Wednesday, July 15, 2009

KEGIATAN HARAM : BUKTI RONNIE LIU PERNAH DITAHAN

perseteruan antara wee chee kiong dan ronnie liu memang sudah dijangka. luka lama sudah berdarah semula. wee chee kiong pernah menjadi ahli pimpinan tertinggi DAP, junior kepada lee lam thye dan kerk kim hock di kota melaka.

parti malaysian democratic party (MDP) adalah manifestasi protes wee kepada dap. hari ini mereka bertembung sekali lagi. wee chee kiong menjadi ayam tambatan azmin ali untuk menjadi wistleblower berkenaan isu KEGIATAN UNDERGROUND SEORANG EXCO SELANGOR yang semakin bermaharajalela.

wee chee kiong harus menurut perintah azmin ali, kerna mahu membalas jasa azmin yang memberikan wee chee kiong bertanding atas tiket PKR di wangsa maju..manakala azmin ali punyai strateginya sendiri. saranan rombakan exco kerajaan negeri yang dibuat azmin ali punyai motif. azmin ali mahu anwar mengotakan janji untuk menyerahkan semula jawatan MB yang 'sepatutnya' dipegang oleh azmin.

GAP membenarkan dakwaan wee chee kiong akan penglibatan seorang exco kanan dalam kegiatan undergorund.. sila rujuk kenyataan akhbar pada tahun 2007 dan jadikan ia sebagai perbandingan.

WEE CHEE KIONG KATA :
Antara yang ditulis oleh Wee Choo Keong ialah:"Saya sendiri telah menerima banyak aduan daripada ahli-ahli Pakatan Rakyat dan golongan peniaga di Selangor bahawa pejabat salah seorang ahli Exco telah dan sedang digunakan sebagai tempat bermesyuarat untuk orang yang terlibat dalam peniagaan jenis yang boleh dipersoalkan ataupun “underground business activities.” Ini adalah rahsia terbuka dalam pejabat pentadbiran Selangor dan ini akan menjejaskan imej pentadbiran Pakatan.

LAPORAN AKHBAR UTUSAN 3 NOV 2007:
AJK DAP ditahan ganggu tugas kerja penyitaan hotel

SUBANG JAYA 3 Nov. – Polis menahan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Ronnie Liu ekoran tindakannya mengganggu tugas penyitaan oleh pihak berkuasa ke atas sebuah hotel yang menjalankan kegiatan tidak bermoral di Bandar Puchong Jaya di sini, semalam.

Ronnie, 49, yang menetap di Petaling Jaya Utara ditahan di Balai Polis Puchong dan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis, pukul 4 petang ini.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, tindakan penyitaan dilakukan oleh pasukan polis dan anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Ini berikutan serbuan ke atas hotel itu yang membawa kepada penangkapan 22 pelacur warga asing dan 12 lelaki dipercayai pelanggan, kelmarin.Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, polis terpaksa menahan Ronnie kerana keengganannya memberi kerjasama walaupun sudah lima kali diberi amaran dalam tempoh sejam.

“Pada ketika itu, terdapat kira-kira 15 hingga 20 orang dipercayai pelanggan berlegar-legar di lobi hotel itu, namun ia tidak mengganggu tugas pihak berkuasa.“Saya tidak tahu kenapa dia bertindak agresif dan membantah serta mempersoalkan tindakan pihak berkuasa sedangkan hotel itu memang tidak berlesen termasuk melanggar undang-undang lain,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini, hari ini.

Zainal menambah, polis akan berusaha mengenal pasti kaitan Ronnie dengan hotel itu sehingga beliau berkeras mempertikaikan tindakan pihak berkuasa.“Walaupun beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis, kita boleh menahannya atau memanggilnya semula sekiranya perlu dalam tempoh 14 hari ini,” ujarnya.

Mengenai siasatan ke atas hotel dipercayai mengendalikan sindiket pelacuran itu, beliau berkata, polis sedang mengenal pasti dalang atau pemilik hotel yang mengetuai sindiket itu.
Ujarnya, pihak berkuasa sudah beberapa kali menyerbu hotel itu, namun gagal menemui apa-apa sebelum ini.“Kali ini, dengan kejayaan hasil risikan polis mengesan lorong rahsia yang banyak kali ‘menyelamatkan’ mereka, mereka tidak bernasib baik seperti sebelumnya,” katanya.- Utusan

9 comments:

Anonymous said...

bukan wee ka siong bro...wee chee keong lah

arifomar said...

dia ni memang bapak ayam. betul-betul bapak ayam. tanyalah semua taukeh karaoke di sana semuanya tau siapa ronnie

taipingmali said...

Anwar ada share tak?

penyair dari gunung said...

Biasa la...bapak borek anak rintik. Aku teringat ucapan anwar sebelum kena pecat 1998. Kes burung botak.

Anonymous said...

SLM BRO..PATUT LA MUKE SI APEK TU SBIJIK MCM GANGSTER..KLU AKU TAU AWAL2, DH LAME AKU TEMBAK PUNAI DIA DGN PANAH..SIYALANN KEHKEHKEH

Lin said...

SALAM BRO GAP

SEELOKNYA KITA GENG BPN TURUT MENSASARKAN KEMPEN MEMBUKA KEBURUKAN DAP KERANA MEREKA SELAMA INI DIAM2 BUAT KERJA YANG MERUGIKAN BANGSA, AGAMA KITA...

KITA KENA TERANGKAN KEPADA RAKYAT BAHAYA KALAU MEMILIH PEMIMPIN SEPERTI PEMIMPIN DAP NI...

HANYA SEKADAR PANDANGAN

SALAM

Anonymous said...

anua kat mhkamah apa cita

GAP KEMBALI said...

anon 2:17
aku saja test kau..alert tak .hehe

arifomar
bapak ayam ? betul tu bro, makin banyak ayam kat selangor jadi tukang urut..

pandai pulak ayam tu mengurut.

taipingmali
anwar takde share la bro, tapi pengundi ade le share .

penyair
burong botak ? pernah dengar la bro..tapi lupe sikit.

tungaklangit
KITA KENA USAHAKAN PENDEDAHAN TU..lawan terus lawan !

Generasi Pejuang Bangsa said...

Minta copy dr blog sdr . Ronnie ini memang bapak ayam betul !! DAP parti kongsi gelap punya mendapat dana dari gengster, ah long dan melindungi tempat2 pelacuran di selangor .