Friday, December 10, 2010

ANWAR TUDUH UMNO BAGI RM2 BILLION KEPADA KRONI ! ANWAR JILAT LUDAH SENDIRI.

semalam dalam sidang parlimen anwar menuduh umno memberikan kontrak bernilai RM2 billion kepada seorang usahawan melayu.Ini amalan tidak telus kata anwar.

perkara ini telah didedahkan dalam malaysiakini. di bawah adalah transkrip yang aku ambil dari malaysiakini.

'ANWAR BERKATA'

Anwar berkata sejak tahun 2008, seorang individu yang dipercayai dari Umno Bukit Gantang Perak telah diberikan pelbagai tender berjumlah RM2 bilion.

"Ada tender yang dikeluarkan, tender terhad sejak 2008 yang diberikan kepada dua orang. Sebanyak 16 syarikat bumiputera dipelawa tetapi kebanyakan syarikat itu, seperti dokumen yang terdapat di tangan saya.

"Jadi ada seolah (-olah) satu pakatan di peringkat tertinggi kementerian pertahanan dengan satu dua orang tokoh Umno atas nama Melayu. Jadi Melayu ini, ketuanan Melayu ini hanya menguntungkan dua tiga orang dan lain itu pasukan sorak menyokong mereka.

"Saya bagi contoh berdasarkan bukti mengapa kementerian sering mengelak mengadakan tender terbuka. Mengapa 16 syarikat ini sahaja dipelawa sedangkan banyak lagi syarikat bumiputera yang cukup kelayakan memenuhi kriteria yang harus diajak untuk bersama," kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.

Beliau kemudian menunjukkan dokumen-dokumen berkaitan untuk membuktikan bahawa tender-tender kementerian pertahanan diberikan kepada kroni Umno berkenaan dengan sewenang-wenangnya.

FAKTA SKIM KONTRAKTOR WIBAWA.

semasa anwar menjadi menteri kewangan, dia telah menganugerahkan kontrak tanpa tender terbuka kepada  kroni utama beliau. setiap seorang dianugerahkan paling minima kontrak bernilai RM1 billion.

antara kroni utama anwar yang dapat anugerah ini adalah dato kamarudin jafar, setiausaha agung pas. syarikat beliau yang bernama lankhorst telah mendapat kontrak RM1 billion.

KRONI ANWAR YANG LAIN 

Bekas Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam  Malaysia (ABIM), Datuk Kamaruddin Jaafar, mengetuai senarai kroni  Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendapat habuan projek dan saham  yang bernilai berpuluh bilion ringgit.

Mengikut senarai itu, syarikat milik  Kamaruddin merupakan pemegang saham utama dalam tiga buah projek  iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah  Shipyard Sdn. Bhd. yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion.

Beliau memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan  pengangkutan di ibu negara ia itu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan  KL PRT Sdn Bhd. bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak RM21 juta.

Nama Kamaruddin terkandung dalam senarai  saham dan pemberian projek kerajaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat  Dagangan Dunia Putra (PWTC)  - satu tindakan yang bertujuan  mendedahkan bagaimana Anwar membahagi-bahagikan kekayaan negara kepada rakan-rakannya.

Dalam senarai saham, bapa dan dua adik Anwar dicatatkan sebagai turut
mendapat peruntukan saham bumiputera yang dikeluarkan oleh  kerajaan. Bapanya, Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizan dan Marzukhi memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit  dalam tiga buah syarikat. Dr. Rahim Ghouse, seorang lagi penyokong  kuat Anwar turut mendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4 bilion

Penulis dan bekas pensyarah universiti, Rustam Sani, yang hebat
  mengecam kerajaan selepas Anwar dipecat daripada kerajaan sejak sembilan bulan lalu juga mendapat projek iaitu pembinaan Kompleks Jabatan Imigresen Shah Alam yang kini pada peringkat kelulusan prinsip.

Rustam, 55, adalah pemegang saham utama syarikat yang mendapat  kontrak itu, Pasca Baru (M) Sdn. Bhd.

Beliau lantang membela Anwar dan mengkritik Perdana Menteri, Datuk
  Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang didakwanya mengamalkan kronisme  nepotisme terutama dalam tulisan-tulisannya yang diterbitkan dalam akhbar Harakah dan penerbitan yang pro bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Salah satu dokumen yang dikeluarkan dalam senarai itu  bertajuk Pemberian Projek Penswastaan Kepada Penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim Melalui Unit Perancang Ekonomi (EPU) (Perjanjian Telah  Ditandatangani).

Projek pembangunan kerajaan yang diluluskan kepada kroni Anwar
adalah pelbagai daripada penswastaan pembetungan najis, penswastaan perkhidmatan ambulans hinggalah kepada pembangunan mengeluarkan lapan dokumen pada Perhimpunan Agung UMNO, dan daripada senarai itu  terdapat dua senarai yang mengandungi maklumat berhubung 27 buah  projek yang diberikan kepada penyokong-penyokong Anwar.

Hanya 14 daripada 27 projek itu dicatatkan kosnya. Nilai terkumpul 14
projek itu ialah RM33.92 bilion. Dijangkakan, jika kos projek-projek lain diperoleh, nilai keseluruhan akan jauh lebih tinggi.

Selain Kamaruddinnama -nama lain yang mendapat faedah ialah Datuk  Dr. Wan Hasni Wan Sulaiman, Datuk Anuar Othman, Datuk Ahmad Fuad Ali, Mohd. Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad Bahrim Ayob dan Datuk Ghazi Ramli.

Dalam satu senarai berasingan, nama bekas Ketua Pemuda UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, juga dicatatkan sebagai menerima kelulusan prinsip projek Pembangunan Semula Kampung Haji Abdullah Hukum di Kuala Lumpur. Selain beliau, nama penyokong Anwar lain juga disebut dan mereka kebanyakan adalah bekas para pemimpin ABIM dan pemimpin UMNO yang rapat dengan Anwar. Mereka ialah Datuk Ahmad Ismail, Datuk Iqbal Mohd., Kuppa Pitchai Rawther, Datuk Nasruddin Jalil dan Datuk Ahmad Saad. 

Senarai ini dikeluarkan oleh kerajaan bagi menangkis dakwaan Anwar yang menuduh kerajaan mengamalkan kronisme, nepotisme dan rasuah. 

Kamaruddin, Ketua UMNO bahagian Tumpat, juga tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592 pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta).

Ketua UMNO bahagian Pasir Puteh, Kamaruddin Mohd. Nor, yang juga
bekas Setiausaha Agung ABIM pula memegang saham sebanyak 250,000 unit dalam syarikat Eastern dan Oriental. Bapa Anwar Datuk Ibrahim Abdul Rahman dan adik beradiknya, Farizon dan Marzukhi yang memegang saham berjumlah lebih 7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. 

Syarikat itu ialah Pengkalen Holdings Berhad (Ibrahim dan Farizon)masing-masing 250,000 saham pada 2 Mei 1998; Nissan Industrial Oxygen Incorporated (Ibrahim) sebanyak 3,790.500 dan Penas Corporation (Marzukhi) sebanyak 2,800,000. 

Bekas Ketua Pemuda UMNO,Datuk Ahmad Zahid Hamidi, memiliki sebanyak 6,751,493 saham dalam syarikat Tekala Corporation (TCB). Menerusi syarikat Pantai Dalam Sdn. Bhd., beliau juga telah mendapat kelulusan prinsip untuk projek pembangunan semula Kampung Haji Abdullah Hukum.

Senarai pertama melibatkan pemberian 18 projek penswastaan menerusi Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang perjanjiannya telah ditandatangani sehingga 15 Jun . 

Para penyokong Anwar yang paling kerap tertera daripada 18 projek itu ialah Mohd Nor Mutalib, Datuk Ahmad Nadzri Abdullah dan Datuk Khalid Ahmad yang memiliki saham utama dalam sembilan projek.

Projek-projek itu ialah :

projek Kuala Lumpur Central menerusi syarikat Freeway Properties dan bernilai RM713 juta; Sistem Televisyen MalaysiaBerhad (TV3); perkhidmatan telekomunikasi Satelite Network; projek Lebuh Raya Ipoh-Lumut bernilai RM1,000 juta dan projek perkhidmatan sokongan hospital Redicare Sdn. Bhd bersama Azmi Jaafar.

8 comments:

melayurayadaily said...

sprm TIDUR DENGKOR BILA PEMBANGKANG KENA DIPAUTKAN KE MELAYURAYADAILY. TQ

Groom said...

Tahniah saudara kerana pantas dan tepat menjawab dakwaan Anwar, sebijik mcm Dr.Mahathir.Kagum saya..hee.. Cuma apa yang menyakitkan hati saya dan meluat (dan mungkin ramai lagi yang meluat di luar sana) ialah kenapa apabila timbul isu-isu begini, pemimpin2 UMNO yg dituduh ataupun yang lain tidak jawab atau menangkis atau menyerang balas Anwar? Mereka kelihatan sangat lesu dan pengecut! Kalau adapun yg cuba menjawab, jawapannya mesti klise dan hanya berbentuk penafian je.Menyampah sungguh dengan pemimpin-pemimpin macam ni!..Dalam kes ni, nak tanya Dato' Zaid Hamidi- apa lagi, jawablah! seranglah! samanlah! Kalau dulu Zaid Hamidi nilah yang sibuk dlm Perhimpunan Pemuda menuduh Dr.Mahathir amal kronisme & nepotisme.sekarang kalau berani, jawab dan seranglah ANwar..cehh...lembam!

Kepada Pemimpin2 UMNO...cuba contohi Dr. Mahathir...dalam Perhimpunan UMNO,bila Anwar tuduh dia kronisme, Mahathir terus serang balik, pantas dan garang jam-jam tu jugak dgn hebahkan senarai syarikat2 kroni Anwar yang dapat tender berbilion2 dari Kem. Kewangan.

Nah! Tgk serangan Dr.Mahathir.Macam tulah pemimpin yg dikagumi oleh rakyat! ni pemimpin2 UMNO sekarang..ramai yang lembik dan lemau je..lama2 rakyatpun makin termakan dgn hasutan Anwar dan meluat tengok UMNO...ehh..kesian plak aku tgk blogers2, Mahathir,Najib & Muhyiddin yg mati-matian pertahankan UMNO...yang lain buat dek je...huh! meluat giler aku!

Agent X said...

Anwar tak sedar laras senapangnya bengkok ke belakang. Nak tembak orang tertembak diri sendiri.

Zola said...

Aku ingat SPRM dan berapa kementerian ada kaki PR la.aku ada info kat Kementerian kewangan kepala-kepala dia mmg penjilat tegar PR.Siap dalam meeting jerit hidup PR.aku yg kerja swasta ni sibuk brainwash anak buah aku.kau lak sibuk sabotaj kerajaan Najib.Barua...

romie said...

Lahanat ni memang lidah pariah bercabang 3.Aku bukan suka kroni moni ni tapi mamat ni memang kasi adik beradik,anak-berabak,kawan2 dia jugak masa berkuasa dulu.Yang itu nak panggil apa?Ini memang taktik dia serupalah macam dapigs semua tu.Dia tuduh orang lain tapi dia sendiri yang buat lebih.

Kroni ni bagi aku masih boleh diterima kalau yg diberi projek atau tender tu memang tahu buat kerja,memang bidang dia bukan main tangkap muat asal kawan baik main bagi aje,itu yg jadi ali baba tu.Yang penting jangan melampaulah sampai orang lain takleh cari makan.Contoh kalau ada 10 projek 2 ke 3 bagi pada kroni yang berkelayakan kira oklah asal jangan makan komisen pulak.

Tapi kalau buat tender terbuka(macam aljub cakap) pulak semua habis bagi kat cina ajelah.Bunyi macam manis 'tender terbuka', konon telus konon jujur tapi macam haram habis semua Melayu takleh cari makan pasal kompeni2 yg masuk tender yg strong yg establish semua cina punya.Jadi melayu tak terlawan,kalau ada yg strong pun akan dituduh umno punya kroni macam yg berlaku di Perak dulu dan P.Pinang sekarang.

Tengoklah macamana pulak cina2 ni mengekahkah projek2 kerajaan negeri sesama bangsa dia.Dia punya ayat 'inilah tender terbuka,inilah ketelusan'.Sebab diorang tahu 'tender terbuka' ni memang akan dapat kat tangan diorang 95%.Yg Melayu2 bodoh baru nak kenal politik' ni bila dengar 'terbuka','telus' semua tu senang2lah kena jual.

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

Hahahahaha.. kali ni AnWAR nak bermain persepsi lagi kononnya ada dokumen di tangan dia. Kalau disuruh dedahkan, pasti si ANUgeram Tuhan ni berkata "Nanti saya akan dedahkan bila masa yang sesuai". Rasanya dah berkali2 penipuan si ANUgeram Tuhan ini lakukan. Taktik yang hampir sama je menjelang PRU-13 ini.

Kalau dulu kata dia ada 6 KOTAK PENYELEWENGAN pemimpin UMNO, sampai sudah habuk pun tak ada, alih2 Ezam yang dikambing hitamkan.

Kemudian si ANUgeram ni kata dia ada VIDEO ROSMAH berada ditempat pembunuhan AlTantuya, tapi macam biasa la, ANU dia pula yang naik menyondol lelaki lain.

Bukan itu je, si tua bangka bekas banduan ni pernah gemparkan negara kerana bertengkar dengan wartawan RTM sambil kata "shut up!!" , isunya si wartawan tanya bila AnWAR nak tunjuk bukti kononnya UMNO memberi tawaran RM2 juta kepada setiap MP dan ADUN PR supaya keluar parti. Si bekas banduan ni pun ada menyatakan beliau ada VIDEO MP dan ADUN berkenaan sedang menerima habuan dari pihak UMNO.

Tapi yang paling sukar dilupakan, diceritakan oleh Zahrain dan didengari juga oleh Zulkifli Nordin bahawa AnWAR pernah membuat pengakuan memiliki dan menonton VIDEO adegan seks ADUN Bukit TerLANJANg (ELI WONG) sedang menjilat 'batang aiskrim'. Kalau yang ni ada bagus juga, bukan apa nak tengok muka muslimah hamPAS yang menangis teresak2 sambil memeluk Eli Wong semasa sidang akhbar dulu. Nak tengok muka terperanjat muslimah tu pula....

Hahahahahaha...

Kali ini berapa lama pula AnWAR nak ambil masa untuk dedahkan dakwaan dia tu?? Setahun, dua tahun?? Mungkin sampai bekas banduan tu masuk kubur pun belum tentu ada dokumen seperti yang di dakwanya.

Anonymous said...

Macamana zaid hamidi nak serang aljub,bro.Zahid tu Kuda Trojan Aljub dalam umno/kerajaan.

Sapa yang banyak bocorkan maklumat seperti kehilangan enjin jet,kapal selam tak boleh menyelam....dan kenyataan2 yang mengundang buruk sangka kaum lain pada umno/bn kerajaan???

pada pendapat aku,dialah trojan horse aljub....

Anonymous said...

Apa tunggu lagi penyokong2 anwar. Serang serang, katakan anwar tidak bersalah. Katakan semua paparan di atas sengaja diadakan oleh pihak lawan.

Serang, jangan tak serang. Nafi jgn tak nafi. Dan jgn lupa gunakan bahasa2 kesat dan sekesat yg boleh.

Kalau tak nafi dan pertahankan anwar maka bukan penyokong pkr lah namanya.

masmerah