.  

Ini belum lagi dikira masalah sampingan seperti KUIN atau KCS sendiri yang mana perasaan tidak puas hati di antara orang bawahan dengan orang atasan serta orang sekeliling berterusan tanpa apa-apa tindakan atau keputusan dari Azizan.   Perebutan jawatan dalam pentadbiran Kedah juga dibiarkan berlarutan seolah-olah Azizan sudah buntu atau mungkin benar-benar tidak tahu menahu tentang apa yang berlaku.  

Kini, setelah segalanya terdedah dengan bukti audit, kita tidak tahu sama ada Azizan sengaja buat tak tahu atau benar-benar tidak tahu.  Beliau tidak pula memberi jaminan siasatan atau penambahbaikan akan dilakukan ke atas pendedahan audit.  

Tetapi, apa yang beliau tahu ialah menuding jari kepada pihak lain serta mengangkat bahu mengaku tidak tahu.  Langsung beliau tidak malu menjadi MB yang serba tak tahu.  

Maka tidak hairanlah bila ada yang bertanya “Apa yang Azizan buat di Kedah?” Maka jawapan rakyat Kedah ialah “Azizan buat tak tau”.   

KESAN SAMPINGAN BILA MINUM AIR KARAT KELANTAN.



Kerajaan Pusat Anak Tirikan Kelantan?

Sejak PAS menguasai Kelantan Oktober 1990 hingga sekarang, salah satu propaganda kenegerian yang seringkali disebut-sebut oleh pemimpin PAS ialah kononnya rakyat negeri ini telah di anak tirikan oleh Kerajaan Pusat.

Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan, bertujuan untuk menyemarakkan lagi semangat kenegerian rakyat Kelantan disamping terus menanam kebencian umum terhadap UMNO yang menerajui Barisan Nasional (BN) di peringkat pusat.

Hakikatnya, tak selamanya propaganda sedemikian mampu mempengaruhi rakyat jelata kerana banyak bukti yang terpampang di depan mata telah secara sendirinya menafikan dakyah PAS tersebut.

Ambil satu contoh mudah dalam isu projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, antara tanggungjawab dan janji yang sepatutnya dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kelantan tapi gagal ditunaikan ialah pembinaan Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra.

Sehingga tahun 2007, jambatan tersebut gagal dibina oleh syarikat swasta Liziz Standaco Sdn Bhd yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan, akhirnya Kerajaan Pusat pula yang  mengambil inisiatif dan menanggung beban membinanya bagi mengurangkan kesesakan di kawasan berkenaan.

Namun tabie pemimpin PAS tetap sama tidak berubah, hanya disebabkan takut dengan sikap prihatin Kerajaan Pusat dalam membantu rakyat negeri ini, maka disebarkan khabar-khabar angin kononnya kelewatan projek jambatan ini siap disebabkan wujudnya unsur rasuah.

Pertukaran beberapa kontraktor pembinaan dijadikan asas bagi mengukuhkan hujah mereka berkaitan dakwaan berlakunya ketirisan dan rasuah dalam projek pembinaan jambatan ini.

Sedangkan hakikat syarikat pemaju, Liziz Standaco yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan gagal melaksanakan tanggungjawab pembinaannya tidak pula berani disentuh oleh ustaz-ustaz jadian dan para penceramah PAS.

Kesediaan Kerajaan BN meneruskan pembinaan jambatan ini motifnya cukup jelas kerana menyedari kepentingannya selain mampu mengurangkan masalah kesesakan lalulintas, ia juga mempunyai kesan signifikan dalam memacu pertumbuhan ekonomi negeri khususnya di pusat bandar Kota Bharu.

Kerajaan Pusat sebenarnya berhak untuk buat tidak endah sahaja dengan kegagalan PAS memenuhi janji pembangunannya itu, namun demi kerana mahu membantu rakyat maka soal perbezaan politik diabaikan demi kebaikan bersama.

Senario keprihatinan Kerajaan BN ini membuktikan tuduhan pemimpin PAS kononnya Kerajaan BN sengaja meminggirkan Kelantan dan menganaktirikan negeri ini hanyalah satu pembohongan dan propaganda jahat sahaja.

WAJIB TENGOK : AHLI PAS SAHAJA, UMNO JANGAN BACA !

UDAH-UDAHLAH MENYAKAT PAS ! HEHE


Tuesday, October 30, 2012

KEINTELEKTUALAN MAHFUZ OMAR SETARAF STEPHEN HAWKING ?



Suatu ketika dulu, ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab.

Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan. 

Pelik? Tiada peliknya. Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam.

Dalam pada PAS begitu teruja dengan 'kehebatan khalifah' Guan Eng, selang beberapa ketika kemudiannya beliau dinugerahkan dengan gelaran sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne, Bukit Mertajam sebagai perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut.

Penganugerahan gelaran Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya tidaklah mengejutkan, walaupun selama ini beliau sering berahsia berkaitan status agamanya. 

Namun bagi penyokong PAS yang acapkali memuja muji Guan Eng konon bakal mengulangi kegemilangan Khalifah Umar Al-Khattab, tak sedikit yang terpinga-pinga apabila mengetahui rupa-rupanya Guan Eng adalah seorang penganut Kristian yang amat taat pada agamanya.

Mungkin ini dapat menjawab persoalan kenapa tiba-tiba sahaja perarakan Maulidur Rasul tidak lagi diadakan di Pulau Pinang. Barangkali ini semua adalah gara-gara betapa 'mesranya' Setiausaha Agung DAP itu dengan gaya kepimpinan ala khalifahnya yang selama ini di puja oleh PAS agaknya.

Selain Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang sedang menonjol tika ini rata-ratanya beragama Kristian, antaranya Terresa Kok, Ronnie Liew, William Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh.

Sebahagiannya dari mereka diketahui umum cukup keras dalam mencuit hak umat Islam termasuklah pernah mempertikaikan azan subuh, bacaan Al-Quran, tulisan jawi pada papan tanda jalan, mendesak penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan kitab Kristian dan gereja serta beberapa isu sensitif yang lain.

Selain itu, dikalangan pemimpin PKR pula seperti Xavier misalnya serta beberapa yang lain juga pernah mencetuskan kontroversi termasuklah menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat surau.

Malah beberapa orang dari mereka juga merupakan orang kuat gereja yang pernah terbabit secara tidak langsung dalam usaha memurtadkan orang Islam.

DAP tetap DAP, sementelah lagi kini DAP sudah dikuasai kumpulan pemimpin yang beragama Kristian yang agak vokal mempertikaikan hak agama dan umat Islam, tidak mustahil mereka akan semakin berani mempolemikkan pelbagai isu sensitif berkaitannya.

Manakala PKR pula walaupun dikuasai oleh Anwar Ibrahim, namun kebanyakan hala tuju politiknya terlalu dekat dengan unsur Kristian termasuklah cukup sinonim dengan budaya candle light virgil serta pernah menamakan seorang penganut Kristian, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak.

Jelas sekali kerjasama dan persahabatan PAS dengan DAP tidak pun berjaya mengubah kepercayaan Guan Eng ataupun menyebabkan DAP semakin berlembut dengan Islam ataupun membawa PKR semakin dekat dengan Islam.

Sebaliknya yang berlaku, PAS pula semakin liberal dengan pendiriannya sehinggakan terikut-ikut rentak DAP serta PKR dengan melupakan terus semua perjuangannya untuk mendirikan Negara Islam dan menegakkan hukum hudud ala PAS.

REKAAN SIDANG MEDIA MUSA HASAN.



Ramai rakyat Malaysia sebenarnya sudah maklum, hakikatnya Kelab Koresponden Asing Thailand (FCCT) yang dikaitkan dengan sidang akhbar oleh bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan sebenarnya pernah dijadikan lokasi oleh SUARAM semasa mereka mengadakan sidang akhbar berkenaan isu kapal selam scorpene.

Jadi, tidaklah menghairankan apabila tiba-tiba sahaja FCCT sekali lagi dimanipulasi oleh SUARAM dan pakatan pembangkang untuk mencemar nama bekas KPN itu dalam usaha mereka meneruskan kisah propaganda berkaitan Altantuya.

Di FCCT, siapa sahaja boleh menempah ruang bagi mengadakan sidang akhbar berkenaan pelbagai isu, dan bagi SUARAM selaku NGO pro PR yang sudah biasa memanfaatkannya untuk mencapai agenda pembangkang, perkara sebegini tidaklah sukar untuk dilakukan.

Seboleh mungkin pakatan pembangkang dan NGOnya mahu kisah-kisah berkaitan Altantuya terus berkumandang setidak-tidaknya sehingga PRU 13 berakhir, dengan itu watak baru diperlukan untuk terus mensensasikan kisah rekaan tersebut.

Sehari dua sebelum itu, Musa telah menarik samannya terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berhubung isu tuduhan kononnya beliau terlibat dalam konpsirasi mereka-reka bukti terhadap Anwar.

Walhal tiada pun sebarang bukti yang sengaja direka malah saman tersebut ditarik balik oleh bekas KPN itu hanya selepas Anwar menghantar wakilnya menyarankan supaya kes tersebut diselesaikan di luar mahkamah.

"Saya difahamkan ada salah faham pada peranan saya dalam kes ini, oleh pihak defenden, dan saya terima untuk menyelesaikan kes ini di luar mahkamah seperti yang dicadangkan defendan," demikian kata Musa ketika ditanya oleh wartawan sebab kenapa saman tersebut ditarik semula.

Anwar pantas mengambil kesempatan dari penarikan semula saman tersebutg dengan menggambarkan dirinya berada di pihak yang betul walau hakikatnya cadangan penyelesaian luar mahkamah datang dari pihaknya.

Selepas itu tiba-tiba sahaja laman web FCCT memaparkan jemputan ke sidang media oleh bekas KPN itu konon adanya 'Pendedahan Baru Dalam Kes pembunuhan Altantuya'. 

Portal pro pembangkang menjadi pihak pertama yang menyiarkan berita mengenainya (selepas geng sendiri membuat jemputan terbuka), kemudian bila Musa menyedari namanya disalah guna dan segera menafikannya, media itu jugalah yang menyiarkan berita FCCT dibatalkan.

Bagi kita yang celik akal, sidang media rekaan Pakatan Rakyat itu sebenarnya agak melucukan. Tapi bagi penyokong totok pembangkang mereka melihatnya satu kemenangan moral tanpa sedikit pun menyedari bahawa mereka sedang dipermainkan oleh pemimpin sendiri.

Jelas sekali pembangkang bijak mengambil peluang untuk memanipulasi nama Musa demi kepentingan politik jijik gaya baru mereka. Makin dekat musim pilihanraya kelak, tentu akan lebih banyak kisah karut marut akan keluar.

Itu sahaja yang termampu mereka lakukan, nak mengharapkan kerja buat dan jasa bakti untuk rakyat, tak tercapai dek akal dan kemampuan mereka disebabkan perjuangan para pemimpin PR fokusnya hanya untuk kepentingan sendiri sahaja.

Pun demikian, PR dan jentera propagandanya memang diakui hebat dalam bab mengadu domba, namun kehebatan itu tidaklah mampu menutup kebenaran hakiki untuk selamanya. Mereka boleh menipu segelintir orang namun tidak akan mampu menipu semua orang.

STRAITS TIMES SINGAPURA DESAK ANWAR NYATAKAN KABINET BAYANGAN ( NAK TAHU DAP DI MANA)


dah masuk 4 artikel ST pasal kabinet bayangan pakatan.

straits times singapura begitu 'push' anwar untuk nyatakan kabinet bayangan.kerana apa ?

kerana dorang nak anwar confirm kan memang terdapat DAP dalam pimpinan tertinggi.

lagi satu pasal dorang ni tak percaya kat anwar.
depan cakap lain belakang buat lain.

jadi melalui straits times singapura, sekali lagi anwar didesak untuk nyatakan senarai kabinet.
MEREKA NAK TAHU DAP DI MANA ?

bukan setakat itu. mereka sebenarnya nak ikat anwar awal-awal, supaya tak menipu di kemudian hari.


Singapore Straits Times undermined PM Najib’s claim for the ‘shadow Cabinet’ from Opposition.  
 
Salim Osman reasoned out why Anwar did not fulfill his promise of shadow Cabinet.  

1.    Anwar formed a shadow Cabinet before 2008 general election.

2.    He repeated his promise in 2010, last year and in January this year. However, he failed to announce his shadow Cabinet line-up, which will be led by him as the prime minister in PR government.

He explained that Malaysia is not a suitable country as compared to Britain and Australia .

3.    Anwar received a challenge from PM DS Najib that he should do as demanded by BN. According to the article,
·    The Opposition party were not in favour of revealing the shadow Cabinet to the public as these would invite more problems and risks.
·     It was a delicate matter to reach a consensus on power- sharing formula among the DAP,PAS and PKR.
 
At this juncture, Salim favoured Opposition party.
 
4.    He wrote that DAP and PAS blamed Utusan Malaysia for fabricating the distributions of Cabinet ministers, (PKR 13 seats, DAP 10 seats and 8 for PAS).

5.    He further stated that Utusan Malaysia had rippled a racial sentiment in their political findings.

·     BN warned that Malay electorate would lose political power should Opposition took over Putrajaya with too many non-Malays given important portfolios like finance, trade, industry and defence. This could lead to the mistrust of opposition voters, as Anwar would be branded as a traitor for pawning out his race.

·    PAS would be accused of being a puppet to the ‘infidels’.

·   Anwar would definitely become the Prime Minister, since no other candidate can contest for it.

7.  Currently, DAP has been pushing for an investigation targeting at  former PM Mahathir Mohamad, when Anwar was then the Finance Minister at that time. The case of scandal involved the loss of RM 30 billion of Bank Negara’s reserves through foreign exchange speculation in 1994.

8.  He doubted there would be a potential problem in the Cabinet line-up if investigation     found out that Anwar got entangled in this  scandal case. That was why PR had to avoid       disclosing the issue of shadow Cabinet to the public. 
 - - - - - - - - - -- - - -- - - - - - - - - - - -    

         Didn’t Salim realize that he had not produced sufficient arguments to justify his prediction          that PR would gain a victory in the next general election?

            H.S.

Monday, October 29, 2012

TEKA : DALAM FOTO NI SIAPA 'BEROTAK LEMBU' ?



kalau korang dapat memberikan jawapan yang betul.
maka GAP akan menghadiahkan engkorang.

1 tiket penerbangan percuma
percutian percuma 3 hari 2 malam BERSAMA ANWAR IBRAHIM.
hotel disediakan
sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

jangan lepaskan peluang seumur hidup untuk anda minum kopi bersama anwar ibrahim !

ya benar
minum kopi bersama anwar ibrahim..

apa tunggu lagi ?
sila berikan jawapan anda dalam ruangan komen.
anwar ibrahim menunggu anda di pintu hotel !

STRAITS TIMES SINGAPURA MAKIN SAKIT HATI DENGAN UMNO !



Singapore Straits Times continues to ridicule Malaysian politics prior to general election.   
Senior writer Salim Osman attributed the blames on BN far outweighs Opposition.


    He repeated the opinions brought up by former PM Mahathir Mohamad against American Jews George Soros who toppled 1997 financial crisis in Malaysia. George Soros contributed his funding pro-opposition with the goal of overthrowing the government and fixing a figurehead prime minister.


      He blamed Umno’s media Utusan Malaysia and New Straits Times for sensitizing the people that the government would be destabilized.

        Two foreign institutions, the National Endowment for Democracy and Mr Soros’ Open Society Institution were alleged to have provided funds to Suaram and  Malaysiakini.

          • Utusan Malaysia published an editorial warning that the last Bersih demonstration would invite Jews and Israel to intervene in the country’s political situation.
          • Umno weaved a new conspiracy theory over an alleged plot to transform Malaysia into a Christian state.
          • Recently, PAS former deputy-president Mr Nasharudin Mat Isa accused its party coalition DAP for holding a prayer meeting in Sarawak to become a Christian state.
        1. Salim Osman really mocked at the sensational news crafted by the government and their media. He agreed with Zaid Ibrahim's opinion, a former dissident of Umno that Malays are not as naive as Umno think of.
        2. On Opposition side, Anwar Ibrahim twisted a theory that PM Najib had good ties with Ehud Barak, for copying Israel’s slogan One Israel. Malaysiakini reported that both Tun Mahathir met Soros in KL in 2006, whereas PM Najib met Mr Soros inNew York in 2010. 
        5.  Salim warned that tension between conservative Malays and Christians over the use of “Allah” had already caused a racist barrier and in the long run the Christians might form an ultimate group of voters against BN in Sabah and Sarawak.
            6.   He interpreted Umno’s theories about Jewish and Christians were absurd. Some racist politicians raised too much suspicious fantasies.
            7.   He further accused Umno for creating such theories through media merely to distract the public from their money-laundering and corruption scandals.

          1. It seems that the points created in Salim Osman’s skills of conspiracy theories reflect his unjust and insensitive out of wisdom. He puts the blames more on Umno than on Opposition.
          2. He is a one track mindset kind of journalist. He sets his biased judgement and prejudiced against Umno.
          3. Salim Osman is a typical stereotype Malays who has lost his roots in connection with Malays, though he represents the typical kind of Malay origins.
                H.S.

          ANWAR ITU PEMBOHONG : PEMBOHONG ITU ANWAR.



          PENULIS yakin di saat ini, Anwar Ibrahim sedang mengarahkan punahsihat-punahsihat bahasanya mencari perkataan-perkataan melayu lama yang boleh disamakan dengan “janji pilihanraya” atau yang biasa disebut, manifesto.

          Anwar sudah tidak boleh guna perkataan manifesto sebab rakyat sudah tahu sekarang pendirian Pakatan Rakyat mengenai manifesto ini – bukan perjanjian, seperti yang disebutkan Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap Ibrahim.

          Dalam hati Anwar menyumpah kebodohan Khalid mengungkapkan perkataan tersebut terlalu awal.  Memang itulah maksudnya bila janji lebih 30, laksananya 1 (itupun bukan semua dapat), tapi cara disampaikan itu kena betullah, jangan nampak sangat.

          Luah Anwar, dalam hati.

          Tapi macam orang buang angin juga, apa yang sudah terlepas disebut, terlepaslah, bukan boleh tarik balik semula.  Sebab itu perlu dicari perkataan baru untuk menggantikan ayat ‘manifesto’ yang dicemarkan Khalid.

          Sekarang rakyat sudah tidak boleh dengar pun janji bulan bintang Anwar sebab tahu bukan nak dilaksanakan sangat, asal dapat kuasa sahaja.  Apa yang berlaku selepas itu, serah pada Mahkamah, lagipun pakar putar belit undang-undang, berbaris dalam Pakatan harami ini.  Itu yang terkeluar ‘janji bukan manifesto’ tu.

          Politik macam inilah yang rakyat perlu elakkan sama sekali.  Kita rakyat nak lihat hasil.  Kalau dalam manifesto tulis air percuma, kita tahu dapat air percuma.  Bukan lepas dapat kuasa, baru kita tahu air percuma itu hanya untuk rumah bawah saja, yang rumah atas tidak dapat sebab tak pakai meter individu tapi meter pukal.

          Macam ‘hidden cost’ pulak.  Ingat jual tiket kapal terbang saja ada ‘hidden cost’, janji pilihanraya kepada rakyat pun ada ‘hidden cost’ juga?

          Begitulah rendah maruah rakyat dibuat Pakatan haram ini sampai janji kepada yang mengharap pun dia main isu teknikal semata-mata nak lepas janji.  Paling hina, tukar nama pakatan pembangkang, masa buat janji guna nama Barisan Alternatif (BA), dah dapat kuasa tukar nama Pakatan Rakyat.

          Semuanya akal Anwar Ibrahim nak melepaskan diri dari bertanggungjawab.

          Toksah percayalah puak-puak ini lagi ya.  Anwar tipu berjuta orang bukan baru.  Ingat lagi pembohongan terbesar 16 September?  Macam confident saja nak bentuk kerajaan, hingga tengah malam itupun “we have the numbers”, “we have the numbers”, tapi dah masuk 5 tahun dah, haram pun takde.

          Ingat ni, Anwar pembohong, jangan percayakan dia dan apa yang keluar dari mulutnya pun.

          MYKMU

          KAMAL HISHAM : 2 VIDEO KANTOI SI PENIPU HARAMJADAH.

          Sunday, October 28, 2012

          PAKATAN SELANGOR GALAK PERANAP JAHANAMKAN HAK MELAYU !


          KLIK SINI

          KOMPLEKS PKNS SHAH ALAM MAHU DIGADAI : SIAL MELAYU DALAM PAKATAN.


          kalau nak dikatakan bernostalgia, maka bolehlah aku kata bangunan pkns atau lebih popular dipanggil kompleks pkns shah alam punyai nostalgia besar untuk penduduk shah alam.

          dulu shah alam takde apa yang istimewa selain tasik shah alam dan kompleks pkns.

          kehadiran dan kewujudan muzium shah alam, perpustakaan negeri shah alam, masjid shah alam, dan pelbagai bangunan baru yang mencanak naik di bandar shah alam merupakan hasil daripada pertumbuhan dan kepesatan ekonomi yang pesat bermula di kompleks pkns shah alam.

          kompleks pkns shah alam punyai manafaat besar untuk peniaga melayu.

          ada peniaga full time dan ada peniaga parti time.

          datang saja ke kompleks pkns waktu nak sambut hari raya sudah pasti akan kedapatan melayu yang padat membeli belah last minit.

          pkns ditubuhkan selepas peristiwa 13 may.

          apa tujuannya ? tujuannya nak memusatkan dan mengatur semula kedudukan melayu di kawasan perbandaran dan pinggiran bandar.

          dato haron inisiatifkan pkns untuk menguatkan kedudukan melayu di bandar utama.

          pergilah mana di sekitar shah alam, akan masih kedapatan flat-flat pkns yang msih berpenghuni khas untuk mereka yang kurang pendapatan ekonominya.

          hasil daripada penubuhan pkns ni, shah alam antara katalis bandar melayu yang cukup membangun.

          lebih membangun bilamana UITM dibina.

          kompleks pkns menjanjikan peluang perniagaan yang mesra kepada peniaga dan pembeli.

          kalau nak cakap kan bab perbandingan, kompleks pkns shah alam lah satu-satunya pusat perniagaan yang masih dimonopoli oleh peniaga melayu. 

          di sekitarnya, terutama di alam sentral, sacc mall semuanya telah dikuasai oleh bukan melayu.

          hari ini dah keluar cerita.

          melayu pakatan nak jual kompleks pkns .

          nak jual untuk apa ?
          nak bagi cina meniaga ?
          nak bunuh terus peniaga melayu ?
          nak lingkupkan peniaga melayu ?

          kalau nak jual, apa pastikan sewa yang akan dikenakan itu masih di takuk lama lagi ?

          selama BN kuasai negara petaling streets di kuala lumpur tak pernah pun ada cubaan nak dikacau hatta untuk dijual lokaliti perniagaannya.

          tapi ini sarip dol samseng kampung melayu pakatan yang diketuai oleh kalid gagap dan ahli parlimen shah alam yang kurang dimasuki oksigen ke dalam otaknya terus melanyak satu-satunya ikon perniagaan melayu di shah alam.

          mentadbir negeri cara begini memanglah selalu boleh buat untung.

          manakan tidak, jual bangunan demi bangunan lepas tu hujung tahun akaun negeri catat keuntungan.

          untung pasal pandai gadai bangunan dan bukannya pasal pandai generate income.

          ini baru bab menjahanamkan ekonomi melayu.

          belum lagi bab perumahan mampu milik yang tak mampu dimiliki oleh orang melayu.

          orang shah alam, tunggu apa lagi ?


          TOK HIM BOGELKAN PAS...

          Saturday, October 27, 2012

          VIDEO JELAS MAT SABU SOKONG SYIAH DI SYRIA !


          video di atas telah dikirimkan oleh seorang pembaca blog kepada gap.

          video berdurasi 2 minit 54 saat itu melaporkan kehadiran dan lawatan rasmi mat sabu selaku timbalan presiden pas terhadap menteri wakaf ( menteri agama) syria.

          mengikut laporan berita itu, katanya mendakwa mat sabu MAHU TAHU situasi sebenar apa yang berlaku di syria.

          PERSOALAN UTAMA ?

          1) mat sabu jumpa menteri agama syria yang berfahaman syiah. sudah pasti berita yang disampaikan kepada mat sabu oleh menteri syiah itu akan lebih positif dalam menggambarkan situasi sebenar yang akan pro kepada syiah .

          2) apa bodohnya mat sabu perlu berjumpa dengan menteri syiah syria untuk mendapatkan penjelasan, sedangkan di dalam internet terdapat puluhan youtube pembunuhan kejam tentera syria pimpinan syiah membunuh tanpa belas ikhsan umat islam sunah.

          3) apakah mat sabu tak baca laporan human right watch mengenai pembunuhan skala besar-besaran yang dilakukan oleh tentera syria terhadap penduduk sunah ?

          4) kedatangan mat sabu SECARA RASMI MENGADAP PEMIMPIN SYIAH DI SYRIA semakin melambangkan yang beliau ini memang penganut sesat syiah...

          pertama mengapa di kala berlakukanya pergolakan di mesir di mana pemberontaknya adalah syiah, mat sabu tak buat kunjungan hormat kepada pemimpin mesir sebaliknya menyokong gerakan kebangkitan syiah di mesir ?

          kedua mengapa mat sabu TAK PERGI MENGADAP PEMIMPIN SUNAH DI BAHRAIN sedangkan pada waktu itu penganut syiah sedang galak membuat huru hara menumbangkan kerajaan bahrain yang SAH ?

          APA SUDAH JADI KEPADA PAS ?

          KENAPA HARON TAIB YANG PERNAH BELASAH SYIAH DALAM KULIAHNYA SENYAP MEMBISU ?

          HARON DIN KENAPA SENYAP ?
          HADI...TAK PAYAH LAH...

          jawap pas jawap !



          DR ASRI ULAMAK GILA GLAMOR KE ??


          aku setuju dengan RBF.
          KLIK SINI

          KARAT POLITIK BERKARAT MACAM AIR KAT KELANTAN.


          dalam stadium tengok bola pun macamtu.
          dalam waktu korban pun macam tu.

          aku harap kalau ada orang kelantan accident mati kat tengah jalan , jangan ada lah banner R tu.

          punyalah karat otak  sampai semua pun nak dipolitikkkan.
          baral punya pas.
          karat otak politik korang macam air karat kat kelantan lah.

          Thursday, October 25, 2012

          SALAM AIDILADHA KAWAN.


          teruskan perjuangan.
          yang tak betul kita sanggah.
          yang benar kita sokong.
          yang penting pakatan perlu dihancurkan di muka bumi ALLAH ini !

          Wednesday, October 24, 2012

          KAMAL HISHAM : PENYAMUN LAHABAU MAKIN TERSEPIT !


          bloger MIK kali ni bagi pukulan maut kepada si penyamun lahabau kamal hisham. makin lama makin teruk mangkok ni terlondeh.

          lagi pendedahan mengenai kelakuan si penyamun lahabau kamal hisham.

          FAKTA DI SEBALIK KHIR TOYO DAN RONNIE LIU.


          SEPERTI YANG DILAPORKAN OLEH SELANGOR DAILY.


          Seperti yang diketahui umum semalam mantan MB Selangor Dr Mohd Khir Toyo mengambil keputusan untuk menyelesaikan di luar mahkamah berhubung tindakan saman yang diambil oleh Ronnie Liu terhadap beliau pada tahun 2008.

          Tindakan Khir itu mungkin menimbulkan rasa terkejut dan tidak puas hati daripada segelintir orang-orang UMNO atau penyokong-penyokong BN.

          Pada pandangan kami di selangordaily.com tindakan yang diambil bukan beerti tuduhan yang dia lemparkan kepada Ronnie sebelum ini tidak benar, tetapi lebih kepada Khir tidak mahu memanjangkan kes untuk jangka masa yang panjang yang tentunya membuang masa, tenaga dan kos. Kerana seperti yang kita sedia maklum Khir sekarang sedang berdepan dengan cabaran lain yang lebih dasyat dan hebat. Cabaran yang kami maksudkan adalah kesnya yang masih lagi berjalan di mahkamah.

          Kami berpendapat jika Khir ingin meneruskan saman tersebut peluang untuk beliau menang agak cerah kerana beliau bercakap berdasarkan bukti yang ada. Oleh kerana tidak mahu membuang masa bertahun-tahun untuk melayan kes tersebut maka jika ada penyelesaian adalah lebih baik diselesaikan.

          Baca penjelasan lanjut Dr Khir di blog beliau. Klik di sini

          Tindakan Khir memohon maaf kepada Ronnie tidak bermakna Ronnie tidak bersalah.

          Khir menuduh Ronnie menjadi penghalang untuk menghalang pihak berkuasa dan polis daripada menguatkuasa undang-undang yang membabitkan aktiviti pelacuran di sebuah hotel di Puchong , Selangor pada tahun 2007.

          Kami boleh membuktikan bahawa tindakan Khir bukan tuduhan melulu tetapi apa yang dikatakan olehnya adalah benar.

          Di atas kami tunjukkan laporan polis yang dikirimkan kepada kami melalui emel , dimana laporan yang dibuat oleh Pegawai Penguatkuasa MPSJ pada 02.11.2007 yang menunjukkan tindakan Ronnie menghalang pihak berkuasa dari menjalankan tugas hingga Ronnie ditangkap oleh polis dan dibawa ke Balai Polis Puchong Jaya.