Thursday, September 30, 2010

KULI PENGARAH PILIHANRAYA GALAS .

ini dinamakan bijak. walaupun kuli dinamakan sebagai pengarah pilihanraya dun galas, namun pengumuman ini umpama satu hayunan penumbuk dah singgah kat muka pas kelantan.

ide ini sama seperti mengulangi kejayaan strategi bagan pinang. 

namun bagi aku lebih baik jika kuli sendiri dijadikan calon umno untuk prk dun galas. apa fikir kamu ?
KUALA LUMPUR 29 Sept. - Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO/BN untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO hari ini. 

"Dengan restu Presiden (UMNO) Datuk Seri Najib Tun Razak, saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional. - Bernama

4 comments:

Anonymous said...

mahyuddin takut umno kalah ke....pengarah pilihan raya itu kerja dia sebagai timbalan presiden umno.....silap mata kot ...idea selamatkan diri....

Anonymous said...

Kepada semua pengundi di Galas sebarkan semua artikel dan risalah blog AIDC, GAP dan yang lain dalam bentuk CD, cetakan bergambar dan sebagainya....sebarkan kepada semua dan Galas adalah pemula pada semua maklumat pengkhianat melayu PAS dan PKR....SEBARKAN....!!!

Anonymous said...

kalu umno kalah gak kat galas.. aku nak gelak kaw2 punye.. ha3.

Anonymous said...

kuli boleh jadi mb kelantan dan latih tenaga baru. dia banyak pengalaman. jangan lupa diri. lupa umno dah le. aku sokong dia jadi calon galas.