Friday, September 17, 2010

ZAINI HASSAN BALUN LEE KUAN YEW (DAP)


LKY masih berkata matahari itu berwarna hijau!

SAYA amat tertarik membaca temasekreview.com - blog mengenai Singapura yang setaraf The Malaysian Insider. Ia amat kritikal terhadap kerajaan, parti pemerintah negara itu, terutamanya terhadap menteri mentornya, Lee Kuan Yew, 87.

Ada entrinya berkisar mengenai Lee Kuan Yew (singkatan: LKY atau di republik itu dikenali sebagai MM Lee) yang dikatakan pernah membuka dan menawarkan hak penduduk tetap (PR) dan kewarganegaraan kepada 'bakat-bakat dari luar' terutamanya terdiri daripada rakyat China dari Republik Rakyat China.

Strategi beliau mungkin untuk mempastikan penguasaan 75 peratus rakyat Cina Singapura dan juga berusaha meningkatkan keturunan India di republik itu. Mungkin LKY sedang merancang untuk memastikan orang Cina jenis PAP terus menguasai pulau itu untuk selama-lamanya.

Dari segi geopolitik, rancangan LKY itu cukup sempurna dan amat baik sekali. Orang yang diberi taraf itu sudah tentu akan terhutang budi dan memastikan PAP terus berkuasa.

Ia sama seperti apa yang dilakukan semasa zaman Tunku Abdul Rahman yang menganugerahkan hak kewarganegaraan tanpa syarat kepada lebih sejuta orang Cina dan India pada masa itu. Orang Melayu di zaman itu sanggup mengurangkan majoriti mereka dari 80 peratus kepada 60 peratus - yang kesannya kekal sehingga ke hari ini.

Tidak pasti apakah strategi LKY juga meliputi usaha untuk meningkatkan orang Melayu melalui pemberian hak kewarganegaraan dan PR kepada keturunan dari kepulauan Melayu (the Malays jungle) yang mengelilingi negara pulau itu?

Namun, melihatkan senario di atas kertas, ia mustahil akan berlaku?

Mengikut sejarahnya, penduduk asal Singapura atau Temasik adalah terdiri daripada keturunan Melayu, Bugis, Jawa, Boyan dan spesies etnik lain dari alam nusantara ini.

Di masa strategi itu amat dipuji oleh saintis politik sebagai bijak, ia sebaliknya tidak berlaku di negara seberang tambak, Malaysia.

Geopolitik di Malaysia menjadi sebaliknya. Penguasaan orang Melayu yang menjadi induk kuasa negara itu semakin terhakis. Di sesetengah negeri yang dikuasai pembangkang, kuasa bangsa dominan negara ini sudah hilang. Di Selangor yang kononnya diperintah oleh orang Melayu, tangan-tangan ghaibnya ialah orang lain, begitu juga di Perak dulu (sebelum diambil alih) dan tidak perlu cakaplah di Pulau Pinang - ia 100 peratus bukan hak puak dominan negara ini.

Tidak pasti apakah kerajaan Malaysia pun melakukan strategi yang sama seperti LKY dengan memberi banyak PR dan kewarganegaraan kepada rakyat yang seketurunan dengannya?

Apakah itu boleh berlaku? Sekarang pun sudah ada usaha di kalangan hantu-hantu raya yang mahu hubungan Malaysia dan Indonesia, yang mempunyai lebih 250 juta umat yang bercakap bahasa Melayu, diperkotak-katikkan.

Apakah ada pihak yang amat-amat takut sekiranya hubungan Malaysia dan Indonesia menjadi begitu akrab? Presiden Susilo (SBY) sebenarnya amat maklum mengenai perkara itu. Beliau tahu dari segi geografi politik serantau, kuasa Malaysia dan Indonesia amat besar dan berharga.

Kedua-dua kuasa itu jika digabungkan secara strategik, tersusun dan terancang akan menjadi kuasa ekonomi dan kuasa politik yang amat besar. Hal itu turut diakui oleh Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu.

Malaysia dan Indonesia jika digabungkan atas semangat serumpun berjumlah lebih suku bilion. Ia adalah satu demokrasi terbesar di rantau Asia Tenggara. Ia bercakap satu bahasa, dan mengamalkan agama yang sama serta sedikit sebanyak mengamalkan adat resam dan budaya yang sama.

Berbalik kepada otak LKY itu, strategi beliau itu amat baik untuk Singapura. Republik itu mahu memastikan penguasaan Cina di negara pulau itu terus kekal, terutamanya dalam pilihan raya negara itu akan datang. Lebih daripada itu, LKY mahu pastikan partinya PAP terus berkuasa selama-lamanya.

Jika di Malaysia - sudah banyak orang Melayu dan DAP (parti adik-beradik PAP) mahu melenyapkan BN dan UMNO dalam pilihan raya akan datang. Tapi untuk republik itu, DAP mahu PAP terus memerintah?

DAP dikatakan amat akrab dengan PAP, yang turut difahamkan menjadi penasihat kepada kerajaan Pulau Pinang.

Apakah Singapura yang selama ini amat berjaya mengekang penguasaan politik pembangkang di negara itu sudah mulai bimbang? Di atas kertas sekali lagi, parti politik pembangkang di Singapura tidak sebebas di Malaysia.

Di republik itu, tidak ada pemimpin pembangkang yang berani angkat muka - tidak seperti yang kita alami di Malaysia sekarang. Jika angkat muka, mereka akan disaman sehingga bangkrap.

Nampaknya, dari segi demokrasi, kita amat bebas. Internet bebas kata apa sahaja, pembangkang bebas kata apa sahaja, pembangkang juga bebas menyaman mana-mana media arus perdana yang cuba mengancam atau mengkritiknya. Itulah juga yang dilakukan oleh LKY ke atas media asing, membabitkan saman bernilai multi-juta dolar.

Kita di Malaysia memang terkenal cukup bebas. ISA pun kini jarang-jarang digunakan kerana ia tidak demokratik. Cuit minggu lalu yang menyokong ISA telah dihentam oleh The Malaysian Insider dengan memetik pelbagai suara pembangkang. Kata mereka saya cuba mengapi-apikan rakyat.

Nampak gayanya pihak pembangkang di Malaysia kini cukup happy dan relaks. Malaysia cukup bebas untuk melakukan apa sahaja. Momentum mereka semakin hari semakin hebat.

Di Singapura semua di atas tidak berlaku. LKY tidak percaya kepada kebebasan mutlak. Malah seorang yang menghantar komen dalam blog itu menyifatkan PAP is totally about greed and power. Tapi, ironisnya ia diiktiraf sebagai negara yang baik dan parti yang baik oleh pihak pembangkang Malaysia, terutamanya DAP.

Dalam interview terbarunya dengan New York Times (NYT), LKY turut menceritakan kesedihan dan kekesalannya kerana dipaksa keluar (turfed out) dari Malaysia. Namun dalam kesedihan, beliau gembira kerana:

"Kami tidak seperti golongan majoriti yang menyisihkan (squeeze) minoriti, kerana semasa kami menjadi majoriti, kami telah memastikan apa sahaja keturunan kamu, bahasa dan agama kamu semua setaraf... orang Melayu kami berpendidikan Inggeris, mereka bukan lagi seperti Melayu di Malaysia dan kamu boleh melihat mereka adalah yang pakai tudung kepala, tapi begitu moden sekali."

Cuit pernah menulis mengenai isu ini. Sistem politik dan pemerintahan di Malaysia dan Singapura sama sahaja, tapi ia terbalik. Di Malaysia (setakat ini) Melayu yang menguasai birokrasi kerajaan, sebaliknya di Singapura ialah kaum Cinanya. Adalah sedikit kaum India di sana yang diberi jawatan tinggi, mengatasi orang Melayu.

Tapi bagaimana pula dengan orang Melayu Singapura? Alasan popular yang mereka berikan ialah meritokrasi. Jika orang Melayu sana tidak layak, mereka tidak layak dan bukan dipinggirkan.

Tapi hakikatnya di Malaysia, Cina menguasai segala-galanya. Dalam birokrasi kerajaan, orang Cina Malaysia tidak begitu berminat menyertainya kerana mereka lebih berjaya di dalam sektor swasta yang dikuasai oleh orang Cina.

Oleh itu, Mr. MM Lee, apa bezanya dan mengapa perlu anda bersedih?

Beliau turut sedih dan kesal apabila Singapura dipaksa keluar dari Malaysia kerana jika ia tidak berlaku mungkin situasi antara kaum, katanya akan diperbaiki secara lebih holistik.

"Sekarang kita mempunyai Malaysia yang begitu berpecah-belah (polarised). Melayu, Cina dan India di sekolah yang berbeza, hidup secara berpisah dan tidak baik antara satu sama lain.... ia amat buruk untuk kami sebagai jiran terdekat."

Kita setuju dengan perkara itu. Di Singapura, LKY pastikan tiada sekolah Cina dan India, tapi di Malaysia kami membenarkan ia wujud, sehinggakan orang Cina Malaysia tidak mahu sistem itu diubah dan ditukar untuk selama-lamanya.

Sudah tentu Mr. MM Lee lebih arif, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mempunyai sistem sekolah Cina dan Tamil.

Oleh itu, wahai Mr MM Lee, mengapa perlu bersedih? Mungkin juga beliau bersedih kerana Malaysia tidak mengikut caranya dulu menghapuskan sistem sekolah Cina dan menukarkannya kepada satu sistem kebangsaan.

LKY juga menurut blog temasekreview.com didakwa turut menggunakan sentimen berbau rasis untuk mengekalkan kuasa politiknya. Dalam wawancara itu beliau bercakap mengenai soal politik negara itu dan kebimbangannya dengan orang muda yang tidak lagi mahu bercakap mengenai kaum, bahasa dan agama.

Dalam satu petikan wawancara NYT tersebut yang dihentam oleh blog itu, LKY berkata: ''...Cara paling mudah untuk mendapatkan undi majoriti ialah: 'Undilah saya, kita orang Cina, mereka ialah orang India dan mereka ialah orang Melayu'. Maka, masyarakat kita akan berpecah. Kalau kita tiada masyarakat yang bersatu, anda tidak boleh maju."

Ternyata, kenyataan LKY itu tidak disenangi oleh rakyatnya sendiri. Mereka menuduh LKY membuat kenyataan berbau rasis, apabila beliau menyentuh mengenai ras-ras itu.

Namun hakikatnya, jika kita baca blog itu, Singapura sebenarnya bukanlah seperti yang kita sangkakan, atau yang DAP dan pembangkang di sini sangkakan. enentangan terhadap kerajaan PAP yang gemar bermain dengan sentimen kecinaan dan perkauman bukan semua yang suka.

Seorang pengulas memberi komen: "Mungkin dia (LKY) terlalu pesimistik... Begitu banyak negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, tidak nampak atau dengar pun mereka berpecah-belah. Biarlah optimistik sikit."

Pengulas yang lain pula menukar kata-kata LKY itu menjadi: Cara untuk mendapatkan undi ialah: 'Undi keluar PAP, Singapura untuk rakyat Singapura!"

Lebih menarik seorang lagi pengulas: "MM Lee, tolong jangan ancam kami! Adakah anda mengapi-apikan 'keganasan'. Kami orang Singapura asli adalah bersatu, walau berbeza bangsa dan agama. Orang Singapura sebenar adalah bijak, merendah diri, disiplin, ramah dan bertolak ansur...

"Apa yang kamu sebut sebagai bakat dari luar, yang kamu benarnya ke dalam negara kami yang aman ini, tidak lain hanyalah pengacau - ia hanya baik untuk PAP."

Seorang pengulas yang tidak makan dengan wawancara LKY itu menyebut, sekarang beliau tidak boleh lagi berkata, "Matahari itu berwarna hijau!" Membaca wawancara LKY itu, kita tidak pasti apa motifnya menceritakan kesedihan beliau berhubung pemisahan Malaysia-Singapura.

Semua orang tahu, LKY seorang strategis Singapura yang hebat.

Menurut entri terbaru Tun Mahathir, chedet.com.cc: "Jika Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia, PAP pastinya akan memperkenalkan politik bukan perkauman (non-racial), kerana bersama-sama Cina Malaysia, PAP akan mendominasinya secara etnik dan menguasai politik Malaysia. Tiada penentang yang akan dibiarkan dan pastinya tiada siapa yang berani untuk bercakap apa-apa mengenai siapa yang memerintah negara itu."

Persoalannya, apakah LKY bercita-cita besar mahu melihat Malaysia-Singapura digabungkan semula? Tidak mustahil. Jika DAP dan konco-konconya berjaya menguasai negara ini kelak, ia tidak mustahil boleh berlaku.

Pada masa itu Singapura akan menjadi Singapura Raya.

10 comments:

Anonymous said...

Seandainya saudara zaini hassan membaca komen ini, ketahuilah saya menghormati anda dan anda sebenarnya lebih jantan dari hisyamudin.

Anonymous said...

Sdr GAP. Tuan kena datang ke Banting untuk ambil ganbar banner besar PKR. Sejak dua hari lepas dua gambar pada banner itu telah ditutup. Rupa-rupanya pembunuh Datuk Sosilawati orang kuat PKR.

usin said...

brader gap, MM Lee adalah pakar strategi. camane dia merancang adalah berkaitan 10 - 20 thn mendtg. aku setuju zaini hassan balun MM Lee. bukan apa, sekurang-kurangnya kalau x bnyk, sikit ada memberi kesan negatif pada perancangan MM Lee utk s'pore. sikit2 ganggu la bro. pada hemat aku, situa tu bukan pikirkan s'pore semata2, ttp menyasarkan tanah besar semenanjung utk s.pore raya akan dtg. bongkar beb, bongkar..

Anonymous said...

Sekarang yang paling penting ialah memikirkan langkah terbaik untuk menaikkan percentage penduduk Melayu di Singapura lebih tinggi merentasi tahap national.

Anonymous said...

Anon 10:44. aku dok banting. kat mana lokasi yg ko nampak banner tu?

Tai said...

Tahniah encik atas pendedahan ni. Lee cina celaka. Cina haprak.

Anonymous said...

punye gedabak..

Anonymous said...

Dah tiba masanya RAKYAT DI SINGAPORK MENGHIDOPKAN DEMOKRASI YG TELAH LAMA MATI.. PEMBANGKANG MALAYSIA TAK JOINT KE PEMBANGKANG SINGPORK ATAU DAH TRHUTANG BUDI SANGAT2 PADA KERAJAANYEK

Anonymous said...

Anon, banner tu kat pejabat PKR depan ibu pejabat polis. Dua imej sudah ditutup. Tapi semalam hujan lebat nampaklah balik imejnya. Siap ada nama sekali.

Anonymous said...

i think u should've highlighted the issues that are worrying the singaporeans which cut short is that their 'bumi's are being threatened by foreigners. Which to me is friggin ironic seeing that their current bumis did the same thing to the previous bumis.

as for malaysia, where is malay leadership?

ketuanan bukan lagi isu semasa, orang melayu mahu pemimpin yang cekap dan amanah, bukan flip flop seperti sebelum ini dan bukan rasis yang sebelum sebelumnya,

kembalilah semangat46, hamik nko itu seorang tokoh!

tapi dapat satu calon jer, kenape?

apa kata tuan blog highlight element malay leadership dalam umno, siapakah tokoh yang boleh kami orang melayu berdiri megah tanpa segan silu memekik HIDUP MELAYU!

pkr tuh gi mati la dia, aku nak tau sape tokoh dalam umno sekarang yang boleh kita angkat dengan megah dan bangga tanpa bisik bisik yg berbau rasuah dan menjadi bini bertelor.

siapa? mana? takde?

habistuh?!

takkan nak berparang lagi kot?

pfffffffffffffffft

as for globalization? search 'alex jones' to see what u must in the globalist's agenda.