Wednesday, March 3, 2010

RAHSIA BESAR DR SYED HUSIN ALI !

tiba-tiba dr syed husin ali menjadi jagoan bicara pkr atau nama popularnya parti kencing rakyat. nah, dia bukan membuka diskusi tentang kajian ilmiah politik tetapi dia berbicara tentang wang. wang yang kononnya menjadi asbab perginya dato salahudin hashim berambos dari pkr.

sebelum aku pergi lebih jauh,mohon permisi untuk aku memutarkan semula lagu lama,kisah nasib politik pak tua bernama syed husin ali. aku juga tidak mahu mengutarakan bicara maki dan hamun kerana menghormati dirinya sebagai orang tua.

orang tua yang tiba-tiba mencari publisiti menjadi jagoan hebat dalam kandang pkr. syed husin ali adalah bekas ahli PSRM atau parti sosialis rakyat malaysia. rakan sekufu nya pada waktu itu adalah kasim ahmad, hero propagandis yang populis dengan teori menyanggah hang tuah sebagai penyelamat bangsa.

kasim ahmad melanggar aturan tabie fikiran melayu apabila menobatkan fatwa bahawa si jebat lah yang sebenarnya,sewajarnya diangkat menjadi hero pahlawan zaman purbakala kerana membela nasib si tuah.

hari ini kasim ahmad rakan syed husin ali sudah masuk arkib negara,bisa menjadi barangan pameran purba di muzium apabila dia sekali mengutarakan teori gila. dia membawa fahaman kumpulan anti hadis,siri kelangsungan kebenaran hadis nabi saw bahawa di akhir zaman nanti akan ada umatnya yang membenci para sahabat r.a.

itu kisah pemula syed husin ali. dia membawa diri hilang berkelana menyembunyikan diri dan lebih banyak berlegar dalam kelompok sendiri. syed husin ali keluar dari PSRM dan menubuhkan PRM atau parti rakyat malaysia yang ber logo kan kepala seladang. moto perjuangan PRM adalah membawa agenda perubahan sosial,memperjuangkan hak buruh dan tenaga kerja.

syed husin ali bersama dr nasir antara ikon PRM. PRM hanya jantan sekitar kawasan bandar seperi di johor. syed husin ali menonjol semula tatkala era reformasi meletus. di situ dia bertemu dengan kepala munafik anwar attaturk. di jalan setia murni 1 itu jugalah anwar menjilat balik musuh yang pernah dihentamnya.

PRM banyak melahirkan puaka dan petualang. adakanya lebih syaitan daripada syaitan yang sedia ada. irene fernandez,latifah koya,johnson chong,sivarasa rasiah antara pemimpin haprak yang lahir dari perut PRM, parti bertunjangkan ideologi komunis dan sosialis.

nik ajis atau wali selipar pernah menghina syed husin pada tahun 2004. syed husin pernah dicadangkan untuk bertanding di kawasan parlimen kota baharu namun ditolak dengan sekeras-kerasnya oleh si wali selipar. kata wali, sosialis (merujuk kepada syed husin ali) adalah adik beradik kepada komunis. setelah dihina maka merajuklah si tua membawa diri tidak bertanding.

hari ini syed husin sudah berjaya.puluhan tahun mencuba masuk kedalam ruang parlimen akhirnya tercapai, dia kini ahli dewan negara.wali selipar tidak lagi menghina kepala sosialis.nik ajis dan syed husin ali kini bisa bergomol berkolom-kolom lidah sambil berkucup kucupan dalam ghairah politik melacurkan hak agama dan bangsa.

hari ini juga syed husin ali cuba beraksi seperti singa tua yang sengau mengaum berkali kali. apa puncanya ? kerana zahrain menghina guan eng,menggelarkan guan eng sebagai cauvinis dan ber otak komunis. ditambah dengan keluarnya tan tee beng ahli parlimen pkr yang menjadi bebas.

dua terjahan daripada bekas ahli parlimen pkr ini membuat syed husin melenting terpelanting pelanting. bukan kerana syed husin marah guan eng di balun, tetapi beliau panas apabila kenyataan zahrain yang ada menyebut dia tidak mahu generasi masa depan melihatnya sebagai kelompok yang menghancurkan agama bangsa dan negara. syed husin tahu zahrain menujukan kenyataan keras itu kepada PKR.

dato salahudin dituduh sebagai player yang mengatur carakan proses keluar parti.visual dato salahudin bekas s/usaha agung pkr yang sentiasa duduk disebelah ahli parlimen lompat juga membikin hati syed husin tambah hangat.

syed husin membidas dato salahudin.katanya salahudin merajuk kerana tak dapat jawatan dalam kumpulan perangsang dan bergaji RM50K sebulan. kata syed husin ini dibidas oleh salahudin.

syed husin ali harus cermin dirinya sendiri. sebelum menuduh orang lain meminta wang wajarlah syed husin ali melihat kebelakang.

syed husin ali melayu sosialis yang mudah lupa. dia buat buat lupa.

dia lupa bahawa dia pernah menerima wang tunai sebanyak RM500K daripada balaci anwar bernama nazri abdullah sebagai persetujuan sistem barter beliau membubarkan PRM sewaktu merger atau pergabungan parti keadilan nasional dan parti rakyat malaysia tidak lama dulu.

aku cabar dr syed husin ali untuk menafikan dakwaan aku ini.

9 comments:

pkr+prm=pkr(m) = pk 'RM' = RM500k yeke? said...

i geli la ngan parti tu. parti apa tu? P i K i R Jeli. dulu i ingat bebudak je pandai jejeli ni..his3 org tua ni. Sungguh Tak Ku Sangka, dulu 1998 mcm tak boleh makan nasi pasai DSAI.. KINI.. doaku kau masuk la penjara semula. SKRG semua org baru paham, apa yg dibuat oleh TDM.. kami doakan Tun brbahagia dsamping keluarga disaat2 usia emas ni. moga pnjang umur, sihat dan byk beramal bekalan akhirat pula.. Kami paham yg trsirat..sukar nk dikata.. '..Keranamu..' .ingat bang,org waraq tak mungkin gila "pangkat"

Anonymous said...

slm bro, ehhh....apa ni bro???mana ada pemimpin2 PKR buat camtu????ha..ha...PPPTUUUIIIII......bwk2 lah berehat syed husin...zaman anda dah lama berlalu...kehebatan anda pun dah lama pudar...sudah2 lah berpolitik tu...!!!!!!kami yg "close" dgn politik ni tahu siapa sebenarnya anda!!!!!!!!

Anonymous said...

anuar ibrahim dapat duit dari mana? kempen pilihan raya, oeprasi pkr, kos mahkamah dna berbelas-belas lawyer, harta benda dll. berapa gaji MP yang dia dapat? dari mana semua wnag itu diperolehi?

Anonymous said...

kantoi kantoi !

Panglima Perang Cyber said...

mereka tak akan mengaku punya GAP..

mereka akan menafikan tanda mengakuinya.

bongkar lagi GAP.. gua salute lu bro..

gua sokonga bro...

Akal Nadim said...

ermmm..kah..kah.kah..semua Melayu sudah inaf sekarang...semua Melayu sudah tahu pejuang agama bangasa dan negara...syukur kepada Allah ...yahooo..yahu..yahu..Melayu sudah Islam sekarang...kah..kah..

Yoep Perak said...

Pedas sekali sindiran Dato salahudin, "syed husin di ibarat buluh tua yang amat sukar untuk dilentur". Kay sungguh peribahasa melayu.

TebuHitam said...

lebih teruk dari apa yg aku fikirkan tentang Syed Husin Ali.
Dasyat la ko Syed Husin...

Anonymous said...

buluh tua elok dibuat meriam buluh je.
sekali meletup, bersepai