Monday, June 21, 2010

ISU BAKKE : ADAKAH KERAJAAN TAHU ?


tentang kegagalan bakke dalam felda holding sdn bhd dan felda palm ind sdn bhd ?

tentang penentangan 150 engineer yang membantah perlaksanaan CS system ?

tentang kegagalan projek di ladang jerangau,jengka 21 ,pasoh dan 7 lagi ladang ?

tentang kegagalan projek sterelizers ?

tentang kerugian RM160 juta wang felda ?

tentang kaitan FHSB,FPISB,MESB,CS SYSTEM,CBIP HOLDING yang merugikan wang felda?

mengapa bakke yang sudah ternyata gagal menguruskan syarikat FELDA masih diberi kepercayaan menerajui sime darby ?

rakyat sudah yakin semula kepada kerajaan pimpinan ds najib,sewajarnya kerajaan 1malaysia ini membalas kepercayaan rakyat dengan melakukan pembersihan anasir-anasir salahguna kuasa dan rasuah dikalangan syarikat konglomerat ! bersihkan malaysia daripada rasuah !

perjuangan aku mudah,sesiapa yang merugikan islam,bangsa dan negara akan aku tentang habis-habisan, tak kisah dia datang dari kerajaan atau pakatan haramjadah !

15 comments:

Anonymous said...

sebaiknya GAP jumpa Najib sendiri bawa fakta dan bukti demi Wang Rakyat,

apa pun wa Sokong Lu GAP

Mozas said...

Kadang kala tidak difahahmi adakah mereka benar2 menyelidik latar belakang orang yang diletakkan dalam CEO ini. ingin juga ketahui siapa yang gagal memberi nasihat sepatutnya kepada PM mengenai perkara ini.


Pengajaran Besar dari kes Tian Chua untuk Rakyat Malaysia:
http://satulimatiga.blogspot.com/2010/06/pengajaran-besar-dari-kes-tian-chua.html

lompinlai said...

Ada udang disebalik batu? Orang ini senang dicucuk hidung.Ikut apa saja .... YES MAN.

Arif Omar said...

tak nak

Kenn said...

Orang-orang tertentu dalam kerajaan mungkin tahu, bukan lagi "mungkin" tapi sememangnya tahu. Bila isu ini ditimbulkan sekarang, maka tidaklah boleh lagi berdalih "tidak tahu".

DS Najib mungkin "tidak tahu" kerana "penasihat-penasihat sekeliling beliau" pejam mata lalu tidak kasi tahu sama itu Latuk Seli Najib.

Prime Ministering by Total Reliance On Advisors

Esperalzi said...

Aku langsung tak tau tentang isu Bakke ni. Nama dia pun dulu tak pernah dengar, aku lebih tahu siapa Mawi, Fasha Sanda, Nik Aziz, AnWAR Ibrahim, Zaid Ibrahim, Dafi dan Rozita Che Wan. la ni baru terdedah pada kisah Bakke.

Tapi aku percaya pendedaahn oleh GAP ni.Masalah pentadbira Najib ni memang gitu, suka buat satu demi satu benda2 yang menterkilankan hati rakyat. Banyak tindak tanduk pentadbiran Najib ni pada pandangan aku dibuat tanpa usul periksa yang secukupnya..

Of course, pentadbiran ini akan bermati2an mengatakan yg mereka dah periksa betul2. Kadang2 aku terasa UMNO ni masih belum sihat dan sembuh dari penyakit CRONYSM, NEPOTISM san FAVORITISM.

Mereka masih perintah Malaysia seah2 Malaysia ni mak bapak depa punyer..

Cuma yang buat UMNO lebih baik bagi aku ialah Phuckatan Rosak tu lebih jahat dan setan dari UMNO..

Anonymous said...

Salam GAP.
BAGI SAYA PELANTIKAN BAKKE TAK SAH SBB DILANTIK OLEH MUSANG HITAM DAN Geng BOD YG LAMA. ALL OF THEM SAMA2 SALAH MCM AHMAD ZUBIR DAN SIASATAN HENDAKLAH DIJALANKAN KEATAS MEREKA.
MEREKA PATUT RESIGn SERTA MERTA.

NAJIB PATUT LANTIK BOD BARU DAN HANYA BOD BARU BOLEH BUAT LANTIKAN CEO BARU.

AKHIR KATA. BEKERJA LAH DENGAN JUJUR.

Anonymous said...

Esperalzi said...

"Cuma yang buat UMNO lebih baik bagi aku ialah Phuckatan Rosak tu lebih jahat dan setan dari UMNO.."

Phuckatan Rosak tu lebih jahat dan lebih setan dari UMNO..
maksudnya UMNO ni jahat dan setan? sebeb Puchkatan Rosak tu cume lebih jer dari UMNO?

kalu camtu 2-2 jahat. jadi org jahat la yg memrintah negara sekarang?

Anonymous said...

Tuan,
Saya sokong pendedahan GAP. Kerajaan DS Najib wajib mendengar pendapat rakyat di bawah. Jika dah rekod tak baik apa dilantik lagi. Tak usahlah menaikkan kemarahan rakyat jelata sekalian. Kami dah penat. Harap BN buatlah yang terbaik untuk rakyat.

Syed anak Kedah

Terongpipit said...

Awat 1Malaysia kekurangan orang ke?
Mengapa mereka yang selalukan merugikan rakyat/kerajaan yang mendapat tempat?

1Malaysia taik minyak ke?

Esperalzi said...

Anon June 21, 2010 2:55 PM

Pandai kau cuba nak putar belit aku yer! Tu putar belit stail Yahudi!

Kalau kau dah setuju 2-2 jahat, kenapa kau CUMA tanya aku samada yang memerintah NEGARA tu jahat?

Kenapa kau tak JUGA tanya aku samada yang memerintah KELANTAN, SELANGOR, PULAU PINANG dan KEDAH itu pun jahat juga?

Bila aku kata Phuckatan Rosak lebih setan dari UMNO, itu secara relatif, tapi nampaknya puak Phuckatan Rosak macam kau ni dangkal otak, tak paham2.

Beginilah untuk bagi kau paham: UMNO tu ibarat daging LEMBU yg dah disembelih halal tapi daging BUSUK. Tapi daging lembu sebusuk2 mana pun kalau di cuci dan dibasuh bersih, masih boleh dimasak dan dimakan enak..

Tapi PAS dan PKR tu ibarat daging yang masih segar dan baru saja disembelih tapi HARAM dimakan kerana ia DAGING BABI!!

Begitulah beza PHUCKATAN ROSAK dengan UMNO/BN..seperti DAGING LEMBU dan DAGING BABI..ada paham????

Jadi yang perintah NEGARA sekarang ialah DAGING LEMBU, sedangkan yang perintah Kelkedselpul (Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinnag) adalah DAGING BABI...

Anonymous said...

Esperalzi said...
"Kenapa kau tak JUGA tanya aku samada yang memerintah KELANTAN, SELANGOR, PULAU PINANG dan KEDAH itu pun jahat juga?"

oklah aku tanya lah yang memerintah KELANTAN, SELANGOR, PULAU PINANG dan KEDAH itu pun jahat juga?

phuckatan rosak babi, dan UMNO lembu?

Esperalzi said...

Anon June 21, 2010 8:40 PM

Tau takpe! semua pertanyaan kau dah pun terjawab dalam posting2 aku di atas, self-explanatory, kata omputih, tak paham lagi ker?

Anonymous said...

macam mana nak paham, tuhan jadi kan kita ni manusia
alih-alih nk mengaku LEMBU?
jadi kalu ko ni umno ko ni lembu la..

ish2..

Esperalzi said...

Anonymous June 22, 2010 8:44 AM

Tak payahlah paham! Otak kau tak advanced utk paham tulisan aku. Aku tak kata UMNO lembu, aku kata UMNO tu ibarat DAGING lembu...kau pun tau kan, daging lembu tu sedap dimakan, buat korma, dalca, dendeng, masak kicap, goreng kunyit, gulai kawah, satay, dsb...kalau BUSUK sikit2 pun, boleh dibasuh dan dimasak...tu maksud aku..UMNO tu macam tu lah, BUSUK sikit2 jer tapi masih DAGING lembu..

Tapi DAGING babi...hmmmm...maaf le..kau sembelih tak sembelih ker, segar tak segar ker, HARAM..tak boleh makan//

Ish..tu pun tak paham2...