Friday, August 13, 2010

TUNGGU APA LAGI WAN AZIZAH ?

Oleh Daniel Arief, AIDCclub

Hari ini keluar di AIDC kenyataan balas Ezam mengenai Wan Azizah yang menggelarkan beliau sebagai seorang yang mempunyai nafsu politik yang tidak mempunyai batas .

Ezam hanya membalas mudah kepada wartawan Agenda Daily, Roslan Bian "Wan Azizah,minta malam itu saya jangan keluar dari rumah selagi budak lelaki itu ada di rumah...untuk pastikan Anwar tidak berdua."

Kenyataan Ezam ini jelas merujuk kepada Wan Azizah sebenarnya digambarkan Ezam sebagai cemburu kepada seorang lelaki yang berada bersama Anwar di rumah tersebut. Kenyataan Ezam ini sebenarnya membuka lembaran baru kepada kisah panggilan telefon ini kerana ia seakan mengesahkan artikel Daniel semalam yang mempertikaikan peranan lelaki yang bersama Anwar ketika panggilan itu dibuat iaitu Rashid.

Cuma di sini Ezam masih belum menamakan lelaki itu sebagai Rashid bin Othman tetapi ternyata perihal Rashid sudah menjadi rahsia umum di kalangan rakyat Malaysia. Apabila ia sudah berkali-kali dimainkan oleh blogger-blogger anti Anwar yang dikatakan mendapat maklumat dalaman inner-circle PKR.

Apa yang juga pasti kenyataan Ezam ini mengesahkan tulisan rakan blogger Cyber1Trooper yang menceritakan perkara ini dengan lebih jelas lagi. Cyber1Trooper menulis :

Sekitar awal tahun 2006, berlaku 'pertembungan' penerbangan antara Anwar dan Azizah. Azizah berangkat ke Amerika Syarikat untuk melawat anak-anaknya, manakala Anwar bertolak dari Amerika Syarikat ke Malaysia untuk menghadiri program-program parti.

Kepulangan Anwar disambut oleh Ezam Mohd Nor yang ketika itu masih Ketua Angkatan Muda PKR. Pada sebelah malamnya, Ezam bersama dengan exco-exco Angkatan Muda PKR telah hadir ke rumah Anwar untuk bermesyuarat berkenaan perkembangan parti.

Semasa mesyuarat berlangsung, Wan Azizah dari Amerika telah mengirim sms kepada Ezam bertanyakan sesuatu berkenaan aktiviti Anwar.

SMS Wan Azizah : 'siapakah yang ada dalam mesyuarat di rumah'.

Ezam balas : Saya dan beberapa exco pemuda lain

SMS Wan Azizah : 'selain daripada aktivis parti, adakah mana-mana lelaki lain yang tidak berkaitan ?'.

Ezam : Tidak ada

SMS Wan Azizah : Pastikan tidak ada mana-mana lelaki bermalam di rumah saya!

Ezam terkejut dengan sms keras dari Wan Azizah yang dapat membaca sesuatu apa yang bakal berlaku di rumahnya walaupun ketika itu dia berada di Amerika Syarikat. Dalam tertanya-tanya itu, Ezam menjawab OK!

Sebelum itu, pada sebelah petang, Wang Azizah telah menelefon Ezam memberi peringatan yang sama. Wan Azizah sebut nama Rashid. Dia tidak mahu Rashid datang lagi ke rumahnya apabila Anwar pulang. Wan Azizah mahukan Ezam siasat satu persatu siapakah yang akan hadir ke rumahnya sepanjang ketiadaannya. SMS pada sebelah malam itu merupakan peringatan kedua untuk menyiasat dengan lebih terperinci.

Selesai bersms, Ezam meneruskan perbincangan dengan Anwar. Ketika itu datang seorang lelaki membawa kopi dan kuih muih kepada semua ahli mesyuarat. Ezam sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu, kerana lelaki itu sangat dikenalinya yang menjadi musuh kepada Wan Azizah iaitu Rashid.

Selasai bermesyuarat Ezam pulang ke rumahnya dengan penuh tanda tanya. Kenapa Rashid boleh berada di rumah Azizah sedangkan dia telah dihalau keluar rumah itu sebelum ini. Ezam juga tidak melaporkan perkara itu kepada Wan Azizah, walaupun Wan Azizah sebenarnya sudah dapat menghidu kehadiran Rashid ke rumahnya sepanjang ketiadaanya.
Malaysiakini Sahkan Adanya Panggilan Telefon

Turut mempunyai peranan pengesahan berlakunya panggilan telefon kontroversi itu ialah laporan Malaysiakini di sini yang mungkin tanpa disedari menulis latar masa dan tempat kejadian sedangkan blogger-blogger anti Anwar dan mana-mana media tidak pernah menceritakan mengenai perkara itu sebelum ini. Malaysiakini menulis :

Perbualan telefon itu berlaku ketika Wan Azizah berada di Washington manakala Anwar pula di kediaman mereka ketika itu di Bukit Damansara semasa bercuti daripada tugasan mengajarnya di Amerika.

Mungkin dilihat sebagai perkara kecil tetapi jika difikirkan bagaimana wartawan Malaysiakini ini memperoleh latar masa dan tempat kejadian sedemikian rupa sedangkan ramai blogger anti Anwar tidak mengetahui tarikh tepat kejadian itu dan tidak mengetahui kejadian itu berlaku ketika Anwar bercuti daripada tugasan mengajarnya di Amerika.

Rata-rata daripada mereka hanya mengetahui kejadian berlaku pada tahun sekitar 2005-2006.

Jika tidak percaya boleh cari di google laporan mengenai Rashid dan panggilan telefon Wan Azizah itu. Anda tidak akan jumpa secara tepat latar masa dan tempat kejadian tersebut.

Seingat Daniel, Ezam pun tidak menyebut perkara ini di dalam ceramahnya atau sebarang temubual dengan media.

Untuk rekod, Anwar Ibrahim mengajar di 2 Universiti di Amerika. Iaitu di Universiti Daniel, John Hopskin Universiti dan Georgetown Universiti iaitu sekitar (2004-2007).

Daniel merasakan kejadian itu berlaku sekitar pertengahan tahun 2005 atau awal 2006 yang mana ketika Ezam mula menubuhkan GERAK yang menjadi manifestasi kerenggangan hubungan Anwar-Ezam.

Hal latar masa sekitar pertengahan 2005 atau awal 2006 ini diperkuatkan lagi dengan maklumat inner-circle PKR yang mengatakan Ezam mula tidak bersependapat dengan Anwar pada sekitar tahun 2005-2006 kerana menurut mereka Anwar mula menghentam dasar-dasar melayu pada ketika itu dengan banyak menghadiri mesyuarat dengan persatuan-persatuan cina -alasan Ezam untuk meninggalkan Anwar dan menubuhkan GERAK sedangkan ramai tahu Ezam meninggalkan Anwar bermula daripada peristiwa panggilan telefon yang menjadi isu ini.

Jika betul laporan Malaysiakini yang mengatakan Wan Azizah menelefon Ezam yang ketika itu berada di kediaman beliau di Bukit Damansara.Hal latar masa sekitar pertengahan 2005 atau awal 2006 adalah relevan kerana Anwar dan Azizah mula berpindah ke kediaman baru di Bukit Segambut pada awal tahun 2007.

Jadi apa yang pasti dan membuat Daniel tersenyum meleret adalah kerana pengesahan Wan Azizah dan latar masa yang diberikan termasuk tempat kejadian sekali oleh Malaysiakini membuktikan perkara ini bukan sekadar-kadar diadakan tidak seperti yang diucapkan oleh Wan Azizah beliau tidak pernah menelefon Ezam setelah melakukan pengesahan sebelum itu.

Jika Wan Azizah dan Anwar mahu Ezam. Apa kata saman Malaysiakini dahulu, mereka seperti lebih tahu mengenai panggilan telefon terbabit daripada Ezam.

daniel

5 comments:

Anonymous said...

KUI,KUI,KUI...KANTOOOOOOLLLL...PADAN MUKA ANWAR DAN KELUARGA DIA..HIHIHI!

Anonymous said...

siapa ada number macik ros...
aku ada hal nak cakap..
tapi jangan kasi tahu sama paper...

Anonymous said...

Memang keluarga Melayu jenis BABI
( Barua Anwar Bin Ibrahim )agaknya ini adalah jelmaan dari baka-baka sikitol moden Melayu....

Anonymous said...

salam,

rekod keburukan anWAR berjela2 tetapi tak pernah menjadi kudis kpd anWAR & AZIZAH kerana mereka berdua gila nak duduk di putrajaya... adaka lagu tu? muka tebal mcm kulit bab....

try la pi duduk, tak dan 2 minit, aku rasa keluaq habih cerita2 lama 2 ekoq ni terutama kisah kawin, anWAR main dgn pompuan2 lain..anak dara, janda2, bini2 orang... anak2 study dibantu yahudi, jantan2 keliling anWAR, ketakutan2 azizah terhadap lelaki2 disekeliling anWAR, ucapan2 berbelit anWAR...pendek kata..TAK HABIH2 RAKYAT NAK TAHU GAMBARAN SEBENAR...

Anonymous said...

x bleh ker bnda nih share dlm facebook?