malam tadi jam 2 pagi aku tengok history chanel. kisah biography p ramlee bapa perfileman melayu.
dokumentari sejam ini aku ingatkan ulangan kisah biasa yang pernah aku dengar. lepas 10 minit jangkaan aku ternyata meleset. asal nak tidor tak jadi pasal nak tahu kisah tragis dokumentari ini.
banyak point yang aku pelajari daripada dokumentari indah ini. pengarah dokumentari ini suhaimi baba dan rakan penerbitnya aida..dua orang ni cukup sinonim dalam karya filem genre baru.
kisah ini lebih menjurus dan cukup fokus pada kehidupan p ramlee, saat mula jatuh hingga menjadi miskin papa kedana.
sebelum ini aku didendangkan akan cerita p ramlee yang kaki mabuk, namun fakta ini masih belum aku ketemui. aku mohon maaf kepada p ramlee dan keluarga kerana berburuk sangka.
daripada khayalan buruknya penghujung hidup p ramlee, akhirnya baru aku ketemui kisah tragis yang melanda bapak filem melayu ini.
4 sahabat yang jelas cukup sayang pada p ramlee adalah sudin,aziz satar,ibrahim din dan hm shah pemilik shah hotel yang masih beroperasi di pj.
p ramlee mula jatuh bila jalan ampas di tutup. kenapa studio jalan ampas di tutup ? kerana LEE KUAN Yew arahkan pemilik studio ini supaya memberhentikan operasi.
puncanya kerana mogok kesatuan pekerja filem. dalam tembual ini, lee kuan yew cukup bimbang dengan protes pelbagai kesatuan sekerja, lebih lebih lagi jika ia diketuai oleh melayu.
p ramlee mati karier di situ. aku pendekkan cerita pasal aku rasa hiba. aku cerita perkara ni kat wife aku, dia sekadar diam seribu bahasa.
p ramlee manusia hipokrit dan pandai berpura-pura. jangan salah anggap makna ayat ini. dia pandai menyorokkan kehidupan susahnya daripada pengetahuan saloma isteri kesayangan dan mariani, adik iparnya.
dia berjenaka untuk menghiburkan kita. tanyalah apa dialog pun, pasti kita akan mampu ulang dan buat sketsa lawak nya. labu labi,seniman bujang lapok. do re mi adalah manifestasi ketulenan bahawasanya dia memang berbakat besar.
namun dalam keadaan lawak yang superb itu, dia menyembunyikan susah hidupnya.
di pernah dihina oleh syarikat EMI yang menjadi syarikat rakaman suaranya. shaw brother persis cina, lebih menguntungkan bisnes daripada menghargai jasa orang yang menaikkan namanya. keadaan penghinaan ini berterusan hingga ke saat akhir hayat p ramlee.
aziz satar sewaktu pertemuan empat mata terakhirnya dengan p ramlee, dalam dokumentari ini tidak dapat menahan sebak. kawannya yang pernah dijulang masyarakat, hanya makan saki baki nasi berlaukkan telur goreng.
kasihan apabila pemenang anugerah pelakon terbaik asia dalam filem sarjan hasan, pernah mengemis bekerja sebagai tukang kutip komisen meja mahjong..
katakan apa sahaja, aku yakin kamu setuju dengan pendapat aku bahawa mesej-mesej dalam filem p ramlee memang punyai kesan langsung yang bermakna.
percayakah kamu bahawa p ramlee seorang pejuang islam yang ANTI MURTAD ? yap, agak mengejutkan tapi inilah yang aku dengar malam tadi dalam dokumentari tersebut. p ramlee kata, lagu melayu tradisional mesti kit pertahan dan turunkan kepada anak cucu. ini budaya bangsa katanya.
sambil menegaskan hujahnya, p ramlee tamsilkan (memberi contoh bandingan) akan kepentingan akidah agama,iman anak kecik di tanam dari kecik sampai besar supaya bila dewasa nanti mereka tidak murtad. subhanallah.
p ramlee tewas dan menemui ajalnya sehari sebelum dia dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan hutang. bukan p ramlee yang berhutang, tapi kawannya. dia jadi penjamin sahaja. kawannya lari dan p ramlee yang menanggung beban gara-gara menolong kawan.
korang tengoklah sendiri dokumentari menarik ini..al fatihah untuk seniman agung filem melayu. jasamu kami kenang selamanya.
34 comments:
Saya bersumpah dengan darah nenek moyang saya yang telah hidup di bumi Melayu ini sejak berkurun lamanya, bahawa saya akan mengambil Singapura kembali. Akan saya genggam sekuat kuatnya janji ini dengan keyakinan/kekuatan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T
KUAT KUAT KUAT!!!
TAKBIR!
Sebagai rakyat Singapura, kami tahu, sifat dengki dan anti-Melayu Islam Lee Kuan Yew yang menyebabkan tutupnya Jalan Ampas. Percayalah, jika ada Jalan Ampas sekarang ini di Malaysia, pasti, DAP dan PAS akan cuba menghancurkannya, DAP kerana dengki kesumat dengan Melayu, dan PAS pula atas dasar penyelewengan agama suci Islam yang benci hiburan, tanpa menghiraukan aspek positif hiburan
sedih...
Saya juga menonton dokumentari tersebut dan berasa sungguh sedih terhadap apa yang umum tidak mengetahui tentang kehidupan Seniman Agung ini. Bagaimana arwah dilayan oleh RTM...terpaksa menunggu arwah Saloma di kantin ketika isteri membuat rakaman kerana tidak dibenar masuk ke studio. Satu penghinaan. Al-Fatihah.
Salam all,
Berjuang dgn cara sendiri.
Sebelum kita ambil kembali Singapura. Elok kita pertahankan dulu apa yang ada, Pulau Pinang. Sebelah kaki Singapura sudah jejak di Pulau Pinang, jarak Singapura diambil selepas merdeka ialah 6 tahun, bermakna Pulau Pinang harus dirampas kembali sebelum 2014 atau kita akan kehilangannya.
http://sayaanakwayang.blogspot.com/2010/10/p-ramlee-definitive-docu.html
GAP,
channel apa ye? nanti I tengok.
Saya pun sedih apabila menonton rancagan tersebut, tidak sangak P.Ramlee realiti hidupnya penuh kekecewaan, kerana kawan dia menghadapi berbagai masalah. Yang paling jahat apbila Lew Kuan Yu tidak mahu ada persatuan melayu di bumi Singapore.. Al-Fatihah moga roh nya dicucuri rahmat...
Salam GAP
Saya juga nonton dokmtri P.Ramlee. Kalau GAP nonton sampai habis bagus. Arwahnya ke Malaysia untuk meneruskan perjuangan nya. Tetapi Malaysia tidak menghiraukannya. Lihat sendiri apa Datuk Aziz Sattar kata bila Arwahnya keMajlis Film Awards. Delegate Malaysia tidak memperdulikan nya dan dia duduk bersama delegate Singapura. GAP, kenapalah koman(=LKY) dihujung nampak tapi gajah didepan mata tu apahal !!!
kingnek - LKY seorg politik & negarawan. Anda tentu tahu dimasa itu bukan saja Jln Ampas ditutup , ada Hock Lee bus riot dan sekolah cina yg menunjuk perasaan. (pergi tengok lebai google) - Masa itu ada banyak anasir2 perkauman & komunis. LKY ambil jalan yg tegas & tegar. Kalau kamu betul rakyat Singapura kamu tak akan ambil pendekatan begitu. Di Singapura skrang dilebihkan MERIT bukan kroni.
Anon 3:15 - Kamu ni alrite ke tak? Pegi blajak apa tu globisasi. Jgn jadi katak bawah tempurung.
Akhir kata Quran itu pedoman kita & Allah melihat amalan kita.
Dipetik dari satu forum;
...Finally, indeed his later years were very sad, chiefly due to his dwindling fortunes.I attended a talk by him one night at the University of Malaya Arts Faculty when I was an undergrad there in the early 70`s, and he was invited as a guest speaker(we used to have such guest speakers almost every Saturday night then).He was dressed in a long sleved batik shirt,was already bloated and did not look too healthy but as to be expected, his talk was a gem .What struck a very sad chord in almost all of us in the lecture theatre that night was his concluding remark which went something like this...
"Saya berasa amat terharu, dan bangga, kerana dijemput ke sini dan mempunyai peluang untuk berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu saya, dengan anda semua, anak-anak Melayu harapan bangsa.Kalau dijemput sekali lagi di masa depan, tentu saya tak akan menolak, Insyallah!Tetapi, buat diri saya, memang susah sikit hendak ke mari.Saya perlu naik teksi, dan tak boleh naik bas, sebab Universiti ini jauh dari rumah saya.Lagipun, tak kan pula untuk majlis sebegini saya naik bas.Tak cantik begitu.Hidup saya teramat susah sekarang Kalau boleh, bila hantar jemputan tu lain kali, tolonglah kepilkan sedikit wang tambang teksi.Malu saya nak bagitau hal ini, tapi inilah realiti hidup saya sekarang ini."
AlFatihah...
1. Saya bersetuju dgn GAP, kehilangan khazanah Melayu akibat dari sikap Ultra Chinese Lee Kuan Yew. (diharapkan ramai lagi pihak muncul dan dapat didedahkan)
2. Konspirasi anti Melayu yg dahsyat menyebabkan kemerosotan P.Ramlee di KL (selepas tahun 1965)
3. Jika benar dakwaan EMI (orang cina) karya P.Ramlee tidak laku, sila pulangkan semua royalti kepada keluarga pencipta. (harap ada budak2 law yg berminat mengkaji kes sebegini)
kesal...
zamsalam.salam.
al-fatihah buat allahyarham P Ramlee...
LKS sudah spin nasib malang P Ramlee ini dengan mencadangkan talented Malaysians yang bekerja di luar negeri supaya tidak balik ke Malaysia kerana akan mengalami nasib yang sama seperti P Ramlee. Lihat blog postingnya di sini
http://blog.limkitsiang.com/2010/11/05/broke-and-broken-should-p-ramlee-have-come-back/
Shaw Brothers and EMI made tons of money out of P Ramlee. They kept the copyrights to his works and songs. Unfortunately, unlike Hollywood stars, he didn't have an agent or manager, to negotiate terms and conditions especially royalties. Elvis Presley is still earning even after his death many, many years ago. Likewise Michael Jackson and others. I wonder if even today our "stars" are still being done in by promoters and the business owners?
Semalam saya terbaca ulusan Zainudin Maidin dalam Utusan Malaysia megenai sejarah dan nasib Melayu di Singapura dari kaca mata Lee Kuan Yew. Saya sedih dan terhina bagaimana Kuan Yew memandang Melayu dan mengambarkan bagaimana singkiknya Melayu. Kisah kisah Melayu yang diceritakan begitu menghina. Kesimpulamnya tidak ada yang bagus tentang melayu, ekonomi Malayu, politik, cerita P. Ramlee. kesimpulanya pengulas mengingatkan jangan satu hari nanti Melayu Malaysia jadi macam Melayu Singapura. Sebab puak puak ni kalau dah dapat bertapak dan control negeri ini jangan haraplah
Kita nak dapat balik, mereka tak ada kesian kesian punya. Mereka lebih terancang dan racist nak mampus.
salam tuan mejar (B)nor ibrahim
saya amat menghargai komen bekas tentera hebat seperti tuan. saya dah tengok blog tuan dan ia adalah menarik. versi tentera yang perlu rakyat baca.
sejak kebelakangan ini ramai sangat nak perlekehkah tentera.
saya dah link blog tuan dan harap tuan boleh terus menerus menulis untuk tatapan anak muda.
che pearl
gap lupa la..history chanel no berapa ekk ?
org singapura
mungkin kau tak paham artikel ni kot. aku tulis p ramlee di singapura dan sempit hidupnya di kuala lumpur.
kau baca tak perenggan aziz satar melawat arwah yang hanya makan telur goreng je ? itu di kl la tu.
lee kuan yew.
tak perlu simpatisan dan apologetik. sejak bila pulak lee kuanyew ni anti komunis ?
banyakkan baca versi yang berlainan ttg kuan yew sahabat, insyaallah kan kamu ketemui kebenaran wahai ORG SINGAPURA.
aduh GAP sungguh sebak hatiku membaca nukilanmu tentang p ramlee malah kerap kali aku mendengarkan lagu2 nya yang merdu seperti lagu hujan d tgh hari dan merak kayangan begitu juga dgn lagu2
isterinya saloma sungguh menghiburkan lagu seperti 'jelingan matamu
' dan 'madah pujangga' biarpun p ramlee miskin harta tapi dia kaya dgn pusaka seni budaya yang tak kan kunjung hilang di dunia malah kini hampir semua golongan muda kenal siapa p ramlee semoga keduanya diampuni dosa2 mereka oleh Allah swt dan dimasukkan ke syurga Amin!
MODERATOR GAP
ADA ORANG KATA, KALAU DAKWAH SESEORANG ITU BERNIAT SUCI KERANA ALLAH, MAKA DAKWAHNYA AKAN BERKEKALAN DITERIMAPAKAI OLEH MASYARAKAT SEHINGGA KE AKHIR ZAMAN.
FILEM2 P RAMLEE KEKAL TERSEMAT DALAM JIWA MASYARAKAT DARI DAHULU SEHINGGA BILA2 KERANA MAKSUD BAIK YANG DISAMPAIKANNYA DARI DILEM2 LAKONAN DAN ARAHANNYA ITU BERGUNAPAKAI SEBAGAI ILMU PENGAJARAN KEPADA MASYARAKAT.
TERKADANG AKU TERTANYA2 DALAM DIRI, SEBENARNYA SIAPAKAH SEBENARNYA P. RAMLEE. SENIMAN AGUNGKAH DIA? ATAU LEBIH DARI ITU YANG KITA TAK KENAL DAN TAK TAHU?
KITA RENUNGKANLAH SAMA2.
Salam GAP
Terima kasih kerana komen saya keluar. Bab ini saya sanjung GAP. Tak macam blog2 yg syok sendiri hentam sana sini. (Cuma kau slowkan sikit article production, laju sangat - org belum sempat kunyah & hadham, GAP dah hidangkan lauk lain :)
GAP, saya tak perlu baca berbagai2 versi ttg LKY. Masing2 mempunyai agenda tertentu ataupun menurut kacamata & pandangan masing2. Tengok tu versi yg GAP baca, GAP dah kata LKY kominis. LKY, GCT & LHL masing2 mempunyai cara tersendiri memerintah. Buktinya (walaupun caranya ada yg tak berkenan) Singapura masih bertahan.
Harusnya PM Najib bersikap tegas spt LKY atau pun sekurng2nya seperti TDM, munkin keadaan politik Malaysia tidak bercelaru.
Kepada org2 Melayu Singapura - Quran itu pedoman. LKY cuma manusia, kenapa mesti dimomok2kan. Kalau kamu berusaha dan peka keadan diri kamu kenapa salahkan keadaan sekeliling.
Arwah P.Ramlee memang hebat semuga diterima amalan2nya. Amin.
agak2 ade letak x dlm u tube...aku blk umah ari 2, tp x sempat dokumetari 2 nk tayang, aku da blk umah sewe da, sebab keje kan..da xleh tgk..agak2 ade x..
salam bro,
AlFatihah..aku kagumi insan agung ini sejak kecil hinggalah kini aku mencecah separuh abad. semua filem & lagunya mempunyai banyak pengajaran. bahkan jika dikaji, budaya berbagai bangsa spt 1Malaysia banyak yg dilontarkan dlm karya2 tan sri p.ramlee. ada hang tuah, ada hang kebun, ada apek, ada achi, ada tambi, ada bai jaga..." nama saja worang melayu, tapi sikit hajar pun tarak tahu, pangge worang 'oi!' 'oi!', ingat saya ni apa? batu keh? kayu keh? sikit tarak bahsa punya worang!" sengal abisyyyy! hehehe....
orang Singapura.
orang MELAYU malaysia tetap rasa LKY itu masih petualang penyatuan melayu di malaya suatu masa dahulu.
Jelas sekali LKY tidak bersetuju dengan gerakan penyatuan kaum melayu (pekerja seni j.ampas) dengan menyingkirkan p.ramlee drpd SHAW BROs Jalan Ampas...saya pasti MALAY FILM PRODUCTION yang pernah dikagumi tidak sedikitpun mekar dihati LKY..P ramlee terbuang dinegara sendiri kerana sayangnya dia pada budaya bangsa...masih berkeroncong dikala medium pop mula bersemi, dan kesan drpd konfrantasi antara beliau dgn wartawan..maka kerjaya seninya terjejas.
LKY hanya bersama tanah melayu untuk memastikan gerakan komunis tidak mengganggu gugat pemerintahanya di singapura. habis madu sepah dibuang.
terpulang bagaimana kamu melihat LKY dari mana sisi pun...namun masyarakat malaysia melayu amnya tidak melihat LKY sbg sahabat yg setia....
Najib punya cara sendiri begitu juga TUN M...apa perlunya najib mengikut cara kerja LKY? cukuplah nik ajis sahaja yang menyanjungi LKY...saya menghormati pandangan kamu..terima kasih
Aku pun turut merasa sangat hiba bila Pak Aziz Satar menahan sebak di saat menceritakan P Ramlee makan nasi berlaukkan telur goreng di saat susahnya.
Aku ambil iktibar atas sikap manusia parasit mcm Shaw brothers..sekali lagi C.I.N.A. EMI aku tak tau lak siapa pilotnya di zaman P Ramlee. Aku tak kata semua CINA berhati iblis macam Chin Peng, LKY dan Lim Kit Siang,tetapi bangsa kiasu dan sangat berkira ini adalah perosak. Aku berckp atas pengalaman..bukan sekadar ckp sahaja.
Al fatihah untuk manusia Melayu yang luar biasa bernama, P Ramlee
Salam GAP,
Pertama sekali Al Fatihah buat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Allahyarhamah Puan Sri Saloma.
Saya telah menonton dokumentari tersebut sebanyak dua kali di saluran 555 (Discovery Channel) di Astro. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada para penyelidik terutama buat Suhaimi Baba yang katanya beliau membuat kajian selama 12 tahun. Ini yang saya baca di Mingguan Malaysia 7 November 2010. Dan kadang-kadang tertunggu-tunggu juga kot-kot pihak Astro membuat ulangan dalam masa terdekat.
Kali pertama saya menonton, saya dah terlepas setengah jam yang pertama. Pada keesokan harinya pula, terlepas juga lima belas minit yang pertama, itu yang dok tunggu kot-kot ada ulangan lagi.
Bagi saya, Allahyarham P.Ramlee merupakan salah seorang negarawan yang ulung.Saya tidak mahu mengulas tentang apa yang telah terjadi kepada Allahyarham apabila dia kembali ke Malaysia, dimana dia diperlekehkan seperti mana yang kita tonton dokumentari tersebut.
Apa yang ingin saya mengajak sahabat-sahabat pembaca sekelian menilai kembali filem-filem Allahyarham keluaran Merdeka Studio. Bagi saya, Allahyarham seorang yang patriotik dan boleh dikatakan pendokong budaya 1 Malaysia. Jika kita menonton filem Do Re Mi misalnya, gelagat pengutip hutang dari 3 bangsa utama di Malaysia mencetuskan kelucuan. Begitu juga dalam filem Gerimis, di mana beliau telah berkahwin dengan gadis berbangsa India. Begitu juga dengan filem Sesudah Subuh, persahabatan dengan kaum Tionghua dan India.
Kita juga terhibur dengan gelagat Allayarham Sharif Babu juga sebagai ceti di dalam Anak Bapak. Sekiranya kita masih ingat filem Laxmana Do Re Mi, P. Ramlee juga menggunakan bahasa Tamil dan Hindi ketika bergaduh dengan musuh-musuhnya, dan kita juga tertawa melihat watak Mi meneropong perarakan Thaipusam.
Kita juga dapat melihat bagaimana Allahyarham menyelitkan loghat utara dalam Masam-masam Manis, dan loghat Perak dalam Nasib Do Re Mi.
Kita juga melihat bagaimana beliau cuba menonjolkan panorama atau pun mercutanda negara kita pada waktu itu, seperti di dalam Masam-masam Manis, ketika Norkiah membawa ibunya melawat sekitar Kuala Lumpur seperti Masjid Negara, Stadium Negara, Zoo Negara dan sebagainya. P. Ramlee juga membawa kita ke Ipoh dalam filem Keluarga 69 dan penghujung cerita tersebut mereka berjalan beringan di Lake Garden berbelakangkan bangunan Parlimen.
Ini yang jarang kita tonton dalam filem Melayu lama selain dari Tunang Pak Dukun.
Bagi saya, Allahyarham memang manusia yang hebat. Sehingga kini watak-watak dan dialog dari filem-filemnya masih releven.Ada kalanya kita selitkan kata-kata atau ungkapan dari filem beliau untuk menyedapkan cerita, betul tak? Antara dialog yang tangkap habis "...nama saja Melayu, bikin hadap (adab) pun tak dak..." mak aii, pedih woooo.
Oklah saudara GAP, saya akhiri di sini. Takut banyak-banyak orang cemuih pulak nanti.
Salam GAP
Hah tudia komen kelopak salak
Kalau lah LKY TIDAK tutup Jln Ampas, agak2 nya lah - pemandangan2 indah KL ketika si Norkiah bawak ibunya jln2 sekitar KL boleh ke jadi kenyataan - munkin ya munkin tidak. Tak nampak ke ada kesan positif disini.
Dialog Mak Dara - Siapa itu LKY ? Tuhan? Hantu? Momok?
Sampai bila ni nak salahkan keliling (LKY ?) Bagaimana pulak layanan RTM ? Saya org Melayu kalau saya menuding org lain, empat jari saya menuding diri sendiri. Mari kita muhasabah betul2 pengalaman2 Allahyarham semasa hidup. Sifatnya yg tidak suka berpura2.
Dahlah tu didek anak2 kita dgn pelajaran, terapkan Islam & fahamkan qadha & qadhar ditangan Tuhan (bukan LKY - dia lagi)
GAP - Pada saya ambil yg positif, yg negatif jadi ikhtibar. Tahun2 60/70 memang mencabar. Sudah hak Allah untuk menentukan.
org singapura
kita boleh berbeza pendapat, namun ia bukan penghalang untuk kita bersahabat..
Salam buat GAP dan semua,
org Singapura: Bagi saya, setiap yang malang itu ada rahmatnya.
Lebih dari itu GAP, awak & saya bersaudara. Kalau boleh biarlah kita 'mati dalam eeemannnn' (Ali Baba Bujang Lapok)
Kelopak Salak - Spot on beb!
Satu permintaan GAP - Jgn kondem Melayu Singapura terlebih sangat lah. Sedih aku. Kita kat sini berusaha bersaing dgn bangsa2 lain. Doakan kami, jgn patahkan semangat kami.
Kalau kita kat sini tumpas, siapa nanti susah, koraaaaaang jugak(kalau dialog Madu Tiga - Akuuuuu jugak) he he he
Jangan marah haaaah ......
Singapura tanah kelahiran ku , Malaysia & Indonesia asal usul ku (lepas dari 6 keturunan keatas aku tak tau ;)
org singapura,
melayu sejak zaman berzaman dah terbukti sgt tinggi survival instinct. tp masalahnya kamu melayu singapura dah terperangkap dgn gelanggang yg LKY buat dan momokkan kamu dgn perkataan ilusi iaitu 'merit' di Singapura. bgtau sy brp byk peg tinggi kjaan di singapura? sdgkan kerja kerajaan tu kerja yg paling diminati oleh rakyat singapura. jgn kata permanent secretary nak dpt divisional director pun boleh kira dgn jari. x caya bukak la sing gov portal. yes mmg x dinafikan LKY berjaya sbb dia rule with fear.
jentayu
Salam Gap - Sorilah. Izinkan saya sahut cabaran. Kalau tak izin, tuan delete saja, hamba rela.
Hai Jentayu, jentayu - Steadylah beb.
Untuk pengetahuan & ketenteraman saudara2 seIslam saya jawab jugalah.
Ayat pertama tu kena betul ngan batang hidung kita Melayu Singapura sebab itu kitorang masih bertapak dan berakar disini. Survival Instinct bukan hanya menunjukkan yg kita ada darah Pahlawan.
Beb, hamba tak payah bukak portal tu, depan mata nampak terang2.
'Kerja kerajaan yg paling diminati ??????' . Beb, kerja dgn gomen standard sangat ke ??? Stress habis oi. Sebab tu kitorg tak heran dgn gaji menteri2 sini - WOWwwww ..... Kalau tak kena head-hunt oleh gomen, lebih baik kerja dgn MNC, GLC atau swasta. Kalau berkelayakan pilih saja asalkan jgn cerewet. Imbuhan lebih lumayan & ada masa untuk keluarga.
Jentayu - Kalau masuk 'SURVIVOR' gerenti hang kena bilis pasal tak pandai baca & mengolah 'game' org;) - Yg penting hati mau baik beb
GAP - Sejak akhir2 ni banyak anak2 Melayu Malaysia saya jumpa yg kerja kat sini. Bangga aku. (Diorng shopping kat Sheng Siong :)
Lepas ni siapa2 nak trash, trashlah. Hamba taknak reply.Tapi ingat natijahnya yg munkin tak memberi menafaat untuk sesiapa.
Sedih :'(
Sedih :'(
Anda bermimpi disiang hari. Identity pun disembunyikan nak merampas singapura. Alai kesian mat jenen moden ni.
Post a Comment