Friday, August 31, 2012
HISHAMUDIN HUSSEIN : KAU DAH HILANG SENSITIVITI KE ?
hisham kata dalam utusan tiada insiden buruk berlaku pada malam merdeka. siap ucap syabas lagi .
tiada insiden buruk.
apa gerakan nak tukar bendera malaysia tu bukan dalam definisi 'insiden buruk' ke hisham ?
apa foto sepupu kau najib tun abdul razak di BERAK kan tu bukan dalam ide saraf 'insiden buruk' ke hisham ?
hisham... bendera nak ditukar kan tu bukan satu hasutan melampau yang boleh cetus huru hara dalam negara ke hisham ?
hisham, mana pergi sentimen kebanggaan/kenegaraan kau tu bila bendera malaysia nak ditukar ?
bendera adalah elemen kedaulatan sebuah negara merdeka !
masih lagi kau cakap 'tiada insiden buruk' ke hisham ?
KESIAN KAU NAJIB !
FOTO KAU KENA BERAK PUN SEPUPU KAU KATA SEMUA OK !
KESIAN KAU BENDERA MALAYSIA, HISHAM KATA SEMUA OK.
HISHAM, AKU SANGGAH KAU HISHAM.
MALAM TADI MEMANG ADA INSIDEN BURUK !
MALAM HINA UNTUK SEBUAH NEGARA BERNAMA MALAYSIA !
malam kemerdekaan.
malam kemerdekaan yang ke 55.
malam ini adalah malam paling malang dalam sejarah sebuah negara bernama malaysia.
pembangkang sudah membayangkan akan keperluan menukar wajah bendera sekiranya mereka memerintah malaysia.
politik mereka sudah ke tahap melampau.
mereka adalah pelampau politik paling hanjing.
aku ekspektasikan wajah pembangkang yang lebih fokus,jitu,kredibel dalam menentukan perjalanan demokrasi negara malaysia.
tapi sayang mereka tidak bertindak seperti itu.
stail politik mereka lebih menjurus kepada politik gampang.
mereka menghentam segala apa yang sudah termeterai dalam sejarah penubuhan negara, menghentam di atas nama kebebasan dan hak asasi.
RAKYAT MALAYSIA , PERTAHANKANLAH MARUAH NEGARA !
POLITIK ADA BATAS.
POLITIK ADA SEMPADAN.
POLITIK ADA HAD.
ayuh pertahankan lambang kedaulatan negara bernama MALAYSIA !
nantikan sambungan ke 2, aku terpaksa balun mereka-mereka itu !
Thursday, August 30, 2012
DAH TIBA MASANYA HARON DIN KELUAR DARI PAS !
haron din dah keluarkan kenyataan dalam utusan mempertahankan ustaz nasarudin.
aku berkeyakinan nik ajis akan membalun haron din sedikit masa lagi.
haron din pertahankan nasarudin.
nasarudin memang dikenali dikalangan orang pas sebagai manusia paling dibenci oleh nik ajis.
tak percaya ?
ingat lagi kes nik ajis gelarkan nasarudin sebagai SAMPAH pasal bercakap bab perpaduan.
aku bukan nak cakap bab nasa, tapi kenyataan ikhlas kepada haron din.
jelas dalam pas haron din tak mampu nak perbetulkan keadaan pas yang semakin merosak.
jelas dalam pas haron din tak mampu menyelamatkan akidah penyokong pas kerana bersetuju dengan penggadaian kalimah ALLAH yang dilakukan oleh pas.
jelas dalam pas haron din tak mampu mempertahankan tindakan hasan ali dalam meyelamatkan akidah 12 orang islam dalam kes DUMC.
antara pangkat dan kemenangan akidah, mana haron din perlu pilih ?
antara parti atau meyelematkan akidah ribuan ahli pas mana haron din pilih ?
haron din eloklah keluar parti pas.
dalam al quran takde cakap keluar pas itu tandanya keluar islam.
elok haron din kembali jadi ulamak neutral, boleh tegur pas dan umno jugak.
16 januari 2010 haron din keluarkan kenyataan siapa yang menyokong kalimah ALLAH digunakan oleh bukan islam maka dia akan jatuh kufur.
jelas berbondong ribuan ahli pas terus menyokong persetujuan penggadaian yang dipersetujui pas.
dah tiba masanya haron din keluar dan bercakap benar.
keluarlah dari pas.
perbetulkan semula akidah senget ribuan ahli pas.
kalau tak boleh perbetulkan akidah penyokong pas dari dalam parti, buat apa haron din tunggu lagi ?
Wednesday, August 29, 2012
KENYATAAN MEDIA PEMBELA.
KENYATAAN MEDIA
PERTUBUHAN MUAFAKAT SEJAHTERA MASYARAKAT MALAYSIA BERSAMA
PERTUBUHAN-PERTUBUHAN PEMBELA ISLAM (PEMBELA)
29 Ogos 2012 bersamaan 11 Syawal 1433
- PEMBELA mengulangi penegasan bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam yang diwakilinya tidak berminat dengan persaingan mendapatkan sokongan melalui politik kepartian. PEMBELA juga tidak terpengaruh dengan sebarang sikap dan tindakan partisan para pemimpin Negara, sama ada di pihak kerajaan ataupun di pihak pembangkang yang ghairah memperjuangkan dasar dan manifesto masing-masing, khususnya di dalam mengemudi kehangatan bahang Pilihanraya Umum ke-13.
- Tetapi, PEMBELA tidak akan berdiam diri mahupun berkompromi apabila persoalan kedaulatan Islam disentuh dan dijadikan modal percakaran di kalangan parti-parti politik.
- Umat Islam menjadi semakin gusar, khususnya apabila saban hari menyaksikan kebiadaban para pemimpin politik yang secara terang-terangan menghina Islam bukan sahaja disebabkan kejahilan mereka, tetapi provokasi yang disengajakan untuk mendapat publisiti murahan dan meraih keuntungan politik yang bersifat sementara.
- PEMBELA bertegas bahawa sikap dan tindakan sebegini adalah sangat tidak bertanggungjawab, kerana melanggar keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Negara melalui Perkara 3 (1). Kenyataan-kenyataan yang biadab sebegini harus segera dihentikan dan ditarik semula.
- Kedua-dua Yang Berhormat Karpal Singh a/l Ram Singh, selaku Pengerusi DAP dan Yang Berhormat Donald Lim Siang Chai, selaku Pengerusi MCA Negeri Selangor merangkap Timbalan Menteri Kewangan I, serta lain-lain pemimpin politik di setiap lapisan, wajib menghentikan kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab mengenai Islam di Negara ini.
- YB Karpal Singh bersungguh-sungguh memperjuangkan konsep Negara sekular dan ini menggambarkan kejahilan beliau yang melampau tentang peranan Islam yang telah membina masyarakat Islam yang baik di Negara ini hatta sejak sebelum Perlembagaan Persekutuan hadir di dalam sejarah penubuhan Negara. Prinsip-prinsip ideal dan sumbangan Islam dalam membina individu Muslim yang baik telah menyumbang kearah pembinaan masyarakat Malaysia yang mantap, sejahtera dan harmoni. Mengapa YB Karpal Singh beria-ia memperjuangkan konsep Negara sekular, yang jelas rapuh, bermasalah dan telah terbukti menghancurkan tamadun lain di dunia, khususnya Negara-negara barat?
- Kenyataan YB Donald Lim yang ingin menghalang sebuah Negara Islam pula bersifat pramatang, menghasut serta mencerminkan sikap tidak bertanggungjawab di dalam menjaga sensitiviti terhadap umat Islam yang menjalankan kehidupan beragama mengikut lunas dan ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan. Khususnya bagi seseorang yang berstatus menteri kabinet Kerajaan Persekutuan, kenyataan tersebut menggambarkan kejahilan beliau tentang kedudukan Islam sebagai agama Negara, hakikat perlindungan terhadap agama-agama lain dan sumpah Yang DiPertuan Agong bagi memelihara dan mempertahankan kemuliaan Islam yang jelas termaktub pada perkara 37(1), Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.
- Adalah sangat malang bahawa YB Karpal Singh dan YB Donald Lim, mahupun mana-mana pihak yang sealiran dengan mereka membiarkan pemikiran dipengaruhi unsur-unsur stereotaip dan label media-massa musuh-musuh Islam di dalam membuat kenyataan-kenyataan mengenai Islam, yang jelas tidak berwibawa dan berprasangka jahat terhadap Islam. Malah, ramai di kalangan pemimpin Muslim sendiri tidak membantu menjernihkan kekeliruan ini, tetapi sebaliknya menambah-kusut kecelaruan mereka disebabkan sikap prasangka buruk, hasad dengki dan taasub kepartian mahupun individu, lantas membuat kenyataan-kenyataan yang mengesahkan kejahilan mereka tentang kedudukan Islam di Malaysia.
- PEMBELA menegaskan kepada para pemimpin politik khususnya, bahawa sebarang pendekatan yang boleh memprejudis kedaulatan agama Islam sebagai agama Negara boleh menghakis prinsip “Kesetiaan kepada Raja Negara” dan prinsip “Keluhuran Perlembagaan” yang menghilangkan kelayakan untuk menyertai proses pemerintahan Negara.
Justeru dalam menangani masalah yang timbul dari sikap sebegini, PEMBELA dengan ini:
- Bersepakat dengan pertubuhan-pertubuhan Islam untuk membuat aduan polis terhadap kedua-dua YB Karpal Singh dan YB Donald Lim, serta mendesak pihak berkuasa melakukan penyiasatan kenyataan-kenyataan mereka di bawah Akta Hasutan 1948 dan peruntukan undang-undang yang relevan, serta mengambil tindakan-tindakan yang perlu mengikut saluran sedia wujud;
- Menyeru agar semua pertubuhan-pertubuhan Islam di Negara ini menyertai PEMBELA dan rakan-rakan pertubuhan Islam lain di dalam menzahirkan kegusaran dan bantahan terhadap sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin politik Muslim dan non-Muslim, tidak kira di pihak kerajaan mahupun pembangkang, yang membuat kenyataan-kenyataan jahat dan tidak adil mengenai Islam di Malaysia;
- Memohon persefahaman dan kerjasama utuh dengan Majlis-majlis Agama Islam Negeri dalam usaha melaksanakan hasil percambahan fikiran strategik dari masa ke semasa, demi mengurangkan pergeseran di kalangan umat Islam dan mendepani salah faham tanggapan terhadap kedudukan Islam di Negara ini di kalangan Muslim dan non-Muslim;
- Menyeru umat Islam terus mengekalkan iktibar dan didikan bulan Ramadhan yang baru sahaja berlalu, di dalam bermunajat kepada Allah SWT supaya diberikan taufiq dan hidayahNya untuk mengukuhkan kesatuan hati dan menghadapi mehnah kecelaruan pemikiran di kalangan masyarakat yang menyebabkan Islam terus-menerus diserang dan diganggu-gugat anasir-anasir daripada kalangan non-Muslim dan Muslim sendiri.
PEMBELA ingin menegaskan bahawa seruan dan tindakan kami hendaklah dilihat sebagai usaha mengekalkan keharmonian beragama di kalangan masyarakat Malaysia. Dengan menyanggah kenyataan-kenyataan tidak bertanggungjawab para pemimpin politik, PEMBELA sebenarnya mengembalikan citra dan keizzahan jati diri Islam sebagai agama Negara, yang telah dimomokkan dan diganggu-gugat persaingan politik partisan yang tidak bertanggungjawab.
Sambutan dan iktibar ulang tahun kemerdekaan ke 55 tanahair ini tidak akan bermakna sekiranya kekuatan Islam yang diibaratkan Mahkamah Tinggi sebagai “pohon jati”, dan tidak dipersoalkan sehingga ke Mahkamah Persekutuan, tetapi diremehkan dan diberikan kedudukan yang tidak adil di sisi Perlembagaan Persekutuan yang disanjung seluruh warganegara Malaysia.
A. Karim Omar
Setiausaha Agung MUAFAKAT
Dan
Hj. Aminuddin Yahya
Pengerusi PEMBELA
Pertubuhan-pertubuhan yang bernaung di bawah PEMBELA – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Pertubuhan Jalur Tiga (JATI), Pertubuhan Profesional Muslim dan Ukuwwah Ummah (PROMUSLIM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Institut Kajian Islam dan Strategik (ISSI), Persatuan Ulama Malaysia -Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Institut Pemikiran Tradisional Islam (IPTI)
Sekretariat PEMBELA
d/a Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
25 Jalan Bandar 3
Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
PAS MENUJU KEHANCORAN..DARI DALAM !
Perang mulut antara PAS, DAP dan PKR berhubung isu hukum hudud masih belum reda malah terus membara.
Keadaan semakin genting bagi pakatan politik tiga parti tersebut yang sudah tentunya akan mengugat keutuhan Pakatan Rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.
Walaupun isu pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS bukanlah sesuatu yang baru namun ia kembali menjadi panas dan bahan polemik sejak kebelakangan ini akibat sikap parti Islam itu yang kini dilihat berdolak dalik dan tidak teguh dalam pendiriannya.
Pada satu pihak, DAP dilihat konsisten dengan penentangan tegasnya terhadap sebarang usaha oleh PAS untuk melaksanakan undang-undang syariah jika Pakatan Rakyat berkuasa.
Ini berlainan pula dengan pihak PAS yang terpaksa menukar warna politik dan mengorbankan prinsip perjuangannya daripada 'Negara Islam' kepada 'Negara Kebajikan' semata-mata kerana hendak menyesuaikan dengan kehendak dan agenda politik DAP, sebuah parti politik perkauman Cina yang amat rasis dan secara terangan menonjolkan sikap anti-Melayu.
PAS sanggup mengorbankan pemimpinnya seperti Hasan Ali yang menyuarakan ketidak puasan hatinya terhadap sikap angkuh dan pro-Kristian DAP dalam kerajaan negeri Selangor namun untuk menyanggah parti rasis itu jauh panggang dari api.
Kini nasib yang sama menimpa Hasan akan bakal diterima oleh Nasharudin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS yang mengkritik sikap Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang katanya bukan setakat menolak hukum hudud malah secara langsung menentang Islam sekali gus.
Dua kali malang bagi Nasharudin kerana bukan sahaja Karpal menyatakan akan menyaman beliau, malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang menjadi sekutu kuat dan pelindungnya satu ketika dahulu pun sudah memisahkan diri daripadanya dan memihak kepada DAP.
Abdul Hadi membayangkan Nasharudin sebagai individu yang sudah tidak penting dalam parti dan boleh dinyahkan dari parti bila-bila masa sahaja dari sekarang.
Begitulah nasib yang terpaksa ditanggung oleh tokoh-tokoh PAS yang hanya bercakap selari dengan prinsip perjuangan parti tetapi tidak secocok dengan selera DAP.
PAS yang pernah mendabik dada sebagai parti terkuat dalam Pakatan Rakyat dan mahu bertanding kerusi terbanyak dalam PRU kelak, juga semakin tertekan kerana PKR mengambil pendirian menyokong DAP dalam isu hukum hudud.
Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud masih belum sesuai dan ia bukanlah merupakan dasar yang telah dipersetujui bersama oleh ketiga-ketiga pemimpin pembangkang tersebut pada tahun 2009.
PAS kini benar-benar tersepit dan tidak dapat membersihkan imejnya yang kian kotor dan merosot di mata rakyat akibat dilabel sebagai keldai tunggangan DAP dan tukang angguk PKR.
Tidak cukup kemelut yang membelit PAS dan DAP, kini tercetus pula pertelingkahan antara PKR dan DAP di Pulau Pinang apabila Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman menganggap Ketua Menteri, Kim Guan Eng sebagai angkuh, bongkak dan sombong.
Tindakan nafi menafi dari pihak PKR sudah tentu menjadi perkara biasa dalam blok pembangkang tetapi kata-kata Mansor sebenarnya telah membuka satu lagi jurang antara kedua-dua parti yang pasti akan menjadi semakin lebar dalam hari-hari mendatang.
Masalah sebenar dalam Pakatan Rakyat bukanlah Barisan Nasional sebagai musuh utamanya tetapi PAS, DAP dan PKR yang menjadi musuh paling besar mereka sendiri.
Setiap parti bersikap angkuh kerana memikirkan merekalah yang paling berpengaruh dan menyumbang paling banyak dalam PRU pada 2008.
Dengan kedudukan kerusi dalam Dewan Rakyat pasca PRU ke-12 yang hampir sama, ketiga-tiga parti berfikir merekalah yang paling hebat serta kuat dan justeru tidak mahu mengalah.
PAS setakat ini kekal dengan 31 kerusi, diikuti 28 dalam genggaman DAP sementara PKR menjadi paling corot daripada 31 kepada 26 apabila lima wakilnya melompat menjadi ahli bebas.
Anwar pula terpaksa menyokong DAP kerana peranan licik parti perkauman Cina itu yang terus mempertahankan kedudukan beliau sebagai Ketua Pembangkang walaupun PKR yang menjadi parti minoriti tidak layak lagi mengetuai barisan pembangkang dalam Parlimen.
Apatah lagi DAP seringkali menyatakan sokongannya kepada Anwar sebagai bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berkuasa kelak, sesuatu yang sehingga kini tidak pernah disuarakan oleh PAS.
Persekongkolan PKR-DAP dalam isu-isu penting seperti calon Perdana Menteri serta hukum hudud sepatutnya sudah cukup memberi kesedaran kepada pemimpin PAS bahawa mereka sudah ditipu hidup-hidup.
Namun untuk menutup malu atas kegagalan PAS menerajui Pakatan Rakyat, parti itu sanggup menjadi hamba kepada PKR dan DAP demi tamakkan kuasa, pangkat dan kedudukan.
Jika Karpal terus dengan niatnya untuk menyaman Nasharudin maka terbuktilah PAS telah menjadi parti paling bacul di negara ini kerana tidak mampu mempertahankan dasarnya mengenai Islam.
Jika PAS sudah hilang naluri kejantanannya mempertahankan Islam, elok sangatlah parti itu tutup kedai, gugurkan nama suci Islam dan serahkan semua kerusinya kepada PKR dan DAP
Barulah itu dilihat sebagai tanda hamba yang taat dan setia.
EXCO 'SEKS BEBAS' SELANGOR DI PERKARANGAN MASJID.
Gambar di atas adalah gambar Rumah Terbuka Aidil Fitri yang dianjurkan oleh EXCO Selangor, YB Elizabeth Wong dan YB Sivarasa Rasiah. Majlis berkenaan diadakan di Taman Ehsan, Kepong. Hendak lebih tepat lokasinya adalah di perkarangan Masjid Al Faizin Desa Jaya.
KENYATAAN MEDIA GAPS.
Kenyataan Media
Amat tidak memeranjatkan langsung apabila Anwar terus berdalih dalam soal polemik hukum hudud dinegara ini. Anwar tolak hudud itu adalah bukti bahawa selama ini dia berjaya memperkudakan Pas untuk meraih pengikut pas agar menyokong cita-cita nya untuk menjadi PM dan tidak lebih dari itu.
Sebaliknya Pas sudah menjadi mangsa nafsu serakah anwar yang sudah gilakan kuasa. Pas telah menggadaikan prinsip memperjuangkan negara islam dan hudud apabila tewas dalam belaian politik anwar yang lunak dan penuh hipokrasi.
Anwar berjaya melahirkan pemimpin pas yang menjadi meneraju semangat "anwarinas" yang kini sudah hampir 80% menguasai hirarki pas. Inilah yang disebut sebagai parasit dalam pas oleh YB Dato' Dr Hasan Ali, mantan Naib Presiden Pas.
Akhirnya Pas kini tunduk patuh kepada anwar tanpa perlu anwar menjadi presiden Pas. Dasar perjuangan 'pas asal' kini menjadi lipatan sejarah dan berkubur tanpa nisan.
Hanya golongan dewan ulama sahaja yang mampu melawan anwar namun mereka terlalu lemah untuk bangun memimpin pas yang sudah termeteri dengan barisan pimpinan anwarinas dalam pas.
Pas tanpa hudud dan negara islam yang diokestrakan oleh anwar ini akhirnya akan pupus seperti pupusnya Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PRM) yg dulu amat bermegah dengan semangat sosialisnya.
Saya tidak terperanjat pas akan terus cair ciri perjuangan islamnya dan akan bergabung dengan PKR dalam masa yang terdekat. Pas semakin hampir menjadi bahan selingkar sejarah dalam politik kepartian di negara ini.
Anwar pula akan mencipta sejarah kerana berjaya mengkuburkan dua parti politik dalam usahanya ke persada memanda menteri negeri pinang sebatang.
Hamidzun Khairuddin
Presiden
GAPS
29 Ogos 2012
KENAPA HARON DIN TERUS MEMBIARKAN KEKUFURAN BERLAKU DALAM PAS ?
lihat video kat atas.
di upload pada 16 januari 2010.
hari ini dah nak masuk 3 tahun usia video ni.
apa kandungan video ini ?
video kenyataan haron din yang mengesahkan/mengatakan BARANG SIAPA MENYOKONG KALIMAH 'ALLAH' DIGUNA PAKAI OLEH BUKAN ISLAM, MAKA DIA AKAN JATUH KUFUR.
ulang kata haron din kat atas.
tak puas lagi, ulang dengar video kenyataan youtube ni.
dah masuk 3 tahun kenyataan ini dikeluarkan oleh haron din.
hari ini jelas dan nyata ribuan penyokong/ahli pas dan pkr yang rata-ratanya beragama islam masih terus menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan islam sepertimana yang dilulus kan oleh parti pas.
kenapa haron din membiarkan kekufuran ini berlaku dalam kelompok yang dimaksudkan ?
kenapa haron din selepas keluarkan kenyataan kufur, dia terus membisu ?
haron din sendiri telah mengeluarkan kenyataan jatuh KUFUR kepada mereka yang menyokong kalimah ALLAH ini digunakan .
haron din selaku timbalan mursidul am pas perlu dipertanggungjawapkan di atas kealpaan beliau membiarkan ribuan ahli pas hanyut dengan persetujuan yang membawa kekufuran ini.
SUMBANG MAHRAM PEMIMPIN PKR ? ADA PELEPASAN 'SIJIL HALAL' OLEH PAS PIS PUS NANTI.
macam-macam yang happening dalam pkr.
liwat ada.
china doll ada.
tido kangkang ada.
exco bersekedudukan dengan toy boy ada.
ostaz bagi kaunseling jam 3 pagi ada.
blowjob dalam tandas ada.
hari ni pula kisah haruan makan anak.
ya , sampai mengandung anak tu kat kajang.
tunggu pelepasan sijil HALAL oleh mudadilul am pas nanti.
JERANTUT - Seorang pemimpin kanan sebuah parti dan anak lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung satu kes sumbang mahram. Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut DSP Zakaria Kasim berkata, pemimpin bersama anak lelakinya yang berusia 14 tahun ditahan reman pada 22 Ogos lalu bagi membantu siasatan apabila anak perempuannya yang berumur 15 tahun melahirkan seorang bayi lelaki.
Zakaria berkata, anak perempuan suspek dikatakan melahirkan seorang bayi lelaki tiga hari lalu di sebuah pusat bersalin swasta di Kajang, Selangor. "Polis juga telah mengambil sampel DNA kedua-dua suspek yang dibuat di Hospital Jerantut untuk siasatan lanjut. "Bagaimanapun, suspek dan anak lelakinya dibebaskan dengan jaminan polis semalam, sementara menunggu keputusan DNA yang dijangka diketahui dalam tempoh seminggu," kata Zakaria.
Suspek pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-12 tetapi tewas kepada lawannya dalam pilihan raya itu. Menurut sumber lain, kejadian tersebut terbongkar apabila jururawat di pusat perubatan berkenaan membuat laporan polis akibat curiga dengan keadaan remaja perempuan tersebut yang bersalin tanpa kehadiran suami.
Tuesday, August 28, 2012
STRAITS TIMES SINGAPURA TERUS BALUN KERAJAAN.
Carolyn Hong enjoyed reporting several youth activists boosting for pro-opposition.
1. Political analyst James Chin of Monash University Malaysia supported the programme held by MyConsti – the anti-establishment sentiments from a group of lawyers under 35 years old.
2. Another notorious political analyst Ong Kian Ming, who pushed for changes in Malaysia . He gave a full support for Refsa and Bersih.
Note these two political analysts are sources of unhealthy movements in provoking for insensible radical changes against the government who demand reforms in Malaysia from their own personal ulterior- motives. There is another crook from Sabah which is not mentioned and he needs a personal scrutiny.
Carolyn Hong thinks she could be appreciated too, for contributing her articles in helping the anti- establishment sentiments.
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _
Singapore Straits Times reported Malaysian gained a bright economic record but grumbles still existed by some disgruntled local economists.
1. Some local economists complained that government spending on big ticket items and cash handouts to lower-income households, civil servants and Felda settlers and another pre-election sweeteners could pose a bigger concern for the country’s deepening debt.
2. Journalist Yong Yen Nie from Malaysia Correspondent should be cautious if the sources that she dug out from Fitch Ratings, a global research firm gave incorrect information about Malaysian economy.
3. Also mark the abrupt statement of wishful thinking by Ms Julia Goh, from CIMB Bank. She should not expose irrrelevant negative information to this myopic journalist who was greedy to defame the present government.
YYN mentioned Felda Malay farmers -- who formed a major component of Malaysian voters, clearly showed that she chose race as her points of disagreement with the government. She had displayed a feeling of displeasure when financial aids were given particularly to Malays.
This is another tactic from an anti-government media giving a negative impression about Malaysian economy to help increase voters swing to opposition in the coming GE 13.
H.S.
NASA DIPECAT : PAS LUPA NASA ADALAH PROTEGE FADHIL NOR.
Cakap-cakap yang sedang hangat kedengaran sekarang banyak menjurus kepada kemungkinan besar bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa akan berdepan dengan penyingkiran dari parti tersebut.
Jika ianya menjadi kenyataan seperti diramalkan oleh sesetengah penganalisis politik tempatan bermakna ia akan menjadi sejarah hitam buat PAS kerana baru sahaja kira-kira 8 bulan lalu parti itu memecat bekas Naib Presidennya, Hasan Ali.
Berbeza dengan pemecatan Hasan sebelum ini yang dilakukan tanpa sebarang peluang pembelaan diri, dalam kes Ustaz Nasharuddin terdapat cadangan untuk membenarkan beliau memberi penjelasan atas beberapa kenyataan kerasnya yang ditakrifkan oleh ramai pemimpin PAS sebagai melanggar dasar parti.
Bagaimanapun, tidak semua pemimpin PAS di peringkat Pusat, Negeri dan Kawasan yang bersetuju dengan tindakan PAS yang sejak kebelakangan ini dilihat terlampau keras terhadap perbezaan pandangan sesama pemimpin parti tetapi dimasa yang sama pula ternampak jelas agak lunak bila berhadapan dengan tuntutan parti lain dalam Pakatan rakyat (PR).
Waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.
Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.
Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah asbab bagi membolehkan kumpulan pro Syiah merealisasikan usaha 'memancung' pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.
Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba 'memancung' seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.
Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan pro Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan sementelah lagi tika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.
Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.
DAP HARBI LAHABAU TAKKAN BAGITAU HAL NI !
Mungkinkah Karpal Singh belum pulih sepenuhnya setelah jatuh sakit tempoh hari sehingga meracau-racau? Mungkinkah beliau masih berhalunisasi apabila berkata bahawa Tun Salleh Abbas pernah memutuskan bahawa Malaysia adalah negara sekular dalam kes Che’ Omar Che Soh.
Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara hanya menyatakan bahawa terdapat undang-undang di negara ini yang berunsur sekular dan beliau tidak pernah sekali-kali memutuskan negara ini sebagai negara sekular.
Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia telah pun menegaskan bahawa negara ini adalah negara Islam kerana ia diperintah oleh orang Islam, meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan di masa yang sama tidak pernah menyekat amalan agama-agama lain.
Untuk itu, Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam melalui Perkara 37 dengan mewajibkan Ketua Utama Negara Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa. Selain itu, semua cabang pemerintahan negara sama ada Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa.
Tindakan Karpal Singh membangkitkan hal ini dalam pertelagahannya dengan PAS tentang hudud menyerlahkan lagi agenda jahat DAP yang menentang kedaulatan Islam sebagai agama rasmi. Tindakan Karpal Singh juga dilihat sebagai menentang prinsip Rukun Negara.
Nampaknya, pertelagahan mengenai hudud antara DAP dan PAS semakin mengganggu dan mengelirukan rakyat, malah mampu mencetus ketegangan.
Rakyat perlu faham bahawa sesebuah negara Islam tidak semestinya melaksanakan hudud. Sedangkan Mesir negara yang memusatkan semua Ulama-ulama tersohor juga tidak melaksanakan hudud.
Perlaksanaan hudud dalam negara juga tidak menjamin syurga kepada umat Islam di dalamnya. Ini kerana, syurga-neraka adalah tertakluk kepada amalan peribadi iaitu antara hubungan seorang hamba dengan Allah S.W.T dan juga antara sesama manusia. Kerajaan dan undang-undang tidak akan mempengaruhi kedudukan seseorang Islam di sisi Allah S.W.T.
Hudud adalah undang-undang yang terlalu tinggi yang memerlukan keikhlasan dan ketakwaan yang mantap di kalangan para pelaksananya. Ia juga memerlukan kedudukan negara dan umah dalam keadaan sempurna dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial sebelum hudud boleh dilaksanakan.
Hudud yang dilaksanakan tanpa memenuhi syarat di atas akan berakhir dengan ketidakadilan. Lihat saja antara negara yang mengamalkan hudud seperti Pakistan, Afghanistan, Sudan, Somalia, dan Nigeria. Keadaan rakyat mereka menyedihkan, kekejaman terhadap wanita berleluasa, manakala kaum lelaki bermaharajalela menjamu nafsu. Negara mereka juga semakin mundur dan tidak pernah aman.
Keadaan ini berlaku apabila undang-undang diletakkan lebih tinggi dari keadilan itu sendiri. Atau dalam beberapa kes, mungkin juga lebih tinggi dari keperluan asas seperti makanan, pakaian, pendidikan dan keselesaan. Sedangkan, hudud adalah berkenaan keadilan dan kesempurnaan, bukan undang-undang semata-mata.
Lebih dari itu, adalah bahaya untuk melaksanakan hudud di kala keadaaan hampir mustahil untuk mencari pelaksana atau hakim yang benar-benar mantap takwanya dan keikhlasannya serta mampu pula mengambilkira semua aspek teknologi canggih di zaman ini dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam berbagai bidang termasuk psikologi malah mungkin juga sains, sebelum menjatuhkan hukuman.
Lebih buruk lagi jika si penggubal, pelaksana dan hakim mempunyai kecenderungan bersifat ‘chauvinis’ dan masih berpegang kepada fahaman jahiliah iaitu memandang rendah pada wanita atau suka membiarkan diri terpengaruh dengan sesuatu golongan atau pandangan tertentu. Jika ini berlaku, bagaimana kita boleh memastikan yang beliau benar-benar menjatuhkan hukuman dengan hukum Allah S.W.T atau hanya dengan pendapat, pandangan dan kecenderungan peribadinya?
Menghakimi hitam atau putih sesuatu perkara mungkin mudah tetapi malangnya keadilan itu tidak semudah hitam atau putih. Kadangkala, hitam yang dilihat adalah tumpahan warna dari beberapa punca. Maka, sang hakim perlu menilai perkara dari puncanya agar tidak berlaku kejam terhadap sesiapa.
Karpal jelas tidak memahami perkara ini tetapi begitu juga sebahagian umat Islam yang kononnya hidup demi hudud.
Namun, sama ada Karpal faham atau tidak, adalah amat tidak bertanggungjawab bagi beliau, untuk membangkitkan perkara ini dengan menolak prinsip Rukunegara dan perlembagaan negara yang meletakkan negara ini sebagai Negara Islam.
Mungkinkah, Karpal sanggup memperbodohkan dirinya dengan menidakkan pengetahuan mengenai perlembagaan negara semata-mata kerana menentang hudud dan segala-galanya yang berkaitan dengan Islam?
Walau apapun tindakan dan kenyataan Karpal, yang pasti PAS telah berikrar akan sehidup semati dengan Karpal dan DAP sementara ‘hudud’ akan terus menjadi nyanyian rasmi PAS sekadar untuk memancing undi.
Subscribe to:
Posts (Atom)