Friday, July 30, 2010

AKHIRNYA SINAR HARIAN DILIWAT ANWAR !


Oleh Tom Yam, AIDCclub

Akhirnya akhbar Sinar Harian yang sebelum ini cuba menjadi akhbar yang neutral dan telus telah hilang kredibilitinya apabila diliwat Anwar sewaktu kunjungan Penasihat Ekonomi Selangor yang sebelum ini pernah menyebabkan negeri Selangor berlubang di seluruh negeri gara-gara isu korek pasir secara haram.



Dalam sesi temubual eksklusif dengan Sinar Harian dua hari lepas dan disiarkan di muka hadapan dan halaman tengah akhbar tersebut semalam, adalah jelas editornya cuba memberi imej yang positif kepada Anwar hingga sanggup dicabuli prinsip kewartawanan yang dipegang.

Anwar semasa ditemubual Sinar Harian sekali lagi menyalahkan pihak kerajaan sebagai punca tulang belakangnya sakit, walaupun fakta sebenarnya adalah berbeza sekali sebagaimana dakwaan Anwar.

Akhbar Sinar Harian dalam laporan tersebut seolah cuba memperbesarkan isu yang diperkatakan Anwar, apabila menfokuskan kenyataan kecederaaan tulang belakang adalah disebabkan pihak berkuasa. Rujuk
sini fakta laporan suruhanjaya tersebut

Dalam laporan Suruhanjaya Diraja menyiasat kecederaan Anwar sewaktu tahanan polis, ada dimuatkan kenyataan seorang pegawai perubatan Dr. Vasantha yang menyatakan Anwar pernah mengaku pernah jatuh kuda 6 tahun dari tarikh tersebut (1998) serta mengidap penyakit cervical spondylosis dan pernah mendapat rawatan neuorologi .

Penyakit Cervical Spondylosis ini boleh menyebabkan leher tangan terasa sakit dan kebas walaupun sudah mendapat rawatan pembedahan dan menyebabkan tekanan kepada tulang belakang. Malah ada pakar mengatakan walaupun sudah dilakukan pembedahan namun kebarangkalian untuk pulih 100 peratus adalah sukar.


Dalam buku tersebut Ahmad Lutfi telah memasukan petikan akhbar Cina yang melaporkan Anwar jatuh kuda semasa menunggang kuda di Country Resort Bukit Kiara, yang merupakan milik taiko judi Vincent Tan. Anwar pada masa tersebut merupakan penerusi penaja Majlis Ekuin Malaysia dan kejadian itu berlaku sebelum Anwar dimasukan ke penjara.

Selain itu menurut Dr Jeyaindran, cakera teranjak yang dialami Anwar juga dipercayai akibat bermain sepak takraw di Penjara Sungai Buloh pada pertengahan 1999. Sewaktu dipenjara pihak Kementerian kesihatan pernah menasihat Anwar menjalani pembedahan dengan 4 pilihan rawatan namun ia ditolak Anwar dengan mewujudkan persepsi memburukkan pihak kerajaan.

Berdasarkan laporan tersebut adalah jelas membuktikan punca kecederaan tulang belakang Anwar langsung tiada kaitan dengan pihak berkuasa.

Anwar yang telah mengarahkan MB Selangor memperuntukkan bajet sebanyak RM 15 juta untuk kerja-kerja memulihkan imej kepada media di dalam negeri, semasa sesi temuramah tersebut jelas meneruskan tabiatnya yang suka berbohong kepada umum, cuma kali ini menggunakan ruang yang ada di Sinar Harian untuk mewujudkan simpati kepada dirinya.

Taktik menyalahkan pihak berkuasa dan menagih simpati Anwar ini sebelum ini banyak digunakan sewaktu beliau berkunjung ke luar negara, hingga tidak ada satu pun perkara positif dilakukan pihak berkuasa pada kaca mata Anwar.

Sedangkan menurut laporan Suruhanjaya Diraja berkaitan kecederaan Anwar menunjukkan punca Anwar sakit belakang adalah disebabkan jatuh dari kuda yang ditunggang 6 tahun sebelum beliau dimasukan ke penjara,manakala isu kecederaan mata lebam sebenarnya bukan punca kepada kecederaan tulang belakang yang dialami.

Sekiranya apa yang disampaikan oleh Anwar itu disiarkan di Suara Keadilan ataupun Harakah, ataupun Malaysiakini ia tentu tidak mengejutkan namun kini akhbar yang memegang slogan telus dan tulus itu sanggup dijadikan alat dan kuda tungangan terbaru oleh Anwar dengan menafikan apa yang di sebut di dalam laporan suruhanjaya diraja.

Adalah jelas pemaparan tembual Anwar dalam akhbar tersebut seolah menunjukkan kepada umum bahawa editor Sinar Harian dan pemilik akhbar berkenaan seakan sudah dipengaruhi oleh sentimen Anwarisme dengan cuba memberikan imej positif sepenuhnya kepada tokoh islam liberal tersebut.

tom yam AIDC

12 comments:

Anonymous said...

takpe gap..

kita nak satukan org melayu

menyokong atau menunjuk muka manis pada anwar tak salah..

YANG NAK KITA KETENGAHKAN WALAU PENYOKONG ANWAR,.WALAU PENYOOKONG SINAR KRAF TU..TAHU BERSATU dlm erti kata


'KUASA MEMBUAT KEPUTUSAN ATAS KEPENTINGA AGAMA BERSAMA, KEPENTINGAN BANGSA SENDIRI (DAIF INI)'

KADANG2 EMOSI BENCI MELAMPAU PADA ANWAR (TERMASUK AKU NI YG PENYOKONG DIA DULU) BOLEH MENIPU PERJUANGAN KITA YG SEBENAR..!!

Aku masih teringat2 SEMALAM AKAN senyuman rakyat thai bukan islam bukan pribumi DIBERI WARGANEGARA MALAYSIA..

terima kasih pada KERAjaan..(bn)..
ia ibarat simbolik 'kemurahan hati rakyat pribumi tanah melayu melayan pendatang asing 50 tahun yg lalu..

mat nisfu said...

Lepas jemput Najib melawat ibupejabat mereka , SINAR jemput Al Juburi pulak.

Kononnya SINAR ni nak tunjuk bahawa depa tak menyebelahi sapa- sapa, tapi kalu dinilai dari setiap tajuk muka depan, ramai dah tahu "kiblat" mereka yang sebenar.

Akhbar SINAR lebihkurang Harian Metro juga yang boleh dikategorikan sebagai akhbar nyamuk. Tajuk penuh sensasi , tapi isinya hampeh. Iklan ubat kuat je yang banyak.

aimdaim said...

GAP,
Boleh dilihat ketidakmatangan editor yg dangkal ilmu, ditambah lg kurang membaca.
Mereka lebih kepada untuk menyedapkan jalan cerita.

fikir-fikirlah

wakmeli said...

bodo la korang pecacai amno ni... utusan melalut dan berita hairan tu lebih pro amno dan fitnah sepanjang zaman boleh pulak..nape x neutral..ni la masalahnya bila akhlak dah dirosakkan oleh pemimpin amno...nak kuarkan berita sepatutnya ada pihak yg dituduh dan penuduh... tgk tv3 dan rtm tu selalu hentam PR dan anwar so klau adil nape xde kenyataan balas dorang? ibarat ko la klau kena tuduh mcam2 cthnya adik pompuan ko bohsia dan ko lak xdiberi peluang nak pertahankan adik korang drp dituduh sebegitu rupa..faham ke ni..!!!?

wakmeli said...

sinar harian cuma memaparkan berita drp pihak anwar, tu lebih adil dan telus untuk pihak yg dituduh, bukan cam utusan melalut dan seangkatan dengannya yang pengecut.... klau dalam mahkamah ada pendakwaraya dan tertuduh ada peguambela... sama peranan cam akhbar..bukan bermaksud bila siarkan cite anwar dorang sokong anwar..abeh tu nak kuar cite pasal najib je ke...ishh rosak la korang ni!

Anonymous said...

dah agak dah...mula mula nak berniaga dulu cakap kami neutral...skrg dah nampak belangnya bila perniagaan dah maju...

Anonymous said...

salam Gap...

Bengang sgt ke Akhbar Sinar beri ruang pd pembangkang????..ternyata Akhbar Sinar masih memegang sikap berkecuali, amalan kewartawanan & memberi ruang samarata baik dari pihak kerajaan & pembangkang....

elok lah tuh...selain suratkabar melayu yg ade & menggalakkan org2 melayu main Nombor Ekor seperti UTUSAN MELOYA, BERITA HAIRAN, suratkabar SINAR ada memberi ruang kpd PR untuk menangkis segala serangan yg maha gila dari UmNGOK yg ternyata takut dgn kebenaran..

ape lagi yg tak puas hati ngan DSAI nie.....NAJIB yg hapuskan DEB (untuk org melayu) tak sikit dihebohkan.......dasar pencacai....

-Najib ALtantuya-

Skandal Politik said...

salam bro gap

EMPAT PEMISAH SIKH DI MALAYSIA

wajah-wajah mereka ada di sini
http://skandalpolitik.blogspot.com/2010/07/empat-pemisah-sikh-di-malaysia.html

Unknown said...

anang nak respon jugak pasal sinar harian ni. dengan belanja rm15 juta yang kerajaan selangor bagi tu anwar nampak dah dapat beli sinar harian. kalau meniaga punya pasal anang tak kisahpun. lagikan taik kambingpun orang meniaga jugak. tapi kalau dah lari dari prinsip sebenar sinar harian diterbitkan, apa nak cakap. yang telus tu patut tukar jadi yang jerlus. berapa anwar bayar untuk bina kredibeliti dia? bos sinar harian kena jawab ni. nak keluar berita kena buat homework la dulu. fakta anwar sakit belakang tu kan dah salah (rujuk ulasan pakar dalam post ni). kalau keluarkan jugak apa yang anwar cakap tu kira macam terpaksa. paksa rela la tu. ada masyukkk. sinar harian nak ganti suara keadilan yang kena gam kot. pesan anang, berurusan dengan anwar ni kena cerdik, silap-silap kena kencing dengan dia je. tak caya? tunggu.....

Anonymous said...

biarkan puak2 pecacai Anwar menyalak disini , sila sila ...jemput mereka ramai2 , semoga apa yg kita cakap akan disampaikan pada rakan2 yg lain !

KKSB[karangkraf Sdn Bhd] , kita kenal siapa mereka , mereka mendendami kerajaan ekoran penamatan permit KKSB tahun 2000 , KKSb dipenuhi oleh mereka yg anti kerajaan , ..
Tambahan kini Anwar menghulurkan bantuan Modal perniagaan , semakin dalam dendam mereka , semakin menyala semangat mereka , ..

KKSB memang sokong anwar sejak lama ,PRU 12 dulu ...menjelang PR semua buletin dan majalah keluaran KKSB serentak mengeluarkan cerita tentang Anwar , tentang PKR dan Nurul Izzah , semuanya berbau mengemis simpati dan penuh rayuan ,

lihatlah ...bukti apa lagi yg KKSB nak sorokkan ,

KKSB sebenarnya jemput Najib sebagai topeng agar tidak ketara PrO Anwar , disamping memohon bantuan dana dari kerajaan , perangai KKSB ialah memohon dana dari kerajaan tapi sokong Anwar !!

Namun seperti biasa , mereka akan berkata kami tak sokong siapa2 , kami natural , maklumlah siapa tdk kenal wartawan KKSB yg ,memang bijak bermain kata , memang terar ..
KDN patut kena pantau KKSB , jangan sampai sejarah berulang , cukuplah KKSB menikam kerajaan dari belakang dahulu ..

Anonymous said...

Ketika melawat karangkraf bersama PM baru-baru ini saya rasa terkesan dengan apa yang dikatakan bos besarnya..kami tidak perlu menjawab kepada mana-mana parti politik...kami hanya menjawab pada Allah....jadi nilailah diri anda sendiri sebelum menilai orang lain...Astagfirullahal azim...

wakmeli said...

lawak memang lawak, bila ada berita drp PR memang semuanya tak boleh, dikatakan pro-pr dan ada agenda tersembunyi seolah2 hanya boleh siarkan berita pemimpin BN je...hi3... hari2 kat tv cite pasal BN, suratkabo utusan, berita hran pun cite pasal BN..indah belaka... sinar harian baru je siarkan skettt je cite pasal PR, dah kecoh..nmpak sgt tak leh terima kenyataan demokrasi.... korang ingat yang bayar CUKAI kat MALAYSIA ni penyokong BN je ke?????? bangang tu biarlah bertempat...