aku telah dapatkan beberapa fakta dan rasional kenaikan tarif eletrik oleh TNB.
FAKTA 1
Tarif baru elektrik akan berkuat kuasa pada 2 Jun 2011.
a)Purata tarif elektrik akan bertambah sebanyak
2.23 sen/kWj atau 7.12 peratus
31.31 sen/kWj kepada 33.54 sen/kWj.
Peningkatan 7.12 peratus ini terdiri daripada:
*5.12 peratus atau 1.60sen/kWj akibat peningkatan harga gas asli bagi sektor tenaga sejajar dengan peningkatan harga-harga tenaga global;
FAKTA 2
Pakej semakan semula tarif juga memberikan kadar-kadar khas dan diskaun seperti berikut:
*Diskaun 10 peratus ke atas bil-bil elektrik yang kini dinikmati oleh sekolah-sekolah kerajaan, institusi pengajian tinggi kerajaan, tempat-tempat ibadat serta rumah-rumah kebajikan yang berdaftar dengan kerajaan telah dikekalkan. Diskaun 10 peratus tersebut akan merangkumi juga institusi-institusi pendidikan yang dibiayai separuh oleh kerajaan;
FAKTA 3
Pengguna-pengguna industri akan mengalami purata kenaikan (dari 6.2 peratus hingga 10.3 peratus). Sementara pengguna-pengguna komersil akan mengalami purata kenaikan (dari 6.2 peratus kepada 10.3 peratus).
Pengguna domestik dalam jaluran ini akan terus menikmati kadar unit subsidi sebanyak 21.8 sen/kWj dan 33.4 sen/kWj masing-masing.
FAKTA 4
Kenaikan tarif elektrik adalah sebahagian besarnya disumbang oleh peningkatan harga gas asli terhadap sektor tenaga daripada RM10.70/mmBTU kepada RM13.70/mmBTU (28 peratus) berkuat kuasa daripada 1 Jun 1 2011.
Peningkatan harga gas asli tidak dapat dielakkan disebabkan kenaikan harga-harga tenaga global sejak 2009 dan ianya berdasarkan mekanisme harga gas asli oleh kerajaan di mana harga tersebut disemak semula secara bertempoh sejajar dengan tren harga pasaran Minyak Bahanapi Medium (MFO).
Oleh kerana kos gas asli menyumbang kira-kira 54.2 peratus daripada jumlah kos campuran bahanapi (tahun kewangan 2010), kos tambahan bahanapi yang disebabkan oleh semakan semula harga gas diterjemahkan dalam bentuk peningkatan tarif elektrik pengguna.
Harga-harga gas ditentukan berasaskan harga bahanapi alternatif. Sebagai contoh, jika minyak bahanapi digunakan dalam penjanaan tenaga dan jika gas digunakan untuk menggantikan minyak bahanapi sebagai sumber tenaga maka harga gas akan menjadi sama seperti minyak bahanapi. Kebiasaan penggunaan harga gas secara relatif kepada bahanapi alternatif (contoh harga-harga minyak bahanapi) ini telah digunapakai di semua negara-negara di rantau ini.
Mengikut sejarah, sektor tenaga di Malaysia telah menggunakan minyak bahanapi untuk menjana elektrik. Bagi menawarkan insentif-insentif kepada sektor tenaga supaya menukarkan daripada minyak bahanapi kepada gas, sejajar dengan yang dipraktikkan secara antarabangsa, harga-harga gas ditambatkan kepada harga-harga minyak bahanapi, yang didagangkan dan disiarkan secara meluas.
Oleh itu, harga-harga minyak bahanapi telah digunakan sebagai rujukan untuk menentukan harga gas di Malaysia untuk menjana tenaga.
FAKTA 5
Sehingga akhir 2010, PETRONAS telah membelanjakan kira-kira RM131.3 bilion untuk subsidi gas kepada kedua-dua sektor tenaga dan bukan-tenaga.
Sekiranya harga-harga gas kekal tidak berubah (iaitu RM 10.70 setiap MMBTU untuk sektor tenaga; RM 15.35 setiap MMBTU untuk sektor bukan tenaga), ini akan melibatkan kira-kira RM27 bilion subsidi pada 2011. Oleh kerana keadaan tersebut tidak tertanggung lagi, kerajaan tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menstruktur semula subsidi gas. (Nota: Anggaran subsidi gas adalah berasaskan harga minyak bahanapi sebanyak USD 93.98 se tong dan kadar pertukaran sebanyak RM3.0467/AS$).
BERAPA RINGGIT ANDA KENA TAMBAH BILA TARIF DINAIKKAN ?
perhatikan kepada jadual kat bawah.
kalau bil api rumah korang berada dalam lingkungan ini, maka kenaikan akan berlaku pada kadar ini sahaja. paling rendah korang kena tambah RM6.60 dan paling tinggi RM30.30.
pada pandangan korang adakah purata kenaikan ini membebankan, jika dibandingkan dengan perbelanjaan semasa korang yang sebenarnya lebih tinggi consumption nya (penggunaannya). contoh kos rokok,bil astro dll ?
PROJEK BAKUN HIDRO ELEKTRIK
selama ini punca penjanaan eletrik di malaysia kebanyakannya bergantung kepada bekalan arang batu dan minyak. korang sendiri dah tahu bahawasanya nilai pasaran 2 bahan api tersebut bergantung kepada harga semasa. jika rendah harganya, maka rendahlah pula kosnya.
tak silap aku, waktu australia teruk kena banjir kebanyakan stok bekalan arang batu yang malaysia import dan terhenti. ini adalah realiti. TNB sekarang ini tengah mintak suply arang batu dari negara lain.
keadaan sebegini biasanya akan menjejaskan kos.
bakun hidro eletrik adalah sumber terbaru penjanaan tenaga. projek ini adalah brain child tun mahathir belasan tahun yang lalu.
tun m sudah boleh menjangkakan akan krisis kekurangan seterusnya menyebabkan kenaikan harga tenaga bakal berlaku.
alternatif untuk mengurangkan kebergantungan bekalan arang batu dan minyak, tun mahathir cipta projek bakun.
mudah cerita, bekalan eletrik di malaysia nanti separuh daripadanya dibekalkan melalui proses guna tenaga air. CUKUP JIMAT DAN PALING JIMAT.
tanyalah mana-mana negara sekalipun, ide penjanaan eletrik melalui sumber air akan dijadikan keutamaan.
berdasarkan fakta, sejumlah 2,400mw tenaga elektrik bakun akan dihasilkan setelah empangan ini siap sepenuhnya pada 2011.
daripada 2,400mw itu, 1600mw akan disalurkan ke semenanjung malaysia melalui pemasangan kabel merentasi laut cina selatan sepanjang 676 km.
aku berkeyakinan projek berharga ide tun mahathir ini akhirnya akan memberi manafaat jangka panjang pada rakyat malaysia.
ADAKAH WUJUD PROTES MARAH RAKYAT PADA TNB ?
kebanyakan rakyat bawahan berpandangan sudah tiba masanya TNB menyerap sedikit sebanyak kos peningkatan tarif ini. BILA MASA YANG SESUAI ?
TNB wajar menyerap sedikit sebanyak peningkatan kos ini bila tiba saatnya TNB mengumumkan keuntungan syarikat.
jikalau petronas boleh menyerap beratus billion kos subsidi negara yang meliputi hampir semua kepentingan, takkan TNB tak boleh buat 'social service' kepada rakyat malaysia ?
argument atau perdebatan pembangkang untuk isu ini ada jugak tepatnya. sistem kapitalis yang menguntungkan segelintir konglomerat tidak sesuai lagi diaplikasikan pada waktu ini.
jadi kami telah lontarkan faktor penyebab kenaikan, kesan kenaikan pada bila api rumah korang dan jugak teguran/permintaan kepada TNB .
apa jugak alasan kamu, kerajaan melalui ide bernas tun mahathir sebenarnya telah menyediakan sumber alternatif bekalan eletrik di malaysia. bakun adalah projek yang bakal memberikan keuntungan jangka panjang kepada rakyat malaysia.
jangan lupa...
check balik perbezaan kenaikan bil api rumah korang. jadual ada kat bawah. setakat naik dari RM 6 hingga RM30 sebulan ok lagi kot.
permintaan GAP kepada kerajaan .
dah tiba masanya kadar tol di kebanyakan tempat terutamanya di lembah klang dihapus atau dikurangkan.
kos rakyat bila cakap mengenai tol ni tak berkesudahan malah ia nampak cukup membebankan. cubalah buat sistem barter yang boleh buat rakyat tersenyum semula.
kadar tol sebenarnya lebih membebankan poket rakyat jika dibandingkan dengan kenaikan tarif eletrik ni.
berdasarkan kajian aku, kalau BN nak menang pada pru ke 13 nanti, BN harus mensasarkan matlamat untuk 'mengurangkan kos poket rakyat' di lembah klang.
perbelanjaan rakyat terhadap kos tol di lembah klang berpuluh kali ganda tinggi daripada kenaikan seciput tarif letrik ni.
kurang atau hapuskan tol merupakan alternatif terbaik. penduduk lembah klang mewakili hampir jutaan pengundi luar.
kalau nak menang BN wajib selesaikan masalah rakyat yang poketnya banyak bocor bila lalu tol.
kerajaan sewajarnya tidak terlalu fokus kepada ide 'felda centric' sahaja sedangkan ada banyak lagi golongan pengundi yang berbeza di luar sana. contohnya di lembah klang.
pengundi asal lembah klang campur pengundi luar di lembah klang boleh cecah jutaan pengundi. impaknya besar kalau BN dapat settlekan isu tol di lembah klang once n for all.
kalau nak tau impak dan kesan pengundi luar yang hidup kat lembah klang, cuba tengok hari raya pertama. KL dan selangor lengang.
nak menang PRU 13, kos rakyat lembah klang wajib 'dikurangkan'. inilah yang dinamakan rakyat didahulukan..