Monday, July 26, 2010

RM15 JUTA LAWAN GELOMBANG SSDE !



Umno menyifatkan tindakan kerajaan Selangor memperuntukkan RM15 juta untuk program penerangan, menunjukkan ianya seperti 'cacing kepanasan' ekoran kempen 'Selamatkan Selangor' yang digerakkan Umno negeri sekarang.

Ketua penerangan Umno negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, kempen tersebut mula menampakkan kesan sehingga kerajaan negeri itu sanggup menggunakan duit rakyat untuk program penyampaian maklumatnya.

Kempen 'Selamatkan Selangor' yang dilancarkan oleh Umno negeri Jumaat lalu dan turut menurunkan bekas pemimpin PKR Ezam Mohd Nor, akan berlangsung selama tiga minggu sehingga 8 Ogos depan.

Abdul Shukor berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor memperuntukkan RM15 juta oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu untuk melawan propaganda BN dan laporan media arus perdana yang didakwa memihak.

Dalam satu majlis dialog hari ini, menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, peruntukan tersebut bersamaan dengan RM3 untuk setiap 5.2 juta rakyat Selangor. Dana itu, kata Khalid, akan digunakan untuk menyebarkan maklumat melalui portal TVSelangor, Selangor Kini dan juga akhbarnya.

Mengulas usaha tersebut, Abdul Shukor berkata kerajaan negeri tidak perlu mengambil tindakan seperti itu semata-mata untuk menonjolkan kesan pentadbiran mereka. "Kalau mereka rasa hendak berlawan dengan kita, mereka tidak perlu guna duit rakyat? Gunakanlah duit parti mereka sendiri. "Buat apa (kerajaan negeri) hendak membazirkan duit rakyat lagi semata-mata untuk tujuan politik mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, jumlah RM15 juta itu sepatutnya boleh disalurkan untuk membantu masyarakat kurang berkemampuan dan juga golongan yang tidak bernasib baik seperti warga tua.

"Kalau mereka tepati janji kepada rakyat, tidak perlu disebarkan (keberkesanan pentadbiran), mereka boleh rasakan sendiri," tambahnya yang juga ADUN Kuang.

Mengulas mengenai usaha menampilkan Ezam dalam program 'Selamatkan Selangor', Abdul Shukor berkata, Ezam merupakan individu paling layak untuk mendedahkan "kepincangan" dalam Pakatan Rakyat, mahupun dalam parti PKR.

Katanya, ia kerana Ezam antara orang yang mengasaskan parti itu dan orang yang paling tepat untuk menceritakan kepincangan dalam parti mereka. "Tiada siapa yang boleh nafikan apa yang Ezam cakap (dalam program 'Selamatkan Selangor') sebab Ezam adalah (bekas) orang kanan dalam parti itu. Beliau lebih tahu apa yang berlaku.

"Apa yang Ezam cakap akan menggusarkan mereka, sebab itu mereka kelam kabut dan begitu tertekan sekarang hingga sanggup gunakan duit rakyat untuk jelaskan pendirian mereka,"

5 comments:

blogenstarz said...

Yang beruntung adalah BLOGGER2S PR yang akan menerima habuan masing2 tidak lama lagi.
Mereka semua tidak akan berasa terlalu kecewa lantaran beberapa kawan mereka telah mendapat PINGAT baru2 ini.
Kepada BLOGGER2S penyokong kerajaan BN.... Jangan CARI MAKAN diBLOG tapi TERUSKAN TANGGUNGJAWAB didalam BLOG

akmal said...

salam bro....
nie ada sedikit link...
mungkin dapat huraikan tentang hal nie...

http://buaya-merah.blogspot.com/2010/07/freemason-sudah-ada-di-malaysia.html

Anonymous said...

BANYAK TU 15,000,000!

DUIT RAKYAT!!!!

CEPAT-CEPAT AHLI FUCKATAN! KEBAS SEBELUM HABIS.. KALAU LAMBAT MELEPAS!

Memey said...

salam...

kan ke elok duit RM 15j tu gune utk IKYS...

mungkin saya silap dalam hal nie,

kalau alasan penutupan IKYS disebabkan ianya tidak mendatangkan menguntungkan, dimanakah untungnya melaburkan RM 15 juta, semata-mata utk menyembunyikan kebenaran, (betulkan saya jika silap)...

salam...

Anonymous said...

Salam GAP....

RM15 juta..banyak oooooo...... kalau pakai duit parti sendiri, kira oklah tu...tp kalau sebaliknya, tak elok lah...jgn jadik mcm UmNGOK...guna media awam untuk publishkan kepentingan & aktiviti parti BN...sudahlah tak tahu yg mana hak awam & mana hak parti...semua dibantainya....baik TV(RTM,TV3 suku,NT7,utusan meloya,berita hairan dsbnya)....Jabatan2 kerajaan milik rakyat pon digunanya sewenang-wenangnya...bukan org tak tahu.....

seperti pepatah melayu:-
"kata dulang paku serpih, perli PR, umNGOK yg melebih-lebih ghupanya..."

-Najib ALtantuya-