Monday, October 11, 2010

PAS KEDAH VS KEDAH PAS..

 PAS Kedah sebelum ini dikatakan PAS paling kuat di Malaysia. Tapi kenapa sekarang ni macam banyak masalah je??? Ini dia dua masalah besar PAS Kedah :

1. 14 AJK Pas letak jawatan
 
Pada 2 Oktober lalu, Seramai 14 ahli jawatankuasa (AJK) Pas Kawasan Pendang termasuk Yang Dipertuanya, Abd. Rahim Abd. Rahman telah meletak jawatan. Mereka ini letak jawatam selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan kerajaan negeri yang gagal menyelesaikan masalah dibangkitkan mereka. 
Selain Yang Dipertua Pas Pendang, turut meletak jawatan ialah Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Penerangan dan 10 orang AJK. 
AJK terbabit bertindak demikian selepas berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk membangkitkan beberapa masalah dan mengemukakan cadangan. 
Bagaimanapun, AJK berkenaan mengumumkan peletakan jawatan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Pas Pendang selepas mendapati kepimpinan negeri masih gagal memenuhi permintaan mereka. 
2. Ahli Pas yang berdemontrasi hari ini, bukannya ahli UMNO.
Kira-kira 30 anggota PAS hari ini telah mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah. Mereka berdemontrasi bagi membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang bermula 1 Oktober lepas.
Antara ahli PAS yang terlibat ialah Bekas Ketua Pemuda PAS Kedah, Abdullah Hashim yang merangkap wakil Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Isu Air. Juga individu-individu lain seperti bekas Setiausaha PAS Cawangan Sungai Limau, Mohd. Najid Fahami Yahaya, bekas Setiausaha Kerja PAS Kedah, Md. Noor Abd Rahman dan bekas wartawan Harakah Kedah Zainun Ismail.
Semuanya orang PAS. Mana ada UMNOnya..

15 comments:

Anonymous said...

nanti kata orang UMNO yang buat, yang suruh, yang taja, yang sponsor nasi goreng.
baru la ni kut depa tau, ustaz hampeh bila mentadbir. Banyak yang pakai sistem teori. rangka dalam kepala, kepala dia kata betui, betui la.

Patek said...

Tahniah kepada PAS Kedah.!!!
Takbir.!!!!!

Longchepoh said...

Fuh...ni mesti kerja UMNO no...UMNOlah parti paling hebat selama ni kalau hampa nak tau..bah besaq ka, tsunami ka, rumah tebakaq ka, budak jatuh tangga ka semua depa kata UMNO la punya pasal...

Kah kah kah...dulu depa jadi juara tunjuk perasaan, la ni kena kat depa pulak...

Anonymous said...

Kata-kata Azizan yang tak akan saya lupakan apabila ditanya, kenapa Kerajaan Negeri Kedah tidak ikut model Kerajaan Negeri Kelantan dalam cara pemerintahannya.:

"Menteri Besar Kelantan tu seorang Tok Guru.. Saya hanya seorang Ustaz....!"

Agaknya ini jawapan yang dia nak kasi bila ditanya kat akhirat nanti....

Bijak bersilat ler tuu... ! Hehehehe.....

Pena Agenoz BERBISIK... said...

Salam Ukhwah

Maaf PAB berkata2 :

PAS Kedah sudah dilanda tsunami..tapi UMNO kedah apa cerita...

Tun M...bangkitkan semula UMNO Kedah...sudah tiba masanya UMNO Kedah memilih Ketua Baru yg akan dilantik sbg MB sekiranya UMNO merampas Kedah kelak.

PAS tak mampu bangkit lagi... APala lagi UMNO Kedah.. Pastikan Gelombang Biru menenggelamkan PAS Kedah PRU13 nanti.

Esperalzi said...

Alah org2 PAIH..sikit2 tuduh kerja AMNO, sikit2 tuduh AMNO. Tak payah lah pakai alasan macam ni, menampakkan lagi kebodohan kau orang. Bodoh org PAIH ni mengalahkan Mat Jenin, Pak Pandiaq dan Pak Kadok..

Takkan lah pengikut hangpa lemah sangat iman sampai boleh diprogramklan oleh AMNO? Yg aku tau org2 PKR jer yg senang dikontrol AMNO. Hai, hangpa org2 PAIH pun lemah jantung macam org2 PKR jugak ke?

kontolan said...

..ya pemanasan global pun angkara umno ..ini puak hamPAS kata...takbirrr....

melayulupalagi said...

tahniah para penyokong PAS, skrg baro korang tau bkn senang nax perintah negeri, apa lagi negara...

CAKAP jek bole la...

Esperalzi said...

@ejarll: Hang nak tau pasai apa PAS la ni baru tau macam mana susahnya nak perintah negeri?

Ni jawab dia: Dulu mereka tak pernah BERKOMPONEN dengan orang2 kafir dan Melayu2 Liberal anti-Islam. Mereka perintah pula cuma satu negeri saja, yakni Kelantan Serambi Mukah yg rata2 98%, dan mereka perintah Kelantan sorang2, tak payah berKOMPONEN dgn DAP dan PKR..

Jadi waktu perintah Kelantan sorang2 dulu, sedaplah mulut sial org2 PAS kafirkan UMNO kerana berKOMPONEN dgn kafir2 MCA, MIC, PPP, PBS dll. Sedaplah mulut mereka minta Hudud dilaksanakan dlm tempoh 24 jam. Sedaplah mulut mereka minta warung2 arak, pelacur dan gay ditutup serta merta. Sedaplah mulut mereka minta Genting serta lain2 warung judi ditutup segera..

Tiba2 sekarang Allah Ta'ala uji mereka dan mereka terpaksa berKOMPONEN dgn kafir2 dari DAP dan PKR serta Melayu2 Liberal anti-Islam dan pro-Gay dari PKR. Maka tiba2 juga mereka terus DIAM MEMBISU dan tak lagi minta HUDUD dan WARUNG2 ARAK, JUDI, PELACUR dan GAY ditutup serta merta, sbb terpaksa jaga hati KOMPONEN2 KAFIR dan KOMPONEN2 LIBERAL mereka..

Lebih teruk lagi, PAS yg kini berKOMPONEN dgn org2 kafir dan liberal terpaksa pula mengHALALkan banyak benda2 yg diHARAMkan Islam. Dulu benda2 ni kalau UMNO yg halalkan, mereka tak buang masa kafirkan UMNO. Tiba2 PAS kata semua benda2 ni spt JUDI, ARAK, PELACURAN, GAY CLUBS, dll tak boleh ditutup serta merta, PERLUKAN MASA, kena tutup pelan2! Aikk! Sebijik alasan2 yg diberikan UMNO dulu yg buat PAS mengkafirkan UMNO..UMNO dulu pun nak kena jaga hati MCA, MIC, PBS, dan lain2 komponen kafir..

Kesimpulannya: apa yg UMNO buat dulu yg PAS kata tak betul, kini PAS pula yg buat. Dah lebih teruk dari UMNO. Sebusuk2 UMNO pun tak lah dia kempen suruh share kalimah Allah denga Kristian, tak lah dia panggil perempuan kafir tak tutup aurad & mungkin berhadas besar masuk masjid, tak lah dia suruh ahli politik MCA atau MIC baca ayat Quran di ceramah UMNO, dll..

Sebenarnya UMO, dalam keadaan susah berKOMPONEN dgn org2 kafir, sempat juga buat banyak program2 Islam: Tabung Haji, Bank Islam, Universiti Islam, Pensijilan Makanan Halal, Pembinaan Masjid2 dan surau, Pembinaan Sekolah2 Agama dan Ma'ahad, Pelaksanaan Pentadbiran Islam melalui Majlis2 Agama islam Negeri, Pelaksanaan Undang2 Anti-Murtad, penubuhan JAKIM, YAPEIM, mewajibkan surau2 dibina di kawasan2 perumahan, memperbanyakkan program2 Islam di stesen2 TV kerajaan, dan banyak lagi. SEMUA INI TAK DIAKUI oleh PAS..

PAS memang Parti Ajaran Sesat, Jauhi PAS!

Anonymous said...

Lord Ried kata apa? Aku cuma cikgu yang makan gaji kerajaan???

Anonymous said...

Susah betul lah orang2 PAS ni pakai jubah kopiah janggut tapi memerintah bangang harap kalau anwar pernah cakap ulama terompah memang betul angat le tu....pakaian bukan melembangkan kepimpinan yang bagus...setakat nak belagak alim pandai tak kemana tak payah le....pergi jahanam le kepimpinan ulamak

Anonymous said...

KALAU NAMANYA BEKAS PAS MAKSUDNYA DAH KELUAR DARI PAS DAN MASUK AMENOGOK LAA BOGOKKK..

Anonymous said...

Allah Maha Hebat. Juak-juak yang mengaku hanya dia oranglah yang paling Islam... kini, kita dipampangkan segala perkara-perkara laknat yang dilakukan oleh juak-juak yang kufur nikmat nie. Tak payah tunggu akhirat... kat dunia Tuhan dah bayar CASHHHHH....

1 PASberg 1 Takebeer...
Air untuk rakyat tidak didahulukan Takebeer diutamakan

Anonymous said...

buat Anon 11 okt 2010 9:19pm confirm ke kalau bekas ahli PAS tu semestinya ahli UMNO. tu la cara pemikiran pembangkang asyik nak fitnah dan tuduh. BERTAUBATLAH selagi ada kesempatan.

Anonymous said...

Ahli PAS yg tidak lagi mempunyai kuasa dan ditolak oleh ahli kawasan sendiri je yang nak memusnahkan kerajaan di bawah pimpinan PAS. Kerana nia setitik, rosak susu sebelanga. Orang dari kawasan luar yang tidak tahu apa2, jangan buka mulut tanpa bertanya