Saturday, May 29, 2010

PKR KEHILANGAN UNDI MELAYU, TAPI UMNO BUAT TAK TAU !


akhirnya telahan kami dalam artikel yang dikeluarkan beberapa hari lepas benar.

pkr mahu dapatkan kembali sokongan melayu yang semakin menolak perjuangan mereka. KLIK SINI.azizah dalam ucapan kongres pkr memberitahu situasi ini cukup kritikal. shamsul kencing dalam seluar juga ada mengeluarkan hujah kerisauan yang sama.

lebih memeranjatkan lagi apabila cadangan presiden pkr, mahu menubuhkan skuad khas untuk mendapatkan semula sokongan melayu.

skuad khas ?
persoalan ?

kenapa mereka perlu tubuh skuad khas untuk mendapatkan semula sokongan melayu ?
tidakkah tindakan ini mencerminkan pkr juga mengakui sentimen rasis penting dalam politik?

kenapa melayu tolak pkr....juga menolak pas ?

agama mereka lacorkan,hak melayu mereka gadaikan,sultan selangor nik ajis biadap,sultan perak nizar dan pas biadap, kalid gereja samad angkuh dengan sultan selangor,zaid ibrahim biadap dengan sultan selangor,anwar hancurkan deb,anwar liberalkan islam,anwar sokong murtad,anwar sokong pemansuhan deb,anwar memainkan politik fitnah,pkr anti melayu,xavier anti islam,elizabeth wong sekular,kalid gagap kata dasar pemerintahan pkr samarata,anwar menangguh kes liwat,anwar meliwat,anwat takut bersumpah,anwar 20 kali tangguh kes liwat....

dan senarai itu berterusan lagi dan lagi.

nah, dulu aku pernah katakan bahawa kita harus santak,lanyak,terjah semaksima mungkin undi melayu dan india ke tahap 85% . ini adalah sasaran.

point menyerang pakatan terlalu banyak. respon pengundi atas pagar dan yang tidak minat politik terhadap kami memberitahu, pas dan pkr bakal mendapat tsunami politik daripada pengundi melayu..mereka tahu siapa yang benar,siapa penipu.

aku bercakap jujur. sayang di saat penolakan besar-besaran pengundi melayu dan india menolak pakatan, pemimpin umno masih tido dan syok sendiri.

politik pemimpin umno masih lagi ortodok dan cukup plastik. umat islam risaukan hak islam dan melayu, tapi sayang sentimen kerisauan umat melayu langsung tidak disambut oleh pemimpin umno.

contoh, cuba kamu perhatikan ketua pemuda umno selangor.suhaimi ghazali. apa yang telah dia buat untuk merampas kembali selangor ? perhubungan umno selangor tidak bergerak ke bawah, tiada langsung kelihatan gerakan-gerakan secara public dilakukan untuk menyerang pakatan.

cukupkah sekadar program juara rakyat ? itu bukan program, itu karnival..karnival..lebih bagus kalau program juara rakyat ini disertakan dengan pertunjukan gajah sarkis,monyet terbang,atau rimau mengaum. ! baru lengkap sesi juara rakyat ini..

pada pengamatan aku,jelas ds najib dan muhyidin telah ditipu oleh tukang kipas di sekelilingnya. baik pemimpin bahagian umno,JASA,NGO think tank umno di selangor pun macam septik tank.....

ds najib telah ditipu. ts muhyidin pun kena tipu. umno selangor macam mati..sori bukan macam, tapi memang mati..

buat program syok sendiri atau sekadar lepak dikalangan pengikut mereka saja.itu bukan program, itu minum minum..nak kuatkan pengaruh dikalangan jawatankuasa bahagian supaya pemilihan bahagian nanti kamu tak hilang jawatan !

rakyat adalah pemerhati politik.mereka menentukan hala tuju politik. islam dan melayu mereka takkan biar ia disundalkan. pemimpin umno adalah player politik. mereka masuk umno pasal nak perjuangkan islam dan melayu.

tapi bila player macam cipan, aku tanya kamu apa pilihan yang ada pada rakyat ?

begitulah halnya yang pernah berlaku tahun 2008. undi yang pakatan dapat adalah undi protes.tapi kepercayaan undi yang telah diberikan oleh mereka dinodai dan dilacurkan oleh anwar,pas,kalid gereja nik ajis,nizar pkr dan pas.

orang melayu dah nak patah balik.india dah nak patah balik. melayu takkan mengampunkan lagi dosa pas dan prk memijak islam dan melayu.

tapi bila melayu toleh kepada umno (selangor)..kelihatan wajah pemimpin yang suram.protes rakyat langsung tak disambut oleh perhubungan negeri,pemuda dan bahagian.

rakyat taknak involve lagi program menganyam ketupat,naik basikal bmx,sesi buat kuih karipap,main bola pakai kain pelekat,rasmikan bola sepak 2 sebelah...ini semua program slapstik..

rakyat nak kamu vokal..lawan dan debat dengan pakatan. maaf cakap, gap cukup suka dengan cara syed al habshi ketua umno cheras..dia serang nik ajis dan anwar tiap hari habis-habisan..tahniah..

konsep ini yang anak muda mahukan.konsep ini yang pengundi atas pagar mahukan. rakyat pernah protes di masjid shah alam kerana membantah isu kalimah ALLAH.siapa ? gang-gang bloger ! tapi suhaimi ketua pemuda takut..

sayang banyak sangat lubok kelemahan pakatan yang umno selangor tak ambik pusing.

aku adakala dah bosan untuk menulis.pasal aku terjah sekadar dalam blog. kami boleh buat lebih daripada itu. kami ada banyak usaha yang boleh dilakukan untuk lanyak pakatan. tapi semua ada batas.sumber terhad. aku menulis blog pun sekadar menyatakan protes terhadap pakatan.mewakili diri sendiri dan puluhan ribu pengundi atas pagar.bukan mewakili suara umno pun.

pkr hari ini mengakui mereka sudah kelemasan dan ketakutan dengan protes menggila pengundi melayu. aku nak tanya pemimpin umno, siapa yang konsisten tiap-tiap hari lanyak pakatan dalam hal islam dan melayu ni ? perhubungan umno negeri atau ketua pemuda atau ketua bahagian ?

perang politik baru adalah perang media. umno langsung tak ambik kisah akan kepentingan ini. RAKYAT SUDAH BERUBAH,TAPI UMNO TAK BERUBAH !

32 comments:

||Aku Pemikir|| said...

hebat bro!

aku suka ulasan ko!

kena batang idung kepada sapa yang terasa idung dia tinggi menjulang ke langit!!

tak reti nak tgk bawah rakyat2 ni, hanya tahu jaga jawatan sendiri jek!

Anonymous said...

betullah gap.

saya duduk di ampang, selangor ni risau tengok tak ada apa program 'reach-out' YB UMNO di sini.

jenguk-jenguklah kami. jumpa-jumpalah kami. bangunan umno dalam pembinaan tu dah berlumut hijau..berlubang sana sini.

PRU dah dekat..dekat-dekatilah kami. jujurnya, saya tak tau siapa YB UMNO kami. last time saya undi PKR. kalai ni nak undi UMNO, tapi pemimpinnya turun pun tidak..

Anonymous said...

setuju bro...ds najib and ts muhyiddin sellalu turun bawah..yang lainnya tido jer..jgn sampai nanti kena tendang..

PONCHO said...

hebat sungguh ulasan lu beb..!

meremang bulu roma gua.lu memang pejuang,masaalahnya mana pegi pejuang2 UMNO...bertindak segera dgn masa sendiri...jgn nak tunggu arahan baru nk bergerak...sekaranglah masanya perjuangan kamu dperlukan.kepada bahagian2,wanita.pemuda n puteri,mana janji2 kamu semua semasa menghadiri kursus,tunjuk n buktikan sekarang.jangan simpan semangat tu dlm almari.kena agreesif jgn tunjuk lembik tak bermaya,lawan apa yg patut.bermula dr ahli keluarga,jiran rakan sekampung n seluruh kampung terangkan keadaan sebenar.gunakan ilmu yg kamu pelajari semasa kursus.TERUSKAN PERJUANGAN...3X TERIAKAN HIDUP UMNO..gua tabik lu GAP.

Anonymous said...

bagi aku,kalau kita dipihak yg benar,tak payah nak serang pihak lawan kerana kemenangan akan berada di pihak yg benar.kalau kita ikhlas dan jujur memperjuangkan Islam dan nasib rakyat,ALLAH s.w.t akan menyelebelahi kita.tak payah nak retaliate pihak musuh.biarkan mereka menyalak mcm anjing setiap hari.biar mereka memfitnah setiap masa.ALLAH s.w.t maha adil dan maha mengetahui.cuma pesanan penting buat UMNO,perkasakan Iman setiap ahli dan pemimpin dan jauhkan diri dari maksiat dan dosa.

Anonymous said...

Betul bro,ada juga ketua UMNO bhg yang suka janji tapi habok pun tarak,caw caw disuruh buat program tapi budget tak bagi,ada ketua ketua caw yang terpaksa berhutang kerana nak selesaikan masalah kos kos program yang UMNO bhg suruh.Ketua ketua bahagian ni sebenarnya mewah kaya raya. Masa Selangor bawah BN dulu WOI DEPA main GOLF aja kejanya.KENAPA TAK PERNAH SEDAR SEDAR KETUA KETUA UMNO BHG NI. KESIAN NAJIB BERUSAHA BERSUNGGUH SUNGGUH NAK KEMBALIKAN SOKONGAN RAKYAT, DEPA BUAT TAK TAU ASYIK NGAN KAYU GOLF JE.

Anonymous said...

Memang ada kebenaran komen ini. Namun utk menyalahkan seluruhnya kepada pemimpin UMNO tidak tepat, setiap ahli UMNO mestilah bergerak serentak.Kepada ahli UMNO jgn berantakan, masa semakin suntuk. UMNO/BN boleh tewas dlm pru 13 ini, orang Melayu keseluruhannya akan dibersihkan oleh bangsa DAP dalam tempoh 10 tahun lagi.

Anonymous said...

KPI MESTI DIPERLUASKAN MAKSUDNYA. ada cadngan. ? kesian ezam! solo je .. KJ ALAHAI DIA NI TERSANGAT AKTIF MASA PEMILIHAN JE.. Paklah tendang sket montot ank menantu ko ni. Nak kata sibuk dlm jawatan pum tidak. DIA TENGAH BUAT APA TU?

Anonymous said...

Inilah sebab utama aku tak suka UMNO tapi aku sokong BN. . .Memang tepat gelaran yang di beri oleh PAS . .'umnongok' . . . tengok je gaya seko2 aku dah naik loya tekak . .kepala botak . . jam tangan 'besar' . .perfume mahal . .kereta tak mercs . .BMW . . kemudian masuk kampung2 nak pancing undi masa PRK je. . .Hangpa orang2 UMNO aku nak ajaq . .klau nak eksyen tak payah tunjuk2 kat orang kampung . .masuk kampung pakai proton .saga sudahlah . .jam CASIO sudah lah . . pakai minyak ONE DROP sudahlah .. Puteri UMNO kalu masuk kampung pakai handbag biasa sudah lah . .tak payah nak tayang GUCCI ka LV ka . .Tudung simple2 sudah lah . .tak payah yg banyak manik2 tu . . . .Hangpa jangan ambil mudah hal ni . .pasai aku memang pernah dengar orang cakap depa kata hangpa eksyen lebih .. .Kalau dengan cara ni orang melayu rasa lebih selesa dengan hangpa . .buat lah . hangpa tak rugi pon...

NUAR BERAHI BEKAS BANDUAN said...

Heeee buat program pun asyik muka tu je yang datang.teamwork dan perancangan langsung takde.heeee masing2 nak jaga pucuk sendiri.barangkali masih dok ingat dalam zon selesa lg

Melayu Pasir Gudang said...

Tahniah bro.
Satu pendedahan yang benar-benar berlaku bukan sahaja di Negari Selangor malah seluruh negara. Inilah penyakit pemimpin UMNO, tidak tahu mengambil kesempatan dalam keadaan PKR yang dah nak nazak. Kalau kesempatan kumpul harta kekayan dia orang tahu pulak.

aku lihat pulak di musim persidangan cawangan dan bahagian nie ada ketua-ketua cawangan UMNO yang tak berubah-ubah, korum tak cukup pakat-pakat dengan penyelaras bagi cukup, sebab itu UMNO tak pulih-pulih/ Korum tak cukup itu maknanya rakyat tak suka dah Ketua cawangan tu, letak jawatan sahaja lah, tapi oleh kerana nak tiru semi value buat-buat tak faham, tak cukup ahli bersidang pun, persidangan cawangan tetapi sah.

Zulkifli Zabidin said...

Asal umno ialah parti marhain. Lepas tu UMNO/BN berjaya tambahkan golongan pertengahan dari kalangan Melayu. Namun demikian umno tetap parti marhain.

Jadi pemimpin UMNO kanalah faham hati marhain. Kalau pergi jumpa orang kampung, jadilah orang kampung. Barulah mesra rakyat. Kalau pergi jumpa orang kampung tapi lagak macam datang dari new york, tentu orang kampung menyampah.

Penjawat2 umno semua peringkat kenalah faham dan arif dengan isu2 nasional. Kalau orang tanya senang nak jawab. Kalau asyik ternganga bila ditanya isu semasa, tentu orang kata penjawat2 umno tak pandai.

Nak jadi orang parti kenalah rajin buat kerja2 parti. Janganla buat kerja dua tiga kali setahun saja [bila ada mesyuarat tahunan].

Korbankanlah diri untuk umno, janganlah pula korbankan umno untuk diri sendiri.

Aku sayang umno.

tamingsari said...

Salam Bro.

GAP memahami dan menjiwa suasana Umno disemua peringkat. Semuanya benar. Kita yg terlibat didalam blogging politik rasa bahawa kita memberi sumbangan hebat disebabkan Umno.BN diserang membabibuta tanpa logik dan terdapat juga kebenaran sekali sekala. Pemimpin atas tak boleh nak cover seluruh negara oleh itu peranan negeri,bahagian dan cawangan untuk bangun dan turun padang.

Sedihnya,Umno seakan dingin tanpa menyedari bahawa kekalahan pada PRU13 suatu kemungkinan bukan mustahil. Selangor sendiri kurang tenaga penceramah yg boleh menyengat dan berbisa. Lebih bergantung pada penceramah luar.
Sikap permusuhan sesama mereka maseh jadi budaya.

Ucapan yg meleweh dan merapu tanpa susunan fakta dgn baik punca ceramah tidak mendapat sambutan.
Penceramah pemimpin bahagian sekadar syok sendiri. Tiada tanda2 kemajuan yg meyakinkan. Saya tidak faham apa yg dirancang oleh Umno Selangor khususnya.

Suara Akar Bangsa said...

yap aku sokong aper yang dipersoalkan..

Ketua & ahli2 umno bahagian just relax & serah suma pada pemimpin..kalau kata makan duit je nanti melenting pulak..tp sendiri taknak pikir..

Bahagian mana aku duduk tak payah nak tanya la kan sbb takkan nak kena ketuk baru nak buat keje..tp Umno bahagian aku nie mmg takde usaha nak dekat ngan rakyat atau tarik minat belia utk join umno..

Peluang dah ada tp takkan nak jd mcm PRU yang lepas???bertindak sebelum ANAK MELAYU kita nie hilang percaya terus pada UMNO..Bangkitlah..buang perangai lama tu..usaha lah utk anak bangsa..

-SUARA AKAR BANGSA-

Klik bwh nie : sikap biadap di gereja

http://suaraakarbangsa.blogspot.com/2010/05/sungguh-biadap.html

jgn jadi keldai ok said...

Aku kalau tak kerana pengkhianatan pas dan pkr kepada agama,bangsa dan negara memang aku tak sokong umno.Kebetulan aku bekas penyokong pembangkang.

Kemandoman umno akan menggali kuburnya sendiri.Malangnya umno akan membawa bersamanya ke kubur kuasa politik Melayu,hak keistimewaan orang Melayu dan kepentingan umat Islam keseluruhannya.

Kebanyakan sikitol,pak kaduk,lebai malang dan pak pandir memang tak sedar permainan dajal ini.Mereka keliru di dalam memilih dua mudarat.Mereka menyangka puak2 komunis dan liberal akan dijadikan batu loncatan untuk menaikkan kuasa Islam sebenar.Sebaliknya yg berlaku, merekalah yang menjadi keldai tunggangan sebenar kepada puak2 komunis dan liberal ini dengan kerelaan mereka sendiri.

Keldai2 ini tidak akan sedar diri bahawa mereka hanyalah seekor keldai tunggangan sehinggalah apabila berpeluang melihat wajah mereka sendiri dicermin.

anak johor said...

kebanyakan yg suke buat hal ni umno negeri lain..aku tengok umno johor keseluruhannya ok je..sebab tu org johor sayang umno..johor,ade jugak org umno yg buat hal tp diorang ni perantau dr negeri lain yg menetap kat johor..

Anonymous said...

GAP,

Lama dah aku tunggu, akhirnya kau post jugak pasal benda ni.. SYABAS aku ucapkan..(tepuk bahu banyak kali x)

Bagi aku,ANUwar dan konco2nya memang dah sah ialah pengkhianat bangsa. Telah lama aku ungkapkan perkara ni kpd kawan2 dan keluarga sebelum TPM buat kenyataan pasal bangsat ni.

Kita tak perlu jadi mcm pengkhianat ni. Yg penting, apa yg kita boleh buat sebagai rakyat negara tercinta... dgn beri pndapat bernas. Jadi rakyat yg berfikiran kritis dan berdaya maju!! Tidak rugi!! Kurangkan serangan peribadi politik! Apa yg penting apa yg ahli politik negara boleh lakukan utk rakyat, bukan kemahiran menghentam. Rakyat perlu kan ahli politik yg mereka undi utk memerintah ialah ahli politik yg boleh bertindak bukan hanya petah bercakap!!!

Rakyat..Suarakan. Dan bersatu bersama.. dan bertindak!!

Apa yg penting, kita perlu buat sesuatu sblm Anuwar mencucuk jarum dengan lebih hebat lagi.

Sekarang ni isu subsidi oleh Menteri kita idris jala la pulak.. satu lagi kenyataan yg aku anggap memakan diri sendiri.

Sepatutnya menteri atau org no satu badan2 krjaan hendaklah fikir baik buruk atau merujuk kpd top sebelum buat kenyataan.. (ini saya telah komen dlm laman GAP psl awang adek.)Adoi..Tak abis dgn awang adek kini idris jala pulak.

Bagi aku memang benar agak susah mentadbir ekonomi negara, tapi pendapat rakyat perlu didengar. jgn syok sendiri nanti BN jugak yg rugi!!!...Peruntukan yg perlu mesti diadakan dan yg tak perlu mesti dipotong dari senarai.

Ekonomi dpt dipertingkatkan dan subsidi yg AMAT diperlukan rakyat BOLEH diteruskan jika(cthnya):

1. PLKN dikurangkan kemasukannya- (lebih banyak pelatih lebih byk belanja), begitu juga kos2 yg tak perlu.

2. Latihan peluru yg makan belanja yg teramat byk didlm PLKN perlu dihapuskan.

3. Peruntukan majlis kebudayaan atau-majlis tari menari yg mamakan belanja melampau.lebih BAIK jgn diadakan.. Begitu juga dgn perayaan kebangsaan, buat sambutan sederhana

Anonymous said...

4. Peruntukkan kenderaan kerajaan - hanya menggunakan kereta NASIONAL sahaja. TAK PERLU harrier, toyota , CRV dan sebagainya. Kalau perlu pun guna kereta nasional sahaja... kecuali kenderaan polis yg memerlukan kuasa enjin maksimum utk kejar penjenayah .. (ye-lah, penjenayah guna mercedes, BMW takkan nak kejar guna kancil.)

Tapi bagi bdn kerajaan yg bukan badan keselamatan rasanya tak perlu. Dan pastikan JGN sampai jabatan kecil pun ada kenderaan sendiri.. cth jbtn kursus di Universiti, memadai sekadar menggunakan kenderaan fakulti atau universiti.

5. Pantau claim2 yg tak berkaitan seperti membawa anak menggunakan kereta kerajaan (claim minyak), bawak kenderaan krjaan balik kampung, claim barang2 yg melebihi harganya. (jabatan audit negara.. AWAS!!!)

6. Kursus atau seminar kerajaan TIDAK dilakukan di kawasan peranginan atau hotel2 besar. Lakukanlah di bangunan kerajaan seperti dewan universiti dan sebagainya.....

dan BANYAK lagi peruntukkan yg TIDAK PERLU yg boleh di potong utk kegunaan subsidi ni.

Subsidi adalah HAK rakyat. Subsidi MESTI diberi. Jika beban, CARI jalan.

Ingat, rakyat telah mula mempercayai kerajaan kembali. Jgn hal2 sebegini menyebabkan kerajaan tumbang di dalam pilihanraya. Org pangkah parti lain bukan sebab nak sokong sgt parti tu, cuma nak bagi kesedaran pada BN ni aja. Tapi jika dibuat selalu menda ni, lama2 kerajaan pun beralih tangan dan nasib kita pun tergadai kerana perbuatan yg memakan diri sendiri.

Ingat juga, perkara2 mcm ini juga yg akan menjadi manifesto pihak lawan.

GAP,
Sila post pendapat aku.Pendapat yg sama jugak aku post kat laman house pk.

Kita perlu suarakan kerajaan apa yg tidak betul sbgaimana kes isu judi bola.

SUBSIDI ADALAH HAK RAKYAT. ITU YG PENTING. RAKYAT PERLU BESUARA. RAKYAT PERLU BANGKIT.

KITA BANGKIT DAN BANTAH JIKA BENDA YG TAK BETUL DILAKUKAN.

AKU BUKAN AHLI UMNO ATAU BN TAPI AKU TAK MAHUKAN KERAJAAN YG MEMERINTAH JATUH KE TANGAN ORG2 YG TAK SEPATUTNYA MCM ANUWAR.

AYUH!!!..
GAP
TOLONGLAH LINK KOMEN AKU KEPADA BLOGGER LAIN. (MCM EN NORZA YG HOUSE PK POST SBLM NI) ATAU BUAT POST KHAS PASAL SUBSIDI KERAJAAN NI.

ATAU PALING SETIDAK2TIDAKNYA POST KOMEN AKU KAT SINI BIAR PEMBACA DAPAT LIHAT.

KITA JANGAN JADI ORG YG SUKA CIUM BONTOT ATAU KAKI BODEK.. TAK KIRA APA KATA PEMERINTAH ATAU PEMBANGKANG, KITA ANGGUK SHJ..

RAKYAT DAH CERDIK. RATA2 SEMUA SKOLAH TINGGI, AT LEAST ADA DIPLOMA,DEGREE, MASTER , PHD.. DAh TAU PIKIR SENDIRI.

SUARAKAN!! TOLONGLAH!!!

AKU SANGAT SAYANGKAN NEGARA DAN TANAH AIR AKU..

AKU MEMANG PEMINAT BLOG KAU SELAMA INI.

KEPADA KERAJAAN.. INI AKU ANGGAP SBG POLITICAL SUICIDE!!!KEPADA MENTERI2, PIKIRLAH JAWATAN TU SEBENARNYA SIAPA YG BAGI.

JGN RAKYAT HIDUP SUSAH, KALAU SUBSIDI POTONG.. YG MISKIN MAKIN MISKIN.. YG KAYA MAKIN KAYA (pikir sendirilah siapa yg makin kaya)

GAP PERLU PERJUANGKAN HAL2 SEBEGINI..!! LANCARKAN PERANG CYBER, SEBARKAN IDEALOGI SELUAS MUNGKIN. BUKA MATA SEMUA BIAR SEDAR.JANGAN TIDUR.

-AKU ANAK MALAYSIA-

pakcik said...

ISU TPM 2 blh diguna utk tarik sokongan org melayu...bangsa lain..jgn peduli..melayu kuat..mereka akan tunduk dgn sdiri..

bukan takat selangor...KELANTAN pun mcm tu sjk dr dulu lg.. pemuda asyik nak tunjuk hero depan kamera..aktiviti yg menyentuh hati nurani rakyat akar umbi langsung tidak dipedulikan...

Dah Boring said...

Akhirnya..

Ada gak laman yg bincang pasal ni.

Betul.. rakyat mahu pemimpin yg boleh bertindak atas hak rakyat.

Kita TAK mahukan pemimpin yg pandai cakap saja, burukkan org sana - sini, bila memerintah sendiri pun sama malah lebih teruk lagi. Kita TAK mahukan pemimpin yg hanya tau serang peribadi org sana-sini. Rakyat tak mahu tau itu. Rakyat mahu tahu apa yg rakyat akan dapat.

Kadang2 malu gak tgk org luar mcm UK, US. Cuba tgk manifesto diorang kalau kat net bila time pilihanraya. Semua bincang pasal kebajikan takyat.

Kita jgn jadi negara jiran, reformasi sana sini, pakai baju merah ke kuning ke hijau ke.. lama2 sendiri gak susah, org tak boleh bekerja, budak tak bole g skolah, ekonomi merundum, hidup tak aman,pelancong takut nak dtg dan lain-lain lagi...

Apa tujuan kita mengundi? Apa tujuan kita pilih pemimpin? Sebab kita mahukan pemimpin yg perjuangan kan hak rakyat. Tak kira pembangkang atau BN, semua kena pikir pasal ni.

Sekarang ni dah macam2 kenyataan yg merapu dah kluar. Tak pikir dulu ke baik2 buruk.. awak tu menteri, bukan budak skolah cakap apa pun org tak kan ambik port.Apa yg awak cakap akan beri KESAN pada negara

GAP,

Bagi post panas ni jadi post nombor satu LAMA sikit. (sebab bila ko post benda lain, org jadi tak perasan.. anyway, post ni yg aku anggap penting sikit. Kita stop sekejap kutuk n.ajis, khalid GAGAP, Khalid gereja dan ANUwar).

Biar org fokus isu ni.. silap2 kalau ada menteri yg baca komen 2 kat sini pikir banyak2.

Tanya diri sendiri.. apa sebenarnya yg diperjuangkan?

RAKYAT atau POKET SENDIRI.

-Dah boring-

Dah Boring said...

Akhirnya..

Ada gak laman yg bincang pasal ni.

Betul.. rakyat mahu pemimpin yg boleh bertindak atas hak rakyat.

Kita TAK mahukan pemimpin yg pandai cakap saja, burukkan org sana - sini, bila memerintah sendiri pun sama malah lebih teruk lagi. Kita TAK mahukan pemimpin yg hanya tau serang peribadi org sana-sini. Rakyat tak mahu tau itu. Rakyat mahu tahu apa yg rakyat akan dapat.

Kadang2 malu gak tgk org luar mcm UK, US. Cuba tgk manifesto diorang kalau kat net bila time pilihanraya. Semua bincang pasal kebajikan takyat.

Kita jgn jadi negara jiran, reformasi sana sini, pakai baju merah ke kuning ke hijau ke.. lama2 sendiri gak susah, org tak boleh bekerja, budak tak bole g skolah, ekonomi merundum, hidup tak aman,pelancong takut nak dtg dan lain-lain lagi...

Apa tujuan kita mengundi? Apa tujuan kita pilih pemimpin? Sebab kita mahukan pemimpin yg perjuangan kan hak rakyat. Tak kira pembangkang atau BN, semua kena pikir pasal ni.

Sekarang ni dah macam2 kenyataan yg merapu dah kluar. Tak pikir dulu ke baik2 buruk.. awak tu menteri, bukan budak skolah cakap apa pun org tak kan ambik port.Apa yg awak cakap akan beri KESAN pada negara

GAP,

Bagi post panas ni jadi post nombor satu LAMA sikit. (sebab bila ko post benda lain, org jadi tak perasan.. anyway, post ni yg aku anggap penting sikit. Kita stop sekejap kutuk n.ajis, khalid GAGAP, Khalid gereja dan ANUwar).

Biar org fokus isu ni.. silap2 kalau ada menteri yg baca komen 2 kat sini pikir banyak2.

Tanya diri sendiri.. apa sebenarnya yg diperjuangkan?

RAKYAT atau POKET SENDIRI.

-Dah boring-

Tasek said...

pasal kg baru nk bg kuota 40% kat bukan melayu.. komen skit GAP.

Anonymous said...

MEMANG PUN UMNO BANGANG...

AzanUSM said...

...Biar apu pun... aku ni pengundi Melayu yang tak berparti, dulu aku undi UMNO, sekarang tidak lagi... aku akan beri sokongan mana-mana parti pun yang lawan UMNO... PKR-PAS-DAP. Tak da masalah undi DAP, ada orang kata DAP tindas Melayu, kepala hotak kaulah!!! Aku Melayu Penang... pernah hidup masa BN / UMNGOK perintah Penang... aku dpt bezakan... Guan Eng jauh lebih baik dari Tsu Koon, malah berbanding mana-mana pemimpin UMNGOK pun... aku sokong kata-kata Nik Aziz :"pergi jahanam UMNO..."
mudah-mudahan kata-kata ini menjadi kenyataan... UMNO-APCO = ISRAEL... jahanamlah kau...
Melayu???? Aku bukan jenis berjuang utk Melayu... Aku Melayu Baru... dah lupa 13Mei... Melayu Baru mcm aku mahukan perpaduan di kalangan rakyat Melaysia... so... Utusan Malaysia ., Berita Harian main sentimen perkauman mcm manapun aku tak akan terpengaruh...
malah bagiku Utusan Malaysia tak ada nilai sebagai akhbar... hanya lidah propaganda UMNO...
Aku harap... jika Pakatan Rakyat atau mana-mana parti baru yang berjaya membentuk kerajaan pada PRK-13 nanti... berilah lesen kepada penerbitan akhbar harian baru yang 100% bebas....

zamsalam said...

Kenyataan sebegini perlu diulang2... biarpun berbau rasis..!

1. UMNO sepatutnya menjadi JUARA MELAYU...!

2. PM & Menteri2 atau Wakil Rakyat BOLEH diberi sedikit Kelonggaran menjadi Juara Rakyat...

3. Tetapi ahli2 UMNO yang tak berjawatan, jangan terhegeh2 nak bodek2, ikut2an berbunyi Juara Rakyat....! tak payahlah...!

4. Aku ulang sekali lagi.. ahli UMNO JANGAN jadi Juara Rakyat..! Konsep Barisan Nasional akan berjaya apabila UMNO menjadi JUARA MELAYU..! mudah..

5. UMNO JUARA MELAYU.. BN sahaja Juara Rakyat... faham...!

6. UMNO mesti EXTRIM MELAYU...! tak perlu bazir masa jadi Juara Rakyat..!

7. Peranan Juara Rakyat telah pun dilaksanakan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja2 Melayu kita..! UMNO perlu jaga MELAYU...! "M" itu bermaksud Melayu...!

Tahniah GAP. Teruskan terlibat dalam Kongres2 Melayu.


zamsalam. sabah.

Anonymous said...

Bukan apa ,ketua2 bahagian ni dah "tepu otak " tak tahu apa nak buat sebab blogger2 dah banyak lanyak pkr, pas dan dap sampai terduduk

Jadi , Najib dan Muhyudin kena bukak mata sikit pergi melawat cawangan 2 terus secara mengejut bukan masa Mesyuarat Agung saja.

Tengok berapa kali meeting depa buat, apa aktiviti mereka lakukan . Ini macam "odit mengejut". Dari situ boleh tahu samaada ketua bahagian ni berkesan atau dok tidor nak tunggu piliharaya tiba baru nak bangun .

Kalau mereka ni tgh tido elok dikejutkan sekarang . kalau depa taknak bangun mintak undur beri laluan kpd muka baru yg mahu berkhidmat. Ramai yg menunggu

Anonymous said...

ya,aku sokong ko bro,aku yg dok atas pagar ni,akan bertenggek disini x tau sampai bila,nak hrp parti melayu terbesar brtindak,asyik pntingkan jawatan dan kembong poket sndiri

kingnek said...

aku lihat, kat Selangor, Noh Omar ada turun, berdebat dengan orang macam Ronnie Liu, jadi bukan semua tak turun.

tapi yang turun kalau sekerat aje, macam mana orang selangor nak sokong?

Lagipun, orang UMNO di atas ni terlalu berlagak, itu masalahnya ni

Anonymous said...

azanUSM ,ko memang sial . melayu tak sedar diri . BANGSAT .

Anonymous said...

Salam AzanUSM . .Aku pernah tinggal di Penang/S.Prai selama 15 tahun . .Aku faham sangat 'level' perjuangan dan semangat melayu di Penang. Klau tidak masakan UMNO Pulau Pinang dapat melahirkan tokoh2 melayu 'kepara't macam Anwar . . .Pak Lah pun tak lah berapa boleh dibanggakan sangat ? Jadi tak heran sangatlah hang macam tu . .Cuma kalu boleh dapt kuarantin orang macam hang kat Penang saja sudah lah . .Virus 'melayu baru' hang tu mudah merebak . .. Lani kami sedang nak usahakan vaksin untuk penyakit hang tu. .Tapi kalu hang kena SAKA Nik Aziz sekali nampaknya cuma UZTAZ DATO DR HARUN DIN saja boleh settle...Sebab jin SAKA NIK AZIZ ni yang boleh lawan cuma Dato Dr Harun Din saja.....Biar dia pulangkan balik pada tuan dia jin DAP. ...

Anonymous said...

Salam AzanUSM . .Aku pernah tinggal di Penang/S.Prai selama 15 tahun . .Aku faham sangat 'level' perjuangan dan semangat melayu di Penang. Klau tidak masakan UMNO Pulau Pinang dapat melahirkan tokoh2 melayu 'kepara't macam Anwar . . .Pak Lah pun tak lah berapa boleh dibanggakan sangat ? Jadi tak heran sangatlah hang macam tu . .Cuma kalu boleh dapt kuarantin orang macam hang kat Penang saja sudah lah . .Virus 'melayu baru' hang tu mudah merebak . .. Lani kami sedang nak usahakan vaksin untuk penyakit hang tu. .Tapi kalu hang kena SAKA Nik Aziz sekali nampaknya cuma UZTAZ DATO DR HARUN DIN saja boleh settle...Sebab jin SAKA NIK AZIZ ni yang boleh lawan cuma Dato Dr Harun Din saja.....Biar dia pulangkan balik pada tuan dia jin DAP. ...

Mr. K said...

memang betul ulasan GAP.... bukan selangor je Caw2 Umno Melaka pun sama