Thursday, November 12, 2009

DS NAJIB..KAMI (BLOGER) NAK JUMPA TUAN ?

KLIK DISINI
http://braveheart-blogger.blogspot.com/2009/11/blogger-politik-pahang-dah-tak-mboh.html

bro braveheart, ketidakperihatinan umno terhadap bloger jugak berlaku di negeri lain termasuk selangor. retorik politik mereka tahap dewa. mungkin senario politik itu berbeda untuk setiap negeri, namun akhir penghujungnya kita (bloger) akan menemui titik yang sama.

di selangor, peluang untuk umno merampas kembali negeri ini cukup cerah tapi sayang di sini tiada kolobrasi. ketua penerangan umno selangor yb shukor tiada efisen memegang jawatan ketua penerangan sebab tak nampak langsung kelibat untuk buat kerja.kerja melakukan serangan dalam hirarki politik adalah tugas ketua penerangan. najib, shukor tak perform jadi tolong KPI beliau. begitu juga dengan keseluruhan jawatankuasa umno selangor, sila KPI kan mereka.

noh omar sebagai timbalan ketua perhubungan negeri terlalu national centric, dia tiada masa untuk melakukan gerak kerja menggempur selangor.

najib telah ditipu sang 'pengkipas' di sekelilingnya. entah apa report yang mereka laporkan aku tak pasti. jelas keseluruhan jawatankuasa pimpinan umno selangor harus dirombak, dirombak dan dirombak. aku gelak bila dengar cerita ada adun umno selangor dah pasang angan-angan nak jadi MB bila selangor tombang nanti..alahai manusia..buatlah kerja dulu YB !

ada adun di selangor kaki golf, ada adun di selangor pernah mencebik bloger katanya bloger tiada punyai impak dalam senario politik selangor !ini kenyataan yang dah lama aku pendam.

najib kena tipu lagi. betapa banyak bola tanggung yang sepatutnya umno selangor libas, tapi mereka tak buat..siapa yang buat ? tak lain bloger jalanan seperti kami !

umno punyai banyak kelemahan, dan kelemahan ini hampir keseluruhannya ditepis dibidas oleh seluruh bloger-bloger pro kerajaan. ada yang bercalar balar badan, namun demi keinginan mahu mempertahankan hak islam/melayu bloger sedia melawan.umno selangor dan umno pahang lupa bahawa KAMI BLOGER PUNYAI PULUHAN RIBU PEMBACA DALAM SEHARI. jangan pandang enteng pada kami.

sebenarnya aku bercerita mudah. pakatan punyai lubang kelemahan paling besar dan aku yakin sekiranya diberi sedikit masa mereka pasti tombang di alam siber.

cerita rakan bloger braveheart di atas adalah benar. konsep cerita sahaja yang berbeda. nasib bloger di selangor dan pahang mungkin berlaku di negeri lain juga, mungkin penang.kepada rakan bloger pahang, gap bersamamu dan aku yakin ramai bloger yang senada pun akan bersamamu..

cuma ada setengah bloger yang pandai mengipas sahaja yang boleh hidup senang..aku dah lama tahu.

AKU ADA SOALAN UNTUK PEMBACA ? DEMI UNTUK MENCAPAI KEMENANGAN DALAM PRU KE 13..PERLUKAN UMNO DIKRITIK DALAM BLOG GAP ?

54 comments:

Anonymous said...

salam Gap aku harap hang tolong la kritik pemimpin yg tak sedo diri

Ir MIM NUSANTARA said...

Gua dah cakap dulu (komen2 dari Jun-Nov 2009)....!!!UMNO ni kena REVAMP,REBRANDING,UBAHSUAI etc,etc2,BUANG 80% yg tak guna,yg kaki kipas(ckp pndai tpi takBOLEHaRAP!)
TOTAL OVERHAUL,man.....!!!!
Kalau tidak bro,P R U 13,punah ranah lah jawapNya.....!!!!!

melayulupalagi said...

UMNO selangor masih lena, bom sudah d tangan, pemicu sudah di cabut, cuma hanya perlu d lempar sahaja bom tersebut lalu berkecai la si mangsa ( PR ) d selangor..

jangan cakap sahaja UMNO SELANGOR, BEKERJA!!! BEKERJA!!! dan BEKERJA!!! baru daapat hasilnya...

Mylasia said...

umno perlu terus dikritik tetapi kritikan itu hendaklah ikhlas dan jujur untuk memperjuangkan islam/melayu. Nada yang digunakan mungkin perlu berbeza daripada nada yang digunakan untuk pihak lawan. Cuba kritik kepimpinan dan jangan dasar umno (dasr umno perlu dikritik ditempatnya). Tidak salah mengkritik pemimpin apatah lagi pemimpin yang tidak buat kerja..

p/s: org bg lesen jd mp bukan suh duk bincang pasal potong tetapi pasal rakyat. kalu duk bincang pasal kos ka apa ka logik lar jugak ni pasal "potong".pemimpin mcm tu memang harus ditendang keluar dari pimpinan kerajaan

p/s: bro boleh bg full feed tak blog ni?

Local Fighter said...

Bro GAP,
saya pun merasai bagaimana tuan rasa.

pemimpin UMNO tak kira di Pahang, Selangor waima di seluruh Malaysia rata - rata buta 'IT' ini.

Maklumlah menang pun kat kawasan kampung!Kat bandar, tergolek dok!

Kita wajar kritik UMNO dan BN. Untuk mereka berubah sebelum rebah! Bak kata orang lama, 'marah tandanya sayang'!!

Blog saya pun banyak unsur-unsur kritikan kepada kerajaan supaya lebih perkasa.

Mungkin bagi pemimpin UMNO tidak melihat impak peperangan siber. Yelah, asik mengendong perut yang besar dan bulat. Asik bermimpi di siang hari. Mengipas tak henti - henti. Kerja tak mau buat.

Kita perlu kritik bro! Malaun dalam UMNO perlu disingkirkan!!

Anonymous said...

Salam tuan,

Saya pun jadi rimas nengok pemimpin belah sana dan belah sini yg merugikan agama dan bangsa.

Kritik jer lah.

Harap pemimpin Umno bukak mata sikit.

Cuba tuan Gap ulas sikit kenyataan TPM @ Menteri Pelajaran ttg sekolah 1Malaysia @ 1 aliran. Hampa rakyat yg ingin melihat perpaduan sebenar rakyat pada masa depan. Yang berlaku sekarang hanyalah retorik dan lakonan semata-mata.

Terima kasih.

Anonymous said...

Kritik dgn cara yang bersopan, berfakta dan sediakan cadangan penyelesaian pasti aku sokong.

Terus-teranglah biarpun pahit demi kemanisan berpanjangan.

Bila boleh jumpa minum teh kat Mirasa Sek 9 s.Alam?

Saiful UMB

dari sungaiSireh said...

Salam en. GAP,
Utk solan GAP, bg aku tersangat perlu para Blogger terjah umno selangor. Perhubungan Negeri tak ada kerja pasukan nampaknya.
Dato noh je yang sungguh2 kerja la ni, yang lain tunggu dan lihat je.
Aku ada ajukan persoalan pada ketua pemuda aku. Tapi dia jawab, itu hari kan dah ada perjumpaan bloger patriot.
GAP and the gang perlu lakukan sesuatu untuk bangkitkan depa yang dok tidoq ni.

Moeinuddin Zakaria said...

Berkata benarlah walaupun pahit

Zam Penang said...

kritik jgn tak kritik....untuk kerajaan yang bersih dari pengampu dan kaki aircond...

Cucu Tok Selampit said...

GAP, Cucu Tok Selampit bersamamu. Kita tidak dibayar untuk membodek. Seperti prinsip saya sebagai auditor, "In God We Trust, Other We Audit".

Belasah saja GAP. No favor and no fear.

Regards,

Khairul Rizal Osman.

Anonymous said...

salam saudara gap
buatlah apa yg difikirkan terbaik. yang penting PRU 13 100% kemenangan berpihak kpd BN. kami menyokong.

dengar cerita wakil rakyat umno pun bukan semuanya bekerja dgn ikhlas. especially menantu bekas pm.

PUTRAKENCANA said...

Kita perlu mengkritik apa yang tidak betul sama ada pembangkang mahupun kerajaan memerintah.

Persepsi Penjawat Awam ke atas Perdana Menteri Dato Sri Najib sudah menurun kerana Najib telah menghina semua Penjawat Awam yang memanggil mereka tidak bermoral.

Sila lihat blog rasmi Cuepacs Malaysia, ramai yang membidas Najib.

Anonymous said...

Salam GAP..,
sorry, ko dpt tak msg aku yg baru2 ni pasal loan MARA tu?
n klau bloggers smua nk try connect ngan Najib, Insyallah...aku bleh usahakan..
pls reply a.s.a.p.
thanx bro. Teruskan perjuangan.

kasibis said...

Salam Gap,
Pandangan aku yg buat kerja perlu didedahkan dan yg lembab pun begitu juga,kritik jgn tak kritik asalkan membina.

GAP - "TERUSKAN PERJUANGANMU"

Anonymous said...

Salam tuan blog...

Saya tidak mewakili seluruh ahli parti tetapi sebagai salah seorg ahli akar umbi parti keramat org melayu, UMNO, saya mengizinkan tuan berbuat demikian selagi ade kebenarannya. Teguran tuan mesti la mempunyai asas dan bukan hanya percaturan politik sahaja... ini kerana maklumat ini mungkin akan menyebabkan kekeliruan ahli UMNO itu sendiri dan juga akan memberi peluang kepada pencacai2 Pakatan Haram mendapat dosa kering (menyebarkan fitnah). Walaupun saya tidak menyukai cara mereka berpolitik tetapi sebagai saudara seagama yang beriman pada Yang Satu, cuba kita elakkan...

Kepada pemimpin2 UMNO yang masih tidak sedarkan diri.. masih lagi berseronok diatas kuasa yang diberi.. percaya la.. jika apa2 berlaku pada parti UMNO sehingga kita hilang kuasa, maka tuan2 wajib memberi jawapan kepada anak cucu saya nanti... semoga mereka akan memaafkan tuan2 sekelian.

Oleh itu selamat berjuang tuan.

Dulu Kini dan Selamanya UMNO
Perlop

Anonymous said...

sokong awok bro..banyak yg aku baca dlm blog ni peluang untuk umno selangor isu org kapir masuyk masjid hari tu patut dah jadi isu nasional tapi bakpe tok nib tok pertahan seorang asri yg bagi fatwa lawan arus perdana dia ingat dia sorang alim..?? ok bro asri bukan isu percayalah asri juga boleh jadi senjata untuk hapuskan pengaruh pas..kalau tenguk blog2 agama berapa ramai blogger agama yg menentang asri adalah org kuat pas juga ada juga blogger agama umno..!! suruh pm lupakan asri dia akan jadi liability sebab sebenarnya dia bukan ikhlas dia mencari pengaruh dan kedudukan..dia dah tersepit..ramai lagi ulama2 di blakang org melayu GAP...kenapa nak takut ngan asri sorang takut dia masuk PAS..???teruskan ngan perjuangan GAP

Anonymous said...

bila dah jadi isu nasional majlis fatwa akan buat tindakan kalau tak makin ramai kapir masuk masjid dengan mudah bagi ceramah silap2 baca khutbah jumaat..wassalam (hamba Allah)

Cicit Dang Rombeh said...

Assalamualaikum Bro GAP,

Komen dan Kritik mesti diteruskan, Politician yang kaki kapor, golf, mabuk, betina dan sewaktu dengannya mesti dikikis dari UMNO, kalau tak nak pun boleh jugak, sebab boleh JADI mereka akan jadi pembangkang lepas pilihanraya akan datang,

UMNO sepatutnya jadi saluran untuk Melayu, bukan untuk poket mereka sahaja, dah banyak aku tengok kaki seleweng pegang jawatan dalam UMNO, sekarang rakyat dah semakin bijak menilai, ahli politik sepatutnya skop kerja mereka bekerja untuk rakyat. Sebab tu aku kalau jumpa politician, aku tunggu dia datang kat aku, kalau tak ada aku dan rakyat semua, tak berasap dapur mereka.

GAP KEMBALI said...

tkasih tuan

aku akan berbudi bahasa dalam hal ni...

umno sedang mengalami sindrom berbahaya, taktahu nak jadi pembangkang tapi aksi macam orang memerintah !

kena tegur kena tegur
bila lagi..

GAP KEMBALI said...

anon 3:02 PM
kalau tuan dapat aturkan pertemuan dengan ds najib, pucuk dicita ulam mendatang..

aku dah email pada kau.tk

Anonymous said...

saya berharap GAP teruskan usaha anda

zar said...

Salam Gap

Demi bangsa dan agama kita, adalah lebih baik kita membantu UMNO dalam hal ini dari kita bersengkokol dengan Al Juburi, Koninis DAP, Parti Ajaran Sesat (PAS) dan Dajjal PKR. Kita kena tegur Ahli UMNO macam bapak tegur anak kerana kita sayang kan UMNO.
Gap, saya cadang kan tulisan ini di hantar ke pejabat PM untuk tatapan beliau.

HIDUP GAP dan rakan bloggers yang sama sama memperjuang kan kebenaran dari ancamam Sang Al Gojo !!

Anonymous said...

Salam GAP

Lebih baik kita bekerjasama dengan UMNO dari kita bekerjasama dengan Parti Ajaran Sesat (PAS) Dajjal mata satu (PKR) dan Kominis (DAP) Kita tetap tegur UMNO kalau ada yang tak betul kerana dengan ini biar mereka tersedar dari lamunan mimpi yang indah. Terus kan perjuangan mulia mu GAP dan bloggers blogers. Saya Tabik anda !!!

own shah said...

yap umno perlu dikritik agar kesilapan yang lalu tidak berulang . dengan kritik juga boleh memperbaiki kelemahan yang ada

Anonymous said...

SLM BRO..BLOGGER JALANAN MCM KITA NI APE YG ADE. CUMA MENGHARAPKAN SEBIJIK LAPTOP (TU YG BTUL2 BERNASIB BAIK LA). BROADBAND PUN PAKEJ SEMPUT2. ADA KALA BLEY POSTING 24 JAM. ITU PUN KIRE NASIB. PENDEK KATA BLOGGER2 YG BERMATI2AN PERTAHAN KERAJAAN TAK CUKUP NAFAS BRADERRR!!
TP DI SEBABKAN NAK TOLONG BANGSA PUNYE PSL, APE JUGA KESULITAN KITA TOLAK TEPI DULU

cafemlm said...

Salam GAP

Aku fikir cakap bro memang tepat.Aku pernah tulis pada blog ds najib mengenai cawangan2 UMNO yang mati,hanya hidup pada masa pemilihan UMNO.
Aku sendiri pernah tanya pada setiausha satu cawangan UMNO kat tempat aku yang tak buat mesyuarat langsung sejak pemilihan yang lepas ( 1 tahun setengah ).Nak tahu dia jawap apa?
"TAK MAIN LER MESYUARAT KAT CAWANGAN,KITA MESYUARAT KAT BAHAGIAN DAN NEGERI,BARU ADA MASUKKK.."Apa yang masuk aku ta tahu..tapi aku fikir2 mentaliti mereka ini nak buat duit saja..projek sana sini..
Mereka ini sebenarnya tak peduli pun kalau UMNO kalah..asal kantung mereka penuh...KEkalahan UMNO yang lepas langsung tak trigger kepala otak diaorang yang jumud tu..Aku fikir elok sekali sekala kita balun puak puak ini..Kalau taknak buat kerja DS Najib arahkan UMNO Negeri rombak jawatankuasa bahagian dan cawangan yang tak berfungs..Biar dia orang joint PKR lepas tu kita timbang kati jual kat pasar borong...

Any way bro belum LINKkan blog aku kat GAP..

cafemlm.com

Anonymous said...

Adik2 GAP
Saya saran you all go through blogger Tun Faisal (suku sakat saya jugak. Selamat berjaya.

Kama In TTDI

Syammil said...

bro gap..bkn kritik umno selangor saja..yg lain pn kena warning jgak..

1 Malaysia-1 Israel said...

GAP kau jumpa Najib atau Muhyiddin tak nak minta komisen ke?

1 Malaysia-1 Israel said...

Berita Paling Lawak

Umno Kedah akan melancarkan slogan atau tagline berbunyi 'BN Menang Kedah Senang' bagi menaikkan semangat ahli-ahlinya
supaya bekerja lebih kuat untuk menawan kembali negeri ini daripada pemerintahan Pakatan Rakyat.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad berkata pelancaran rasmi slogan berkenaan akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Gerak Mesra 1Malaysia yang akan diadakan di Yan, 12 Nov ini.

"Pengenalan tagline ini adalah hasil cetusan idea antara ketua-ketua bahagian untuk membangkitkan semangat bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum akan datang. - Malaysiakini

kah kah kah...geng gerombolan dah buat lawak...ingat tuhan ke..dijamin senang...senang la sebab bn kan raja segala duit dan rasuah. kroni la paling senang!! bukan rakyat!!
Read more...

1 Malaysia-1 Israel said...

Toyol Dapat Geng Baru!

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata pertemuannya dengan Badrul Hisham Abdullah yang sepatutnya petang ini, telah ditangguhkan hingga esok kerana ADUN Pelabuhan Klang itu perlu menguruskan urusan keluarga hari ini.



Ketika dihubungi Malaysiakini, Dr Mohd Khir berkata pada mulanya, Badrul bersetuju bertemu di diaman Badrul di Pelabuhan Klang pada jam 5.30 petang ini.




Bagaimanapun, katanya, beliau dimaklumkan bahawa Badrul perlu menguruskan urusan keluarga di Kuala Selangor petang ini.




Berikutan itu, katanya, pertemuan beliau dengan Badrul itu ditunda hingga esok.




Sebelum ini, Dr Mohd Khir berkata, beliau mahu menemui Badrul untuk menyatakan sokongan kepada ADUN Pelabuhan Kelang itu, yang kini menjadi wakil rakyat Bebas yang 'mesra BN'.

1 Malaysia-1 Israel said...

Pendedahan TS Khalid

Kerajaan Selangor akan mendedahkan mulai esok tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahan dokumen yang kini dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan dilakukan melalui bidang kuasanya sebagai menteri besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) akta berkenaan.


Katanya, peruntukan undang-undang itu memberi kuasa kepada menteri dan menteri besar untuk membatalkan pengkelasan "rahsia" atau "sulit" sesuatu dokumen bawah OSA.

kerapunaga07 said...

salam bro...
sy rasa kita perlu kritik x kira umno/pas,klu BN nak balik selangor kena kerja keras,klu x jgn harap..saya berharap agar PM/TPM,buka2lah blog,
semoga umno dh terjaga dr tidur,

Ir.MIM NUSANTARA said...

UMNO KENA LAH REVAMP SIKIT..1)GET RID AHLI2 KORUP YG JADI BATU PENGHALANG KPD ASPIRASI PERJUANGAN ORG2 MELAYU & BUMIPUTERA...2)MIM TOLONG MIM DLM SEMUA ASPEK,LGI PUN 90%MIM DLM PEJABAT KERAJAAN..,,3)MATLAMAT EKONOMI:>50% BUKAN 30%,KERANA NI NEGARA KITA,65%MIM &BUMI!!!4)BUAT PILIHAN PEMIMPIN YG MUDA2 UMUR 35 KE 48 UNTUK MENERAJU UMNO MCM OBAMA di USA,Tony Blair di UK dan Kevin Rudd di Australia.

KITA TAK BOLEH GENERALISE YG UMNO MASIH KUAT MENJELANG PRU 13(2012/2013)...dari majoriti kerusi Dewan Rakyat(140 tolak 82 kerusi)BN cuma ada jumlah majoriti 50000 undi saja pada 50 kerusi...Untuk PRU13,UMNO PERLU DI RESTRUTURE KAN...ADA lebih 3JUTA AHLI UMNO SKRG.TAK BOLEH KE DIBUAT TALENT SEARCH???KALAU KITA BOLEH CARI FINALIST "MALAYSIAN IDOL" ATAU "ONE IN A MILLION" DSB,KENAPA TAK ADAKAN "PERADUAN MEMILIH & MENCARI PEMIMPIN MUDA" DARI >3JUTA AHLI UMNO??? KENAPA ASYIK ORANG LAMA TU..AJE??? TAK ADA PEMIMPIN MUDA YG BERWIBAWA KE???
Jadi UMNO perlu tukar image,REBRANDING dgn segera dari skrg,jika tidak UMNO akan kecundang mcm parti lama>50thn di Japan,India,Taiwan,Germany, Australia dll...
Dah berlaku pun diJepun(sept 2009)apabila parti LDP,yg telah memerintah 54 tahun telah kalah kpd
parti alternatif,DJP.yg baru 11thn
KALAU TAK UMNO AKAN JADI PEMBANGKANG LPAS PRU13,mcm LDP Jepun DGN MIM PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH...SUKA??..

PENDEKAR BUKIT TINGGI said...

Kata Jeffri..}}KITA NI APE YG ADE. CUMA MENGHARAPKAN SEBIJIK LAPTOP... BROADBAND PUN PAKEJ SEMPUT2. ADA KALA BLEY POSTING 24 JAM. ITU PUN KIRE NASIB. PENDEK KATA BLOGGER2 YG BERMATI2AN PERTAHAN KERAJAAN TAK CUKUP NAFAS BRADERRR!!

SEBABKAN NAK TOLONG BANGSA PUNYE PSL, APE JUGA KESULITAN KITA TOLAK TEPI DULU....
}}ni mcm perjuangan UMNO tahun 1946
dimana ahli ahli UMNO menderma wang
ringgit,kaum wanita memberi gelang emas semata2 untuk menghantarkan perwakilan Tunku Abd Rahman ke LONDON untuk mendapatkan MERDEKA..!
Kali ni PEJUANG2 CYBER MIM menderma
masa &tenaga,wang ringgit SENDIRI,
mencenkang mata,SEMATA2 untuk SURVIVAL kuasa dan keKUATan MIM..!!
APA ADA pemimpin2 "LITTLE NAPOLEAN"
UMNO yg masih BUTA?semata2 untuk
KEPENTINGAN diri sendiri sahaja..!!
Memikirkan wang MASHUK..aje????
saperti kata CAFEMIM }}}"Aku sendiri pernah tanya pada setiausha satu cawangan UMNO kat tempat aku yang tak buat mesyuarat langsung sejak pemilihan yang lepas (1 tahun setengah)Nak tahu dia jawap apa?:
"TAK MAIN LER MESYUARAT KAT CAWANGAN,KITA MESYUARAT KAT BAHAGIAN DAN NEGERI,BARU ADA MASHUKKK.."Apa yang masuk aku ta tahu..tapi aku fikir2 mentaliti mereka ini nak buat duit saja..projek sana sini..
Mereka ini sebenarnya tak peduli pun kalau UMNO kalah..asal kantung mereka penuh...KEkalahan UMNO yang lepas langsung tak trigger kepala otak diaorang yang jumud tu..Aku fikir elok sekali sekala kita balun puak puak ini..

MEMANG sepatutnya kita GURISkan ahli2 UMNO yg terlupa ni dgn KERIS
CYBER-WARRIOR untuk menyedarkan mereka2 ini supaya JANGAN TAKSUB dgn KONTRAK2,WANG2 SOGOKAN untuk memenangi kerusi diCAWANGAN,BAHGIAN
dan MAJLIS TERTINGGI....jangan nak jadi kumpulan UMNO ELITIS hingga lupa the FOOT SOLDIER,CYBER-WARRIOR
dan ahli2 biasa yg juga PENGUNDI. Juga pada RAKYAT/PENGGUNDI yg punya
KUASA SEBENARnya,jangan diABAI2kan!
KALAU TIDAK,MIM akan jadi mcm rakyat Thailand atau Filipina, dimana PEMIMPIN adalah CA(Taksin, Aquino),rakyat ank Bumi...!!!!
LU FIKIRLAH SENDIRI.....!!!!!!

PARPUKARI said...

Nik Aziz ditaja untuk mengerjakan Haji oleh Abroad Technology, nak tau kenapa? klik disini

Anonymous said...

salam.

GAP ....kalau boleh atur pertemuan dengan Najib...kalau melalui balaci-balaci dibawah tak sampaiGAP segelintir puak-puak nei mengalahkan iklan P1WIMAX...potong !! pOTONG !! TAKUT TEMBELANG PECAH..lubang dan ruang tertutup// itulah UMNO ! yang masih berkubu dalam hati perut cabuk segelintir dari depa....GAP!

NUAR BERAHI BEKAS BANDUAN said...

PERGHHHHH TAKERULES95 MISTI SUKA ARTIKAL NI.TAPI CUCI NAJIS LIWAT KO JANGAN LUPA NOOOOOO TAKERULES95 NOOOO

HEEEE MEMANG DAH LAMA DOK PERATI PERANGAI DIA ORANG NI.NASIB MEREKA BAIK SEBAB PR HURUHARA JUGA.PEMIMPIN UMNO KAT SELANGOR:

1.MASING2 NAK TONJOLKAN PUCUK YANG CANTIK SEBABNYA SUPAYA PEMIMPIN PUSAT NAMPAK .TETAPI BADAN MASIH BERKURAP
2.MASING NAK KENYANGKAN PERUT SEBABNYA PERUNTUKAN PROJEK MELALUI KETUA BAHAGIAN JADI MASING2 NAK PULUN HABIS2AN DULU,DALAM HATI KATA LAGI LAMA LAGI BAGUS.NAK JADI MACAM KELANTAN SAMPAI SEKARANG BUNGKUS DAN IKAT KEMAS2
3.KETUA CAWANGAN,KETUA PEMUDA MASING2 GOSOK KETUA BAHAGIAN UNTUK DAPAT PROJEK.

MUNGKIN LENA DAN ENAK DILIWAT ALJUBURI MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Anonymous said...

Apa la punya tolol pemimpin UMNO nie....lawan laaaaaaaaa....tak da nafsu nak lawan ka? Jangan sampai org panggil kamu PEMIMPIN BODOHHHHH!!!!!!! Ingat UMNO adalah PEMBANGKAG.......

Anonymous said...

hancur...tak reti bahasa ke pemimpin UMNO nie? please la.....lawan la....

Anonymous said...

bangun la oiiiiii......lawan

Kenn said...

Dear Sir,

I think, constructive critisms against UMNO, especially the President is a must.

If there was another political party, whose leaders strive for the country, based on Rukun Negara & The Constitution, I would have voted for that party. For now, it seems that I dont have any choice, Independent party seem to score more for me (the like of Ibrahim Ali).

We all know how the government treat Bahasa Kebangsaan, nothing at all according to the provisions of Rukun Negara & Perlembagaan.

Of late, on "Bumiputera" status, the cabinet had made a decision, without having any respect to the provison of the Constitution? (Read HERE). There are also many disturbing events where people seems to be at liberty to say anything & do anything compromising the internal security of the country (Chin Peng's sympathizers, underworld getting into state government machineries, RPK, Malaysiakini, etc unsubstantiated articles etc). Where is Menteri Dalam Negeri ?

I think the Malays are slowly losing out under Najib and this is not good to the other races and the country since the Malays are the majority and the leader of this country.

Anonymous said...

kritik teruss......

Anonymous said...

kritik...jangan tak kritik....itu tanda kita prihatin...

Lesung Opah said...

kritik terus pak...

Lesung Opah said...

kritik terus pak...

Anonymous said...

Salam

Nak bagi komen. Sesetengah pemimpin bahagian UMNO Selangor mengupah individu untuk membina laman blog mereka sendiri kerana "Buta IT". Cuba perhatikan betul² memang wujud perkara ini. Saya sendiri pernah di tawarkan oleh individu tersebut untuk membuat laman blog kepada beliau. Tapi saya pikir 1000 kali untuk melakukannya...

Anonymous said...

A'kum. Bro macam marah je bunyi. Knpa boleh jadi macam ni? Saya setuju Media Baru adalah sebahagian daripada unsur media yang telah menjahanamkan kita. Tetapi Bro, kita berjuang bukan untuk hari ini, bukan untuk esok, bulan depan atau 2, 3 tahun, tetapi sehingga akhir hayat. Banyak diantara blogger2 kita masih baru, yang lama ada juga yang bertahan, ada juga dah retire. Penat, isu banyak yang sama. Sama aje kita tengok, tak jalan pun.

Noh Omar, betul le dia buat kerja di Parlimen dia tu. Ada orang sayang, ada orang benci. Macam kita tak tahu, yang buat kerja orang tak suka, yang mengampu naik semua. Tapi bagi aku lah, pandai lah dia menjaga Parlimen dia, Ahli Parlimen lain pun sama juga aku rasa. Tak buat kerja nanti tak di calon kan semula pulak.

Aku yakin, banyak yang tersirat sudah dibuat, cuma kita tidak tahu. Tak akan nak main catur kita tulis bulat2 stategi kita, kalah le jawab nya. Aku rasa PR pun sama, cuma mereka gembar gembur kan cerita supaya orang tau dia buat kerja. Kita nak buat Convension gak ke? Apa cadangan?

Nama aje blogger bro, kerja sukarela, kemahuan sendiri, fikiran sendiri. Ini yang dinamakan semangat. Ada blogger angat2 taik ayam aje, ni semua kita tahu. Macam mana pun lah jangan kita fikir kerja2 kita ni tak ada mata2 yang memandang, banyak bro. Tunggu masa aje. Apa pun tingkat kan semangat, kerja ke satu arah. Put aside the rubbish, focus on the core.

pisau said...

GAP,

aku sokong 100%, mmg ramai pemimpin umno kuat retorik , desak..adakan pertemuan dengan PM.

kita tak mau budaya kipas dalam UMNO.bukan setakat di pahang & selangor, di penang pun sama. tidor tak reti reti nak bangun.!!!

1 Malaysia-1 Israel said...

NUAR BERAHI KAU ADA DENGAR TAK BALA DATANG BALIK DAN DIA DITAWARKAN RM50 JUTA?

Anonymous said...

Selangor appoints Anwar as adviser for RM1 a month

comment:

Memangpun Anwar layak dapat RM1 sebulan.

Dia bukan tahu tentang ekonomi. Masa jadi Menteri Kewangan negara hampir bankrap akibat kiris kewangan. Hancur dibuatnya. Nasib baik Tun M cekap.

Sekarang jadi penasihat ekonomi kerajaan Selangor. Apa dia boleh buat. Cakap tin kosong je. Tak ada apa-apa!!

Penasihat ekonomi GOBLOK !!

Sekarang kita tahu Khalid sudah jadi itik tempang.

Mat Badang

Anonymous said...

Semua bloggers Melayu mesti tolong UMNO. Hentam mereka yang kaki bodek. Humban mereka jauh-jauh. Merosakkan UMNO je !!

Aku sayang UMNO. UMNO untuk Melayu.

Mat Badang

eXception said...

Kaki pembodek, kaki kipas dan kaki ampu seharusnya dihumban ke dalam gaung di Genting Sempah... Merosakkan parti. Tak ikhlas berjuang untuk parti, hanya semata-mata mahukan pangkat dan kedudukan yang tggi...


Anwar Isytihar Perang! Selanjutnya dalam blog aku:
eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan