Monday, November 15, 2010

NALLAKARUPAN PUN TAHU ERTI DOSA DAN PAHALA.

 hari ini 15hb november. pada 11hb yang lepas aku ada menulis artikel menggesa dato nallakarupan untuk cuci otak pemimpin pas. KLIK SINI untuk baca artikel tersebut.

hari ini dalam akhbar utusan nalla telah mengeluarkan kenyataan untuk bersedia bersemuka dengan pimpinan pas pusat dengan tujuan untuk memberitahu hal akan siapa sebenarnya anwar bin ibrahim.

nalla nampaknya semakin berani melangkah. walaupun dia bukan beragama islam, namun aku yakin atas dasar persahabatan dan keseriusan beliau mahu mempertahankan politik yang suci, dia berani untuk berdepan dengan pas.

nalla tahu siapa anwar. dia tahu luar dalam anwar. nalla tahu betapa munafiknya anwar menipu rakyat. lebih jijik bila nalla yang mendedahkan anwar adalah penggemar kepada kegiatan yang tidak bermoral.

ini adalah dosa di sisi islam. nalla tahu perkara ini kerana dia pernah berkawan dengan manusia sesumpah yang pernah menjadi presiden ABIM.

jika nalla tahu akan dosa dan pahala di sisi agama islam, kenapa pas masih bersekongkol dengan raja sesumpah ini ?

hari ini nalla maju setapak lagi. dia bukan sahaja mahu menyelamatkan rakyat malah dia bersedia untuk memperbetulkan semula arah perjuangan parti islam semalaysia.

adakah ini cubaan berani mati ? aku kata ya. 

bila nalla sanggup bersemuka dengan pimpinan pas, dengan tujuan untuk memperbetulkan akidah politik mereka, aku teringat kisah ayatollah khomeini yang pernah mengutus surat kepada mikhael gorbachov memintanya memeluk islam.

hari ini sudah terbalik. politik di malaysia seorang yang beragama hindu pula meminta pas kembali kepada landasan islam.

pelik sungguh pelik tapi inilah hakikat. 

nalla tidak seperti ngar kor ming yang berpura-pura menggunakan ayat suci al quran . nalla mengingatkan pas agar menjauhi manusia munafik anwar ibrahim yang jelas mempermainkan islam.

jika karpal pernah menyuruh anwar bertaubat, hari ini nalla pula suruh pas bertaubat.KEPADA PAS, MALU LAH SIKIT !

4 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah..semoga kebenaran dapat ditegakkan..Inilah hidayah ALLAH kepada sesiapa saja hendak diberikan..semoga Nalla Memeluk agama Islam selepas kebenaran terserlah nanti. saya doakan nalla masuk Islam.

ku.mahu.KAY.tahu said...

aku tak tahu ape nk ckp
nk wish congrates kt Nalla ke
nk ckp PAS nie bodoh benghal
carry on jer la Nalla
tgok ape jadi

kah kah kah kah
"smpi mati pon aku tkkan bg Pakatan Rakyat undi"

Anonymous said...

pengikut2 pas x abis2 jugak ke lagi dgn bodoh & bangangnya? buta hati sgt ke??? :-(

Anonymous said...

apa komen pengikut pas pula..
orang bukan islam nak perbetulkan pas.maknannya pas ini tak betul lah..