ulangan pertempuran mini pru akan bermula sekali lagi. prk dun galas nampak lebih menjadi tumpuan daripada prk parlimen di sabah nanti.
kenapa galas akan lebih top ? kerana ia pertembungan umno vs pas. ada pelbagai andaian dan mainan spin dilakukan oleh spin king. semuanya bermatlamat hanya satu, menumbangkan lawan dan seterusnya memiliki kemenangan moral yang besar untuk diusung pada pru ke 13 nanti.
prk galas wajib diberi tumpuan khasnya oleh pimpinan tertinggi umno.
pertamanya tentang isu calon. rakyat bawahan melihat jika strategi bagan pinang diulang maka peluang untuk umno menang besar tampak lebih mudah.
apa rahsia bagan pinang ? umno menang kerana pilihan calonnya cukup tepat. ts isa samad boleh kenal anak tempatan sampai ke tahap boleh teka anak mana daripada keluarga itu dah habis belajar universiti. ini contoh simplistik, kata orang jawa isunya ringan-ringan.
bagi aku untuk memudahkan laluan kemenangan umno sewajarnya Ku Li selain diletakkan sebagai pengarah pilihanraya dun galas, dia juga selayaknya menjadi calon umno yang akan berentap dengan pas.
dia adalah ketua bahagian gua musang paling lama, sejak tahun 50an lagi. sekarang ini masih lagi memegang jawatan ahli parlimen sejak 20 tahun yang lalu.
kerja ground work untuk kesemua petugas umno akan menjadi lebih mudah sewaktu kempen berlangsung. baik pimpinan,bloger hinggalah kepada wanita peraih undi. nama dan branding Ku Li itu sendiri sudah amat laku di gua musang.
aku berada di sidang akhbar Ku Li di klia tempoh hari. itulah pertama kali aku bersalam dengan beliau dan saat itu jugalah buat pertama kalinya aku mendengar dia bercakap.
ya aku akui aku pernah balun Ku Li semasa beliau duduk sepentas dengan pas pis pus dalam isu royalti minyak. aku mintak maap banyak-banyak kerana mengehentam Ku Li. aku gentleman, kalau salah aku mintak maap secara public. aku takkan lari ke kedutaan turki kalau aku buat silap..hahaha
isu royalti minyak sememangnya satu blessing yang cukup baik kepada umno. lebih baik bilamana Ku Li sendiri telah menjerat pas nik ajis,husam dan seluruh pimpinan pas kelantan.
Ku Li sebenarnya telah menjerat pas pada malam ceramah royalti minyak di kota baharu. melalui ceramah itu,perlaksanaan lanjutan iaitu membawa kes royalti minyak ke mahkamah telah dilakukan oleh pas.
itulah kuasa tuhan, pabila secara spontannya galas kematian wakil. pas sudah tidak boleh membawa isu royalti ini dalam mana-mana ceramah politiknya selepas ini. bahasa jawa ada menyebut, ini contempt of court.
adakah pas akan berceramah mengenai isu hudud ?
Ku Li adalah alternatif terbaik untuk memenangkan umno dalam prk galas. apa pendapat anda ?
10 comments:
GAP
I TAK SETUJU.
che pearl
gap terima pendapat che pearl. mungkin che pearl ada nama2 lain yang boleh dicadangkan ?
GAP
i TAKDE nama sesiapa pun. but Ku Li? hmmmm entah lah just not so close to my heart kot ;)
p/s: im sure ada anak tempatan lain yang berpotensi yang boleh dijadikan calon. Someone new, fresh, young and clean.
Just like Kamalinathan hari tu kat Hulu Selangor.
you know better than me :D
kalau takde calon lain. Time to question UMNO kelantan what happen?
sapa pun calon dia, tlng habaq kat UMNO jgn sekali2 suruh KJ sua muka kat situ, kalo boleh cakap kat dia xpayah la dtng kelantan...
Yat,
hahaha
high five! euewwww! never like KJ
Aku pun tak setuju Ku Li dicalonkan, tapi bukan beralaskan alasan PAS yg bodoh tu..
Tp aku setuju calaon yg hendak diletak mestilah calon pilihan Ku Li. Ku Li mesti diberi 100% kuasa utk memilih sesiapa yg dia suka.
Meletak Ku Li sama seperti meletak Dr Mahathir sbg calon Adun. Stature kedua2nya sangat tinggi, dah sampai tahap NEGARAWAN. Tak hina kalau mereka bertanding sbg calon Adun sbg mana tuduhan PAS, tapi perlukah seorang Negarawan menjadi calon Adun?
ku li perlu diberi kuasa penuh untuk pilih siapa calon...
and no more projek mee magie dari kerajaan.
menang baru buat projek..
Itu kena tanya akar umbi dan rakyat didun galas siapa calun BN/UMNO yg mereka suka jangan tanya pemimpin tertinggi UMNO mereka tak tahu siapa calon yg paling dikehendaki olih pemilih di dun galas yg bolih membela nasib rakyat di galas ikut contoh di bagan pinang TPM sendiri yg tanya pada rakyat dan akar umbi umno di bagan pinang siapa calun yg mereka mahu TS Isa Samad maka Ts Isa samad lah calun nya menang bergaya tak salah kalau Ku Li bertanding kalau akar umbi dan rakyat mahu Ku Li biar saja Ku Li bertanding itu ada lah pilihan rakyat di galas dan seterus nya ke PRU 13 untuk merampas balik kelantan dari pas.
Itu kena tanya akar umbi dan rakyat didun galas siapa calun BN/UMNO yg mereka suka jangan tanya pemimpin tertinggi UMNO mereka tak tahu siapa calon yg paling dikehendaki olih pemilih di dun galas yg bolih membela nasib rakyat di galas ikut contoh di bagan pinang TPM sendiri yg tanya pada rakyat dan akar umbi umno di bagan pinang siapa calun yg mereka mahu TS Isa Samad maka Ts Isa samad lah calun nya menang bergaya tak salah kalau Ku Li bertanding kalau akar umbi dan rakyat mahu Ku Li biar saja Ku Li bertanding itu ada lah pilihan rakyat di galas dan seterus nya ke PRU 13 untuk merampas balik kelantan dari pas.
Kalau KU LI la calonnya dan menang pula, baru isu berkaitan royalti minyak utk kelantan dpt terus dibangkitkan di parlimen..barula kelantan dapat maju mcm negeri lain..
Post a Comment