Sunday, August 15, 2010

ARTIKEL HEBAT DR RIDHUAN TEE !


Mingguan Malaysia 15 Ogos 2010

Kolumnis ultra kiasu The Centre for Policy Initiative (CPI), dalam artikel terbarunya minggu lalu, berulang kali menyebut nama saya. Artikel kontroversinya turut mengundang laporan polis oleh Perkasa. Saya hanya ketawa kecil membaca artikel tersebut kerana ternyata kolumnisnya amat jahil dalam memahami sejarah dan kehidupan bernegara, apatah lagi untuk memahami perlembagaan.

Beliau yang tinggal di bumi bertuah ini langsung tidak bersyukur, malah mempersendakan dan menghinakan kedudukan istimewa agama Islam dan Melayu sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Saya cadangkan beliau berhijrah ke negara lain, jika negara ini sudah tidak ada lagi kebebasan baginya. Pergilah ke negara asal-usulnya atau ke barat, kerana di sana lebih banyak ‘kebebasan’ untuk membina gereja paling besar dan patung paling tinggi di dunia serta, sekolah vernakular, termasuk juga melakukan perbuatan sumbang seperti seks bebas.

Nak kata beliau bangga dengan keturunannya, tidak juga, sebab beliau lebih gemar menggunakan nama Mat Salleh walaupun matanya begitu sepet. Beliau membuat analogi sampahnya melalui permainan bolasepak semata-mata untuk menghina Islam dan Melayu.

Nasihat saya, tidak payah berbelit-belit kerana ia menampakkan kedangkalan ilmu beliau. Beliau begitu anti Melayu dan Islam.


Ternyata beliau amat jahil (mungkin sengaja) dalam memahami perlembagaan dan asal-usul negara ini atas sikap ultra kiasu. Keadilan baginya adalah sama rata dan sama rasa bukan meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Apakah beliau tidak menyedari bahawa bilangan rumah ibadat bukan Islam melebihi berkali ganda daripada masjid dan surau. Pun begitu beliau masih tidak berpuas hati. Beliau mahukan patung Mazu dan patung-patung lain serta gereja menjadi mercu tanda, terbesar dan tertinggi, barulah iatu dinamakan adil, bertepatan dengan hak kebebasan dan hak asasi manusia.


Saya cadangkan beliau supaya membawa ideanya itu ke negara barat, mungkin negara asal usulnya di China. Cadangkan apa yang beliau mahu terhadap mereka. Saya amat yakin cadangan beliau akan ‘dibakul sampahkan’ sebab tidak masuk akal, kecuali di Malaysia, kerana toleransi ditunjukkan oleh pribumi tidak ada tolok bandingnya.

Pergilah ke Kelantan, orang bukan Melayu boleh dikira dengan jari, tetapi mereka memiliki patung Buddha yang begitu besar sekali. Ini belum termasuk Pulau Pinang dan negeri-negeri lain. Masihkah tidak bersyukur?


Keistimewaan Islam termasuk mengembangkan syiar Islam seperti membina masjid dan surau sudah termaktub dalam perlembagaan. Namun, kebanyakan surau dan masjid kebanyakannya dibina menggunakan peruntukan wang zakat, walaupun tidak salah jika kerajaan mahu menggunakan wang negara.

Tetapi untuk mengelakkan kontroversi, pemimpin negara hanya menggunakan harta orang Islam sahaja. Tidak kurang yang membinanya melalui kutipan derma dan sedekah hartawan. Apakah beliau masih buta mata hatinya? Jangan pulak kata kerajaan tidak memberikan peruntukan kepada rumah ibadat bukan Islam.


Seringkali saya timbulkan kenapa perlukan bilangan rumah ibadat yang banyak dan bersaiz tinggi dan besar, sedangkan keperluan penganutnya tidak seberapa ramai? Justeru, tidak perlulah gatal tangan membeli dan buka gereja di rumah kedai. Lepas itu salahkan kerajaan kerana tidak membantu membiayainya. Janganlah jadi kafir harbi.

Ketika Perlembagaan digubal, Kerajaan British telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kerja yang terdiri daripada wakil Kerajaan British sendiri, penasihat Majlis Raja-Raja dan pemimpin-pemimpin parti. Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya ini begitu memahami kedudukan Tanah Melayu ketika itu.

Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Walaupun PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas beliau dan ultra kiasu yang lain.


Mereka sengaja tidak mahu sedar bahawa dengan kelebihan ini juga, mereka beroleh keuntungan. Aktiviti keagamaan mereka tidak pernah disekat, malahan mereka bebas untuk mengamalkannya tanpa diganggu-gugat. Sedih juga kadangkala melihat umat Islam sembahyang jumaat berjemur sehingga ke jalan raya disebabkan saiz masjid yang tidak dapat menampung keperluan jamaah. Itupun masih dipertikaikan.

Pertikaian mengenai status agama Islam seolah-olah tiada penghujung walaupun ia amat sensitif. Beliau tidak setuju dengan mata pelajaran agama Islam yang diajar di sekolah dan budaya berdoa ketika perhimpunan seminggu sekali yang tidak sampai tiga minit pun. Terlalu bersifat Islam dan Melayu katanya.

Sekiranya inipun dicabut, apakah yang masih tinggal? Apa guna perlembagaan? Sebagai ganti pelajar bukan Islam boleh mempelajari mata pelajaran bahasa ibunda dan pendidikan moral yang sudah diselitkan serba sedikit ajaran agama lain. Tidak cukupkah lagi? Beri betis nak peha. Satu sahaja yang saya pinta agar beliau dan sekutunya, beramal dengan ajaran agama mereka dengan menjauhi judi, arak, zina, seks bebas dan lain-lain. Barulah aman negara ini.


Cuba siasat silibus mata pelajaran di negeri China dan di India, adakah matapelajaran agama Islam diberikan hak kepada minoriti umat Islam Cina di sana? Sudah tentu tidak. Malah mereka ditindas. Begitu juga di negara barat, berdoa mengikut ajaran Kristian adalah perkara biasa. Umat Islam di sana diam sahaja kerana mereka tahu itu bukan negara asal mereka. Kenapa mahu mempertikaikan bacaan doa dalam sebuah negara Islam?

Adakah dengan amalan doa tersebut, hati orang bukan Islam akan cair lantas memeluk Islam? Benci sungguh beliau terhadap Islam. Doa adalah salah satu amalan budaya orang Melayu Islam. Takkan kita mahu hapus semua identiti pribumi semata-mata mahu meraikan orang lain. Jika begitulah keadaannya, tukar sahaja nama Malaysia kepada Cinasia atau Indiasia. Pelik sungguh species sebegini, tak habis-habis cuba mencabar kedudukan Islam dan pribumi.

Begitu juga dengan Sekolah Missionari yang telah diambilalih oleh kerajaan. Bukanlah menjadi isu besar jika identiti penjajah seperti lambang salib ditukar kepada identiti tempatan. Tidakkah ia perlu diMalaysiakan sifatnya sesuai dengan keadaan masyarakat di sini?

Kenapa masih mahu mengekalkan identiti penjajah? Apakah mengekalkan identiti Melayu atau tempatan bermakna memelayukan bukan Melayu? Apakah kita langsung menolak asimilasi walaupun sedikit? Apakah majoriti langsung tidak ada hak dalam masyarakat minoriti?


Beliau tidak perlu menghantar ‘anak’nya (jika ada anak sah taraf) ke sekolah kebangsaan, jika dia tidak yakin dengan sekolah kebangsaan atau pun mungkin dimelayukan. Kehadiran ‘anak’ beliau tidak diperlukan di sini. Hantar sahaja ‘anak’nya itu ke sekolah di negara asal-usulnya atau ke seberang laut.

Cubalah buat kajian berapa ramai produk pelajar bukan Melayu yang telah berjaya hasil didikan di sekolah kebangsaan peringkat menengah setelah mereka tamat pembelajaran di sekolah vernakular? Tidak juga mereka memeluk Islam melalui amalan doa pagi ketika perhimpunan.


Persoalan juga ditimbulkan mengenai pertubuhan bukan Islam di sekolah seperti yang telah saya tulis dalam Mingguan Malaysia 1 Ogos 2010. Tidak perlu saya ulang. Bacalah. Persoalan kenapa bukan Islam tidak boleh berdakwah kepada orang Islam, bacalah perlembagaan, jangan jadi jahil.

Beliau juga membangkitkan mereka yang memeluk Islam yang dibantu dari segi kewangan. Tidakkah beliau tahu bahawa bantuan tersebut dibuat melalui asnaf zakat, bukan wang sekutu ultra kiasu beliau yang selalu cuba mengelakkan diri daripada membayar cukai? Janganlah terlalu berani mencabar.

Sebenarnya semua perkara yang dibangkitkan itu adalah tuntutan pertubuhan haram Inter- Faith Council (IFC) dan Majlis Peguam satu ketika dahulu. Agama Islam dilabelkan sebagai zalim kerana tidak membenarkan mereka yang memeluk Islam untuk murtad kembali.

Beliau tidak perlu mengambil kes Susie Teoh, Banggarma dan Azlina Jailani (Lina Joey) untuk dijadikan isu. Kes mereka ini agak rumit disebabkan oleh perancangan jahat tangan di belakang dan orang seperti beliau. Islam tidak benarkan seseorang itu setelah memeluk Islam, keluar sewenang-wenang ibarat kedai kopi.

Inilah yang membezakan antara Islam dengan agama beliau. Lagipun kita tidak pernah memaksa bukan Islam memeluk Islam. Tetapi setelah memeluk Islam, mereka tidak boleh boleh keluar sesuka hati. Kehormatan Islam mesti dipelihara baru ada beza dengan beliau. Jika tidak Islam sama sahaja dengan agama lain. Beliau sebut sahaja tiga isu murtad ini, saya sudah dapat tangkap niat jahat di sebalik perkara ini dibangkitkan.


Umat Islam menghalang Azlina Jailani murtad kerana bercanggah dengan perlembagaan persekutuan perkara 160 (2) mengenai definisi Melayu dan Islam. Azlina bukan lagi Melayu setelah keluar Islam sebab Melayu mesti beragama Islam mengikut perlembagaan. Maknanya, Lina sudah tidak ada bangsa. Maka dia sudah tidak layak bermukim di bumi tercinta ini sebab bangsanya telah tiada.

Beliau juga mengambil berat tentang adik saya yang turut memeluk Islam. Terima kasih. Adik saya memeluk Islam kerana beliau banyak mengkaji Islam selain daripada melihat contoh abangnya seperti saya. Oleh kerana adik saya tidak anti Islam, beliau sanggup duduk dalam kelas untuk belajar agama Islam kerana minat yang amat mendalam terhadap Islam. Pada saya elok juga beliau dan sekutunya belajar sedikit tentang agama majoriti ini untuk mengelakkan salah faham, daripada terus menyakitkan hati orang Islam dan menghina Islam.

Cuba kita bandingkan bagaimana keadaan orang Islam yang tinggal di kawasan majoriti bukan Islam. Toleransinya amat tinggi. Umat Islam tidak menimbulkan masalah kepada bukan Islam, kecuali haknya diambil dan mereka ditindas, seperti yang berlaku di Selatan Thai, Filipina dan Palestin. Melayu Islam di Singapurapun tidak bising-bising walaupun tanahair mereka dirampas. Mereka duduk diam-diam sahaja, walaupun hak Islam dan Melayu mereka semakin hari semakin dicabut dan terhakis serta dicairkan oleh orang sekutu beliau.

Lihatlah toleransi kita di sini. Pada saya kerana Melayu memeluk Islam 600 tahun lalulah yang menyebabkan orang bukan Islam boleh hidup senang-lenang di bumi bertuah ini. Nilai-nilai Islam mengajar orang Melayu supaya menjaga hak bukan Islam dan jangan menganiayai mereka.

Andainya orang Melayu tidak memeluk Islam, apakah nasib bukan Melayu akan menjadi seperti umat Islam di negeri China atau di India, yang begitu tertindas dan teraniaya? Sebenarnya Islamlah yang melembutkan hati orang Melayu untuk menerima orang bukan Melayu di negara ini. Justeru, janganlah kedudukan Islam itu diungkitkan dan disalahkan kerana ia amat menghiriskan hati kami.


Dr. Mohd Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Pensyarah Kanan, Kumpulan Penyelidik Politik dan Peradaban Islam, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, merangkap Setiausaha Agong, Dewan Perdagangan Islam Malaysia. Penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis

26 comments:

Anonymous said...

AKU cabar cina kafir harbi ni klu x puas hati dgn kerajaan malaysia sila berambus dari sini....pergi dok kt hong kong atu tanah besar china sana......jgn nak menyalak je........aku sokong dr ridhuan tee....

ahaa said...

Memang hebat dan terasa malu dengan Dr Ridhuan Tee kerana diri melayu ini tidak dapat berhujah mempertahankan hak melayu sebaik beliau!

Anonymous said...

SYABAS DR RIDHUANN!!..AKU KAGUM DGN KEBERANIAN DIA BROO!. SAPE2 YG X DPT TERIMA HAKIKAT TU BAIK TERJUN BANGUNAN LAAA HUHUHU

Anonymous said...

baru baca artikel ni dalam utusan.. mmg sangat sesuai utk tantapan golongan yg tatau bersyukur

Anonymous said...

Pendapat Dr. amat saya hargai.... terima kasih.... pendapat itu boleh kami anggapkan pendapat keseluruh bangsa melayu.....

Anonymous said...

Sy bnyak mengikuti tulisan sdr Ridhuan Tee ini.. walapun sy masih muda.. tapi tulisan beliau membangkitkan semangat sy selaku melayu dan seorang islam..

kalau bkn melayu bleh membuat sesuatu untuk membantu saudara seagamanya apa yg org-org PAS boleh buat utk bantu saudara SEBANGSA DAN SEAGAMA-NYA juga??

Anonymous said...

Bro GAP... hari ada problem plak nak akses GAP.. ada warning page malware dari link khairul-hadfiz-alkhair,blogspot.com. Leceh ler!

kingnek said...

artikel yang sangat pedas dan hebat, syabas Dr Ridhuan Tee

Aku hairan, orang yang masuk Islam lebih semangat membela Islam dari orang Melayu kita sendiri, lemah sangat nak selamatkan bangsa, agama dan negara

Dr Ridhuan Tee adalah contoh orang Cina Muslim yang perlu diikuti, bukan ada seorang 'khalifah' di sebuah pulau tu, dahlah kafir harbi, berani nak disamakan dengan seorang zuhud dan warak seperti Khalifah Umar Ibn Aziz

Jawab lah di akhirat nanti wahai pengkhianat semua, azab akan mengena kamu dan tiada tempat untuk kamu berlindung kerana Allah SWT amat berkuasa!

Gerakan Timur said...

Thumbs up!!! Bernas. Kita kena terus support orang yg berpijak di bumi yang nyata mcm dr. ridhuan tee ini!!!

Allahuakbar!!!

Anonymous said...

aku penah post kan article saudara ridhuan di forum yg mod nya cina.semua cina kutuk saudara ridhuan dan hina beliau.mereka kata ridhuan bukan lagi cina dan telah masuk melayu.tapi yg ironinya,bila bercakap pasal zaid ibrahim atau anwar pulak,puak babi mata sepet ni menjulang 2 ekor pemimpin pembangkang ni kerana menghina bangsanya sendiri.memang dasar babi sondol lagi sundal bangsa cina ni.tak ubah mcm yahudi.

Anonymous said...

Syabas Dr. Ridhuan Tee....tulisan anda meningatkan pd diri sy sendiri supaya sentiasa tegak memperjuangkan syariat Islam...

Anonymous said...

TAHNIAH, SYABAS, DAN TERIMA LASIH DOKTOR KRN BEGITU IKHLAS DAN BERNAS MENGUPAS AL HAQ. ORG MELAYU YG MENGAKU MEMPERJUANGKAN AGAMA ISLAM SENDIRI PUN TIDAK MAMPU ATAU TIDAK MAHU MENGUPAS PERSOALAN DGN BEGITU DETAIL DAN TEPAT.

Anonymous said...

Tak ramai orang Melayu Islam yang berani tulis macam ni

Anonymous said...

Tahniah Dr..
Satu kupasan isu yg amat bernas & menarik..Apa yg sy harapkn, Dr Ridhuan akan terus berjuang utk memartabatkn agama Islam & kepentingan Melayu di bumi bertuah ini..Puak juak Ultra Kiasu ini perlu, harus, wajib diajar ttg bagaimana mghormati umat Islam & Melayu di bumi bertuah ini..

"(Melayu Islam)"

Anonymous said...

Alangkah seronoknya jika kepimpinan negara juga membaca artikel ini.. Mengapakan terlalu banyak sangat berpolitik, susah sangat ker pihak kepimpinan negara bercakap seperti Dr Ridhuan supaya bangsa-bangsa lain tu tidak ler mengganas meminta yang bukan-bukan.. Masa ni ler teringat zaman Dr M.. masa tu depa tak berani pun..

shleep said...

salam, saya setuju dengan pendapat tuan. "straight to the point"

aNakDeGiL said...

Patut baca kat sini gak---->www.ragam1Malaysia.blogspot.com

Anonymous said...

Indahnya jadi muslim. sanggup memberi dari meminta. ALLAH MAHA BESAR.

fan said...

sebagai Melayu jadi malu pulak dengan Dr Ridhuan ni..dia begitu berani berkata-kata sedangkan melayu sendiri takut nak bercakap mcm tu.. ish..insaf sungguh dibuatnya...

Anonymous said...

support dr. ridhuan tee..klu smua org berpijak di bumi nyata mcm beliau.,aman negara ni

Anonymous said...

Bagus Dr Ridhuan... dan tahniah kpd penulis.... Hidup ISLAM...rajin2 lah membaca blog - asalusulorangmelayu.wordpress.com

Unknown said...

seharusnya kita melayu merasa malu dengan Dr Ridhuan , beliau menulis sebagai seorang Islam ..sekaligus membela melayu , dengan lantang dan pedas mengkritik bangsa Cina yang nyata tidak sedar diri !

malangnya ada ribuan melayu goblok yang mengatakan isu kebangsaan bukan ajaran Islam , bahawa di padang mahsyar besok Allah tak tanya apa bangsa kamu ! itu alasan puak2 PR yg benggong !

lalu mereka memperlecehkan kepentingan masa depan bangsa sendiri , mereka memandang nasib bangsa sebagai perkara enteng , yang tdk perlu dibahas dan difikirkan !

Tahniah DAP yang berjaya membodohkan Melayu , takziah pada melayu yang dengan rela dirinya diperanjingkan ..tunggulah masa anda jadi anjing gelandangan mengemis tepi longkang

kasim said...

Sebab itu tok nenek kita dah kata Melayu itu Islam walau Islam itu tak semestinya Melayu.Orang Melayu yg tidak beragama atau keluar dr Islam sudah tidak dianggap Melayu.Melayu itu nama khas untuk bangsa nusantara yg beragama Islam.

Sebab itu juga istilah 'masuk Melayu' timbul.Tidak langsung bermaksud ada agama Melayu seperti yg cuba diputar belitkan oleh sesetengah pihak(wahabi agaknya),tapi orang2 Melayu dulu menganggap saudara2nya dr bangsa lain yg telah memeluk Islam dan mengamalkan adat budaya dan bahasa tempatan sebagai Melayu juga.Ini untuk mewujudkan satu 'bangsa muslim' yg tidak mengira warna kulit yg digelar Melayu.Sebab itu kita boleh melihat Melayu yg pelbagai rupa,rupa India,rupa Cina,rupa Arab,rupa mat salleh tapi mengaku Melayu belaka.

Itulah keunikan Melayu Bani Jawi.

Sebenarnya Dr Ridhuan Tee lebih Islam dan Melayu dari kebanyakan orang2 Melayu dan Islam baka di Tanah Melayu ini.Syabas dr!

Anonymous said...

korang ni. aku x paham la.btul ke UMNO jadikan malaysia ni negara islam? gejala sosial makin teruk, buang anak xterkira dah,dedah aurat jgn cakap la. penzina nak diselamatkan, hudud ditolak. kalu wat hukum hudud sape tg brani berzina. dah tu sistem perbankan ada unsur riba, utang 10 ribu bayar 16 ribu.dan mcm2 lagi la, penat nk taip bnyk sgt. negara islam ke mcm tu. melayu? toksah ckp la.. dari aku celik mata smpai skang mmg melayu mundur setelah 50thn BN perintah.mmg org cina monopoli.dari blom ada pkr pon melayu dh sengkek. hah apa lagi jom kita tukar kerajaan pakatan la. kalu xde perubahan kite tkr kerajaan lain pulak. REFORMASI.

Anonymous said...

Anon 1:57 diatas bercakap macam budak tadika , nampak sangat ketaksuban pada PKR dan anwar , fikiranya cuma sehala tak mampu berfikir dari sudut lain , inilah contoh melayu yang cuma tahu cakap , cuma tahu nganga dan disuap makan minumnya 24 jam ,

Hudud ? dulu PAS kata keutamaan , sejak nikah dgn DAP dan PKR ubah jadi bukan keutamaan pulak ! dan sebenarnya hudud tidak ada pun dalam perlembagaan PAS , cuma gimik je , cakap je buatnya tidak .

gejala sosial ? apa sumbangan PAS, PKR dalam membantu kerajaan , NGO membanteras gejala ini ? bukankah dalam hadis mengatakan mengubah dgn tangan , mulut , hati ? jgn la hanya tahu cakap dan kutuk tapi sehelai bulu roma tak membantu , anak2 PAS khalwat salahkan kerajaan , ahli PAS makan dadah salahkan kerajaan , lojik ke ?

Masa ini bukan masa utk melayu bergaduh , menuduh kafir pada saudaranya ..tapi memuja si kafir malah menyamakan dengan khalifah Omar abd aziz, ini masa melayu harus memikirkan nasib bangsanya yang semakin ditekan dan terpinggir , ketika lain terus berusaha untuk memiliki negara ini , melayu masih dengan hasad dengkinya , dendam kesumatnya ,dengan ego riak dan takaburnya mengaku dipastikan syurga padanya ,
jangan sampai esok menang sorak kampung tergadai , jgn sampai sejarah melaka berulang , sejarah Aceh dan Pattani jadikan panduan , kita tdk mampu kehilangan lagi !!

fs said...

dr ridhuan tee a good informer.. kalau ada pemimpim negara mcm dia baiknya...